Wednesday, May 30, 2012

Sedikit Cerita

0
     Sedih jugak tengok pasukan Badminton Malaysia tak dapat Piala Thomas lagi tahun nie. Kebetulan pulak waktu berlangsungnya kejohanan Piala Thomas tuh, aku memang ada kat negara China nie. Agak mengharap jugak la Malaysia menang. Tapi, apakan daya...kita akui yang pasukan badminton China lagi kuat.

     Sepanjang kejohanan tuh, memang banyak liputan mengenai perlawan badminton tuh kat China nie. Semuanya nampak baik-baik dan hebat-hebat belaka. Rupa-rupanya, ada jugak satu dua negara yang complaint pasal pengurusan tuan rumah nie. Ada yang cakap masa training tak cukup la, jadual perlawanan tak adil la, court tak cukup la. Adalah lagi macam-macam complaint tapi hanya akan jumpa kat akhbar luar dari negara China sahaja. 

     Aku tengok, pattern dia lebih kurang sama. China menjadikan elemen 'negara superior' sebagai panyatu perpaduan antara rakyat-rakyat dia. Sebolehnya, dia akan memaparkan China itu hebat dalam banyak perkara dan dalam pada masa yang sama, membentuk rakyatnya supaya cintakan negara.

     Kita ambil cerita perang atau cerita kung fu sebagai contoh mudah. Mana-mana cerita China yang memaparkan kejahatan dan kebodohan orang Jepun, pastinya mendapat tempat di mata kerajaan. Lebih kurangnya, cerita tuh akan box office dulu la. hehehehe...Ceritanya tipikal bila mana Jepun datang ke China dan cuba menghancurkan rakyatnya dengan cara yang paling kejam sekali. Ini dilakukan untuk menaikkan rasa offended dengan sikap penjajah. Mewujudkan rasa tercabarnya maruah diri dan bangsa. Kemudian, di akhir cerita..orang China akan bangun menentang penjajahan dan kemudiannya menjatuhkan penjajah dengan cara yang sangat bermaruah sekali. Dengan cara ini, China memaparkan yang mereka adalah 'negara superior' dengan menolak superiority negara lain. Tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat dan Jepun adalah kambing hitam yang dijadikan asas kepada perpaduan ini.

     Dalam satu perbualan aku dengan seorang budak China (lebih muda dari aku) kat sini. Kami panggil dia Mr. Crab. Tak tahulah pulak kenapa begitu panggilannya. Dalam satu perbualan tuh, Mr. Crab nie telah menceritakan hasrat dia jikalau dia diberi kuasa dalam tampuk pemerintahan kerajaan China. Kalau dia ada kuasa dalam kerajaan, dia akan tanamkan sebanyak mungkin bom kat perairan laut Jepun. Kemudian, dia akan letupkan semua sekali dengan serentak. Tujuannya adalah untuk mewujudkan tsunami yang akan memusnahkan negara Jepun. Bila ditanya kenapa nak buat macan tuh, dia jawab bahawa Jepun jahat dan dulu Jepun pernah datang ke China dan membunuh banyak rakyat China tanpa ada belas kasihan. Jadi dia nak balas dendam katanya.

Nie bukan Mr. Crab. Nie Liu Nan Nan. 

Nie pun bukan Mr. Crab. Nie Eeh (Pronounce dia Iyeh)


     Kagum....... Kagum pun ada, pelik pun ada. Kagum sebab propaganda kerajaan China menjadi. Hinggakan generasi sekarang yang dah berpuluh tahun jauhnya dari peristiwa tersebut pun masih membenci Jepun. 

     Pelik..... Pelik sebab peristiwa tuh berlaku pada tahun 1937 (Nanjing Massacare). Cerita lama sejarah hitam, namun masih segar dalam ingatan orang-orang China ini tanpa ada usaha untuk melupakannya. Jepun telah berkali-kali memohon maaf atas kejadian tersebut tapi nampak gayanya, tiada maaf bagimu. Setengah bangsa, tidak mudah melupakan tapi setengah bangsa yang lain pulak, lebih mudah melupakan. Melayu tergolong dalam rangkap popular Tun Dr. Mahathir iaitu "Melayu mudah lupa".

     Kebencian China kepada Jepun bukan lagi satu rahsia. Boleh klik sini untuk mengetahui perasaan orang-orang China terhadap orang-orang Jepun.

     Semua menda nie boleh kita jadikan iktibar untuk masa hadapan. Kalau kita buat jahat kat orang walaupun sekali, orang pasti akan ingat kejahatan kita selamanya. Kalau kita buat baik seribu kali pulak, orang tak tentu ingat langsung akan kebaikan kita. Makanya, selagi ada peluang bernafas, buatlah perkara yg baik2 agak tak menyesal satu hari nanti.

Baik jugak kita sedeqah kat sini. Boleh beramal jariah sikit. InsyaAllah

Monday, May 21, 2012

Hari yang lambat, hari yang cepat

2

Minggu lepas jadual peperiksaan akhir semester 2 dah pun dikeluarkan. Aku pun dah dapat satu softcopy melalui pejabat pendaftar. Baik sungguh kakitangan UPM sampai boleh siap tolong email kan lagi kat mahasiswa dia. Bertuah sungguh rasanya.

    Bila dah dapat jadual peperiksaan nie, ada beberapa perkara besar yang dapat aku selesaikan dengan mudah. Antaranya :-

     1.) tarikh nak balik Malaysia
     2.) tarikh nak bawak family aku datang Jinhua.
     3.) jenis visa yang perlu untuk family aku.
     4.) tarikh nak masuk apartment baru
     5.) tarikh untuk balik semula ke Malaysia bulan September atau Oktober nanti.

     Semuanya bergantung kepada tarikh peperiksaan aku. Penting tuh, sehinggakan berganjak sehari tarikh peperiksaan tuh...maka berganjaklah jugak semua tarikh-tarikh yang lain. Memang cemerlang.

     Bila dah dapat semua tarikh-tarikh tuh, kepala jadi tak serabut la sangat. Kira macam kita dah boleh nak mula kerja la setelah lama tertangguh. Dalam pada tuh, aku jugak happy sebab, hari untuk aku balik ke Malaysia dah dekat. Lama betul rasanya tak balik...rindu kat anak-anak, termasuk la kat maknya sekali.



     Semalam, wife aku bawak anak-anak aku mandi pantai. Mujurlah ada adik wife aku datang melawat, maka bolehlah bawak anak-anak pi berjalan makan angin sikit. Dengar ceritanya, anak-anak aku happy la sangat setelah sekian lama tak makan angin. Daripada pagi mandi, sampai la matahari dah tinggi. Seronok sangatlah tuh. Kemudian, dapat makan Domino Pizza pulak. Lagi la sukanya anak-anak aku tuh. Hai...kesian sungguh bunyinya...Kesian sebab Abah jauh. Takdak orang nak melayan jalan makan angin. Kesian..

     Bila dengar macam tuh, lagi la aku nie termotivasi nak balik ke Malaysia. Semalam dah siap beli kain cotton berpasang-pasang. Macam-macam corak dengan kaler pun ada. Ingat nak buat cenderahati kat sapa-sapa sahajalah nanti nie. Tak pun nak bagi ja kat jiran tetangga sebab banyak membantu wife aku dan anak-anak sepanjang ketiadaan aku. Mujurlah dapat jiran yang baik hati macam depa tuh.

     Tapi, dalam dok seronok nak balik...takut nak balik pun ada jugak. Balik nanti nie, bukannya balik saja. Nak kena mengadap final exam pulak tuh. Masalah dengan final exam nie, aku macam takdak clue langsung nak jawab exam macam mana. Sebabnya, tak masuk kelas. Kalau masuk kelas, boleh tahan sikit sebab kita boleh tangkap apa yang lecturer kita nak. Ini, macam-macam buku baca pun still aku takut nak amik exam. Sebab tak tahu nak expect soalan macam mana. Takkan la nak study last minute plak. Zaman degree dulu dah buat dah, takkan la zaman master pun tak berubah lagi. Kalau tak berubah jugak, aku takut aku tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi ja. Aduh laa...semoga berkat la apa yang aku study kat sini. Moga-moga dapat la jawab exam dengan cemerlang.

     Itulah ceritanya, padahal ada 3 minggu lagi untuk first paper aku. Menggelabah pun ada, excited pun ada. Dah rasa macam rojak pun ada. Punggah aku nie. Dalam hati rindu tak terhingga kepada keluarga, sehinggakan mahu agar hari cepat berlalu. Tapi, dalam pada masa yang sama...hati pun takut jugak nak mengadap peperiksaan dan seringkali mengharapkan agar masa lambat berlalu. Bagai tak kena ja semua benda. Jiwa kacau betul.

     Ishh..dah la menulis blog. Nak sambung study pulak nie. Duhai hari..cepatlah kau berlalu...ehhh, lambatlah berlalu...ehh..cepat la, lambat la...alamak....camno nak buek nie?

Wednesday, May 16, 2012

The Malay Dilemma - Mahathir bin Mohamad

0

     Buku ini ditulis pada tahun 1970 sewaktu Tun Mahathir bin Mohamad belum lagi menjadi perdana menteri Malaysia. Ketika itu, beliau telah dibuang dari menjadi ahli UMNO dan pada masa yang sama juga, peristiwa 13 Mei baru setahun berlaku.

     Seperti tajuknya, buku ini menghuraikan masalah orang-orang Melayu di tanah air sendiri melalui kacamata penulis. Kajian yang dibentangkan adalah lebih kepada bentuk permerhatian yang teliti dan terperinci namun bukanlah bersandarkan fakta yang mutlak. Secara tidak langsungnya, terdapat 2 bahagian penting dalam buku ini. Bahagian pertama yang merupakan 90% isi  buku ini, membicarakan perkara-perkara di dalam Malaysia. Bahagian keduanya pula membicarakan hubungan Malaysia dan Singapura. Umumnya, kedua-dua bahagian ini membicarakan hubungan orang Melayu dan orang Cina yang tinggal di kedua-dua negara.

     Buku bermula dengan membicarakan tentang punca-punca masalah yang menimbulkan ketegangan kaum pada 13 Mei 1969. Kemudian, pengaruh keturunan dan suasana ke atas sikap orang Melayu, masalah ekonomi, maksud kesamarataan kaum, asas perpaduan kebangsaan, penyelesaian dan dilemma, kod etika, sistem nilai serta politik dan parti orang Melayu. Semua ini dihuraikan dengan mengambil kira hubung kaitnya dengan kaum Cina di Malaysia. Kemudian, pada bahagian kedua pula, penulis menghuraikan tentang dinginnya hubungan Malaysia-Singapura disebabkan sikap pemimpin Singapura yang memandang rendah pada Malaysia. Walaupun bahagian kedua ini ringkas sahaja namun kandungannya padat.

     Buku ini bukanlah buku yang asing pada rakyat Malaysia. Buku yang dianggap kontroversi ini telah mendapat liputan yang sangat meluas dan dibaca oleh ramai pengkaji politik negara Malaysia. Dari buku ini, kita dapat memahami pemikiran dan pendirian Dr. Mahathir bin Mohamad. Bagu beliau, tujuan buku ini ditulis bukanlah untuk mencetuskan kontroversi, namun penulisan buku ini adalah perlu untuk menyedarkan orang Melayu dan pada masa yang sama mahu agar orang-orang Cina memahami masalah orang Melayu.

     Buku ini, aku pinjam dari makcik aku. Buku nie aku bawak datang ke China. Walhal, makcik aku sendiri tak pernah sampai lagi kat sini. Secara jujurnya, jikalau aku dapat menguasai separuh sahaja bahasa Inggeris seperti Dr. Mahathir nie, aku rasa dah cukup bagus dah. Anyway, it was a good reading and good for thinking. Tak pasti sama ada isu buku ini masih lagi relevan atau tidak.

Monday, May 14, 2012

Nothing Much (part 21)

0

Sunday, May 13, 2012

Menyibukkan Diri Sendiri

0
     Bila dah datang bekerja kat negara orang nie, orang akan panggil kita expatriate. Kalau naik flight MAS pun, memang ada seat yang dedicated untuk expatriate. Bunyi macam hebat la sebab kalau kita baca dalam Wikipedia pun, expatriate nie selalunya akan nampak seolah-olah satu golongan profesional yang company hantar ke luar negara untuk bekerja. Bunyi ja macam tuh, tapi tak semestinya bunyi tuh betul. Mana-mana pendapat pun boleh. Yang penting, aku yang melalui nie tahu la maksud expatriate tuh in the real meaning.

     Pagi-pagi lagi aku dah bersiap untuk pergi kerja. Kadang-kadang bergaya, kadang-kadang selebet. Ikut mood la. Kalau rasa macam nak gosok baju pagi tuh, memang akan nampak macam proper expatriate la. Kalau tak, sarung je la jeans ngan t-shirt colar tuh. Pun nampak macam expatriate gak. Nampak macam easy going sket. Belasah ja.

     Malam pulak, aku busy dengan study dan assignment master aku. Ada la jugak dapat email dari lecturer yang bunyinya macam suspect aku tiru assignment dari internet. Hehehehe...so called expatriate kan..Takdak la profesional sangat pun.

Malam tadi punya assignment. Sikit lagi nak siap

     Kemudian, aku jugak kerap main badminton kat sini. Harapannya nak jadi macam Lin Dan kot. Kalau kat Malaysia dulu, aku tak dapat pi main badminton sebab ada kelas malam. Kalau time takdak kelas pun, aku tak sampai hati pulak nak tinggalkan wife aku bersilat dengan hero-hero aku yang 4 orang tuh. Ada baiknya aku stay kat rumah sahaja sebab aku rasa menjaga wife dan anak-anak sendiri lebih mendapat pahala berbanding main badminton.

     Hujung minggu ja kat sini, mesti aku layan kayuh basikal naik bukit. Yang nie memang drastik sikit sebab kat Malaysia aku baru berkira-kira nak beli basikal ja. Tapi bila mai sini, dah macam professional pun ada gak aku nie. Naik basikal yang hig-end saja. Tak main cikai-cikai nie. Tapi sewa la, tak beli pun lagi. Hehehehe...

Gambar ride semalam with amin and shafiq

Kalau dapat tengok view cantik macam nie, letih pun hilang

An Di. Kalau pronounce, An Ti. Ti tu kat dalam tekak makhraj nya. Hehehehe.

     Kerja stress skit kat sini. Kena pandai cari ruang untuk manage stress tuh. Mujur jugak aku ada dapat buat semua aktiviti seperti yang di atas nie. Masa aku dipenuhi dengan menda-menda yang aku rasa banyak manfaatnya dan dalam masa yang sama, stress level aku pun mantain. Itu jelah yang mampu nak buat pun.

     So, esok Isnin kita pergi kerja lagi. Esok kena submit assignment lagi. Esok kita study Advanced Manufacturing lagi. Selasa la kot kita main badminton. InsyaAllah, semua tuh dapat pahala kalau nawaitu kita betul. Huhh...!! Busy betul jadi expatriate kat sini. Hahahaha....

Sunday, May 6, 2012

Ragam Manusia

0
     Masih lagi nak bercerita pasal lawatan ke Shanghai minggu lepas. Sebuah kotaraya yang sibuk dan dipenuhi dengan macam-macam ragam manusia. Ada sebuah Buddhist Temple yang besar kat Shanghai. Namanya, Jing An Temple. Cukup gah, besar dan cukup cantik. Berdiri kat tengah-tengah simpang yang sesak dengan kenderaan. Memang susah jugak la nak miss structure yang besar macam tuh. Tapi, temple tuh kosong. Ada kawan cina seorang cakap, kat Shanghai nie...sami pun dah tidur kat hotel ja sekarang. Tak tidur kat temple lagi dah. 


     Yea laa...mungkin lawak bunyinya, tapi memang ada kebenaran kot. Temple tuh kosong takdak orang. Kat satu penjuru ditingkat paling bawah sekali tengah rancak renovation untuk buat restoran Vietnam. Kat penjuru yang lain pulak dah bertukar jadi deretan kedai-kedai yang jual macam-macam.  Hmm..tak payah la sebut pasal agama orang lagi. Kita kat Malaysia pun pakat-pakat jaga la masjid kita agar tak jadi 'gajah putih' macam Jing An Temple nie. Kalau tak, jadi serupa Spain la kita. Asalnya punya gah kerajaan Andalusia Islam kat sana tapi agama Kristian pulak yang tersebar. Akhirnya, punyalah susah nak cari orang Islam hari ini kat Spain. Even jersi Barcelona yang kawan-kawan kita pakai pun ada lambang salib. 


Kat hujung simpang tuh la Jiang An Temple


     Secara peribadi, aku rasa keagungan kerajaan Andalusia tuh adalah satu yang sia-sia sahaja. Memang pada zaman itu Islam melahirkan cerdik pandai yang menjadi sebutan dalam dunia ilmu. Pembangunan fizikal pun sangat membanggakan. Tapi kalau kita ingat bila kita kaya dan pandai maka kita berjaya, sebenarnya sia-sialah kejayaan itu. Kalau kita benar-benar selidiki pemikiran Ibnu Sina umpamanya, aku yakin ramai orang akan mengugurkan nama Ibnu Sina daripada senarai contoh kepada umat Islam. Ibnu Sina mengambil pemikiran Yunani dalam membicarakan zat Allah. Sebenarnya, beliau dikecam sesat oleh ulama se-zamannya tapi sejarah hanya mengiktiraf Ibnu Sina kerana beliau adalah model kejayaan waktu itu. Mungkin kita harus menilai semula semua ini. Mungkin kita juga harus tengok pemikiran kita yang suka pada pembinaan masjid besar lagi mahal sebagai sebuah kayu ukur kejayaan Islam. Apa sebenarnya yang kerajaan Islam kena buat untuk mendapat kejayaan yang hakiki? Takdak masalah dengan bangunan tinggi dan kereta mewah tuh. Sikit pun tak salah. Jadi, apa benda yang kurang?


     Alamak, dah melalut la pulak jadinya. Nak bercakap pasal Shanghai, tetiba sampai ke Andalusia la pulak. Anyway, ada satu scene kat Shanghai tuh yang membuatkan aku terfikir.

Makcik nie dok menangis kat tepi pakcik tuh, Beriya menangis sambil mintak sedekah.

Takdak sapa pun peduli.

     Awalnya, aku takut sungguh tengok scene nie. Aku budget pakcik tuh dah mati, sebab tuh makcik tuh nangis tak berenti sambil mintak sedekah. Tapi pikir-pikir balik, tak mungkin la pulak pakcik tuh mati. Merah ja kulit muka dia. Mungkin dia sakit tak boleh sembuh kot. Kemudian aku terpikir lagi. Macam mana pakcik yang sakit tuh boleh berjalan sampai kat situ? Betul ke dia sakit nie? Musykil pun ada. Kemudian, jalan depan sikit, ada pulak satu lagi scene yang sama tapi orang lain pulak. Lagi real, siap dia selimutkan terus orang yang terbaring tuh. Aku hanya memerhati sahaja.

     Kita tak tahu masalah orang lain. Jadinya, kita harus bersangka baik sentiasa. Tujuan aku paparkan gambar nie sebab aku just nak share sahaja. Mengingatkan aku bahawa orang sanggup buat apa sahaja untuk survival. Membawa balik kepada persoalan lama aku......"hidup atas dunia susah, kat sana nanti pun susah juga". Aku pun bertanggungjawab sama....

Thursday, May 3, 2012

Factory Visit

0
     Hari nie satu hari tak masuk opis. Sebabnya, aku follow satu group nie pegi buat factory visit kat Xiaoshan, Hangzhou. Ingatkan dekat ja, rupa-rupanya 3 jam lebih jugak la naik highway. Tapi takpa, start ja van company jalan....aku pun ambik position untuk tidur dengan amannya...hehehehe..Kalau aku berjaga pun, buat lemah jantung aku ja. Kat sini orang bawak kereta macam pelesit pun ada. Daripada aku dok layan adrenalin aku, baik aku layan mimpi aku..lagi best.

     Tak banyak gambar yang aku amik dari dalam kilang. Ada pun, gambar-gambar teknikal yang aku rasa significant untuk buat improvement. Daripada trip kali nie, aku dapat tahu banyak menda tentang politik negara komunis nie. Aku rasa sangat kagum dengan mainan politik komunis nie dan aku sungguh tak sangka akan tipu muslihat yang depa nie buat dalam negara depa. Anyway, malas nak cerita pasal tuh lagi. Nanti lah dulu bila ada masa.

Gambar dalam kilang. Operator semuanya pi makan tengahari.. 

     Balik tuh, kami singgah di Lapangan Terbang Hangzhou untuk makan tengahari. MasyaAllah, memang tiba-tiba teringat nak balik ke Malaysia. Mau ja rasanya aku hulurkan passport aku kat kaunter tiket tuh,  lepas tuh amik flight balik Malaysia. Aduyai......nyesal pulak ikut trip ke Hangzhou nie. Kan dah teringat nak balik...adehhh...

Hangzhou Airport is expanding and under construction 

Wednesday, May 2, 2012

Meraikan Cuti Hari Buruh

0
     4 hari cuti bermula dari hari Jumaat sampailah ke hari Selasa. Asalnya plan nak jalan-jalan kat Hangzhou ja tapi ntah apa ke sebab tiba-tiba tersampai ke Shanghai. Berjalan dengan set-set bujang memang la senang. Anytime jadual boleh berubah. Fleksibel dan tahan lasak. Janji ada kawan, kalau sorang-sorang...duduk kat mana pun sure boring.

     Kebetulan pulak ada perhimpunan Bersih 3.0 kat Shanghai. Memang ingat nak join pun, boleh gak kenal-kenal dengan warga Malaysia yang kerja kat Shanghai. Takut-takut jugak nak join sebab dengan Komunis nie memang tak bagi chance. Mana ada water canon lagi dah. Silap-silap dapat peluru ja sorang sebijik. Tapi itulah, kami sampai pun dah lewat sangat. So, tak sure apa yang terjadi. Dengar ceritanya, depa nie berkumpul dalam masa lebih kurang setengah ja ja kot. Tangkap-tangkap gambar, lepas tuh pihak berkuasa pun suruh bersurai. Semuanya berlaku dengan aman sekali. Lepas tuh, depa nie semua pakat-pakat pi berkumpul kat Fusion, sebuah restoran Malaysia kat Shanghai. Best gak tuh. Sayang tak dapat nak join sebab sampai lewat.

Gambar diambil dari facebook sapa ntah.

Kami plak sampai dekat nak senja. Memang tadak orang la. Tempat pun silap plak tuh. Hehehe

     Hajat datang Shanghai nie sebab nak mengisi masa lapang. Dengarnya ada kedai siam kat sini. Teringat kat tomyam seafood. Tuh yang datang jugak tuh. Biarlah jauh pun. Kami lepak kat Shanghai nie 3hari 2malam so, ada la 2, 3 tempat yang kami cover sepanjang 3 hari tuh.

Inilah tempatnya.

     Dekat China nie, memang variety kedai makan kat sini especially kat Shanghai ataupun kota-kota utama China. Kebanyakkan dari kedai makan nie pulak, hanya boleh mantain the original taste tu dalam masa beberapa tahun ja. Lepas tuh, terpaksa ubah keaslian makanan sebabnya terpaksa localize dengan rakyat tempatan. Kalau tak, boleh tutup bisnes. Samalah jugak Simply Thai nie, walaupun tomyamnya pekat, tapi kurang pedas dan kurang menyengat. Tak macam restoran Thai la senang cerita. Kalau kita pi restoran siam kat KLCC tuh, mmg tomyam dia tak bagi chance dah. Pedas tak ingat. Memang lain la culture Shanghai nie dengan culture kita. Anyway, for the time being...Simply Thai can be considered as the best in China. Hehehehe..

     Lepas tuh merayap la plak kat tempat lain. Macam kat The Bund, Nanjing Road, The Outlet, Museum dengan Shanghai Studio.

The most expensive taxi. Tunnel bawah sungai

Inilah sahaja gambar aku. Yang lain tuh byk gambar kengkawan

Digigit harimau

Kat Shanghai Studio

     Letih sebenarnya berjalan kat Shanghai nie. Bandar dia besar sangat sampaikan dari satu tempat ke satu tempat pun berjam-jam. Pastu pulak, nak naik teksi pun tak pandai nak cakap nak pi mana. Terpaksalah berjalan kaki menapak dari satu tempat ke tempat lain. 3 hari aku berjalan kaki kat Shanghai bersamaan dengan setahun aku berjalan kat Malaysia rasanya. Memang penat tak ingat.

     Tapi, jauh berjalan luas pemandangan. Itulah kelebihannya.

Nothing Much (part 20)

0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...