Thursday, November 7, 2013

Second stage of this semester

2
     Alhamdulillah, dah masuk tahun baru 1435 hijrah. 1435 tahun yang lalu Nabi dan para sahabat telah pun berhijrah ke Yathrib demi menyelamatkan agama yang tinggi ini. Hari ini, oleh kerana jasa pengorbanan yang tak dapat nak dinilai dengan dunia dan seisinya itu, aku dan kaum keluarga aku dapat mengenal Allah yang mengeluarkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Alhamdulillah.

     Minggu lepas dapat cuti panjang sikit kerana cuti Maal Hijrah dan Deepavali. Dapat la jugak aku menggerakkan kerja Final Year Project untuk program master aku nie. Hari-hari yang biasa memang aku tak dapat nak bergerak langsung kerana kepenatan setelah seharian di tempat kerja. 2 hari cuti umum bebaru nie sangat-sangat berharga untuk aku.

     Bila dan dapat menaip sikit dalam report, baru la nampak macam cerah sedikit masa hadapan aku. Hehehehe...Kalau tak, nampak macam takdak harapan sahaja. Gelap semacam dan sangat membimbangkan. Lagi nak habis study, lagi mencabar rupanya.

     FYP aku nie takdak la sesuatu yang dasyat sangat. Tajuk yang aku usulkan sendiri nie, banyak menyentuh tentang aplikasi secara besar-besaran terhadap teknologi moden yang ada dalam pasaran hari ini. Tajuknya ialah "The Application of 3D Scanning in Quality Inspection" Aku rasa, tajuk aku nie takdak la gah sangat cuma lagi disebabkan benda nie berlaku dalam industri dan mungkin jugak praktikal kot, jadinya pensyarah aku seakan tak sabar nak menantikan setiap stage progress dari aku. Kebetulan pulak, UPM pun baru beli 3D scanner dan dibawah penyeliaan pensyarah aku. Makanya, memang kenalah pada tempatnya.

Report in progress. Yang kat kiri tuh main topic ngan sub topic aku. InsyaAllah

     Kalau dalam industri, laporan yang dibuat harus terperinci serta padat. Selalunya, dalam sekeping kertas A3 sudah cukup untuk kelulusan projek beratus ribu ringgit. Tapi kalau dalam akademik pulak, laporannya adalah terperinci dan penuh dengan huraian. Walaupun objecktif sama, tapi laluan keduanya berbeza.

     Tapi, itulah proses namanya. Bak kata orang tua-tua "masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek". Hari nie, bermacam-macam journal aku baca. Kebetulan pulak, aku baru jumpa cara untuk menaip thesis dengan pantas dengan bantuan software terbaru dalam pasaran, memang banyak membantu. Terkini, aku baru menguasai ilmu microsoft words pulak untuk memudahkan urusan content management. Tak sabar pulak rasanya nak apply kat thesis PhD pulak lepas nie. Hehehehe...InsyaAllah.

Sebahagian dari journal. Sebelum nie memang tak kenal journal pun. Hehehehe

     Sekarang nie, aku pulak tengah mempromosikan cara-cara menulis thesis dengan pantas nie kat kengkawan aku. Habis orang aku ajak suruh sambung master. Kalau diorang jadi sambung belajar, aku harap semoga Allah beri jugak pahala fisabilillah kat aku sikit. Pahala niat pun jadilah daripada takdak langsung. Hujung minggu aritu sempat ajar adik ipar aku cara menguruskan content untuk FYP degree dia. Alhamdulillah, nampak dia bersemangat nak siapkan report dia tuh. Semoga berjaya hendaknya dan jangan lupa share jugak ilmu kat kengkawan. Moga kita sama-sama dapat pahala....InsyaAllah

     Ishh...dah melalut pulak aku nie. Nak sambung tulis thesis lagi, tak boleh leka.    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...