Monday, September 26, 2011
Sunday, September 25, 2011
A new level
4
Sibuk sungguh aku sejak lepas hari raya tahun nie. Macam-macam benda kena buat serentak sampai rasanya tak cukup 24jam sehari. Blog pun dah lama tak update padahal banyak jugak benda yang aku nak kongsi. Camera pun lama dah tak pegang. Kesian camera aku, mesti camera aku merajuk dengan aku.....tapi aku ada gambar baru.
nie la dia gambar terbaru aku.
Aku sambung master kat UPM. Jadi student seperti dahulu kala. Dah 2 minggu dah aku masuk kelas. At the same time, aku masih lagi berkerja kat Lotus. Titile aku kat UPM pulak, full time student. Memang teknikal betul.
Hmm..tak boleh nak update banyak2. Nak kena cari material untuk journal aku nie. Karang kalau tak sempat siap kang, tak pasal2 ja plak. hehehehhe...
Friday, September 16, 2011
Semoga aku pun beroleh hidayah juga
0
Dalam bulan puasa yang lepas, ada satu peristiwa menarik
yang aku alami. Ceritanya, waktu aku tgh bertadarus kat surau, ada la sorang
budak muda dalam lingkungan 18 tahun duduk sebelah aku. Aku budget, dia pun nak
join group tadarus kami kot.
Lepas habis turn aku baca, aku mintak dia sambung baca ayat
seterusnya. Budak tuh mintak skip giliran dia sebab dia tak reti baca. Aku
kata, baca la slow slow pun. Kami boleh tunggu. Kalau salah kami bertulkan. Dia
cakap, dia memang taktau baca Al-Quran.
Selesai bertadarus malam tuh, aku pun ajak la budak tuh
bersembang kejap. Curious jugak aku sampai dah besar panjang pun taktau baca
Al-Quran lagi. Bila aku tanya umur, dia cakap 18 tahun. Bila aku tanya apsal
tak pandai baca Quran, dia cakap sebab dia baru 4 bulan masuk Islam. Terkejut
gak aku sekejap. Rupa-rupanya dia saudara baru. Aku ingatkan dia nie macam
budak-budak lain yang aku kenal. Aku silap rupa-rupanya. Aku tak boleh nak
masukkan detail pasal dia kat dalam blog nie. Nanti takut identiti dia
terbongkar, kesian pulak kat dia. Tapi aku berhajat nak coretkan perkara umum
yang kami bincangkan selama aku mengenali dia.
Aku tanyakan kat
dia macam mana yang dia boleh terpikat nak masuk Islam nie. Dia cakap, sejak
dari dia umur 13, 14 tahun lagi dia dah terpikat nak masuk Islam. Dia cakap, dia suka baca bible. Tapi bila
dia baca bible, dia rasa macam baca cerita dongeng. Jadinya, dia cuba cari
cerita pasal nabi-nabi yang dia tahu dari bible kat kitab lain pulak. Dia jumpa
Al-Quran. Dia cakap, bila sekali dia baca Al-Quran, dia rasa hati dia tertambat
terus pada Islam. Persoalan dia terjawab dengan hanya membaca Al-Quran.
Kemudian, dia bertanya pulak pada orang-orang yang dia kenal tentang kenapa
perlu ada hadis kalau Al-Quran tuh dah lengkap. Dia akhirnya jumpa jawapan
sendiri dan dia sangat berpuas hati. Akhirnya, dengan hidayah Allah..dia masuk
Islam setelah cukup umur dia untuk tukar agama.
Dia cakap, dia
memang takut nak tukar agama kerana memikirkan ibubapa dia. Kalau ibubapa dia buang dia, maka dia akan
tinggal sebatang kara sahaja. Dah la dia baru sahaja mengenali dunia, kerja pun belum lagi. Tapi dia
cakap, bila dia dah mengucap 2 kalimah syahadah, semua menda yang dia takuti
tuh rupa-rupanya tak terjadi. Bahkan, Allah Ta’ala berikan pulak banyak lagi
kelebihan bila dia dah masuk Islam. Dia dapat kawan-kawan yang berkualiti dari
segi akhlak dan agamanya, dia dapat ustaz2 sebagai rakan karib dia, dia dapat
mak bapa angkat yang sangat memberikan sokongan pada dia dan macam2 lagi.
Walaupun hanya tahu baca 4 surah sahaja (Al-Fatihah dan 3 Qul) dia akan bangun
jugak sembayang sunat malam2 sebab terlalu bersyukur dengan nikmat agama yang
Allah dah bagi kat dia. Subhanallah.
Kagum sungguh aku
dengar cerita dia. Macam mana
satu orang budak muda boleh buat perbandingan antara bible dan Al-Quran
sedangkan aku pada umur belasan tahun macam tuh, dok sibuk dengan duniawi.
Kemudian dari perbualan kami, aku dapat tahu yang buku2 yang dia dah baca
sebagai rujukan agama pun bukannya sedikit. Mengalahkan jumlah buku yang aku baca
dah pun. Sungguh dasyat. Dalam hati aku sebenarnya cemburu dengan kelebihan
yang Allah bagi kat dia. Semoga, aku jugak diberi hidayah yang sama seperti
budak tuh.
Dalam perkenalan
kami yang hanya beberapa minggu tuh, aku hadiahkan dia sebuah buku yang aku
sangat sukai. Sebuah buku tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW yang aku rasakan
sangat hampir dengan fakta sejarah. Dalam pada masa yang sama, aku nasihatkan
dia agar fokus pada pembelajaran agama. Jangan peduli sangat isu-isu semasa kat
Malaysia nie yang suka mempolitikkan agama. Aku taknak dia jadi keliru. Malu
aku jadi Melayu kerana bangsa Melayu la jugak yang mempermain-mainkan
agama.
Aku rasa aku
sangat bertuah dapat menyelami perasaan dia terhadap Islam. Bagaimana matangnya
fikrah dia kalau nak dibandingkan dengan umur dia. Membuatkan aku serba sedikit
mengaku akan kekurangan diri aku. terus-terang cakap, aku sendiri tak tahu nak
cakap apa kat dia berkenaan Islam. Malu kan..?? Semoga dia bertemu dengan tok
guru yang dapat membimbing dia menjadi mukmin sejati. InsyaAllah.
Saturday, September 10, 2011
Aidilfitri 2011
2
Dah nak masuk minggu kedua raya dah pun skrang nie. Kejap ja
rasanya. Pejam celik, pejam celik, dah nak hujung tahun.
Raya bebaru nie seperti kebiasaannya, memang kami sekeluarga
busy. Bukannya busy sebab apa pun, kami busy travelling. Setiap tahun, memang
kami akan pusing satu Malaysia bila tiba hari raya. Macam raya tahun nie,
mula-mula beraya kat Alor Setar. Lepas tuh, ke Besut. Dari Besut baru la kami
balik ke PD semula. Tahun depan tukar pulak. Raya kat Besut dulu, kemudian Alor
Setar dan barulah boleh balik PD. Begitulah alkisah busy nya kami sekeluarga.
heheheheh…. 1500km perjalanan tuh, senang-senang ja kami boleh achive dalam satu trip.
Tahun nie kami beraya bersama ahli baru. Tajul Husaini
nama dia. Baru ja umur 2 bulan, dah ada dua tiga pasang baju raya. Memang timing baik punya. Meriah rumah Alor Setar dipenuhi dengan anak
saudara dan anak sendiri yang ramai. Tak menang tangan nak melayannya. Glamer
la Husaini bila jadi perhatian ramai sepanjang kat kampung arituh. Husaini pun
boleh tahan jugak, kuat bersembang.
keluarga kami memang environmental friendly sket. Go Green..!!
ada budak happy sebab dapat duit raya
Bergambar dengan tok wan dan mak tok. Walaupun tok wan tak sihat tapi masih steady lagi layan cucu
Nie salam bodek namanya
Tok wan dengan Husaini
Raya ke-3 selalunya kami akan menziarahi rumah
cikgu. Memang dah menjadi kelaziman kawan-kawan sekelas sewaktu di KSAH untuk berkumpul kat
rumah cikgu Fauziah (Cikgu BM) dan Ustazah Maria pada hari raya ke-3. Cikgu dah
Ustazah pun dah terbiasa buat open house raya ke-3. Seronok rasanya bila cikgu
masih lagi ingat nama kita satu persatu bila berjumpa. Bagus betul cikgu-cikgu
kat KSAH nie. Sungguh berkat ilmu yang cikgu dah ajar kat kami.
Kat rumah cikgu Fauziah. Cikgu Fauziah yang duduk kat tengah-tengah sekali
Posing sket
Nie, ustazah Maria dan suami dia
Lepas dari menziarahi rumah cikgu tuh, terus la berangkat ke Besut. Alhamdulillah, perjalanan selamat cuma lagi ada la jalan sesak sikit kat simpang
mana ntah. Simpang Pasir Puteh kot. Sakit la jugak hati, tapi nak buat camna. Redha ja la…bila sampai ja di kampung, suka sangatlah budak2 tuh
dapat jumpa sepupu sepapat depa. Bagai nak runtuh rumah bila depa berlari. Nak
buat macam mana, cucu tok wan semuanya lelaki. Takdak lagi yang pompuan.
Set baju petak
Ujung minggu hari Sabtu tuh, sempat lagi kami mandi kat
pantai Bukit Keluang. Ingatkan takdak orang, rupa-rupanya ramai sungguh
manusia. Lain sungguh air laut kat Terengganu nie berbanding dengan PD. Bersih
sungguh air dia, jernih.
Nampak sampai ke dasar
Kalau dah mandi tuh, sampai tak ingat nak naik
Ramai sungguh orang datang berkelah kat sini. Ingatkan kami ja..
Ahad baru balik ke PD. Mujur perjalanan lancar. Sampai ja rumah kat PD, semua terbogkang keletihan. Padahal yang bawak keta aku sorang ja. Bagus jugak la budak-budak tuh tido gak, kalau tak nanti aku pulak yang tak boleh tido. Walaupun keletihan, tapi semua keletihan tuh sangatlah berbaloi. Yang penting, kita meraikan Syawal tanpa melanggar syarak. Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan hari itu diterima. Semoga kita istiqomah melakukan ibadat walaupun diluar bulan Ramadhan. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)