Showing posts with label History. Show all posts
Showing posts with label History. Show all posts

Sunday, March 20, 2016

Equinox and El Nino

0
     Sejak masuk bulan Mac tahun nie, cuaca di Malaysia menjadi sedikit panas jadinya. Asalnya Malaysia cuma terkesan dengan situasi El Nino yang disebabkan oleh suhu air laut di kawasan lautan pasifik. Kemudian, keadaan ini ditambah pulak lagi dengan kejadian equinox yang bakal berlaku sehari dua nie. Keadaan dimana matahari akan berada tepat di garisan khatulistiwa buat beberapa hari sementara beralih ke kedudukan yag seterusnya. Jadinya, kalau ikut bahasa...kita nie kena double whammy punya kepanasan. Panas dari laut kerana El Nino dan panas dari matahari kerana kejadian equinox. Yang pasal equinox tuh memang boleh aku accept la tapi bila bab El Nino tuh, aku pun sedikit confuse sebab Semenanjung Malaysia nie terlindung dari lautan pasifik. Sepatutnya kena Sabah dan Sarawak dulu. Entahlah, dah itulah ceritanya dalam media arus perdana. Layan ja la.

     Disebabkan musim panas nie, banyak gambar-gambar yang aku terima dari kawan-kawan sekitar utara tanahair menunjukkan tali air di sawah-sawah sudah kering sekering-keringnya. Kalau kat Malaysia sekarang ini, Chuping Perlis adalah kawasan yang paling panas dengan mencatatkan suhu 39 darjah celsius. Kedah pun tak terkecuali, cuma lari sedikit sahaja dengan Chuping.

Data diambil dari www.weather.com

     Kesian anak-anak aku kat sekolah. Kat KAFA pun kesian jugak. Musim-musim panas sebegini, harapnya anak-anak aku bersabarlah. Baru panas dunia. satu per tujuh puluh dari kepanasan neraka. Moga-moga kita semua pakat-pakat bersabar atas dugaan ini.

     Kalau anak-anak yang dah besar tuh, boleh la kita suruh-suruh supaya minum air banyak-banyak. Tapi bila yang kecik-kecik nie, bukan boleh main paksa-paksa. Kalau taknak minum tuh, tak payah la nak suruh-suruh lagi dah. Buat bergaduh pulak kalau dok paksa-paksa.

     Tapi yang pastinya yang kecik-kecik nie pandai cari bilik air. Bila dia panas, dia akan mandi sendiri-sendiri kat bilik air. Kita pun, dah musim panas macam nie...tak patut pulak nak menghalangnya. Tapi kalau dah sehari sampai 5-6 kali mandi, pening jugak kepala. Kemudian, bila mandi tuh...bukannya sikit-sikit air. Mula-mula diorang basuh dulu seluruh bilik air. Kemudian barulah nak gosok gigi la, syampoo la, mandi la, berenang la, nyanyi la...berbagai lagi kaedah mandinya. Habis semua paip air dibukaknya.

     Rasa kesal pun ada bila berlaku pembaziran sebegitu. Memang anak-anak dalam kepanasan tapi itu tak memberikan lesen untuk aku dan anak-anak membazir air. Sedang anak-anak aku sejuk dalam air tawar yang menyegarkan, ada segelintir manusia di sudut dunia nie kebuluran dan kehausan kerana tak minum air. Disatu sudut yang lain pulak, ada petani yang menangis mengenangkan tanamannya bakal mati kerana ketiadaan air.

     Itulah kekesalan aku. Yang dapat aku zahirkan pada anak-anak hanyalah " jangan membazir. Membazir kawan setan. Mandi sekadar mandi sahaja, bukan main air". Entahlah, harapnya masing-masing kita bertanggungjawab dan ambil beratlah terhadap setiap perkara yang kita kerjakan. Bukannya niat aku nak marah anak-anak pun. Semoga anak aku paham suatu hari nanti.

Monday, February 29, 2016

Muhaddith muda

0


     Saja nak masukkan clip dari YouTube bagi entry kali nie. Ada sebuah pertandingan para penghafal hadis. Tak tahulah di mana atau bila. Asalnya pun, aku tahu melalui video yang viral dalam whatapps. Subhanallah, sungguh sangat hebat adik Jihad bin Mut'ib bin Isa Al-Maliki. Sejujurnya, aku takut bila mengenangkan kedudukan aku di akhirat kelak apabila dibandingkan dengan adik Jihad. Video nie akan aku simpan supaya jadi tanda ingatan untuk aku agar aku sedarkan diri sedikit. Agar tunduk dan tidak sombong.

https://www.youtube.com/watch?v=c2VEzyFiKSY
https://i.ytimg.com/vi/riiqZ3IxrUM/maxresdefault.jpg

Saturday, July 25, 2015

Officially pindah

0
     Balik raya kat Alor Setar tak dapat nak dipanjangkan. Disebabkan kesesakkan lalulintas yang teruk, kami akhirnya bermalam di rumah kami instead of balik terus ke Alor Setar. Tapi pagi tuh, selesai sahaja Subuh, terus balik ke Alor Setar. Malam tuh pulak, balik pulak ke rumah sebab keesokannya aku bekerja. Sekejap sangat kat Alor Setar. Kesian kat parent.

     Kat rumah pun sekejap jugak. Sehari setengah di rumah, kemudiannya kami ke PD untuk urusan packing barang-barang. Kali ini, memang betul-betul pindah.

     Fuhh...letih, memang urusan pindah ini satu perkara yang meletihkan. Perkara-perkara besar macam almari tuh memang la jelas keletihannya. Perkara yang kecil-kecil pulak lagi la banyak dan melecehkan. Tapi nak komplen banyak pun tak guna. Aku juga yang decide nak pindah dulu....dah tuh, hadap ja la...

     Hari nak pindah tuh, nasib baik la jiran datang tolong angkat barang naik lori. Mula-mulanya memang diorang tawarkan diri nak tolong pun. Dah tu, takkan kita nie nak ucap terima kasih jerk. Sudah-sudahnya, wife aku la contact satu caterer nie. Mujur la wife aku pun selalu berurusan dengan caterer waktu kerja kat Poli PD dulu. Pendek ceritanya, kami buat la majlis open house merangkap clear house. Ramai la yang datang. Alhamdulillah....jasa kawan-kawan pasti akan dikenang.

     Gambar-gambar kat bawah nie, gambar kat rumah PD. Memang sempat amik gambar sebab ramai yang tolong. Gambar barang tengah bersepah kat rumah baru pulak, tak sempat nak tangkap. Letih tak ingat. Malas pun ada sebab tak tahu nak mula unpack yang mana satu. Aduyai...

Makan pun tak sempurna. Nak duduk pun, penuh kotak ngan plastik ja kat dalam rumah

Mujr la diorang nie okay.

Nasib baik popia basah sedap

Asfani. Jiran sebelah rumah

The legendary Cik Mat. 

Cik Mat JMDK (JasaMu DiKenang)

Set sound system bagi kat orang. Anak kecik mana boleh rumah bisisng-bising

Baru nak mula nie

Makanan dah sedia terhidang. Menunggu tetamu jerk

Gambaran barang-barang yang dah di packing. Longgok semua kat depan pintu. Senang nak angkat

Hehehehe

Dalam process

Nie pun baru nak process punya gambar nie

Sunday, July 19, 2015

Perkara yang tidak disangka-sangka

0
     Hari Ahad kami dah bertolak balik ke Alor Setar (begitulah perancangannya). Hari nie adalah hari raya ke-3. Selalunya, kalau hari raya ke-3 memang hari yang sedikit special untuk aku. Pada tiap-tiap tahun, kami yang pernah belajar sekelas di Kolej Sultan Abdul Hamid dari kelas 5 Science 1 akan berkumpul dihari raya ke-3 di rumah Cikgu Fauziah (Cikgu BM) dan Ustazah Mariah (Pendidikan Islam). This get together has never fail since 1996 if not mistaken.

     Dulu memang ramai. Waktu bujang, waktu takdak commitment...memang mudah untul berkumpul seluruh kelas pada hari tersebut. Tapi bila masing-masing dah berkahwin dan ada tanggungjawab lain yang lebih penting, makanya kehadiran jadi berkurangan. Kadang-kadang beraya kat rumah mertua, kadang-kadang kat rumah sendiri. Ada yang duduk kat oversea, ada yang beraya di rumah saudara mara lain. Macam-macam lagi alasan.

     Walaupun begitu, kekurangan tuh diganti dengan kehadiran anak-anak kecil pulak. Kalau satu family dah jadi 4 orang, 5 family sahaja dah dekat 20 orang yang akan hadir ke rumah cikgu. Cikgu pun dah masak akan trend kami nie so, raya ke-3 cikgu dan ustazah akan sewa khemah dan catering berbagai. Hari raya ke-3 diisytiharkan sebagai rumah terbuka untuk cikgu dan ustazah. Setiap kali hampir raya, ustazah akan bermegah-megah dengan kami yang tak pernah jemu melawatnya ketika raya. Habis semua tetamu akan mendengar tentang kami dari mulut ustazah.

     Tapi tahun nie rekod tersebut akhirnya lebur. Ntah dimana silapnya, semua tak sempat untuk hadir. Banyak yang kena balik awal untuk bekerja. Dengarnya, ustazah dan cikgu kecewa tahun nie. Kesian....kat cikgu kesian, kat ustazah pun kesian dan kat kami pun kesian. Rasanya, kena ada tindakan susulan. Rasanya, molek kalau kami berpakat untuk belanja cikgu dan ustazah dinner di mana-mana yang sesuai. Hmmm...boleh diketengahkan jugak idea nie.

     Anyway, on the way balik ke Alor Setar...kami disajikan dengan kesesakkan lalulintas dari Machang ke Jeli. Perjalanan yang amik masa 4 jam kini menjadi 10 jam. Lepas sahaja dari Jambatan Tasik Banding tuh, semua pakat tertidur sebab dan petang. Tinggal Hazwan sahaja masih berjaga.

     Kemudian dengan mulutnya yang memang tak reti nak filter tuh, tetiba dia cakap "Hazwan rasa macam nak tengok gajah la. Tu signboard tuh kata ada gajah nanti". Wife aku melarang percakapan sebegitu kerana memikirkan ramai sangat dalam kereta kami. 5 minit kemudian, sekumpulan gajah yang besarjumlahnya pun berjalan di tepi jalanraya. Kami dapat lihat semuanya dengan mata kepala kami. Hazwan la yang paling excited sekali sebab tercapai jugak apa yang dihajati.

     Terkedu kami suami isteri. Sepanjang menggunakan laluan tuh sebelum nie, tak pernah kami terserempak dengan gajah. Hanya ada signboard sahaja. Sejak dari itu, Hazwan jadi berhati-hati sikit bila bercakap. Hehehehe...

     Syukur kerana kami selamat. Syukur jugak kerana diberikan peluang untuk tengok sesuatu yang luar dari kebiasaan setelah lama sangkut dalam jem.

     Esoknya, viral dalam whatapps kata ada gajah mengamuk kat Gerik. Cerita bohong yang akhirnya dijelaskan bahawa kereta rosak tuh adalah kereta yang eksiden. Kesian gajah kena fitnah. Mengamuk pulak gajah tuh sebab kena tuduh yang bukan-bukan.....macam-macam.

Ada orang whatapps gambar nie. Mujur la gajah tuh lalu tepi ja, kalau tidur tengah jalan? 

Tuesday, May 12, 2015

Cahaya mataku

0
     Bila Allah amanahkan kita dengan sesuatu perkara, boleh jadi Dia ingin menjaga diri kita dari keburukan. Boleh jadi juga Dia ingin memartabatkan, boleh jadi juga sebagai asbab kepada sesuatu yang lebih baik. Maha Suci Allah, sesungguhnya Dia-lah jua sebaik-baik perancang. Perancangan-Nya adalah perancangan yang teliti dan halus. TIdak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Dia.

     Subhanallah, isteriku baru sahaja melahirkan cahaya mata yang ke-6 kami. Sungguh kami bersyukur atas limpahan kurnia rahmat-Nya. Berkali-kali ditarbiahkan dengan kesempurnaan perancangan-Nya. Segala-gala yang berlaku dalam hidup aku sejak dari permulaan lagi bagai bercantum satu-persatu episodnya. Episod-episod yang pada awal bagaikan tak significant tapi episod itu bersilang pada satu titik yang menyebabkan aku terkedu dan kagum dengan perancangan-Nya.

     Dapat kerja di Kulim, kemudian wife pun dapat transfer dan kemudian bersalin di Kulim. Semuanya berturutan dalam turutan yang sempurna sekali. Siapakah yang dapat menjadikan turutan itu sempurna kalau bukan Dia? Moga aku insaf memikirkannya.

     Kami bersyukur dikurniakan baby lelaki yang sihat dan tembam (baby bambam). Dr dah pun membuat keputusan untuk buat operation bila keadaan dalam labour room menunjukkan tanda-tanda degupan jantung baby tak keruan. Sudah ada najis dalam air ketuban dan aku juga dah pun menandatangani borang pembedahan.

     Tapi akhirnya, wife aku bersalin normal dalam bilik operation. Tak jadi operate disaat akhir. Sungguh Dia Maha Berkuasa mengatur segala-galanya. Moga-moga Kau ampunilah kami yang zalim terhadap diri kami ini.

     Untuk adik, selamat dating ke dunia. Jadilah anak yang soleh agar hidupmu tak sia-sia. Jadikanlah dunia ini tempat bercucuk-tanam untuk kau tuai hasil yang baik di akhirat sana. Walaupun adik adalah yang ke-6 tapi thrill menunggu mama bersalin masih lagi bagai anak yang pertama. Abah, mama, abang-abang dan kakak....semua sayang adik. Marhaban adik....marhaban.

3.63kg tuh...bambamnya dia.

Friday, February 13, 2015

Perginya seorang murabbi

0
 
 


     Sungguh berat dugaan untuk rakyat Kelantan khususnya dan sebuah dugaan yang menyedihkan buat rakyat Malaysia amnya. Seorang ulama yang selama ini mengorbankan jiwa dan raganya untuk menegakkan agama Islam di Malaysia, telah dijemput oleh Ilahi pada tanggal 12 februari 2015 bersamaan.23 Jamadil Akhir 1436 jam 9.45 malam.
 
Waktu muda Tuan Guru. Gambar diambil di Mesir rasanya. Tuan Guru di tengah sekali

     Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bin Nik Mat telah pergi selama-lamanya dari kita. Seorang ulama yang sebahagian besar perjuangannya cuba dipinggirkan oleh pihak berkuasa namun akhirnya mendapat liputan yang meluas pada hari kematiannya. Allahyarham yang tidak jemu-jemu menyampai dan mengajarkan ilmu agama ketika hidupnya, sehingga perginya juga menjadi ibrah pada semua yang menyaksikan urusan pengkebumiannya. Urusan jenazahnya yang mengikut sunnah, sangat memberikan iktibar kepada rakyat Malaysia yang banyak dipengaruhi oleh adat dan budaya.

     Allahyarham bukanlah maksum, namun kebanyakkan dari kehidupannya sangat memberikan kesan kerohanian kepada rakyat Malaysia. Tak kira kaum sama ada Melayu, Cina atau India, semuanya bersetuju bahawa Allahyarham adalah pemimpin yang menolak kepentingan dunia tetapi terlalu berusaha mencari keredhaan-Nya. Selama 23 tahun menjadi Menteri Besar Kelantan, rumahnya hanyalah rumah kayu. Mendengar mutiara kata dari mulutnya ketika tahun-tahun akhir kehidupannya, sangatlah menyentuh hati dan menginsafkan. Rakyat Kelantan dan seluruh buminya sungguh bertuah. Bumi Malaysia juga bertuah kerana berpeluang mengenali Allahyarham.

     Sehingga entri ini ditulis, Malaysia sudah 3 minggu (05/03/2015) kehilangan tokoh yang berwibawa ini. Walaupun 3 minggu telah berlalu, masih terasa sebak dalam dada bila mengingati perginya Allahyarham. Kehilangan ini adalah sebuah kehilangan yang sangat besar pada agama dan pada sejarah pemikiran manusia. Kehilangan yang pastinya sukar dicari ganti. Berehatlah wahai murabbi. Sesungguhnya kami bersaksi bahawa engkau jua telah berjuang kerana agama ini. Allahuakbar.

Monday, January 12, 2015

Persekolahan yang ditunda

0
     Tahun 2015 nie, Tajul Hafiz dah masuk darjah satu, Hazwan darjah 2 dan Hadi darjah 4. Husaini plak, masuk tadika KEMAS kat Bandar Springhill nie. Kiranya, boleh tahan la jugak busy kalau waktu pagi tuh. Kelam-kabut sikit sebab menguruskan anak-anak ke sekolah. Rasanya, PIBG Sekolah Lukut tahun nie bakal menerima sumbangan yang banyak gak dari kaluarga aku. Hehehehe..
 
     Sepatutnya persekolahan bermula pada 5/1/2015. Kebetulan MC aku pun berakhir pada tarikh yang sama. Kiranya, sempat la untuk aku menemai Hafiz dan Husaini untuk hari pertama persekolahan. Tapi Allah Maha Mengetahui. Kejadian banjir yang melibatkan beberapa negeri pada penghujung tahun 2014 betul-betul menggemparkan seluruh negara. Sesiapa pun tak menyangka sampai begitu besar sekali magnitud kesan dari banjir tahun 2014. Gambar di bawah adalah dari Google image. Ini baru sebahagian sahaja.

 
Banjir 2014 di Kelantan. Pahang juga mengalami banjir yang teruk.

     Banjir yang berlaku menyebabkan sesi persekolahan terpaksa ditunda selama seminggu kerana memberi ruang kerja-kerja pemulihan dilakukan. Walaupun dapat masa seminggu, kerja-kerja pembersihan masih lagi berterusan pada bulan Februari kerana kesan banjr yang terlalu besar. Moga Allah menggantikan dengan yang lebih baik kepada apa yang hilang. Memberikan balasan nikmat kepada semua yang membantu. Mujurlah Malaysia ini didiami oleh orang-orang yang pemurah. Syukurlah.

     Berbalik kepada cerita Hafiz, mujurlah Proton bagi cuti pada 12/1/2015 untuk kakitangannya menguruskan hal-hal persekolahan anak. At least, dapat la aku mengabadikan dua, tiga gambar untuk kenangan masa hadapan.

Dapat masuk kelas 1 Earth.
 
 Kecik sungguh Hafiz berbanding kawan-kawan dia

Hehehehe...baru perasan abah

Sekolah Kebangsaan Lukut.

Guru Besar memberikan ucapan
 
Best tak shot nie..??

Nie gambar waktu lepas habis test. 

Hehehehe...Tahniah Hafiz. 
 
 
     Lepas tuh, bergegas ke Tadika KEMAS plak sebab nak masukkan Husaini. Kelam-kabut jugak la hari tuh, tapi mujur kita dah kenal dengan semua driver van, cikgu sekolah dan cikgu tadika. Jadinya, semua perkara macam main pesan-pesan sahaja sebab dah kenal. Itulah untungnya bila dah 10 tahun jadi warga Bandar Springhill nie. Kerja jadi mudah. Alhamdulillah.
 
Beg merah tuh, Husaini yang pilih sendiri kat kedai.
 
Cikgu kata, tak habis-habis dok sengih Husaini nie.


Alhamdulillah Husaini OK. Tak meragam.

Babai Bibo. Nanti tengahari Abah dating amik ekk...
 
     Kisah hidup anak-anak aku nie, aku abadikan dalam gambar. Pergi dengan harapan, pulanglah dengan kejayaan. Moga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah hendaknya...amin

Wednesday, November 12, 2014

Selesai satu bab

0

   

     Alhamdulillah.....dah graduate dah pun. Rupa-rupanya orang yang bakal graduate dipanggil GRADUAND. Baru minggu lepas aku tahu. Mujur jugak aku pi majlis konvokesyen UPM yang ke-38. Belajar jugak benda baru.

     Minggu lepas ada majlis konvokesyen yang ke-38 di UPM dan aku adalah salah seorang graduan yang dijadualkan untuk ke pentas pada sessi ke-8 iaitu sessi yang terakhir sekali. Majlis berlangsung pada hari Selasa petang. Mujur jugak petang, kalau pagi boleh jadi kelam kabut rasanya. Anak-anak tak dapat ikut serta sebab tak ada penjaga waktu wife aku masuk ke dalam dewan. Wife aku adalah teman setia aku yang sentiasa memberikan sokongan tanpa syarat dan dia sudi untuk ambil cuti untuk menemani aku ke majlis tersebut. Terima kasih.....terima kasih bebanyak. Seronoknya dapat kongsi kegembiraan dengan orang yang sangat rapat dengan kita.

     Tak banyaklah gambar yang diambil. Sekadar kenang-kenangan sahaja. Dah la pakai coat, kemudian jubah pulak lagi. Ditambah dengan terik matahari tengahari. Memang sesungguhnya itu semua adalah resipi yang lengkap untuk spa yang efisien.

 Sebahagian dari rakan-rakan seperjuangan.

Shot nie memang aku suka. Sebab aku yang snap sendiri. Hehehehe

Happy faces

Partner in crime. Bagus mamat nie brilliant but simple.

Yang selebihnya gambar kami berdua la. Hehehehe..

Orang yang banyak bagi support

Banyak bagi dorongan

Yang banyak bagi bunga (kan dah dapat bunya sejambak) 

Posing jer la macam mana gaya pun

Terpaksa duduk sebab jubah berat. Sakit bahu 

Sakit-sakit pun, lambung jugak mortar board tuh. Hehehehe

Dapat la jugak gambar bersama-sama satu family. Kegembiraan dikongsi bersama-sama. Anak-anak yang memberikan kekuatan pada aku untuk terus maju. Moga jadi inspirasi dimasa hadapan nanti.

This is it. This is my wife, my ecstasy, my aspirin, my paracetamol, the strength and weakness of my success, the soul to my colorful life. Without you, this joy will just be an empty celebration. Thank you my dear for your unconditional support and love. 



   

Tuesday, September 30, 2014

Kereta Baru Proton

0
     Hari Khamis minggu lepas, Proton dah launched model kereta terbaru yang diberi nama Iriz. Sebuah kereta segmen B yang asal nama projeknya adalah P230. Kemudian dikalangan pihak pengurusan, ianya dikenali sebagai GSC (Global Small Car). Kemudian dipenghujung-penghujung projek tersebut, namanya ditukar menjadi PCC (Proton Compact Car).

    Itu kerja pihak pengurusan. Tak layak pulak rasanya nak bercakap bagi pihak pengurusan. Tapi, InsyaAllah aku boleh berkongsi pengalaman bila bercakap bahagian engineering.

     Seperkara yang pasti bila bercakap tentang kejuruteraan automotif nie, orang banyak nampak kat enjin kereta. Ini memang lazim lebih-lebih lagi kat Malaysia. Jadinya, aku sering tak dapat nak jawab bila ada soalan-soalan berkenaan dengan enjin kereta Proton. Sebabnya, bidang aku adalah Trim and Body. Aku rasa, mungkin lepas nie aku kena belajar pasal enjin secara lebih mendalam kot. Bagus untuk diri sendiri dan Proton untuk kegunaan masa-masa hadapan nanti.

     Boleh dikatakan aku heavily involved dalam projek Iriz nie. Kebetulan pulak inilah kerja pertama aku berurusan dengan barangan besi setelah sekian lama mengadap plastik. Orang tengok aku ada pengalaman dalam kerja aku jadinya diorang expect aku boleh deliver. Masalahnya, pengalaman dalam plastik tak sama dengan kerja dengan besi. Maka, aku terpaksa bekerja 2 kali ganda untuk catch up ilmu baru dan deliver dengan sempurna.

     Alhamdulillah, aku menghargai peluang yang datang ini. Letih tetapi memberikan pengalaman yang bernilai sekali. Seronok bila kita dapat tengok hasil kerja kita kat jalanraya. Ini bukanlah kali yang pertama aku buat kereta tapi ada rasa kelainan sikit model Proton yang terbaru nie. Ada tag usaha tak kenal jemu kat kereta tuh. Dan yang paling uniknya adalah, aku MC panjang apabila kerja aku dengan Iriz tuh hampir selesai. Macam dirancang-rancang pulak. Hmmmm...

     InsyaAllah, ada niat nak pakai Iriz nie. Sebabnya, tak ramai orang boleh pakai kereta yang dia buat sendiri. Hehehehe....

Credit Photo to Paultan.org

Credit Photo to Paultan.org

Credit Photo to Paultan.org

Credit Photo to Paultan.org
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...