Saturday, December 22, 2012

Lama tak update

0
     Hmmm...sejak masuk Proton nie, rasa macam kehilangan arah sikit. Aku sekarang nie tidak lagi ditempatkan dalam RnD department, tapi diletakkan di bahagian Quality Department untuk production. Sejujurnya, aku pun tak pasti kenapalah aku boleh berada di bahagian Quality sedangkan strength aku sebenarnya lebih kepada design and development. Mungkin ada hikmah yang tak tercapai oleh akal aku agaknya.

     Rasa sangat demotivated sebulan dua nie. Aku dah pun bersua muka dengan bos aku dan menyatakan hasrat aku untuk masuk kembali ke bahagian design. Tapi bos aku lebih cenderung untuk mengekalkan aku dalam quality. HR juga seperti tidak berminat untuk melayani tuntutan aku. Cuma bos-bos di bahagian RnD sahaja yang berminat untuk menerima aku. Tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa selagi bos quality tidak mahu menandatangani surat perpindahan aku.

     Pusing punya pusing, kesimpulannya adalah....aku takkan dapat masuk RnD selagi aku masih berada dalam Proton. Noktah.

     Kawan-kawan Lotus yang lain dah pun nekad untuk meninggalkan Proton. Ada yang dapat kerja di Shanghai, ada yang dapat kerja di Beijing, ada yang kerja di Indonesia dan ada jugak yang dapat kerja di Jerman. Nampak sangat orang luar lebih menghargai skill kami sebagai designer. Bila kita bekerja di Lotus, kita bernasib baik kerana network kita berada di luar negara. Orang-orang British, Jerman, Spain, France, Argentina, Scotland dan US inilah yang membantu kami mendapat peluang bekerja di luar negara. Orang-orang ini pernah bekerja bersama-sama kami dalam satu pejabat. Sungguh tak sangka dengan perancangan-Nya.

     Ikutkan hati, memang nak rebut peluang kerja di Shanghai. Tengok kepada gaji dan kelebihan yang ditawarkan, memang sesiapa pun boleh cair. Kebetulan pulak sekarang nie, jiwa tengah kacau disebabkan kena masuk quality. Semua tuh, boleh jadi penyumbang kepada alasan-alasan untuk menerima tawaran kerja di luar negara.

     Tapi aku sayangkan pengajian master aku yang hanya tinggal 2 semester sahaja. Bukanlah niat aku untuk terus berada dalam industri automotif nie selamanya. Aku ada perancangan lain yang aku rasakan lebih penting dari Shanghai. InsyaAllah, aku harap pengorbanan ini berbaloi dimasa hadapan.

     Everything is a bit chaotic lately. I wish not to make any emotional decision that can only provide a temporary solution to my problem. Better wait for the dust to settle down so that I could have a clearer vision. Then only I can plan, execute and control....

     At the meantime, I just do what I want to do. Contohnya, minggu lepas aku join Jamboree Putrajaya under Kementerian Pelancongan Malaysia. Acara kayuh basikal 40km (80% offroad dan 20% onroad). Memang track yang mencabar dan menyeronokkan.

Bersama geng-geng Lotus yang pernah bekerja sekali di China. Layan kayuh ramai-ramai

  Anggaran 2000 peserta dalam acara Jamboree Putrajaya 2012

     First time la aku join Jamboree. Ada la aku training sikit-sikit secara amatur. Takdak la nampak lekeh sangat bila join Jamboree nanti. Tapi aku memang kagum la tengok orang-orang Malaysia punya basikal. Rata-ratanya yang aku jumpa mesti harga tak kurang dari RM4000. Memang kaya arr..

di garisan penamat.

     Aku berjaya menamatkan cabaran 40km tuh dalam masa 1jam 10minit. Bila sampai kat garisan penamat, aku dianugerahkan pingat perak dan ranking nombor 306. Maknyanya, aku berjaya mengalahkan 1700 orang peserta yang lain. Alhamdulillah....not bad for a first timer.

Kesian kat kuda aku yang comot nie


Ranking 306 tuh.
   
     Selepas tamat perlumbaan tuh, barulah kami tahu bahawa ada ramai peserta yang menamatkan perlumbaan dengan cara shortcut. Banyak yang tidak melalui checkpoint ke-3 namun masih juga dikira sah oleh penganjur. Tanpa melalui checkpoint 3, seorang peserta boleh save 10km hingga ke 15km jarak perjalanan. Akhirnya, penganjur kena sembur dari semua arah. Dah seminggu berlalu pun, masih ada lagi semburan dari peserta kat dalam FB. Berjela-jela panjangnya. Malu Kementerian Pelancongan Malaysia.

     Apa-apa hal pun, it was fun and exciting. I would love to repeat it again anytime. A very good way to release whatever you need to release...if you know what I mean. Hehehehehe....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...