Wednesday, December 16, 2015

Bulan Rabiulawwal

0
     Dah 5 hari berada dalam bulan Rabiulawwal. Padanya terdapat sejarah besar bahawa Nabi yang kita sayangi dilahirkan dalam bulan Rabiulawwal. Walaupun ada beberapa pendapat yang lain namun, Rabiulawwal adalah pendapat yang paling masyur.

     Insan yang mulia itu pernah berjalan di atas muka bumi ini. Bumi menjadi mulia kerana baginda. Bahkan, kita juga menjadi mulia kerana menjadi umatnya. Tak terucap kata-kata terima kasih diatas segala usaha yang baginda lakukan.

     Kadang-kadang kita cemburu dengan golongan sahabat yang pernah hidup bersama baginda. Kehidupan mereka terpandu dengan jelas kerana Nabi berada di tengah-tengah mereka. Segala kemusykilan, ditanya terus. Segala perbuatan, ditiru secara langsung. Contoh dan teladan yang baik berada di hadapan mata.

     Tapi kita tidak tahu apakah yang akan berlaku kepada kita jika benar kita hidup pada zaman baginda. Boleh jadi kita menolak kerana mengikut arus semasa orang-orang Mekah ketika itu. Boleh jadi juga, kita lebih percaya kepada golongan munafik yang pandai bermuka-muka di Madinah ketika itu. Syukurlah kita dapat kenali baginda dari peningalan hadisnya. Moga kita dikumpulkan bersama baginda nanti, Insya Allah.

Gambar dari Free Islamic Calligraphy

Thursday, December 3, 2015

Hujung Minggu Lepas

0
     Ini cerita hujung minggu lepas. Baru nak update sikit hari nie sebabnya dalam dok menulis journal paper, tetiba ilham tak sampai. Paksa punya paksa, dapat la jugak sikit tapi 2 baris sahaja. Itupun dah setengah jam punya paksa. Jadinya, baik la stop sekejap. Buat benda lain dahulu dengan harapan dapat la balik ilham selepas nie.

     Ceritanya berkenaan dengan progress PhD aku nie. Prototype mesin dah nak siap. Kalau ikutkan jadual, sepatutnya dah boleh buat trial pun. Makanya, habis la segala supervisor, co-supervisor, sorang bekas student PhD dari Zimbabwe dan visiting lecturer dari Iran datang melawat mesin prototype aku.

     Kelam-kelibut la dibuatnya kerana yang datang pun bukan calang-calang orang. Kemudian pulak siap bawak spesimen lagi untuk run trial kat mesin aku tuh. Tapi nak dijadikan cerita, ada pulak technical faulty time tuh. Alamak, mesin terus takleh nak automated. Terpinga-pinga la aku menjawab semua soalan yang dilontarkan. Baru la padan muka rasanya. Aduyai.

Prototype dulu. Mana boleh sekali buat terus perfect

Orang lain pun dah balik.

     Disebabkan itu, aku janji nak selesaikan semua masalah hari yang sama. Hari Isnin la tuh. Padahal sepanjang malam tuh driving dari Kulim ke UPM untuk trial run mesin hari Isnin pagi. Bila dah berjanji nak siapkan jugak, makanya terpaksa la aku tangguh niat nak tidur. Walhal, aku punya mengantuk memang tak ingat-ingat. Tapi nak buat macam mana, esoknya aku kerja dan perlu berada di Kulim. Nak tak nak, kena siapkan jugak hari Isnin nie. Kalau tak, ntah bila pulak lagi nak turun ke UPM. Dah la jauh. Maka, bekerjalah aku dengan sekueknyo menyiapkan apo yang patut. Sebab dah janji nak kasik video dan gambar bila trial dah jalan.

     Sekali tengok-tengok sampai ke tengah malam Isnin tuh baru dapat jalan mesin. Malam tuh jugak amik video, buat trial run, amik gambar, compile report dan send ke email Prof Madya-Prof Madya nie. Daripada tengah malam, melarat ke jam 1.00 pagi hari Selasa, Aku cuma sempat tido setengah ja sahaja. Tapi sebab kejar masa, maka pukul 1.00 pagit tuh jugak bertolak dari UPM ke Kulim. Bertolak naik kereta sendiri drive sorang-sorang pukul selepas tak tidur satu hari. Sepanjang perjalanan tuh, punya la luas mulut menguap toksah cakap la. Habis gaya dah sebab nak lawan mengantuk. Air pun, punyalah banyak minum air nak bagi hilang mengantuk sampai kembung perut rasanya.

     Akhirnya sampai Kulim jam 7.00 pagi. Setelah berhenti beberapa kali sepanjang perjalanan tuh. Bila sampai rumah, terus pegi mand. Kemudian, sarapan dengan isteri tercinta sekejap, lepas tuh terus masuk kerja. Subhanallah...rasa macam zombie sepanjang hari tuh. Subhanallah...

     Tak tahulah berapa kali lagi akan terjadi perkara yang sama. Bila la nak grad nie.....?? Aduyai

   

Saturday, November 28, 2015

Risau jugak kalau isu berlarutan

0
Sumber dari sinarharian
 
     Rasanya dalam 4-5 bulan sebelum nie, selalu dapat message berkenaan anak-anak kecil kena culik. Kadang-kadang, berlaku di depan sekolah. Kadang-kadang di taman permainan dan macam-macam tempat lagi. Menakutkan lagi apabila kejadian culik ini berlaku berdekatan dengan kawasan Kulim. Contohnya di Pulau Pinang dan Sungai Petani.

     Kejadian-kejadian ini disahkan pulak dari rakan-rakan polis yang turut ada dalam whatapps group. Gambar-gambar report dari pengadu menjadi viral dan hasil laporan siasatan awal pihak polis juga dapat kita baca dari viral yang masuk susulan dari kejadian tersebut.

     Kita menjadi resah dan takut. Bimbang akan keselamatan anak-anak kita yang masih kecil dan dalam lingkungan umur yang sebaya dengan kanak-kanak yang diculik tersebut. Menambahkan lagi rasa bimbang dan resah ini apabila ada pulak huraian pendapat yang jugak viral dalam whatapps membicarakan corak penculikan dan tujuannya. Ada yang kata sebab nak jual kat Negara jiran. Ada pulak yang mensabitkan dengan isu penjualan organ dan bagai-bagai lagi. Bahagian kejadian culik beserta laporan tuh, memang kita boleh percaya sebab sumber-sumbernya beserta bukti. Tapi bahagian pendapat dan teori tuh yang susah sikit nak percaya. Tidak ada sandaran bukti melainkan huraian pendapat sahaja. Kalau nak diikutkan, kita boleh anggap itu sebagai khabar angin yang tidak ada makna.

     Tapi, bila melibatkan keselamatan anak-anak kita nie...kita jadi amik berat jugak huraian pendapat tuh walaupun takdak bukti. Ini disebabkan kita ambil berat dan sayangkan anak kita. Sudahnya kita jadi beringat pada banyak perkara yang melibatkan anak-anak kita.

     Disebabkan itulah aku jarang upload gambar anak-anak aku dalam blog kebelakangan ini. Risau kalau-kalau jadi penyebab anak-anak aku terdedah kepada bahaya. Walaupun kita boleh setting agar orang-orang tertentu sahaja yang boleh melayari blog kita, tapi aku tidak berhajat begitu. Sebabnya blog ini bukan hanya ingin menceritakan perihal anak-anak aku sahaja. Banyak lagi topik lain yang aku bicarakan termasuklah perkongsian gambar-gambar yang cantik pada pandangan mata aku dan buku-buku yang aku baca. Ada jugak aku titipkan ilmu-ilmu yang aku kutip dari kuliah ustaz-ustaz di masjid dan surau dalam blog ini. Tujuannya agar aku jugak dapat pahala dalam usaha menyebarkan ilmu. Nak bagi ceramah kat masjid, diri sendiri pun tak berapa betul. Hmmm..

     Begitulah kisahnya. Lain tempat lain pulak ancaman bahayanya. Di Palestin, anak-anak terdedah pada kekejaman Israel. Di Malaysia pulak, kita terdedah pada bahaya orang yang rakus pada mencari kekayaan dunia. Mungkin penyelesaiannya pada amalan hudud. Moga kita kembali pada agama semula sebelum kita terlambat.

Wednesday, November 25, 2015

3 jenis pinggan

0
     Credit picture to REMODELISTA

     Rumah jiran kita tetiba didatangi dengan tetamu yang ramai. Punyalah ramai sehingga jiran kita tuh terpaksa pinjam pinggan dari kita sebab tak cukup pinggan. Pinjam pun tak banyak, cuma tiga biji pinggan sahaja. Jiran berjanji untuk pulangkan semula bila dah selesai pakai nanti.

     Seminggu berlalu dan jiran kita menunaikan janjinya untuk pulangkan pinggan yang dipinjam. Dipulangkan semula ketiga-tiga pinggan kepada kita. Asalnya, kita pinjamkan pinggan yang baik tapi bila kita terima semula, ada beberapa keadaan yang berlainan.

Pinggan 1
     Pinggan yang pertama nie, kita dapat semula sama seperti keadaan yang kita pinjamkan. Bersih, berkilat dan cantik. Kita pun puas hati lalu kita ambil dan simpan semula di almari yang tinggi.

Pinggan 2
     Pinggan yang kedua, dipulangkan dalam keadaan yang kotor dan tak berbasuh. Muka kita mencebik sedikit. Malas nak mengomel panjang, kita masukkan dalam sinki untuk dibasuh kemudian.

Pinggan 3
     Pinggan yang ketiga, teruk takdak rupa pinggan. Pinggan tuh pecah berderai. Mengeluh sedikit kita dibuatnya. Nak buat macam mana lagi, buang dalam tong sampah ja la. Simpan pun buat bahaya nanti.

     Sama sahaja halnya dengan kita yang digelar manusia nie. Asalnya kita nie dari syurga. Dihantar ke dunia untuk menjalani ujian tertentu dari Allah. Sampai masanya, kita akan kembali semula kepada Pencipta. Tidak selamnya kita di bumi ini.

     Kalau waktu kita pulang semula ke pangkuan Pencipta dalam keadaan seperti kita datang ke dunia dahulu, maka kita akan kembali semula ke tempat asal dalam syurga. Selesai masalah kita. Kalau kita kembali dalam keadaan ada "kekotoran" (dosa), kita akan "dibasuh" dahulu untuk dibuang segala "kekotoran" kita. Bila dah bersih, baru boleh masuk semula dalam syurga.

    Tapi kalau kita kembali dalam keadaan yang tidak sepatutnya, bukan fitrah dan lari dari apa yang Nabi kita ajarkan....maka kita takdak tempat langsung dalam syruga Allah. Kita akan akan "dibuang" terus dan dilupakan. Itulah tempat rehat yang paling hina sekali. Selamanya berada di sana.

     Subhanallah, moga kita terselamat api neraka.

Friday, November 13, 2015

Baju hujan brand GIVI

1
 
 
 
     Baju hujan brand GIVI dalam gambar tuh adalah kepunyaan aku. Masih elok dan berfungsi dengan baik seperti baju hujan yang baru. Tahan lasak dan berupaya menahan angin selaju 120km/j selama lebih dari sejam. Itu testimony aku yang selalu kena hujan waktu naik motor pergi dan pulang dari tempat kerja.
 
     Tapi, sejak bulan March tahun nie...baju nie menjadi tukun di dalam GIVI Box motor aku setelah sekian lama tak naik motor sewaktu hujan. Kalau pergi kerja naik motor pun dan tetiba hari hujan, memang selalunya aku akan tunggu hujan berenti dulu sebab rumah dekat sahaja dan tak berbaloi nak tukar baju hujan berbagai. Baju hujan ini banyak menyimpan sejarah, sejarah baju hujan milik aku yang dulunya pernah jadi pelindung tapi hari ini menjadi tukun. Kesian pulak rasanya kat baju  hujan brand GIVI.


     Cerita bebaru ini, sewaktu selesai sembahyang Isya' di masjid berdekatan dan bersedia untuk pulang, tetiba hujan pulak turun. Tak la selebat mana pun tapi kalau tak pakai baju hujan, boleh jadi basah jugak la kalau diteruskan perjalanan. Memang ada niat nak balik awal jugak pun pada malam tuh sebab nak pantau Hadi, Hazwan dan Hafiz study. Ada exam kat sekolah dalam minggu tuh. Disebabkan nak balik jugak walaupun hujan, maka hubungan antara aku dan baju hujan brand GIVI nie terpaksa dirujuk semula. Alhamdulillah, baju hujan masih lagi memberikan perkhidmatan dan perlindunganya yang terbaik. Badan tak basah dek hujan tapi kain pelikat ada lembab sikit sebab hanya pakai baju hujan sahaja dan tak memakai seluar hujan. Baju hujan brand GIVI masih berbisa seperti dahulu.

     Cuma lagi aku nie haa....agaknya memang lama tak kena combination angin sejuk dan hujan waktu naik motor. Kena sekali ja balik dari masjid malam tuh, terus demam tuhh...badan dah lemau rupanya. Last sekali merekok bawah selimut, demam panas punya pasal. Baju hujan brand GIVI masih steady, tuan baju hujan ja tak boleh nak pi.

     Bila tengok gambar nie, kenangan lama bersama baju hujan GIVI di atas highway sewaktu hujan memang tak pernah luput dari ingatan. Bila ingatkan balik semua tuh, dada rasa sendat kerana pernah rasa naik motor dalam hujan lebat dalam perjalanan jauh setiap hari. Syukur sangatlah sekarang nie rumah dekat dengan tempat kerja. Moga-moga nikmat ini berterusan hendaknya. Amin...

Tuesday, November 10, 2015

Kunjungan dari rakan

0
     Terima kasih diucapkan kepada Idzuan dan Ayu kerana sudi singgah di teratak kami di Kulim nie. Tak sempat nak belanja makan char koayteow, sempat jamu biskut-biskut simple ja. Jangan marah arr...nanti kalau mai lain, kita makan kat tempat best sket.

     Idzuan nie asalnya civil engineer. Macam-macam project bangunan dia dah involved. Hospital Tuanku Sultanah Bahiyah pun Idzuan dan Ayu terlibat secara langsung membinanya. Tapi mina si Idzuan nie bukannya kepada civil engineering. Dia lebih minat kepada kejuruteraan automobil, ataupun lebih kepada motorsport. Memang dia aktif pun berlumba di Sepang International Circuit dengan team dia. Rajin sungguh bunyinya. Ayu pun bagus, jenis support suami dalam hal-hal gini plak tuh. Memang keduanya ditakdirkan bersama sebab saling memberi sokongan antara satu sama lain. Respect arr..

     At least, Idzuan dah jumpa apa yang dia minati. Aku plak..?? Rasa macam tak ketahuan jugak lagi nie. Dah nak senja dah usia, tapi fokus tak jumpa jugak. Pakai serkup ja apa yang melintas. Ish..kena tengok balik nie rasanya. Apa-apa pun, perkara yang sedang berjalan sekarang nie, kena selesaikan dulu dengan cemerlang. Untuk Idzuan dan Ayu, thanx for dropping by. We hope to see you guys again soon. Adios..
Ayu dengan baby barunya. Aliya Iz Zara. Ntah betul ka eja macam nie..

Punyalah lama tak pegang camera, setting pun berterabur.

Dhiya ngan Haziq dah pandai posing. Macam-macam gaya ada

Monday, November 9, 2015

Haziq kena demam campak rupanya

0
     Sian Haziq dok merengek 2, 3 hari nie. Badan pun panas dan dah tak aktif sangat dah. Musim demam campak kot rasanya patut la ada terbaca dalam paper bila Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dok bercakap pasal peningkatan wabak campak dalam seminggu nie. Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan adalah Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Ketua Pengarah mengulas, antara sebab peningkatan kes campak adalah kerana orang awam tidak mendapatkan imunisasi campak dari awal.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

 Nie la muka Haziq yang kena campak tuh

     Mujur la Haziq nie sporting orangnya. Merengek tuh memang merengek tapi aku rasa dalam banyak-banyak anak...Haziq memang super cool. Tak kalut, rilek dan sangat mudah. Syukurlah kami dapat anak macam Haziq. Moga Haziq jadi anak yang soleh dimasa hadapan, InsyaAllah...

Sunday, November 8, 2015

Dekat sungguh laksa tempurung dengan rumah

0
     Amik ja Dhiya petang Khamis bebaru nie, panas sungguh rasanya badan dia. Tetiba ja panas walhal jerebu dah lama hilang. Cuaca pun biasa-biasa sahaja, tak panas sangat dan tak terlalu sejuk. Nak kata sebab kena hujan, hmm...mungkin la kot. Tapi yang peliknya bukan sahaja badan panas, tapi seluruh kaki Dhiya dari pangkal peha ke bawah nampak bengkak. Dhiya ngadu sakit dan taknak berjalan. Asyik nak berdukung ja sampai berdiri pun taknak. Malam tuh, memang tak tidur la sebab dok layan orang sakit. Kejap-kejap merengek, kejap-kejap nangis sebab sakit. Cuma bila menjelang subuh ja yang nampak Dhiya dapat tidur lena sikit.

     Bila check kat Klinik Pakar kanak-kanak waktu Jumaat pagi tuh, Dr suspect rheumatic fever. Satu penyakit yang Dr cakap dia sendiri pun dah lama tak tengok. Surat refer ke hospital pun di keluarkan. Haziq yang kebetulan demam jugak pun diberi refer letter jugak. Takut kalau Haziq berjangkit dengan Dhiya.

     Dah tahu anak nak admission, kami balik ke rumah dulu untuk packing semua keperluan. Dhiya dan Haziq lena sungguh tidur dari tengahari sampai la lewat petang. Bangun petang tuh tetiba suhu badan pun dah turun. Dhiya pulak siap boleh bangun dan main lari-lari lagi dalam rumah. Takdak dah sakit kaki. Sudahnya, rancangan nak masuk hospital ditangguhkan sampai ke Sabtu pagi.

     Kebiasaannya Sabtu adalah hari sibuk di Kedah. Aku jangkakan parking hospital akan penuh dan orang pasti ramai untuk mendapatkan rawatan. Rupa-rupanya sangkaan ku meleset. Cuaca yang elok selepas jerebu nie memang memberikan kesihatan pada rakyat Malaysia hinggakan hospital pun takdak orang. Macam tak percaya bila sampai kat parking hospital bagaikan padang kawad yang lapang sebab takdak kereta. Risau pulak nak parking.

     Rawatan dari Dr pun dapat dengan cepat sekali hinggakan tak sempat nak duduk kat ruangan menunggu. Dalam perbincangan dan penerangan dengan Dr tuh, Dr pun macam berat hati jugak nak proceed dengan admission. Tapi kedua-dua kami bersetuju bahawa rheumatic fever nie satu penyakit yang serius dan memerlukan pemantauan berterusan. So, tak jadi masuk ward tapi kena datang semula hari Rabu nie untuk rawatan susulan. Untuk sementara waktu, aku bersyukur sebab Dhiya tak masuk ward. Sedih bila mengingatkan budak-budak kecik yang kena lalui proses rawatan tuh semua. Nak amik darah lagi, antibiotik lagi, duduk dalam ward lagi, tak boleh lasak-lasak lagi. Kesian. Kita sendiri pun letih sebenarnya kalau budak-budak masuk hospital.

     Kemudian, setelah rasa lapang didada sebab tak masuk ward tuh Allah Ta'ala tambahkan lagi dengan kunjungan dari abang aku yang duduk kat Sungai Petani ke rumah kami. Riuh-rendah la anak-anak aku dan anak-anak abang aku bila dapat jumpa sama-sama mereka. Abang aku yang duduk kat Sungai Petani nie memang food hunter sikit. Atas maklumat yang dia bagi, akhirnya kami jumpa satu port makan yang best dekat ja dengan rumah.

Tudia...laksa tempurung. Click SINI untuk lokasi

Siap ada phone number lagi

Hari yang cerah. Allah Ta'ala hadiahkan pelangi kat anak-anak

 Laksa Tempurung. Pilihan yang ada, laksa biasa..laksa ketam atau udang...dan laksa ketam + udang

Alamak aii...dah abes la plak

Anak-anak tak pandai makan laksa...layan nasik ayam sahaja

Kelam kelibut mama dengan permintaan macam-macam dari anak-anak

Nie gambar baru sampai kat meja

Menarik kan..??

ABC pun masuk dalam tempurung gak

Kalau waktu tengahari memang layan la ABC nie

Seronok sangat la tuh

Ramai sungguh kami nie. Baru 2 family

Aimi dengan green tea gelas besarnya. Boleh tahan gak air green tea nie.

     Itulah ceritanya bila adik beradik datang rumah. Sepatutnya kami yang jamu tetamu tapi apakan daya, panggilan tempat makan kat luar lagi best. Hehehehe...boleh la sekali sekala nak layan macam nie. Kalau selalu sangat layan, takut memanjakan diri pulak. Apa-apa pun, memang tempat yang menarik untuk dikunjungi. 2 thumbs up...!!

Tuesday, November 3, 2015

I have to write.....I have to write

0
     Bila dah masuk dunia akademik nie, penulisan adalah antara keperluan yang sangat besar dan diharapkan dari golongan akademik. Segala bentuk kajian ilmiah, perbincangan dan sebagainya sangat perlu dicatatkan dalam bentuk penulisan. Penulisan sangat penting, maka perlu dijadikan habit supaya mudah untuk menulis.

     Ihsan dari blog One Month

      Penulis buku yang tebal-tebal dan hebat-hebat bukanlah dilahirkan dengan pensil atau komputer waktu hari kelahiran diorang. Bukanlah semua penulis itu berdasarkan bakat semata-mata bahkan ianya adalah sesuatu yang boleh kita asah untuk waktu tertentu sebelum kita benar-benar dapat menguasainya. Berbagai-bagai tips yang dapat kita baca dari internet untuk mencapai matlamat menjadi penulis nie. Semua tuh memerlukan kepada ketekunan dan semangat kental. Somehow, aku kena follow guidelines yang bayak-banyak dalam internet tuh untuk menyiapkan diri aku sebagai ahli akademik jugak. Untuk jadi orang yang suka menulis supaya ilmu itu dapat dikembangkan.

     Benda nie memang ada kebenarannya. Bila aku reflect balik waktu zaman aku rajin update blog dengan pelbagai cerita dan pandangan, rasa macam mudah sangat untuk menulis thesis master. Walaupun dalam blog kita cuma menggunakan tatabahasa yang lemah dan santai serta bahasa Malaysia, tapi impact pada penulisan thesis rasa significant. Kerja menulis rasanya menjadi mudah dan aku mampu mengembangkan points dalam thesis kepada sub topics lagi. Ada ketikanya bila aku bawa thesis aku untuk dinilai oleh supervisor, dia seolah-olah terkejut dengan hasil kerja aku yang tetiba tebal dan sarat dengan maklumat. Tapi, kalau dia check secara detail boleh jadi kena gelak jugak sebab English aku pun jenis yang suam-suam kuku ja. Alhamdulillah, Allah lorongkan cara blogging kat aku bagi memudahkan pengajian master.

     Sekarang nie, supervisor dah start pressure aku tentang progress thesis PhD. Selari dengan status blog nie, aku memang sangat kurang menulis pada tahun 2015. Apatah lagi sejak pindah ke tempat baru nie, masih dalam period menyesuaikan diri dengan kerjaya baru. Kalau blog ini sebagai reflection kepada progress report thesis aku, boleh dikatakan aku perlu risau sebenarnya. Sangat kurang progress. Aku hanya berharap pada prototype mesin yang aku design and fabricate semata-mata. Tapi, seperti yang dicatatkan sebelum ini, kajiah ilmiah itu perlu direkodkan dalam bentuk penulisan akademik. Penulisan yang mantap sahaja yang belum ada lagi untuk PhD nie. Bila la nak dapat momentum nie?

     Hmmmm....I have to write. I have to develop my writing habit...Like it or not, I have to write...aduyai.

    

Sunday, November 1, 2015

Baru tahu nikmat langit biru

0
     Dah sebulan lebih Malaysia diselubungi dengan jerebu yang kadang-kadang tebal, kadang-kadang nipis. Kat Kulim pun tak terlepas dari IPU 300 lebih. Ada ketikanya, aku sendiri menjadi Menteri Pendidikan kepada anak-anak aku dengan mengisytiharkan cuti darurat sendiri-sendiri. Itu di Kulim, kalau di Indonesia tak tahulah macam mana.

     Allah Maha Kuasa, jerebu yang tebal selama sebulan tetiba hilang sehilangnya. Bangun ja pagi langit biru, matahari cerah, kicau burung keriangan...bagai semalam tak pernah ada jerebu pun. Apa daya upaya kita kalau Allah nak bagi jerebu? Tidak ada upaya melainkan dengan bantuan Dia. Kita selalunya insaf seketika. Beberapa lama kemudian, kita lupa. Kemudian, muka yang sama sahaja kita jumpa dalam masjid. Muka yang itu jugak. Peringatan dah banyak sangat, tapi kita masih sama. Zalim kan manusia nie?

Cantik sungguh permandangan. Siapa ada kabus lagi kat bukit tuh

     Subhanallah, bila cuaca sangat cantik...baru terasa aman nak keluar rumah dengan anak-anak. Asalnya nak mengunjungi open day satu nursery nie. Rupa-rupanya tersilap tarikh. Sudahnya, berjalan la dengan anak-anak mengikut kehendak hati. Entah macam mana tersampai la kat Pulau Pinang. Pusing-pusing USM kejap tempat matrikulasi dulu, kemudia pusing kat kompleks tabung haji sekejap tempat matrikulasi wife....Pastu cari makan Nasik Kandar la plak. Siap menambah-nambah lagi anak-anak makan...Heheheh...

     Sebab lama tak tengok kapal terbang, kami pun singgah la kat Airport Bayan Lepas. Terjumpa la kawan lama balik. Kawan satu kelas waktu USM dulu. Memang minat dia kat kapalterbang tak pernah luntur walau sedikit pun. Memang dasat member aku nie. Rasanya kalau terpelanting satu skru dari kapalterbang tuh, memang Helmi boleh bagitau kat mana asal skru tuh dalam kapalterbang. Hehehehe..

Bersama Enggineer Helmi
 
      Kemudia kami lajak la sikit ke rumah Helmi nie. Cantik rumah dia. Location kat atas  bukit siap pemandangan depan rumah tuh, memang Nampak airport tempat dia kerja. Itu yang kata Helmi nie passionate sungguh dengan kapalterbang. Lama tak jumpa wife ngan anak-anak Helmi. Yang sulung pun dah darjah 3 dah. Jumpa pulak dengan anak-anak aku, memang menjadi sungguh. Memang tulus bebudak nie...takdak sikit pun dalam hati diorang rasa syak wasangka melainkan ingin bersahabat dengan sapa-sapa sahaja...Hebat.
 
Helmi ada 3 anak pompuan. Dhiya pun suka sangat la tuh

Nie kira tuan rumah boleh skip siram pokok bunga sebulan. Hafiz dengan Husaini dah qada' siap2 dah. Hehehehe...


     Lepas tuh, atas recommendation wife Helmi...kami cari pulak Laksa Janggus kat Balik Pulau. Warung laksa tuh jauh ke dalam kampong sebenarnya. Biasa la jalan kampong, rumah kiri dan kanan sepanjang jalan dan jalan pun sunyi dari kenderaan. Tetiba bila sampai kat warung laksa tuh, mak aii...punya la banyak kereta parking kat kiri kanan jalan. Nak beli pun beratur. Dasat sungguh penangan makanan yang sedap nie.

     Syukurlah kami duduk kat Kulim nie. Seronok betul rasanya bila dekat dengan kawan-kawan, family dan makanan yang sedap-sedap. Ada rezeki, kami akan jalan-jalan lagi kat Bayan Lepas.

Friday, October 30, 2015

Penang Invention, Innovation and Design oleh UiTM Permatang Pauh

0
     Hari Isnin bebaru nie, kebetulan ada seorang pensyarah mengajak ke UiTM Permatang Pauh kerana menemani pelajar UniKL yang ikut serta dalam pertandingan inovasi antara pusat pengajian tinggi. Kebetulan memang kelas takdak sebab dah mid semester dah sekarang nie, so takdak masalah la nak join. Bukannya jauh pun dari Kulim nie, lebih kurang 20 minit saja pun. Jalan punya jalan punya jalan...tetiba terjumpa muka yang agak familiar sikit kat dalam exhibition hall tuh. Heheheh..

 
Mat Ayaq (Dr Iswadi tuh), soon to be Dr Ghazirah and my good self

     Memang dah budget nak cari Ghazirah pun kat UiTM Permatang Pauh. Dah tahu lama dia ada kat sana sebagai pensyarah Aero. Alhamdulillah, dapat jumpa Ghazirah dan suami dia sekali. Nama penuh tak ingat tapi dari zaman USM dulu kami panggil suami Ghazi nie Che We Jaguh...sebab dia naik motor jaguh. Aku rasa, walaupun Che We naik Ferrari suatu hari nanti, orang tetap panggil dia Che We Jaguh gak sampai bila2. Heheheheh...

     Dalam pertandingan inovasi tuh, Ghazi dan kumpulannya mempamerkan sebahagian dari projek PhD Ghazi. Dasat gak Ghazi sekarang nie....Kajian dia, boleh disesuaikan dengan banyak bidang asalkan melibatkan manusia. Memang bagus topic tuh.

     Tetiba ada orang tepuk dari belakang. Subhanallah, senior aku kat USM dulu. Sama-sama naik kayak, mandi tasik, lemas dalam laut, gelak tak berenti...semua ada. Itulah Mat Ayaq. Macam tak sangka dia dah ada PhD dah sekarang nie. Ketua Program Aero kat UiTM Permatang Pauh. Respect la Mat Ayaq. Tetiba rasa muda balik. Tetiba rasa nak merapu plak bila jumpa Mat Ayaq. Hehehehe...

     Aku kagum dengan kengkawan aku semua nie. Walaupun dah berpangkat, tapi masing-masing masih lagi seperti dulu. Masih humble dan ramah bila bertemu. Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang hebat. Seingat aku, Ghazi memang all rounder. Banyak jawatan penting-penting dalam USM yang dia pegang waktu student dulu. Still, dia excel dalam pelajaran. Mat Ayaq pulak, dalam dok merapu dia..dia sebenarnya focus. Main kayak pun dia focus sampai orang bagi nama mat ayaq kat dia (mujur tak panggil itik air), belajar pun focus sampai dapat Phd. Steady la kengkawan.

     Semoga persahabatan ini berkekalan dan semoga kita sama-sama berjaya. InsyaAllah.. 

Wednesday, October 28, 2015

Sambung post semalam

1


     Jumaat bebaru nie, ada small gathering (family day kot) dengan kawan-kawan dari Politeknik Port Dickson. Wife aku dengan kawan-kawan dia punya arrangement la nie. Kawasan yang dipilih pun memang isolated area sikit. Kalau cari dalam agoda atau trivago ka memang tak jumpa. Kami tahu tempat nie pun melalui kenalan. Even waktu kami sampai malam tuh pun, waze tak boleh pakai. Gagau jugak la dalam gelap kat kawasan Changkat Ibul tuh. Mujur kawasan Tok Janggut Homestay tuh dekat tepi jalan saja. Dekat dengan Ethno Resources Taiping.

     Nampak kat luar memang biasa sahaja, sangat biasa. To my suprise, bila masuk dalam sahaja memang best. Dalam tuh ada lebih dari 8 bilik rasanya, siap dengan swimming pool size kecik untuk anak-anak. Dapur, BBQ area, tempat lepak, basikal dan dua tiga benda lagi. Boleh lawati kat link nie http://tokjangguthomestayretreat.blogspot.my.

     Bangun pagi tuh, kami layan naik basikal yang memang disediakan untuk penyewa homestay. Naik basikal keliling kampung sebab nak cari sungai tempat mandi. Akhirnya jumpa satu tempat nie, yang lebih kepada jeram la. Air jernih, sejuk, dekat pulak dengan homestay. Yang boleh jumpa port nak mandi tuh sebab nampak bebudak kampung naik motor bawak tuala. Follow punya follow... memang ada port mandi. Last sekali, dengan budak-budak kampung tuh jugak kami join mandi. 

Kawan-kawan dari PD berkumpul di Taiping.

      Subhanallah, sungguh aku teringat waktu aku duduk kat kampung dulu-dulu. Waktu nakal dalam kampung, naik basikal cari sungai, terjun tiruk dalam air, minum air kat kedai kopi. Subhanallah, lama sungguh rasanya aku tak merasa suasana kampung sebegitu. Tak sangka, masih ada tempat yang sangat indah dan hampir menyerupai suasana kampung aku waktu kecik-kecik. Memang nostalgik sungguh.

Haziq dan Bibo sebelum bertolak ke Taiping


Hafiz pun tak mandi lagi.

Seronok sungguh bila dapat jumpa balik kawan-kawan lama dia dari PD.

Tempat makan kat dalam kawasan homestay. Open concept

Meja banyak, boleh separate lelaki dan perempuan. Kat belakang tuh, dapur

Gambar dapur pulak.

Kongsi-kongsi bawak bahan mentah, masak ja dalam homestay

Kolam 1.1m. Sesuai untuk kanak-kanak


Kawasan parking pun besar. Semua MPV boleh muat. Hehehehe...

Kawasan lapang kat depan pun ada tempat lepak. Tuan homestay duduk kat sebelah ja

Gambar kat depan sebelum balik. Ada 8 family sebenarnya. Ramai lagi sepatutnya nie



Hafiz dengan Mustaqim. Best friend dari sekolah Lukut lagi

 Pandangan dari tepi jalan

     Family gathering kali nie memang best kecuali ada satu incident waktu kami nak melawat Zoo Taiping Night Safari sahaja. Ntah apa jadi tetiba blackout pulak waktu nak masuk Zoo. Kemudian adalah incident tak enak sikit bila pihak pengurusan tanak refund tiket. Sebaliknya dia suruh kami datang masuk Zoo keesokkan malamnya. Walhal, semua dari kami dah ada kat rumah masing-masing dah esok malam. Sapa yang nak duduk kat Taiping lama-lama. Hehehehe...macam-macam.

     Rasa refreshing sangat bila dapat hidup dalam kampung. Walaupun jerebu tapi suasana kampung tuh lebih dominan untuk dihayati. Hasilnya, rasa motivated nak update blog. Biarlah dulu hal-hal kerja nie. Nak rasa life sekejap. Sebuah peluang untuk bersyukur.

Tuesday, October 27, 2015

Selamat Hari Lahir

0
     Lama betul tak blogging. Kebetulan hari nie besday aku, ingat nak menulis panjang sikit. Melepaskan gian blogging dan update beberapa perkara yang terlepas sejak bulan bulan Ogos hari tu.

     Dah setahun lebih sejak accident yang paling berat dalam hidup aku Ogos tahun sudah. Hari nie, badan bertambah sihat. Walaupun sakitnya berbekas tapi lebih baik dari setahun yang lalu. Yang penting, dapat tatap wajah anak-anak. Dapat dukung dan bersenda gurau. Kisah berbulan lamanya tak dapat dukung Dhiya disebabkan patah tulang, memang rasa sedih jugak. Alhamdulillah, dapat dakap dan dukung anak adalah satu nikmat yang sangat istimewa.

Sapa la yang buat rambut Dhiya macam kena letrik nie?

Bibo dengan Haziq.

Dhiya tolong pakaikan baju Haziq

     Dalam bulan September rasanya, Hazwan dapat hadiah kerena dapat nombor 3 dalam kelas. Seronok ja Hazwan. Moga jadi motivasi untuk dia berusaha lagi. Dalam majlis penyampaian hadiah tuh, Murid-murid yang tidak menerima hadiah, tidak dijemput pun. Tapi sengaja bawak jugak Hadi dan Hafiz semoga anak 2 orang nie pun terasa motivated jugak. Bukanlah aku nie jenis suka push sangat dalam bidang akademik. Aku dulu waktu kecik pun ke laut jugak sebenarnya.

Semua nak tangkap gambar jugak

Tahniah Hazwan. Semoga terus cemerlang dalam pelajaran

Dapat plaque dan sijil

 Hafiz gak steady kan...

 Hadi baru bangun dari terlelap waktu penyampaian hadiah

     Minggu yang sama jugak, kami bawak anak-anak jalan ke Pulau Pinang. Inilah first time kami ke Pulau Pinang sejak kami pindah kat Kulim nie. Kebetulan, jerebu sedang melanda seluruh negara Malaysia. Kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan. Sudahnya, atas jambatan pun tak dapat tengok scenery melainkan jerebu.

     Kami layan kedai buku atas kapal kat Port Swettenham, Pulau Pinang. Kapal MV Logos Hope nie adalah kapal NGO yang mengumpulkan sukarelawan dari seluruh dunia. Diorang datang dari satu tempat ke tempat lain dan bergabung dengan sukarelawan tempatan untuk bagi makan gelandangan dan menyebarkan kebaikan. Itu antara intipati perbualan aku dengan krew kapal yang agak senior la. Tapi kita pun tahu dari tajuk kapal, buku-buku yang dijual dan sukarelawan yang terlibat....rasanya ada unsur keagamaan jugak. Belasah la, janji tak minum apa-apa air dari dalam kapal tuh.

Dalam kapal

Hahaha...muka seposen

Kecik ja kapal tapi boleh buat kedai buku kat satu bahagian

Engine assembly

Yang kecik nie, tak habis-habis dok sengih



Dah keluar kapal dah

Tak puas lagi nak tengok laut.

     Balik dari Pulau Pinang, pakat-pakat batuk semua sebab jerebu. Being the most vulnerable in the family, Hazwan took the lead by having cough so badly that brought him to hospital. Seminggu batuk tak berenti, tiba-tiba badan Hazwan jadi panas. Demam tinggi tetiba. Peparu dah dijangkiti kuman. 3-4 hari jugak rasanya duduk dalam hospital. Tapi mujur Hazwan dah besar, boleh jaga diri. Hanya perlu diteman waktu malam dan beberapa ketika pada waktu siang sahaja. Sian Hazwan.

     Balik dari hospital, berjangkit pulak dari sorang ke sorang dalam family. Raya Aidiladha kami sambut di Besut kerana ada majlis akikah untuk Haziq. Walaupun meriah, tapi demam anak-anak makin melarat sebenarnya. Selesai Hari Raya Aidiladha, Dhiya pulak dimasukkan ke hospital. 5 hari berkampung di ward ditemani dengan 2 jenis antibiotik yang membuatkan Dhiya cirit-cirit semasa proses berubat tuh.

     Kemudian Haziq demam, Bibo pun sama. Hadi jugak demam. Mama, abah, Hazwan semula, Haziq. Sehinggalah jerebu berkurangan dan matahari mula menjengan pada hari ini barulah kami satu family nampak stabil sikit dari segi kesihatan nie. Paling merisaukan anak-anak. Kalau jerebu naik balik, Hazwan pasti akan jadi penanda aras untuk keadaan tuh. Dia sangat cepat dihinggapi batuk kalau jerebu naik walaupun sedikit.

     Hmm...banyak jugak menulis hari nie. Cepat pulak masa berlalu. Sambung esok pulak laa...InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...