Sunday, February 27, 2011

Anak laki...

0
Hmm…never experience such incident before. This is the first time for my family and me. Like always (I hope it will last forever) I will also bring my sons along to surau if I got a chance. Like always as well, my sons will stay focus for only 1 minute or so (I hope this will not last forever..heheheh..), then they will start to do like any other kids like to do which is playing. It’s normal for kids, even everybody in the surau also understand it.

But last night was different. Hadi fell off of during running when he was trying to negotiate a corner. I didn’t see it but Hazwan described it together with body motion as well. I thought it was just a normal cry but Hadi didn’t want to stop. He also does not let us touch his hand and he didn’t want to move his hand even for an inch. After gave it a few thought, I finally agreed with my wife to take Hadi to see a doctor.

After several X-ray shots were made, the doctor who in charge for emergency cases (it was 10.00pm that time) show me the result. It was clear that nothing is broken. Hadi just had a sprained elbow, that’s all. Then the doctor gave Hadi a cute arm support to limit his movement. I was smiling all the way to see Hadi in that condition. He looks so cute to me, heheheh…

Alhamdulillah, there are no other serious injury due to that incident. When Hadi woke up from his bed this morning, he said he’s okay now and eagerly showed me that he can move his hand. Hehehehehe…Experience is the best teacher…

Saturday, February 26, 2011

Salahuddin Ayubi - Penakluk Jurusalem

0
Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, atau Saladin menurut panggilan orang Barat, lahir pada tahun 543H/1138M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140km dari kota Baghdad.

Semasa kecilnya, beliau mendapat pendidikan ilmu ketenteraan dan agama dari bapa saudaranya, Asaddudin Shirkuwah seorang panglima perang. Apabila dewasa, Salahuddin Al-Ayubi bekerja sebagai tentera dalam pasukan tentera berkuda Sultan Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo.

Kemudian beliau diperintahkan ke Mesir untuk membantu Sultan Mesir menghadapi tentangan pemberontak dalam negeri. Mesir pada ketika itu berada dibawah pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Kejayaannya mengembalikan keamanan di Mesir telah menjadi titik tolak perubahan kehidupannya sehinggalah beliau dilantik menjadi Sultan Mesir walaupun beliau bermazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Semasa kecilnya tidak ada langsung tanda-tanda yang beliau akan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti. Perpindahannya ke Mesir telah menjadi titik perubahan yang penting dalam hidup beliau. Beliau yakin Allah telah memberi tanggungjawab kepadanya untuk menakluk Baitulmaqdis. Disebabkan keyakinan yang tinggi ini, menjadikan beliau hanya berminat untuk berbicara soal jihad dijalan Allah sahaja. Beliau mencontohi Nabi didalam perjuangan dan menyeru tenteranya juga begitu. Tahajjud, puasa dan zuhud adalah amalan yang menjadi kehidupannya. Menakluk Baitulmaqdis adalah komitmennya.

Pada ketika tentera salib menguasai Baitulmaqdis, tentera Kristian telah membunuh puluhan ribu penduduk dari agama Islam dan Yahudi sewaktu penaklukkan mereka. Sejarah mencatatkan, penduduk yang tidak bersenjata dibunuh dari pagi hingga ke lewat malam. Kezaliman ini mendapat kutukan dari umat Islam malahan dari sejarawan Kristian sendiri. Sepanjang pemerintahan tentera salib juga, mereka selalu menganggu pedagang Islam yang ingin ke Madinah atau Mekah dan mereka juga membunuh jemaah Islam yang ingin menunaikan Haji ke Mekah. Kemuncak kepada kezaliman iti, tentera salib yang dikepalai oleh Raynald of Chatillon ingin pula menyerang Mekah dan Madinah. Perkara ini telah menyebabkan semangat tentera Islam berkobar-kobar kerana inginkan jihad dijalan Allah.

Maka terjadilah peperangan yang sangat terkenal dalam sejarah dikenali sebagai Peperangan Hittin (Bettle of Hattin) di antara tentera Islam melawan tentera Salib. Di dalam peperangan itu, tentera Islam telah berjaya mengalahkan tentera Salib. Kekalahan ini menyebakan tentera salib ketakutan kerana khuatir jikalau tentera Islam memperlakukan sama seperti apa yang mereka lakukan apabila menakluk Baitulmaqdis dahulu. Sebaliknya, tentera Islam telah menunjukkan sifat kasih-sayang yang jauh berbeza dari tentera Salib. Tidak kedengaran langsung orang-orang Kristian diperlakukan dengan tidak baik. Tentera Islam tidak langsung membalas dendam diatas kejahatan tentera Salib dahulu bahkan memberi jaminan keselamatan ke atas orang-orang awam dan tentera yang meyerah kalah. Malahan Sultan Salahuddin Al-Ayubi membenarkan penganut semua agama bersembahyang di tempat suci mereka pada keesokan harinya.

Dalam satu peperangan terhadap tentera salib yang dipimpin oleh Raja Richard (Richard the Lion Heart), Raja Richard telah jatuh sakit. Sultan Salahuddin Al-Ayubi telah mengirimkan buah-buahan segar, air sejuk serta doktor untuk merawat Raja Richard. Terharu dengan perbuatan baik ini Raja Richard lalu menandatangani perjanjian damai bertarikh 1 September 1192 antara tentera salib dan tentera Islam..

Walaupun Sultan Salahuddin cintakan jihad namun wafatnya beliau bukanlah di medan perang. Beliau pulang ke rahmahtullah pada 16 Safar 598H bersamaan Mac 1193 pada usia 55 tahun kerana sakit. Jasadnya dikebumikan di Damsyik, Syria. Walaupun menjadi Sultan, harta yang tinggal sewaktu kewafatan beliau tidak cukup untuk membiayai urusan jenazah beliau sendiri.

Semoga setiap dari kita bercita-cita untuk menjadi seperti Sultan Salahuddin Al-Ayubi.

Thursday, February 24, 2011

Nothing Much (part 10)

0

Manusia Berubah

0
Lama pulak rasanya tak berblogging dalam bahasa Inggeris. Biarkanlah dulu, ada kelapangan nanti bolehlah sambung balik berblog dalam bahasa Inggeris.

Tujuan menulis dalam bahasa Inggeris pun sebenarnya agar skil menulis bahasa Inggeris tak terlalu tumpul. Agar skil tuh terus segar dan dapat diperhalusi lagi di masa hadapan. Begitulah lumrah manusia, kehidupan nie banyak dipengaruhi oleh suasana. Dari semasa ke semasa, manusia akan ter ‘evolusi’ secara semulajadi.

Kalau kita selak balik buku-buku karangan tingkatan 5 kita..kita mungkin akan tergelak dengan karangan kita sendiri. Kalau kita bandingkan pulak dengan karangan kita sekarang, rasa macam tak percaya kita yang tulis karangan tuh waktu tingkatan 5 dulu. Itu kita…orang lain pun lebih kurang jugak.

Orang-orang barat selalu menuduh yang Al-Quran itu dikarang oleh Nabi Muhammad SAW. Mudah sahaja kita nak menjawab tohmahan ini. Secara logiknya, adalah mustahil seorang manusia dapat menulis sebuah buku yang isinya constant selama 23 tahun secara berturutan. Tapi Al-Quran, kita dapati maklumatnya adalah tidak menyalahi antara satu sama lain. Gaya bahasa pun tetap sama dari awal hingga akhir. Dan perkara yang paling pokok ialah Nabi sendiri adalah ummi (tidak pandai membaca). Maka sudah tentu Al-Quran bukanlah ilham mana-mana manusia bahkan ianya adalah Kalamullah.

Membaca hadis-hadis Nabi Muhammad SAW hasil riwayat para sahabat membuatkan kita mengenali insan mulia ini secara lebih dekat. Sesiapa sahaja yang membaca 2 perkara tinggalan Nabi ini, pasti dapat membezakan yang mana satu hadis dan yang mana satu Al-Quran. Kedua-duanya mempunyai cara penyampaian maklumat yang sangat berbeza.

Ada seorang kawan berbangsa cina bertanya, “kenapa orang Melayu mau pakai serban sama jubah macam orang Arab. Apa pasal takmau pakai baju Melayu. Apa pasal mau kasik hilang identiti..?” banyak sungguh soalan kawan aku nie. Tapi yealah, dia tanya sebab dia nak tahu la.

Jawapan aku “bukan nak tiru Arab tapi nak tiru Nabi Muhammad sebenarnya. Kerana terlalu cintakan Nabi, golongan nie nak tiru habis semua perkara pasal Nabi dalam kehidupan diorang. Sebab diorang yakin, cara nabi la yang dapat jamin kejayaan dunia dan akhirat”

Entah kawan aku tuh paham ke tidak, aku pun tak tau. Allah yang lebih mengetahui. Padahal kalau kita tukar identiti dari Melayu ke rockers macam Metallica tuh, tadek pulak orang nak tanya-tanya. Biasa la tuh..

Saturday, February 19, 2011

Tunjuklah teladan yang baik

0
Katakanlah suatu hari anak kita yang berumur 6 tahun tiba-tiba bergaduh dengan anak jiran yang sebaya. Agak-agaklah, apa tindakan kita waktu tuh?

Kalau ikutkan hati, rasanya kita akan menangkan anak kita walau apa keadaan sekali pun. Marahkan anak jiran sampai budak tuh menangis, lepas tuh sayangi anak kita seolah-olah takdak apa yang berlaku. Habis cerita, hati kita pun senang.

Tapi kalau fikir-fikir balik, apahal pulak kita nak campur hal budak-budak. Tak ka nampak macam kita nie terlebih ‘budak’ dari budak-budak? Biarkanlah budak-budak dengan hal diorang. Kita nie cuma pantau je la dari jauh kemudian kita bimbing la yang mana patut. Bagilah peluang untuk budak tuh dewasa secara fitrah. Itulah proses pembesaran namanya.

Samalah jugak macam pilihanraya kampus. Kebanyakkan mahasiswa sekarang nie tengah hangat berkempen untuk calon-calon pilihan diorang. Kebanyakkan IPTA seluruh Negara akan membuang undi pada 21 Februari 2011. Macam-macamlah lagak, gaya, karisma dsb yang ditonjolkan oleh calon untuk meraih undi. Kadang-kadang ada jugak yang terlebih kempen sampai timbul suasana kurang menyenangkan.


Biarkanlah budak-budak tuh berpolitik cara diorang. Janganlah ada campur tangan luar hendaknya. Ini tidak, memang jelas ada campur tangan dari parti-parti politik seluruh Negara dalam pilihanraya kampus. Agak aneh kalau ada mahasiswa yang tak perasan situasi nie.

Politik yang diamalkan oleh politikus kita sendiri pun dah memang kotor. Maka, janganlah disebarkan pula kekotoran itu ke dalam kampus. Kita mahu generasi pemimpin akan datang bebas dari kekotoran politik. Tidak ada fitnah, tidak ada taksub, tidak ada sombong, tidak ada superior, tidak ada isu remeh-temeh dan macam-macam tidak ada lagi sebolehnya. Kita mahukan kesatuan, bukannya pecah belah. Apalah sangat yang dapat diperjuangkan oleh mahasiswa sehingga parti-parti politik sanggup menaja wang dan tenaga untuk calon-calon pro-aspirasi dan pro-mahasiswa? Sungguh sedih dengan senario pilihanraya kampus sekarang.

Aku menulis perkara nie berdasarkan pengalaman aku jadi pemimpin pelajar di USM dahulu. Aku juga terlibat jauh dalam perkara-perkara yang aku sebutkan dalam entry kali nie suatu waktu dahulu. Hari ini, aku rasa malu dengan tindakan aku dan aku rasa, pemimpin parti politik yang terlibat juga patut rasa malu dengan apa yang sudah berlaku.

Panggilan pro-mahasiswa dan pro-aspirasi adalah platform yang wujud secara maya untuk mengkelaskan perjuangan mahasiswa. Bukan satu IPTA sahaja yang menggunakan pendekatan ini tapi seluruh IPTA dalam Negara menggunakannya. Mustahil ianya satu kebetualan. Sungguh dangkal dan cetek sekali ideologi ini apabila kita hanya ada dua golongan mahasiswa sahaja setelah mereka mendapat ijazah. Sungguh malang nasib Malaysia.

Memang wajar mahasiswa berpolitik kerana itulah proses kematangan mereka. Tapi kita sebagai orang dewasa nie, cukuplah sekadar membimbing mereka sahaja. Bukannya menanam ideologi kerana ideologi kita juga tak semenggah mana. Dan untuk mahasiswa juga, mereka akan dapat pilihanraya yang bersih jika mereka sendiri menolak pertolongan parti-parti politik ini. Semoga kita betulkan semula nawaitu kita masing-masing, Insya Allah.

Tuesday, February 15, 2011

Yakjuj & Makjuj - Bencana Di Sebalik Gunung

0
Tercatat dalam sejarah apabila suatu hari kafir Quraisy dari Mekah meminta bantuan dari Yahudi Madinah untuk bertanyakan tentang kebenaran kerasulan Nabi Muhammad SAW. Yahudi Madinah telah memberikan 3 soalan untuk ditanyakan kepada Nabi Muhammad SAW. Antara soalan tersebut ialah “tentang lelaki yang mengelilingi dunia bermula dari timur hingga ke barat.”. Maka Allah telah turunkan ayat 83-98 dari Surah Al-Kahfi sebagai jawapan kepada soalan tersebut.

Peristiwa ini secara tidak langsung memberitahu bahawa golongan Yahudi mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Zulkarnain. Maka, apabila kita ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tajuk ini, kita seharusnya mengkaji inskripsi-inskripsi Yahudi yang terdahulu serta membuat perbandingan antara Al-Quran, Taurat dan Injil untuk mendapatkan jawapannya.

Itulah yang dilakukan oleh penulis buku Yakjuj & Makjuj – Bencana di Sebalik Gunung. Buku ini merupakan tulisan kajian yang dilakukan oleh Pensyarah Universiti Brawijaya, Indonesia yang sedang mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban.

Kajian yang dilakukan telah membuktikan bahawa Zulkarnain dan Yakjuj Makjuj (Gog Magog) ada disebut didalam inskripsi Yahudi namun kedua-dua watak ini berasingan secara keseluruhan dan tidak pernah wujud sebarang kenyataan dalam mengaitkan kedua-duanya. Namun, apabila ayat 83-98 Surah Al-Kahfi diturunkan, Allah telah mengaitkan kedua-dua watak ini dalam satu cerita yang sezaman. Ini menyebabkan Yahudi Madinah tergamam dan mengakui kerasulan Nabi Muhammad SAW. Namun mereka tetap enggan untuk beriman.

Pengkajian tentang Zulkarnain dan Yakjuj Makjuk telah menemukan beberapa fakta yang mengejutkan. Fakta-fakta yang cuba disorok oleh sejarawan barat ini, telah menyangkal dakwaan barat yang mengatakan Yakjuj Makjuj itu adalah kaum muslimin yang akan menyerang Israel pada akhir zaman. Fakta ini dikupas dengan teliti oleh penulis sesuai dengan tulisan seorang bakal pemegang PhD. Walaupun sarat dengan perbincangan yang berat namun aku yakin buku ini akan menambahkan lagi ilmu kepada sesiapa yang membacanya. Sudi-sudilah membelinya di kedai buku yang berdekatan.

Saturday, February 12, 2011

Imam Maliki - Pengarang Kebenaran

0
Sebagaimana yang kita ketahui, mazhab Maliki adalah berasal dari seorang imam terkemuka iaitu Imam Malik. Nama sebenar beliau ialah Malik bin Anas bin Abi ‘Amir bin Al-Haris. Beliau dilahirkan di Madinah pada tahun 95H /712M. Moyangnya, ‘Amir bin Al-Haris adalah seorang sahabat dan pernah berperang dengan Nabi Muhammad SAW. Datuknya pula, adalah merupakan golongan ulama tabi’in yang terkemuka.

Novel in menceritakan kisah benar tentang kehidupan Imam Malik dari kelahirannya sehinggalah wafatnya beliau. Gaya penulisan Abdul Latip Talib memang sangat terserlah dalam novel ini. Mudah dan senang difahami.

Imam Malik merupakan seorang yang sangat pintar dalam bidang ilmu. Beliau juga mempunyai daya ingatan yang sangat kuat. Ini terbukti apabila beliau mampu menghafal sehingga 100,000 hadis selain dari menghafal Al-Quran dengan baik. Tidak hairanlah beliau menjadi rujukan berbagai ulama pada ketika itu dalam bidang ilmu agama.

Imam Malik sangat sinonim dengan sebuah kitab yang masyur berjudul Kitab Al-Muwattok. Inisiatif untuk menulis kitab ini diambil apabila terlalu banyak pendapat dalam agama diamalkan diseluruh dunia pada ketika itu. Daripada 100,000 hadis yang dihafal, Imam Malik memperhalusi kesemuanya sehingga tinggal 10,000 hadis sahaja. Kemudian, dihalusi lagi sehingga menjadi 5,000 hadis. Daripada itu, Cuma 500 hadis sahaja yang dimuatkan dalam Kitab Al-Muwattok. Kitab ini dikenali sebagai kitab hadis yang membahaskan masalah feqah yang disepakati oleh para ulama semasa. Kitab ini masih diguna pakai sehingga ke hari ini.

Imam Maliki sangat mencintai Nabi Muhammad SAW. Kelas pengajiannya berlangsung berdekatan dengan makam Nabi di Masjid Nabawi. Setiap kali mengajarkan hadis Nabi, beliau akan menghormati hadis tersebut seolah-olah mendapatnya terus dari Nabi sendiri.

Imam Maliki juga tidak mahu memakai kasut di bumi Madinah kerana menghormati jasad Nabi yang bersemadi di Kota Madinah. Beliau juga tidak akan menaiki kuda melainkan setelah berada di luar Kota Madinah.

Imam Malik dikurniakan dengan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan orang khalifah Bani Umaiyah dan lima orang khalifah Bani Abasiyah. Sepanjang kehidupannya, beliau banyak melahirkan anak murid yang hebat-hebat. Antaranya adalah Imam Syafie. Sungguh, Islam kehilangan permata yang sangat bernilai apabila Imam Malik meninggal pada tahun 179H/796M pada usia 84 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Friday, February 11, 2011

Tersangkut di lebuhraya PLUS

0
On the way balik ke Port Dickson hari sabtu hari tu, singgah sebentar kat rumah Femezs (Ridwan Che Hadzir) kat Sungai Petani. Femezs nie, room-mate aku kat USM dulu. Memang best friend laa..banyak benda yang aku belajar dari dia sepanjang kami hidup bersama.

Aku, Femesz, Yana (isteri Femezs) dan anak-anak
Femezs baru beli rumah kat Sungai Petani berdekatan dengan area Bandar Perdana. Cantik dan besar sungguh rumah dia. Murah pulak tuh kalau nak dibandingkan dengan KL punya harga. Anyway, Femezs pulak memang orang yang pandai bertukang. Memang banyak la benda kat rumah tuh dia buat sendiri. Bagus sungguh kalau kita ada skill nak renovate rumah. Dah la jimat belanja, dapat plak kepuasan dari situ. Memang best.

Kemudian, pukul 7.00 malam baru bertolak dari Sungai Petani. Haa..inilah bab yang rasanya buat sakit hati ja kalau cerita. Lebuhraya Utara Selatan tuh sesak sungguh dengan kenderaan. Setelah melalui perjalanan yang sangat menyakitkan hati dan sangat membuatkan aku mengantuk, akhirnya kami sampai kat rumah kami di Port Dickson jam 6.15pagi keesokan harinya. Sungguh la letih tidak terperi lagi untuk kami sekeluarga. Rasa serik sangat kalau tersangkut dalam situasi macam tuh. Ohh ya…on top of all that, I still have to pay the toll fee.

Hmm.. I wish the Government can hire a mathematic specialist so that they can re-calculate again our economy model.

Thursday, February 10, 2011

Cuti raya cina

0
Usia Abah dan Yong makin hari makin lanjut. Jadinya, kalau aku ada rezeki sikit, aku akan usahakan untuk balik ke Alor Setar. Tambahan pulak Abah tak mampu untuk bergerak lancar macam dulu-dulu. Kalau tidak, mesti Abah dan Yong rajin bertandang ke rumah anak-anak dalam usia pencen nie.

Special pose from Abah and Yong
Waktu berada di Alor Setar sepanjang raya cina bebaru nie, ada perkara yang membuatkan aku terfikir apabila melihat kedua ibubapa aku. Di usia pencen nie, Abah dan Yong ada la sumber pendapatan dari duit pencen sikit, duit sewa bendang sikit, duit EPF sikit dan duit sewa kelapa sawit sikit. Abah dan Yong cuma amik setakat yang perlu sahaja. Selebihnya, banyak disedekahkan ke masjid, surau atau dibelanjakan untuk perkara-perkara lain yang berfaedah dengan niat, untuk dapat sebanyak mungkin pahala dariNya.

Aku rasa, itulah hakikat hidup nie. Bila sampai waktunya, bila nafsu dah mula kendur…tinggallah diri kita dalam bentuk fitrah kita. Kalau waktu muda..badan tengah sihat dan bertenaga. Kita impikan segala kemewahan dalam dunia. Bekerja dari pagi sampai ke malam untuk kumpul duit supaya dapat kita puaskan nafsu muda kita. Segalanya hendak kita miliki sampai mata jadi kelam dengan benda-benda keduniaan.

Tapi bila umur makin senja, badan mula tak mampu menurut nafsu. Waktu itu baru kita sedar, dunia nie hanyalah pinjaman sahaja. Sebanyak mana pun harta yang kita ada, kita akhirnya makan cuma setakat kenyang sahaja. Itu je lah harta yang perlu pun. Harta yang membukit lebihnya pulak hanyalah turutan nafsu semata-mata. Di waktu itu barulah kita tahu akan hakikat hidup di dunia.

Aku harap, aku tak terlewat untuk mengenali hakikat itu.

Sehari sebelum kami sampai kat Alor Setar, Abah jatuh kat bilik air lagi sebab pening kepala. Mujur takdak apa-apa kecederaan kat Abah. Mujur jugak ada jiran-jiran yang tolong angkatkan Abah. Kesian kat Yong ngan Abah.

Picture taken before we left for Port Dickson

Tuesday, February 1, 2011

Congratulation Pyan..!!

3
Gambar ini telah disunting secara malas-malasan. Anyway, tahniah diucapkan kepada Suffian Mat Isa dan isterinya. Semoga kalian dikurniakan dengan keberkatan dan rahmat dariNya. Insya Allah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...