Thursday, August 25, 2011

Nothing Much (part 15)

2

Wednesday, August 24, 2011

Lembaga Jurutera Malaysia

7

Tahun 25/06/2005, aku pernah mendaftarkan diri aku kat Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineer Malaysia). Aku tak sure pun apsal aku buat macam tuh tapi yang aku tahu, kalau nak dapat title Ingénieur (Ir.), this should the first step laa..

Bukti pembayaran pendaftaran

Sebulan kemudian, aku dapat surat dari LJM mengatakan yang degree aku tak diiktiraf oleh LJM. Pelik jugak aku, macam mana aku yang dapat ijazah dari IPTA boleh tak diiktiraf pulak oleh badan kerajaan sendiri. Tanya USM, USM kata akan beri perhatian pada perkara nie. Tanya LJM, LJM ada bagi 2, 3 sebab yang aku dah lupa isi kandungannya. Lama jugak aku lobby kat kawan2 ex-aerospace aku tapi tak mendapat sambutan yang menggalakkan. Akhirnya, aku pun buat tak tahu sahaja.

Inilah surat dukacita tuh

Hujung tahun lepas ada satu majlis makan malam bersama Alumni USM Aerospace. Dalam majlis tuh, Timbalan Dekan yang baru telah menyatakan bahawa isu nie dah selesai dan degree kami telah diiktiraf oleh LJM. Aku skeptic.

Minggu lepas, kawan-kawan satu opis tiba-tiba sibuk nak daftar LJM sebab dengan pengalaman kerja 10 tahun dibidang automotif nie, sepatutnya tiada masalah untuk mendapatkan title Ir dengan mudah. Diorang mintak tolong aku sebagai penunjuk jalan. Aku bersetuju.

Bila berada dalam pejabat LJM tuh, aku pun ambil kesempatan untuk tanya semula berkenaan permohonan aku dulu. Sebabnya, Timbalan Dekan kata isu nie dah selesai. Rupa-rupanya, tak selesai jugak. Yang mendapat pengiktirafan hanyalah badge tahun 2000 dan ke atas. Bermakna, badge pertama (1998) dan kedua (1999 – which is my badge) masih lagi tidak diiktiraf.

Bukti dari LJM. Siap cop dengan signature lagi

Zoom sikit

Bila aku tanya macam mana nak atasi masalah nie, pegawai yang baik hati tu telah sudi menerangkan dengan panjang lebar. Dia cakap:-

1.)    Push USM supaya segera selesaikan isu ini. Kalau berjaya, aku dibolehkan untuk menduduki peperiksaan Ir. pada bila-bila masa berdasarkan tarikh pendaftaran awal aku dahulu.
2.)    Jikalau USM gagal, kena sambung belajar lagi untuk dapatkan master. Hanya dari certificate master itulah, aku boleh daftar semula sebagai ahli baru dalam LJM. Kekurangannya adalah, pengalaman kerja 9 tahun aku tak akan dikira kerana pendaftaran adalah berdasarkan tahun aku terima certificate master.

Aku akhirnya menelefon penolong pendaftar kanan pusat pengajian kejuruteraan mekanikal USM. En. Khaizi cakap, benda nie dah lama dan masih lagi dalam proses menunggu kelulusan dari EAC (Engineering Accreditation Council) untuk badge 1998 dan 1999. Berapa lama harus tunggu, tak tahu. Siapa person in charge dalam EAC yang saya boleh hubungi? Tidak boleh hubungi EAC melainkan USM sahaja yang boleh berbuat demikian. Sepertinya, masa hadapan aku terletak ditangan orang lain. Begitulah nasib budak Aero USM.

Aku rasa aku dah lama dalam industri. Tiba masanya aku bergerak kehadapan untuk memajukan diri aku dari segi pengiktirafan. Ini kerana dalam keadaan normal, pengiktirafan Ir. itu adalah sangat mudah untuk diperolehi bagi jurutera yang mempunyai pengalaman. Aku rasa, halangan yang ada sekarang ini adalah satu halangan yang remeh dan leceh. Perkara yang kecil sebegini masih tak selesai walaupun setelah 9 tahun berlalu. Aku rasa sangat diperbodohkan sekarang nie.

Kali ini aku akan bergerak sendiri. Jikalau Master yang diperlukan, maka aku akan sambung belajar dalam masa tedekat nie. Aku tak perlu 9 tahun lagi untuk EAC atau USM selesaikan masalah aku. Cukuplah setakat itu.

Tuesday, August 23, 2011

Kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha

1
Dalam bulan Ramadhan yang mulia nie Alhamdulillah, aku dipilih oleh Allah SWT untuk menghidupkan tadarus Al-Quran. Mungkin pada sesetengah orang bahawa tadarus nie perkara simple dan boleh dilakukan di rumah sahaja. Tapi bagi aku, aku banyak belajar dalam majlis tadarus nie.


Perkara baru yang aku belajar tahun nie adalah berkenaan dengan Nabi Yusuf A.S dan Zulaikha. Rupa-rupanya, banyak kecelaruan yang timbul dalam kisah nie. Aku akan cuba ringkaskan kecelaruan tuh supaya tak melalut.

1.)    Zulaikha bukanlah nama sebenar isteri kepada Al-Aziz. Nama isteri Al-Aziz juga tidak pernah disebut dalam Al-Quran ataupun mana-mana hadis Nabi SAW.
2.)    Tidak ada nas yang menunjukkan Nabi Yusuf pada akhirnya bercinta dengan isteri Al-Aziz.
3.)    Yang mencatatkan kisah penamaan isteri Al-Aziz dengan sanad lengkap hanyalah Imam At-Thabari. iaitu dari Ibnu Humaid, dari Salamah, dari Ibnu Ishaq, dari Muhammad bin as-Sa`ib, dari Abu Shalih, dari Ibnu `Abbas. Dalam jalur ini, nama isteri Al-Aziz adalah Ra`il binti Ra`il. Sedang riwayat yang menyebut nama isteri Al-Aziz adalah Zulaikha bersumber dari Syu`aib al-Jaba`i. Kedua sanad itu lemah sekali bahkan palsu. Penyebab lemahnya riwayat ada pada Muhammad bin as-Sa`ib al-Kalbi dan Syu`aib al-Jaba`i. Muhammad bin as-Sa`ib al-Kalbi dinilai sebagai rawi yang matruk (ditinggalkan/dusta) oleh Imam Adz-Dzahabi, Imam Ibnu Hibban dan lainnya. Sedangkan Syu`aib al-Jaba`i dinilai juga sebagai rawi yang matruk oleh Imam Adz-Dzahabi dan Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani.


Jadinya, doa-doa yang menyatakan cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha yang pernah kita muatkan dalam kad jemputan kahwin kita dahulu ataupun, doa-doa yang pernah diucapkan oleh ustaz-ustaz dalam kursus perkahwinan kita dahulu adalah sesuatu yang janggal. Mungkin kisah cinta ini datangnya dari kisah israilliyat yang mungkin benar dan mungkin juga tidak. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda :-

“Jangan kamu  membenarkan penuturan Ahlul-Kitab, jangan pula mendustakannya. Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan apa-apa (kitab) yang diturunkan kepada kami dan (kitab) apa-apa yang diturunkan kepadamu." (HR. al-Bukhari)

Yang kita takuti ialah jikalau kisah itu tidak benar. Maka kita secara tak sedar telah  mendustakan kisah Nabi Yusur A.S. Nak jawab macam mana dengan Nabi Yusuf kalau kita bertemu dengan dia suatu hari nanti.

Sekadar berkongsi…

Monday, August 22, 2011

A unit again

0

Minggu lepas balik kampung Besut lagi. Kali nie balik dengan kereta sebab nak angkut semua sekali balik ke PD. Lama jugak la duduk melepak kat kampung. Kebetulan pulak memang Selangor nie ada cuti Nuzul Quran hari Rabu lepas, aku pun ambil cuti 2 hari awal, Isnin dan Selasa. Dapat la 5 hari total cuti semua sekali. Petang Jumaat lagi dah gerak dari opis. Punyalah lebatnya hujan hari Jumaat arituh, menyaksikan banyak kereta accident kat karak highway. Tak sangka pulak, kakak aku kat Serdang pun accident jugak disebabkan hujan lebat. Kesian Kak Nim.

Sepanjang duduk kat kampung, aku banyak bukak puasa kat luar ja pun. Cuma sehari ja bukak puasa dengan family. Padahal, waktu duduk bujang pun memang aku bukak puasa kat luar ja memanjang. Dah dekat ngan family pun, still bukak puasa kat luar lagi. Musykil aku.

Ada sekali tuh, bukak puasa dengan Menteri Besar Terengganu terus. Hehehehe..layan ja la. Janji makan free.

Yang kanan sekali tuh, bapak mertua la

Menteri Besar Terengganu dengan DO kot

Ramai JKK yang join

 Kuih akok, daging singgang, ikan bawal masak sambal, sayur sket ngan pisang

So, balik ke PD semula hari Selasa. Macam tak percaya pun ada. Mana taknya, kalau selalu aku ambil masa sampai 8 jam minimum dari Besut ke KL..hari Selasa arituh, aku cuma drive 6 jam saja. Nak kata laju, tak laju mana pun. Memang best bila tak ramai orang atas jalan. Rilek jaaa..

Sampai KL jam 1.30tghari. Lepak rumah Angoh dulu sampai la bukak puasa. Seronok betul la anak-anak aku dapat jumpa sepupu diorang. Habis bising satu rumah dibuatnya. Tapi nasib baik la diorang nie jenis ingat rumah jugak, kalau tak payah nak memujuknya.

Hadi, Hazwan, Hafiz, Ilham dan Haikal

Husaini pun main jugak ngan Iman...hehehehe

Akhirnya semua sekali selamat samapi kat PD. Bergembiralah aku kerana kami dah jadi satu unit family kembali di rumah kami sendiri. Hari nie kiranya dah seminggu la kami 6 orang tinggal sekali. Aduh…bestnya ada family.

Hmm…tu je la kot ceritanya. Just nak update blog ja…hehehehe

Wednesday, August 10, 2011

Penduduk kita makin bertambah

0
Minggu lepas (2 Ogos 2011) Malaysiakini melaporkan seorang warga Indonesia yang merupakan pemastautin tetap telah mendapat title warganegara dan layak mengundi dalam tempoh hanya beberapa jam. Nak baca Malaysiakini kena subscribe dulu, tapi boleh baca selanjutnya dari blog Penoreh Getah (klik sini)

Perkara nie menunjukkan perjuangan BERSIH adalah relevan. Isu nie jugak menunjukkan yang pilihanraya dah dekat sangat. Bagi yang opportunist tuh, time nie bagus kalau nak beli saham. Selalunya indeks akan naik untuk menunjukkan ekonomi negara semakin baik dan pelabur yakin kepada kerajaan yang memerintah sekarang. 2-3 minggu sebelum mengundi, make sure jual siap-siap, jangan tunggu lama-lama.

Bila cerita nie meletup kat internet, banyak la statistik pendatang haram dan halal yang boleh kita baca dari akhbar arus perdana. Banyak sungguh rupa-rupanya. Kalau semua jumlah tuh dapat title warganegara, maka bertambahlah jumlah rakyat Malaysia dengan mendadaknya. Sudah pasti ada pihak yang mendapat keuntungan dari peristiwa ini.

Bagi aku, tak kiralah sama ada warganegara atau bukan. Sepatutnya, kita kena fikir dari sudut dakwah berkenaan dengan mereka ini. Kalau setakat 2-3 orang, mungkin kita boleh pandang ringan lagi tapi sekarang kita dah pun tahu mereka ini cukup ramai. Perlu ada satu sessi yang kita kena sediakan untuk mereka supaya mereka diingatkan kepada agama. Contohnya, kita kena sediakan satu sessi tazkirah dalam bahasa Bangladesh atau Indon atau Myanmar untuk memenuhi tuntutan dakwah ke atas mereka. Kebanyakkannya yang datang ke Malaysia nie orang yang susah-susah. Yang kurang mendapat pendidikan agama yang formal di negara mereka. Besarlah pahala yang kita dapat kalau kita juga ada usaha ke atas mereka ini. Setakat ini, hanya Masjid Seri Petaling sahaja yang aku jumpa yang imamnya mampu untuk memberi tazkirah dalam Bahasa Melayu, Urdu, English dan Arab. Semua tuh dari imam yang sama. Cukup hebat.

Perkara ini menjadi tanggunjawab semua, bukan hanya parti-parti politik tertentu sahaja. Ini kerana kerja dakwah adalah tanggungjawab setiap Muslim di atas muka bumi ini. Kerana Allah Ta'ala

Tuesday, August 9, 2011

Tahlil - pandangan aku yang dhaif

0
Bila muncul bulan Ramadhan nie, timbul banyak keinginan dalam hati manusia untuk berbuat baik agar beroleh pahala dari Allah SWT. Antara benda yang selalu aku perhatikan berlaku kat Surau Springhill nie ialah, permintaan untuk membacakakan tahlil setiap kali selesai solat tarawikh.

Gambar diambil dari internet.

I got nothing against the issue. Cumanya aku rasa umum perlu mengetahui kedudukan tahlil kepada si mati. Rata-rata orang yang membuat permintaan tahlil tu, akan mintak dekat imam supaya menyebutkan nama si mati satu persatu. Kalau tak, tak berapa "sedap" katanya. Padahal dalam doa tahlil itu sendiri telah merangkumi semua muslimin dan muslimat tanpa tertinggal sedikit pun. Maka, perbuatan menyebut nama sampai menyusahkan tok imam adalah sesuatu yang tak perlu bagi aku.

Kemudian kalau kita lihat secara dalam lagi, walau sebanyak mana jemaah yang hadir pun...pahala tahlil itu tidak semuanya pergi kepada si mati. Yang sampai kepada si mati adalah bacaan tahlil daripada anak si mati itu sendiri, yang lain dari itu hanyalah untuk diri masing-masing sahaja. 

Kita ambil contoh macam nie. Katakanlah aku ini seorang yang sangat kaya sehingga mampu membeli cincin berlian bernilai RM24 juta. Aku sudah pun merancang dan berwasiat kepada anak aku supaya apabila aku mati nanti, gunakan duit dari jualan cincin untuk mengupah para hafiz Al-Quran agar membacakan tahlil untuk diri aku setiap malam selama 65 tahun. Aku sangat pasti RM24 juta tuh mampu mengupah seramai 300 hafiz setiap malam selama 65 tahun kerana aku dah study dari awal lagi. Makanya, kalau pahala tahlil yang dibaca oleh para hafiz ini sampai kepada aku....InsyaAllah banyaklah pahala aku bila aku mati nanti. Tak payah la aku nak beramal selama aku hidup kalau begitu. Guna duit sahaja, semua jadi senang. Maka syurga hanya akan dipenuhi oleh orang kaya sahajalah. Sungguh mustahil untuk perkara itu berlaku.

Jadinya, yang tetap bersama kita bila kita mati kelak hanya 3. 
1.) sedekah jariah (yang beterusan)
2.) ilmu yang bermanfaat 
3.) doa anak yang soleh

Bagi aku, tak salah untuk bertahlil. Di dalamnya, ada anjuran untuk berzikir, membaca ayat-ayat Al-Quran, berselawat dan berdoa yang semuanya merupakan anjuran Nabi Muhammad SAW. Tapi pahala bacaan itu adalah menjadi milik masing-masing. Hanya bacaan anak si mati sahaja yang sampai kepada si mati.

Tapi apa-apa hal pun, ini hanyalah pendapat aku yang jahil sahaja. Tidak ada kekhilafan dalam pendapat aku jika bertentangan dengan pendapat Imam Syafie. Kalau perbezaan pendapat antara Imam Maliki dan Imam Syafie, barulah kita panggil khilaf. Tapi kalau perbezaan pendapat tuh antara Tajul Adli dan Imam Syafie, orang tak panggil khilaf. Orang panggil Tajul Adli yang jahil. Hehehehe...

Yang benar itu dari Allah jua.....

Monday, August 8, 2011

Mahal sungguh rasanya.

2
Seminggu lebih dah dibulan Ramadhan Al-Mubarak nie. Biological clock aku pun macam dah steady sikit. Takdak lapar memanjang. Dah rasa ringan ja bila lepas berbuka. Kalau hari 1st hari tu, lepas makan ja rasa macam nak telentang depan tv. Aduh laa...

Dari pemerhatian aku selama seminggu, aku tengok pasar Ramadhan kat KL macam kurang meriah sikit. Aku buat survey pun tanya kat kawan-kawan opis jer pun. Tadak cerita la plak aku nak ke Pasar Ramadhan sorang-sorang nie. Baik bukak posa kat Masjid ja, lagi best. Waktu aku ke Pasar Ramadhan di Kampung Raja, Besut minggu lepas, aku dapat rasakan banyak juga duit yang aku dah belanja padahal takdak menda sangat pun aku beli. Aku tengok , dah takdak benda yang mula dengan RM1 semuanya minimun RM2. Itu kat Besut punya cerita, kat tempat lain tak tau la plak. Tapi bila aku bukak cerita dengan kawan-kawan aku yang tinggal di sekitar KL dan Selangor, diorang pun sependapat dengan aku. Semua kata barang dah mahal. Disebabkan barang mahal, diorang pun macam malas nak ke Pasar Ramadhan. Tak berbaloi katanya.

Ada kawan aku yang bekerja kat International Medical University (IMU) kat Bukit Jalil. Management dia bagi dia balik kerja pukul 4.30 ptg. Opis aku pun bagi staff dia balik awal jugak dan banyak lagi company lain kat KL nie yang buat perkara yang sama untuk memudahkan umat Islam. Aku rasa la, kalau dah balik awal tuh..baik masak ja kat rumah. Masa pun banyak lagi sebelum waktu berbuka. Bila dah boleh masak, tak payah la nak ke Pasar Ramadhan lagi. Itulah kot antara penyumbang kepada kurang meriahnya Pasar Ramadhan tahun nie.

Satu lagi yang faktor yang menyumbang kepada kurangnya kemeriahan Pasar Ramadhan tahun nie ialah hujan. Minggu lepas ada la jugak dua tiga kali hujan kat KL. Kesian kat peniaga...

Ehh, apsal yang aku concern sangat isu nie? Oooo...aku nak pegi tangkap gambar kat Pasar Ramadhan hari nie. Lupa plak...

Pasar Ramadhan kat Batu Ompek (Batu Empat) PD


Saturday, August 6, 2011

Bercukur dan bersyukur

0
Sabtu minggu lepas, ada la buat sedikit majlis bercukur dan kenduri kesyukuran kat Besut. Huhuhu...dah seminggu baru nak update kat dalam blog. Nak buat camna, suntuk masa sikit time bulan puasa nie.

Kebetulan pulak tinggal lagi sehari nak masuk Ramadhan, kiranya buat kenduri untuk bagi orang makan untuk sambut Ramadhan sekali la tuh kot. Hehehhe...Nanti, time Ramadhan, dah takleh nak buat kenduri siang-siang hari plak. Kena naik van jenazah plak nanti.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Adik beradik wife aku pun banyak yang membantu memudahkan perjalanan majlis. Jemputan pun sekadar yang tinggal berdekatan dan qariah masjid sahaja. Yang best nya tuh, lauk memang cukup cukup untuk hadirin. Semua orang dapat makan dengan kenyang tapi tanpa terbuang sedikit pun. Aku sangat menyukai keadaan macam nie. Mengingatkan aku pada ceramah ustaz berkenaan "rezeki yang berkat". Moga keberkatan juga yang kami pohon dalam kehidupan ini, InsyaAllah.

Adik Husaini pakai baju sapa ntah. Muat pulak tuh dengan dia.

Tok Imam belah mulut adik dengan manisan kurma. Pastu, potong rambut sikit

Abah pun menyumbangkan kepakaran menggunting rambut dia..hehehe..

Disertai dengan selawat ke atas Nabi junjungan kita

Sambil aku memegang adik Husaini

Amacam, sama biru tak..??

Tenaga pengasuh dan pakar masak. Dari kiri Cik Da, Mak Teh dan Tok Wan

Nie gambar 4 orang yang muka nak serupa aka bodyguard wife aku

Gambar setelah dicukur. Nampak nakal sungguh muka dia..hehehe

Seronok betul rasanya bila dapat baby baru. Dah masuk 4 orang dah pun dan semunya lelaki tapi ntah la, rasa thrill tu masih ada lagi. Seronok dapat tengok telatah anak-anak yang sedang membesar. Harus aku akui, aku sendiri tak pandai sangat nak jaga anak tapi bila ada wife aku disisi, InsyaAllah, babysitting will be just like walk in the park. 

Aku tinggalkan lagi keluarga aku untuk 2 minggu lagi. Kemudian, InsyaAllah semua ahli keluarga kami akan berada di PD seperti sediakala. Untuk 2 minggu tanpa commitment keluarga nie, harus aku gunakan sebijak mungkin untuk amalan bulan Ramadhan. Kalau tak, aku akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. 

Alhamdulillah, wife aku masih belum tinggal puasa setakat hari ini. Dalam pada masa yang sama, dia masih mampu memberi susu badan kat anak. Moga Allah permudahkan urusan kami. InsyaAllah dan terima kasih kerana memilih aku diantara hamba-hambaMu untuk Kau amanahkan Tajul Husaini ini. Permudahkanlah ya Allah, permudahkanlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...