Saturday, January 30, 2016

Sekitar hari perkahwinan sepupu di Skudai

0
     Untuk Nani, selamat pengantin baru. moga kekal bahagia dunia dan akhirat. Untuk tokey brand Akudesign, bangga arr dapat sepupu macam korang. Hehehehe..














Friday, January 15, 2016

Cerita Januari 2016

0
     Kalau nak diceritakan semua perkara yang berlaku dalam bulan December 2015 sehingga hari nie, memang banyak. Bermula dari majlis perkahwinan sepupu kat Skudai yang menyebabkan kami sekeluarga travel dari utara tanahair hinggalah ke selatan Malaysia. Balik tuh, singgah kat Melaka menemui makcik yang ada di sana. Singgah sebentar di Bandar Springhill, Port Dickson untuk semalam. Teringat pulak kenangan manis suka dan duka kat situ. 10 tahun punya cerita, memang sayu saja tengok rumah tuh. Kemudian ke KL sebab menemani abang yang nak bercuti di sana. Pastu dari KL, terus balik ke Besut pulak. Hinggalah kami balik semula ke rumah kami. Memang sungguh-sungguh punya cuti sekolah. Baru nak abis penat, sambung pulak lagi dengan mencari barang-barang persekolahan. Bila masuk Januari pun, masih lagi berada dalam gear 5. Semua perkara perlu dibereskan segera.

     Hmmm...dua hari yang sudah, baru sahaja buat operation kat KPJ Bukit Mertajam bagi mengeluarkan besi yang ada dalam bahu kiri aku tuh. Dua malam jugak duduk kat hospital. Gambarnya, akan di upload kemudian.

     Hari nie, nak cerita benda lain pulak. Kalau bercerita bab sibuk memanjang, memang tak habis jadinya. Sewaktu di kampung atuk aku dahulu, ada seorang lelaki yang kami panggil dia dengan nama Manap. Ayah Manap nie, seorang yang istiqamah dalam perkara menghidupkan masjid. Cikgu Ghani nama dia. Tapi orang kampung shortform kan sahaja jadi Cikgu Ani.

     Cikgu Ani nie baik orangnya. Ke hulu ke hilir dengan serban putih di kepala. Sangat jarang aku lihat dia bersembang di kedai kopi. Tak seperti kebanyakkan orang-orang kampung yang lain. Dia tak suka buang masa. Namun Allah uji dia dengan anaknya, Manap. Walaupun dalam lingkungan umur 30-an, Manap mempunyai pemikiran yang lebih kerdil dari anak-anak kecil. Manap tidak normal. Seringkali, dia akan berjalan keliling kampung dengan hanya berseluar jerut tanpa baju. Dia sangat dikenali diseluruh kampung. Dia suka menegur orang namun, tidak ada perkara serius yang dapat dibincangkan dengan Manap.

     Ada satu ketika dia mengisytiharkan bahawa nama dia telah ditukar menjadi Shah. Sejak dari itu, dia tidak senang apabila orang memanggilnya Manap. Bila dipanggil Shah dia akan menyahut, bila dipanggil Manap dia akan berlalu pergi.

     Aku kenal Manap sejak dari kecil lagi. Mungkin sejak dari hari pertama aku bertutur dalam dunia ini. Aku membesar dari budak kecil kepada remaja. Dari sekolah ke universiti. Dari bujang hingga berkeluarga. Perubahan berlaku dalam hidupku saban tahun sesusai dengan usia ku yang meningkat. Tapi bagi Shah, dia masih sama seperti dahulu. Seluar jerut dan tidak berbaju. Masih berjalan keliling kampung dan menegur setiap insan yang dia kenali.

     Ada cerita lucu mengenai Shah bila dia jatuh hati dengan seorang guru perempuan yang mengajar di kampung aku. Cikgu ini dari kampung lain dan setiap hari akan naik bas ke kampung aku. Khabarnya, Shah akan tunggu setiap hari di stesen bas kampung aku untuk berjumpa dengan cikgu perempuan tersebut. Tapi akhirnya, Shah frust jugak sebab cikgu tuh telah berpindah sekolah.
    
     Kalau dilihat secara zahirnya, memang jelas Shah berada sangat terkebelakang. Tak ada perempuan pun nak kan kat dia. Cikgu Ani mungkin susah hati memikirkan anaknya sedemikian rupa. Aku hanya dapat membayangkan tapi aku tak dapat mengetahui dengan mendalam melainkan keluarga Cikgu Ani sendiri juga yang memahaminya.

     Lama sungguh tak jumpa Shah. Disember tahun 2015, ada berita mengatakan Shah sedang nazak dan berada di hospital. Ada gambar dikirimkan melalui whatapps oleh makcik-makcik aku. Selang beberapa hari, Shah akhirnya dijemput oleh Ilahi.

     Shah aka Manap

     Di dunia Shah mungkin tak merasai penghormatan yang mulia. Tapi aku yakin, dia sedang bahagia di sana. Shah orang yang baik, cuma dia tidak normal pada pandangan manusia. Sebuah definasi ciptaan untuk membeza-bezakan kita. Hal Shah di atas dunia sudah pun selesai. Pastinya bagi Shah tempat yang baik sebagai balasan kekurangannya di atas bumi. Berbahagialah Shah. Moga kita bertemu lagi dalam suasana yang lebih baik. Amin.. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...