Showing posts with label Extraordinary. Show all posts
Showing posts with label Extraordinary. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Selesai sudah pengajian master

0
     Alhamdulillah, baru sahaja selesai ambil exam 2 hari sudah. Itulah paper terakhir untuk pengajian master keseluruhannya. Secara rasminya, sudah tidak ada lagi kelas dan assignment selepas ini. Boleh kembali ke comfort zone seperti dalam tahun 2011. Alhamdulillah.

     Walaupun dah selesai semua kredit yang perlu dilengkapkan dalam program master nie, masih ada lagi sedikit modification untuk report final project. InsyaAllah, rasanya takdak masalah kot sebab supervisor pun tak banyak benda sangat yang dia komen kat report yang dah submit bebaru nie. Ada lebih kurang 10 hari lagi untuk final submission. Should be ok kot.

     Selepas sahaja selesai paper yang terakhir tuh, ingatkan nak rasa seronok tak terhingga. Tapi jangkaan awal tuh meleset sama sekali sebab tak rasa apa-apa plak bila dah submit paper last tuh. Rasa kosong pun ada. Asyik terpikir nak buat apa plak lepas nie. Kalau tak, memang kebiasaannya busy memanjang. Ataupun, mungkin rasa kosong disebabkan tak boleh nak jawab kot paper yang last tuh. Hahahah...apa-apa hal pun, janji master dah completed. Lepas nie dah takdak assignment dan kelas malam. Selepas nie, InsyaAllah akan ada option dalam kerjaya aku. Itu yang penting tuh. Hehehehe..
  
Selamat tinggal UPM.

     Alhamdulillah, bila rasa dah kurang tertekan nie...baru la rasa macam lapang sikit nak melayan anak-anak. Kalau tak rasa macam kelam-kabut sangat. Rasa macam tak boleh nak tolerate dengan perkara yang lambat. Tapi kali nie kepala dah rasional kembali sebab dah takdak pressure. Boleh la kalau nak melayan anak-anak punya masalah dengan tenang dan hikmah sekali. Hehehehe...Ehh...mengantuk dah nie.. Upload gambar je la..

Melayan anak-anak yang dah lama tak layan camera

Suka sangat main dalam khemeah

Khemah pun dah nak runtuh dah.

Semua abang-abang sayang kat Dhiya

Dah besar dah.


Monday, April 29, 2013

Makkah Al Mukarramah

1
     Mana-mana umat Islam yang baru pertama kali tiba di Masjidil Haram ini, hatinya pasti akan tersentuh lalu menjadi sayu dan sebak. Tersentuh bukanlah kerana binaan masjid yang sangat besar dan indah. Bukan juga kerana lautan manusia yang memenuhi segenap ruang Masjidil Haram. Tapi hati tersentuh kerana terasa kebesaran Allah dan terlalu bersyukur dijemput menjadi tetamu-Nya.

Inilah gambar Masjidil Haram yang pertama sekali aku ambil

     Kami sampai ke Mekah lebih kurang jam 11 malam. Selepas selesai urusan hotel dan beg-beg telah pun disimpan, kami semua bergerak ke Masjidil Haram yang kurang dari 300meter dari hotel. Kawasan Masjidil Haram ini adalah kawasan yang paling rendah sekali di Mekah. Di sekeliling Masjidil Haram pula, banyak hotel yang tinggi-tinggi tumbuh bagai cendawan selepas hujan memenuhi kawasan sekitar masjid. Daripada jauh ataupun sepanjang perjalanan, memang kita tidak akan nampak Masjidil Haram secara jelas. Kalau kita ke Masjid Besi umpamanya, kita akan dapat lihat Masjid Besi itu satu figure yang sangat dominan dari jauh berbanding benda-benda lain tapi apa yang aku perhatikan Masjidil Haram tidak begitu. Berjalan kaki dari hotel pun aku masih mencari-cari dimana Masjidil Haram. Sehinggalah diselekoh yang terakhir dari Hotel, maka nampaklah cahaya lampu yang terang-bendarang dan menara masjid yang aku kenal selama ini. MasyaAllah, sungguh hebat perangcangan-Mu.

     Kemudian, hati berdebar-debar apabila melangkah masuk ke dalam Masjid. Mata mula meliar mencari-cari Kaabah yang selama ini menjadi kiblat untuk seluruh umat Islam. Di balik tiang-tiang yang banyak itu, akhirnya nampak kelibat warna hitam yang dicari-cari. Sehinggalah pada sudut yang betul, Kaabah itu akhirnya berdiri di hadapan kedua mata ini. Aku terpegun seketika. Dunia jadi sepi dan aku tak dengar apa-apa bunyi pun pada ketika itu. Ada perasaan manis dan sayu menyelubungi hati. Semoga perasaan manis itu terus kekal dalam hati aku selama sisa-sisa hidup aku yang berbaki. Memang benarlah, Allah Maha Besar.

     Perlahan-lahan suara orang ramai mulai memenuhi gegendang telinga aku. Rupa-rupanya, mutawwif sedang membacakan doa pertama kali melihat Kaabah. Sembahyang sunat 2 rakaat malam itu terasa sangat bermakna sekali. Mata tidak lagi mahu melihat tempat sujud seperti kebiasaan. Hanya tertumpu pada Kaabah yang jelas di depan mata. Sungguh indah.

     Kemudian kami pun mengerjakan tawaf umrah 7 pusingan bermula dari penjuru Hajarul Aswad.

Gambar diambil setelah selesai solat sunat tawaf.

Kenang-kenangan kami berdua di tempat yang sangat berkah. Syukur kerana isteri 
dapat menemani perjalanan rohani ini.

     Untuk menghabiskan tawaf sebanyak 7 pusingan pada malam itu agak mudah kerana tak ramai orang. Pusingan tawaf kami menjadi kecil dan kami dapat hampir ke Maqam Ibrahim.  Kalau tak silap, dalam 30 minit ke 45 minit, kami telah pun selesai melakukan tawaf. Walaupun hati meronta-ronta ingin menyentuh Kaabah, ditambah pula baru pertama kali ke sini, tapi terpaksa dipendamkan kerana tidak mahu terbatal tawaf. Diwaktu yang lain, pasti kami akan menyentuhnya. InsyaAllah.

     Kemudian, kami meneruskan pekerjaan umrah ini dengan menunaikan ibadah Sai'e dari Bukit Safa ke Bukit Marwah. Pekerjaan Sai'e ini memang sedikit jauh berbanding dengan tawaf tapi Sai'e lebih mudah kerana tidak memerlukan kepada wudhu' dan kita bebas untuk bercakap-cakap ataupun berehat-rehat. Lebih kurang macam bersiar-siar dari bukit ke bukit la umpamanya.

Kawasan Sai'e

     Kami banyak berhenti rehat dalam ibadah Sai'e. Wife aku banyak berhenti duduk dan aku jugak banyak berhenti minum air zamzam. Rasa segar badan dapat minum air zamzam yang memang tersedia di mana-mana sahaja dalam Masjidil Haram. Akhirnya, ibadah umrah yang wajib untuk kami ini selesai dalam jam 3 pagi. Kami tidak balik ke hotel kerana waktu Subuh sudah hampir. Kami beriktikaf di masjid sahaja. Menjelang Subuh, makin ramai manusia memasuki Masjidil Haram ini. Kawasan dataran tawaf bagaikan tidak ada tempat yang tidak ada orang. Kalau baling sebutir batu, mesti akan kena kepala sesiapa. Sungguh hebat percangan-Nya. Hati-hati manusia memang mencintai rumah ini. Bersyukurlah kerana aku dan isteri dapat menunaikan Subuh berjemaah di masjid ini.

Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."





Saturday, April 27, 2013

Ziarah sekitar Madinah

0
     Kami berada di Madinah cuma 3 hari sahaja. Hari pertama, free and easy. Hari kedua, kami melawat sekitar tempat-tempat bersejarah di Madinah. Kalau kita perhatikan, memang banyak sejarah awal Islam yang terlakar di bumi berkah ini. Di sinilah bermulanya kerajaan Islam yang pertama yang dibangunkan oleh Nabi Muhammad SAW dan didukung oleh para sahabat dari kaum Ansar dan Muhajirin. Bumi ini jugalah menjadi saksi peperangan-peperangan dan darah para syuhada yang syahid kerana mempertahankan agama yang tinggi ini. Sejahteralah ke atas mereka yang telah berjuang dan bersama-sama dengan Nabi diwaktu susah dan senang baginda.

     Membaca sejarah-sejarah Nabi bersama para sahabat baginda selalunya akan timbul rasa cemburu dalam hati. Cemburu kepada para sahabat Nabi yang sangat beruntung kerana dapat hidup dan sekaligus dapat berjuang bersama-sama Nabi untuk agama Islam ini. Ramai dari para sahabat Baginda yang dijanjikan syurga walaupun mereka masih hidup ketika itu. Nabi juga memberikan penghormatan yang tinggi kepada pejuang-pejuang perang Badar seramai 313 orang itu. Sungguh cemburu rasanya. Tapi bila dah sampai di Bukit Uhud dan melihat kawasan di mana jenazah Saidina Hamzah dikebumikan, terasa seperti memang tak layak untuk berjuang bersama-sama Nabi. Jikalau aku hidup pada zaman Nabi masih ada dan berjuang bersama Baginda, aku rasa mungkin aku ini hanya akan menjadi beban sahaja dalam mana-mana peperangan yang ada. Sebabnya, muka bumi Madinah dan cuacanya memang sesuatu yang agak ekstrem bagi aku. Itu baru pergi untuk 3 hari sahaja. Kalau pergi ke Madinah untuk berperang, tidak ada perkataan yang dapat aku ucapkan. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Jabal Uhud yang panas, berbatu dan saksi kepada syahid-nya bapa saudara Baginda.

Kawasan syuhada yang dipagar.

'Uhud' datang dari perkataan 'Ahad' yang bermaksud tunggal. Bukit tunggal yang kecik itulah yang menjadi pos untuk pasukan pemanah umat Islam yang kemudiannya ditawan oleh tentera kafir. Pada ketika itu dikepalai oleh Khalid Al-Walid yang belum lagi memeluk Islam.

     Kemudian kami ke Masjid Quba'. Ini adalah masjid yang pertama sekali dibina dan ianya dibina dengan ikhlas oleh Nabi Muhammad sendiri. Jikalau kia datang ke masjid ini dalam keadaan berwuduk dari tempat kediaman kita, kita akan memperolehi satu kali umrah.

Masjid Quba' yang menjadi tempat perhentian Nabi sebelum masuk ke 
Kota Madinah sewaktu peristiwa Hijrah.

     Kemudiannya, kami ke kilang pencetakkan Al-Quran. Sungguh besar kilang ini dan sangat bersih sekali keadaannya. Kami hanya setakat dibenarkan samapi ke beranda kilang sahaja. Tidak dibenarkan berjalan-jalan di production line. Kagum jugak aku dengan daily production capacity yang disebutkan oleh mutawwif. Berpuluh ribu naskah jugak dalam sehari. Namun, kebanyakkan dari Al-Quran ini adalah diberi secara percuma sahaja dan sebahagian kecil sahaja untuk dijual. Kami jugak dapat Al-Quran percuma seorang satu. Al-Quran yang sangat tinggi kualitinya ini juga diberi secara percuma kepada setiap pengunjung yang datang, dan memang banyak pun penunjung yang datang setiap hari ke kilang ini.

Dalam kilang Al-Quran. Walaupun tak dibenarkan ambil gambar, 
tapi degil jugak nak ambil gambar. Hehehehehe.

     Selesailah sudah ziarah sekitar Madinah. Keesokan harinya, kami berangkat ke Mekah Al-Mukarramah pula untuk menunaikan hajat yang lama terpendam. Dari Masjid Bir Ali lagi kami sudah pun berniat umrah dan ihram. Sepanjang 6 jam perjalanan ke Mekah, kami isi dengan talbiah kerana menyahut panggilan Allah. Syukurlah, hajat untuk ke Mekah sudah hampir tercapai dan hanya beberapa jam sahaja lagi untuk sampai. Hati berdebar-debar dan sangat mengharapkan umrah yang maqbul.

Di hadapan Masjid Bir Ali. Baru selesai menunaikan solat sunat ihram.

 Mekah...here we come. Laibaikallah hummalabaik....


Tuesday, April 23, 2013

Madinah Al-Munawwarah - Kota Yang Bercahaya

0
     Kota Madinah ini memang pelik sedikit cuacanya. Keadaan cuaca diluar memang terik seperti waktu tengahari di Malaysia tapi bila berada dalam bilik, keadaanya sejuk secara semulajadi. Sepanjang 3 hari kami berada di Madinah, memang kami tak hidupkan air-cond dalam bilik. Dah memang sejuk secara semulajadi hinggakan tidur diwaktu tengahari pun kena pakai selimut jugak. Aneh sungguh.

     Udaranya pulak kering. Peluh di badan akan jadi cepat kering dan tak sempat meresap ke dalam baju. Makanya, bau baju dan bau badan tak pernah busuk selama kami di Madinah. Rasa sungguh selesa dengan keadaan itu. Di Madinah juga ada banyak orang menjual pelbagai barangan di kawasan-kawasan berdekatan hotel. Kita sudah tak perlu bercakap dalam bahasa Arab kerana semua peniaga boleh berbahasa Melayu sekadar urusan urus niaga. Kalau tak cukup duit Riyal pun, duit RM boleh jugak digunapakai. Memang mudah bila berada di Madinah.

     Apabila mula-mula menjejakkan kaki ke Masjid Nabi...hati terasa sayu dan hiba. Mengenangkan ada jasad yang mulia berada di dalamnya bersama-sama 2 sahabatnya yang lain. Doa pun dibaca dengan dikepalai oleh mutawwif. Doa-doa dam ucapan salam kepada Nabi Muhammad SAW yang kita cintai, sahabat-sahabat baginda di sebelahnya dan juga sahabat serta ahli keluarga baginda di perkuburan Baqi'.

     Masjid ini telah pun dibesarkan demi menampung jumlah jemaah yang semakin ramai. Memang masjid ini menjadi sangat besar sekali. Pada ketika mula-mula sampai, tercari-cari jugak la makam Nabi tuh kerana tak kenal dan baru pertama kali sampai. Kemudian bila mutawwif tunjukkan jalan ke makam Nabi, kami pun masuklah beramai-ramai. Ramainya manusia yang mahu melihat makam Nabi itu sampaikan aku jadi terpinga-pinga kerana masih lagi mencari yang mana satu makam Nabi. Kawasan kubur Nabi telah pun dipagar dan hanya lubang-lubang kecil sahaja sekadar mahu melihat. Dengan keadaan orang ramai bertolak-tolah itu, memang sedikit blur la bagi orang yang pertama kali.

Antara pintu masjid yang ada. 

Makam  Nabi yang dipagar kemas.

     Alhamdulillah, bila dah kenal kat mana makam Nabi dan bila dah tahu kat mana kawasan Raudhah, aktiviti seterusnya adalah membina perancangan agar dapat bersembahyang dan berdoa di Raudhah dan dapat mendekati makam Nabi dengan lebih dekat sekali.

Nak masuk Maghrib dah nie kot. Bersama mama untuk solat berjemaah.

Kat dalam masjid memang ada banyak tiang. Silap-silap, boleh sesat jadinya.

Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tempat yang berada di antara rumahku dan mimbarku adalah di antara taman-taman Syurga. Mimbarku berada berhampiran dengan telagaku.

     Begitulah kelebihan Raudhah iaitu, kawasan yang berada diantara rumah Nabi dan Mimbar Baginda. Inilah kawasan taman syurga yang berada di atas dunia. Masuk dan berdoalah di dalamnya. Moga-moga dimakbulkan doa kita nanti. InsyaAllah.

Waktu Subuh. Rasanya selipar aku dah hilang dah waktu tuh.

Inilah keadaan pintu masuk melewati makam Nabi. Penuh dengan orang ramai yang masing-masing mencintai Nabi dan ingin melawat Baginda.

Syuruk di Madinah. Sungguh indah.

Ini adalah kawasan tengah masjid pada waktu petang. Ada yang baca kitab dan ada yang melepaskan lelah sementara. Kalau kat Malaysia, kita tak boleh baring kat masjid.

Ada jugak kumpulan yang mengikuti pembelajaran 'tiang ke tiang'

Waktu lepas Subuh rasanya.

Suasana senja dengan camera telefon sahaja.

Inilah mimbar Nabi. 

     Tak banyak gambar yang aku ambil semasa di dalam masjid kerana tidak dibenarkan dan aku pula malas nak menggangu orang lain. Tapi ada satu blog yang aku baca memang penulisnya mengambil banyak gambar-gambar cantik dalam masjid. Cantik sungguh gambarnya. Boleh rujuk blog nie Maria Firdaus. Nyesal pulak rasanya tak ambil gambar banyak-banyak.

Monday, April 22, 2013

Begitulah Kebesaran-Nya

0
     Lama rasanya tak update blog. Seperti yang aku duga, tahun ini bakal menjadi tahun yang mencabar untuk aku sekeluarga. Tak sangka betul pulak telahan aku, hinggakan nak update blog pun dah berkali-kali hajat tertunda. Tapi malam nie, nak update jugak sikit. Mencatatkan pengalaman baru yang sangat bermakna dalam hidup.

     Lama jugak rasanya aku memendam cita-cita untuk ke Tanah Suci Mekah. Daripada tahun lepas lagi, hati dah berkobar-kobar untuk melakukan umrah dan ziarah kedua-dua tanah Haram Madinah dan Mekah. Perkara ini aku pernah catatkan dalam blog aku sebelum nie bertajuk "Mungkin inilah sebabnya". Maha Suci Allah diatas segala sesuatu, akhirnya aku dan isteri aku dijemput jugak menjadi tetamu di rumah-Nya. Subhanallah.

     Menanti kapalterbang di Airport Senai

Alhamdulillah, wife ikut sekali. 

         Kami berdua mengikuti umrah dibawah kelolaan Tiram Travel Sdn. Bhd. Sebenarnya, aku tak study secara detail pun travel agency yang bakal aku pilih kerana Pengerusi surau taman aku nie memang seorang mutawwif dari Tiram Travel. Aku hanya berpandukan penerangan dari dia sahaja dan tiba-tiba sahaja terus jadi. Hal-hal kursus umrah pun berlangsung di surau taman aku juga. MasyaAllah, sungguh mudah rasanya. Sengaja aku tidak memperbesar-besarkan hal ini kerana takut-takut tak jadi. Kira-kira 2 minggu lagi nak pergi, barulah ibubapa aku di Alor Setar dapat tahu akan perancangan kami. Berbakul-bakul pesanan dan nasihat dari ibubapa aku. Tampak pada wajah diorang sangat rindu pada 2 Tanah Haram itu.

     Disebabkan jemaah Tiram terlalu ramai sehingga mengjangkau 300 lebih untuk umrah kali ini, sebuah pesawat Boeing 747 telah pun di cartar oleh Tiram Travel. Mungkin sebab sewa di airport Senai lebih murah dari KLIA, maka Senai pun menjadi pilihan pihak pengelola untuk tempat berkumpul dan berlepas. Kami bertolak jam 8.00 malam dari Senai dan 8 jam kemudian, kami sampai di Jeddah. Kira-kiranya jam 1.00pagi waktu tempatan. 

Airport Jeddah jam 1.00pagi

     Perjalanan diteruskan ke Madinah dengan menaiki bas selama 6 jam. Sepanjang perjalanan itu, aku dan wife aku hanya tidur sahaja kerana keletihan. Lagipun, di kiri dan kanan jalan hanya ada tanah lapang gurun sahaja. Takdak benda pun yang dapat dilihat.

     Kemudian, bas berhenti di kawasan yang kami istilahkan sebagai "RnR" untuk sembahyang subuh. Sebelum ini, ramai yang memaklumkan kepada aku dan wife bahawa "...selesaikanlah hal-hal berkaitan toilet di airport Jeddah dahulu kerana RnR kat tanah Arab nie kotor. Bawak air wuduk sendiri siap-siap untuk mengelakkan diri dari masuk toilet tuh". Memang betul tandas di RnR tuh kotor tapi syukur jugak aku dan wife pernah hadapai keadaan yang lebih getir lagi di China dahulu. Alhamdulillah, mudah sahaja untuk kami menerima keadaan itu. Mungkin jugak pada ketika itu kamilah bas yang terawal sekali sampai. Makanya, tandas belum betul-betul kotor lagi. Walau bagaimanapun, itulah pengalaman pertama berjemaah subuh di tanah Arab.

Pagi di "RnR"

Kami sehati dan sejoli. Tak madi dan tak berus gigi.  Hehehehe..

          Perjalanan diteruskan lagi. Kali ini, matahari sudah timbul dan bumi tandus ini mulai diterangi dengan cahayanya. Aku dan wife aku mulai dapat menikmati pemandangan berbukit-bukit dan berbatu-batu muka bumi Madinah ini. Sangat kontang dan sangat berbatu. Terkenang perjalanan Nabi bersama Saidina Abu Bakar ketika hijrah ke Madinah. Kalau kita tengok muka buminya, memang hijrah Nabi itu sebuah perjalanan yang sangat sukar dan mencabar. Kesian Nabi...Kesian Abu Bakar...

Antara RnR lain yang ada dipertengahan gurun.

Pemandangan higway dari dalam bas. Sayup mata memandang.

     Kemudian, kami mulai nampak signboard yang menunjukkan jalan-jalan menuju ke Kota Madinah Al-Munawarah. Excited sungguh rasanya. Tak tahulah apa yang bakal "disajikan" oleh Madinah kepada kami. Kami mengharapkan kemudahan pada setiap urusan.

Jalan masuk ke Madinah

Mulai kelihatan bangunan-bangunan kediaman berwarna putih dari jauh. Memang benar bahawa Madinah ini dikelilingi oleh bukit-bukit.

Memasuki Kota Madinah yang sesak dengan kereta dan bangunan tinggi. Dari jauh dah nampak menara masjid. Cuma lagi tak pasti masjid apakah itu.

     Alhamdulillah, setelah beberapa kali masuk simpang dan masuk simpang, kami akhirnya sampai juga ke kawasan hotel penginapan kami. Nama hotel-nya...Orchid Al-Salam. Hotel biasa-biasa sahaja. Asalkan ada tempat tidur dan mandi pun dah cukup syukur. Hotel pun boleh tahan jugak dekat dengan masjid. Tak sangka sungguh kami dapat sampai jugak akhirnya ke Madinah. Di sinilah Islam berkembang dan di sinilah jasad Nabi yang mulia itu disemadikan.

Barangsiapa mengerjakan haji (dan umrah) maka menziarahi kuburku sesudah wafatku ada (baginya) seperti menziarahiku ketika hidupku. Hadis riwayat at-Tabrani, al-Baihaqi, Abu Sheikh, Ibnu Adi dalam kitab Kanzil Umal.

Kelihatan Masjid Nabawi dari kawasan hotel kami. Alhamdulillah dekat jaraknya.

Ini pulak gambar dari arah yang bertentangan dengan gambar atas.

     Hari pertama berjalan dengan lancar. InsyaAllah aku akan sambung lagi entry nie dimasa yang lain. Ada beberapa blog lain yang aku tengok memaparkan gambar-gambar dalam Masjid Nabawi dengan banyaknya. InsyaAllah, nanti aku share kan jugak.

Saturday, April 28, 2012

Pendahuluan sebuah buku

0

Alif laam miim.

Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa


     Alhamdulillah, syukur rasanya bila dikurniakan masa dan keupayaan untuk membaca bermacam-macam buku dan kitab dalam dunia nie. Membaca jambatan ilmu. Walaupun pada mulanya, kita tak berapa pasti apa benda yang kita baca pada hari ini, InsyaAllah kekeliruan itu akan terjawab kalau kita terus mencari. Bagi aku, membaca itu semacam jigsaw puzzle yang besar. Hari ini dapat sekeping, esok dapat sekeping lagi. Bila bercantum kepingan-kepingan jigsawa puzzle tuh, baru la terlopong mulut. ".......Oooooo....macam nie ka". Dicantumkan pulak dengan jigsaw puzzle dari pengalaman yang kita kutip, maka akan lagi terlopnglah mulut kita itu. Hehehehe..

     Buku akan dimulai dengan pendahuluan. Pendahuluan yang aku paling suka sekali bila aku baca buku Dr. Said Ramadhan Al-Buti. Buku yang bertajuk, Fiqh Al-Sirah. Caranya tersendiri dan penuh maklumat membuatkan aku tak sabar-sabar untuk membaca isi kandungan buku tersebut. Pendahuluan biasanya menggambarkan keseluruhan idea penulis. Selebihnya adalah huraian terperinci.

     Kalau kita selak Al-Quran, pendahuluannya adalah Al-Fatihah yang merangkumi keseluruhan isi terperinci Al-Quran tersebut. Sebagai muslim, kta akan baca Surah Al-Fatihah paling kurang pun 17 kali sehari. Membicarakan tentang tafsir Al-Fatihah sahaja sudah memuatkan banyak ilmu yang ada dalam kehidupan ini.

     Semalam, aku dikejutkan lagi dari "tidur" oleh Ustaz Zahazan. Aku sempat mengutip apa yang cuba disampaikan oleh Ustaz Zahazan tapi dalam gaya bahasa dan pemahaman aku sendiri laaa...

         Carilah dalam mana-mana buku dalam dunia ini, hatta kitab-kitab agama sekalipun...tidak ada yang berani menyatakan bahawa buku atau kitab itu tidak ada keraguan padanya. Tapi bila kita bukak Al-Quran dan permulaan Surah Al-Baqarah, pendahuluannya menyatakan, kitab ini tidak ada keraguan, tidak ada kesalahan, tidak ada kekurangan bahkan menjadi petunjuk pulak kepada orang-orang yang takutkan pada pencipta-Nya. Mana ada penulis dalam dunia ini yang berani claim bahawa buku mereka tidak ada sedikit pun cacat dan cela? Mana ada penulis yang berani claim bahawa buku dialah yang sempurna tapi tidak bagi Allah. Allah adalah pencipta dan Dia-lah yang memberi petunjuk kepada siapa yang dia mahu. Dia Maha Mengetahui. Pendahuluan Al-Quran itu sendiri sepatutnya membuatkan kita mengakui bahawa kita ini adalah hamba yang sangat lemah dan Dia-lah Allah yang berkuasa. Subhanallah.

     Terima kasih Ustaz Zahazan.

Monday, December 26, 2011

Assignment in video

0
Memang banyak perkara menarik yang aku pelajari dalam kursus master nie. Seingat aku, assignment waktu degree dulu takdak la yang pelik2 macam skrang nie. Dulu, banyak assignment yang aku kena submit dalam bentuk kertas kerja, pengiraan dan seumpamanya. Yang paling pelik pun, aku pernah kena buat glider as part of introduction to flight punya subject. Memang banyak jugak yg aku belajar waktu tuh.

Tapi zaman sekarang nie, assigment dah jadi semakin pelik. Lecturer dah jadi semakin demanding. Seiring dengan kemajuan IT membuatkan capaian maklumat jadi sangat mudah, lecturer mahukan sesuatu yang lain dari kebiasaan daripada pelajar sebagai assignment. Pelajar lah yang akhirnya kena jadi serba boleh dalam semua perkara untuk mencapai objektif lecturer-lecturer ini. Pada satu sisi, ianya mencabar pelajar menjadi lebih daripada sekadar menjadi mahasiswa. Pada sisi yang lain, pelajar risau akan standard pemarkahan kerana pelajar sendiri tak mengetahui apa expectation lecturer. Aku adalah antara pelajar yang risau tersebut.

Assignment bebaru nie, lecturer aku bagi satu bab berkenaan dengan MRP (Material Requirement Planning) kat group aku. Kami dikehendaki untuk terangkan apa MRP dalam bentuk movie pendek antara 5 hingga 10 minit. Arahannya memang simple, dan kerana terlalu simple lah membuatkan aku dan rakan group aku sedikit takut. Takut tak dapat capai apa yang lecturer mahukan.

Dalam assignment nie, aku jadi director dan pada masa yang sama, aku kena berlakon jugak. Aku memilih untuk buat sedikit kelainan pada movie aku. Instead of sticking to the instruction which require us to make a movie, we decided to make a series of pictures which people normally call stop motion. It's not something out of this space, in fact it has been around for many years since mickey mouse was still in black and white. With a little 'magic' using photoshop, everything should be fine.

so, pada waktu tayangan tuh ada la 8 group yang kena tayang movie masing-masing termasuk group aku. Macam-macam idea yang terzahir dari movie tu semua dan aku sangat kagum dengan kebolehan pelajar-pelajar nie dalam movie editing. Walaupun amatur tapi not bad laa...Ada satu group budak2 Iran tuh, depa dapat chapter Capacity Planning. Yang best tuh depa boleh buat cerita hantu untuk konsep movie depa. Aku pun hairan, macam mana depa boleh terpikir untuk buat cerita hantu dan relate dengan Capacity Planning. Kagum sungguh aku.

So, aku dah upload movie group aku dalam youtube. Macam yang aku cakap, stop motion nie is a series of pictures arranged together to make a movie. Dalam movie aku nie, aku shot lebih kurang 3000 (tiga ribu) keping gambar. Terima kasih kepada lecture aku sebab paksa aku buat menda nie. Totally a new experience to my frenz and me. So, aku attach kan sekali link movie aku kat bawah.


Friday, September 16, 2011

Semoga aku pun beroleh hidayah juga

0

Dalam bulan puasa yang lepas, ada satu peristiwa menarik yang aku alami. Ceritanya, waktu aku tgh bertadarus kat surau, ada la sorang budak muda dalam lingkungan 18 tahun duduk sebelah aku. Aku budget, dia pun nak join group tadarus kami kot.

Lepas habis turn aku baca, aku mintak dia sambung baca ayat seterusnya. Budak tuh mintak skip giliran dia sebab dia tak reti baca. Aku kata, baca la slow slow pun. Kami boleh tunggu. Kalau salah kami bertulkan. Dia cakap, dia memang taktau baca Al-Quran.

Selesai bertadarus malam tuh, aku pun ajak la budak tuh bersembang kejap. Curious jugak aku sampai dah besar panjang pun taktau baca Al-Quran lagi. Bila aku tanya umur, dia cakap 18 tahun. Bila aku tanya apsal tak pandai baca Quran, dia cakap sebab dia baru 4 bulan masuk Islam. Terkejut gak aku sekejap. Rupa-rupanya dia saudara baru. Aku ingatkan dia nie macam budak-budak lain yang aku kenal. Aku silap rupa-rupanya. Aku tak boleh nak masukkan detail pasal dia kat dalam blog nie. Nanti takut identiti dia terbongkar, kesian pulak kat dia. Tapi aku berhajat nak coretkan perkara umum yang kami bincangkan selama aku mengenali dia.


Aku tanyakan kat dia macam mana yang dia boleh terpikat nak masuk Islam nie. Dia cakap, sejak dari dia umur 13, 14 tahun lagi dia dah terpikat nak masuk Islam. Dia cakap, dia suka baca bible. Tapi bila dia baca bible, dia rasa macam baca cerita dongeng. Jadinya, dia cuba cari cerita pasal nabi-nabi yang dia tahu dari bible kat kitab lain pulak. Dia jumpa Al-Quran. Dia cakap, bila sekali dia baca Al-Quran, dia rasa hati dia tertambat terus pada Islam. Persoalan dia terjawab dengan hanya membaca Al-Quran. Kemudian, dia bertanya pulak pada orang-orang yang dia kenal tentang kenapa perlu ada hadis kalau Al-Quran tuh dah lengkap. Dia akhirnya jumpa jawapan sendiri dan dia sangat berpuas hati. Akhirnya, dengan hidayah Allah..dia masuk Islam setelah cukup umur dia untuk tukar agama.

Dia cakap, dia memang takut nak tukar agama kerana memikirkan ibubapa dia. Kalau ibubapa dia buang dia, maka dia akan tinggal sebatang kara sahaja. Dah la dia baru sahaja mengenali dunia, kerja pun belum lagi. Tapi dia cakap, bila dia dah mengucap 2 kalimah syahadah, semua menda yang dia takuti tuh rupa-rupanya tak terjadi. Bahkan, Allah Ta’ala berikan pulak banyak lagi kelebihan bila dia dah masuk Islam. Dia dapat kawan-kawan yang berkualiti dari segi akhlak dan agamanya, dia dapat ustaz2 sebagai rakan karib dia, dia dapat mak bapa angkat yang sangat memberikan sokongan pada dia dan macam2 lagi. Walaupun hanya tahu baca 4 surah sahaja (Al-Fatihah dan 3 Qul) dia akan bangun jugak sembayang sunat malam2 sebab terlalu bersyukur dengan nikmat agama yang Allah dah bagi kat dia. Subhanallah.

Kagum sungguh aku dengar cerita dia. Macam mana satu orang budak muda boleh buat perbandingan antara bible dan Al-Quran sedangkan aku pada umur belasan tahun macam tuh, dok sibuk dengan duniawi. Kemudian dari perbualan kami, aku dapat tahu yang buku2 yang dia dah baca sebagai rujukan agama pun bukannya sedikit. Mengalahkan jumlah buku yang aku baca dah pun. Sungguh dasyat. Dalam hati aku sebenarnya cemburu dengan kelebihan yang Allah bagi kat dia. Semoga, aku jugak diberi hidayah yang sama seperti budak tuh.

Dalam perkenalan kami yang hanya beberapa minggu tuh, aku hadiahkan dia sebuah buku yang aku sangat sukai. Sebuah buku tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW yang aku rasakan sangat hampir dengan fakta sejarah. Dalam pada masa yang sama, aku nasihatkan dia agar fokus pada pembelajaran agama. Jangan peduli sangat isu-isu semasa kat Malaysia nie yang suka mempolitikkan agama. Aku taknak dia jadi keliru. Malu aku jadi Melayu kerana bangsa Melayu la jugak yang mempermain-mainkan agama. 

Aku rasa aku sangat bertuah dapat menyelami perasaan dia terhadap Islam. Bagaimana matangnya fikrah dia kalau nak dibandingkan dengan umur dia. Membuatkan aku serba sedikit mengaku akan kekurangan diri aku. terus-terang cakap, aku sendiri tak tahu nak cakap apa kat dia berkenaan Islam. Malu kan..?? Semoga dia bertemu dengan tok guru yang dapat membimbing dia menjadi mukmin sejati. InsyaAllah.

Tuesday, September 7, 2010

Hangzhou, a tourist place

0
I went to Hangzhou (Hanjo is the pronunciation) last weekend. If we browse inside Airasia website, Hangzhou is among the popular destination offered by Airasia. You can get a flight ticket from LCCT to Hangzhou as cheap as RM400 one way.

Hangzhou is a famous tourist place. It’s just about 2 hours journey to Shanghai and Hangzhou can offer a lot of traditional place to visit. There is a Chinese say “Above there is heaven, below there are Suzhou and Hangzhou”. I’m not going to elaborate on the history of this area but Hangzhou used to be a re-treat place for Chinese Emperor during winter. Winter in Beijing is harsh but winter in Hangzhou is acceptable. Plus, Hangzhou can offer some brilliant and beautiful scenery during winter.

There are two things about Hangzhou.

1.) The silk industry
2.) The legendary Chinese tea

If you somehow plan to go to Hangzhou next time, never forget about the two important things above. Hehehehe….

Hotel is very cheap. You can get a decent 4 stars hotel in just around RM180 – RM250 per night. I came at the wrong time as Shanghai Expo really spoils the hotel price. But I managed to get a decent hotel with just RM100 only it’s just a bit far from the main attraction, which is The West Lake.

There are a lot of small green booth that we can find easily around 3km radius from West Lake. We can rent a bicycle for RM1 per hour. The best part is, you can return the bicycle at any of the green booth that you want. If you rent it from booth A, you can always return it at booth Z eventhough the two booth are so far away from each other. Only that, you need to put RM150 as a deposit and passport number before you can proceed.

 Here, Lotto has its own boutique. Even Bata also is so expensive that they say it's was made in Italy.
I went to Hangzhou with a Malaysian Chinese friend but he just surrender to wake up as early as 5.30am..so, I went to West Lake alone that morning. The picture was taken at 6.00am. The high Pagoda at the back called Leifeng. Picture can be beautiful if the sun shine that morning....urghhh...
You have to pay a small money to go inside these two places. The place open at 7.30am.
Shoalin are offering their prayer. I thought I'm gonna see some Kung Fu stuff here...but I was wrong.
This a statue of Bai Suzhen (a White Snake Princess). It got its own story.

This is what I like. I climbed the highest level of Leifeng Pagoda. The Pagoda that we see today is a result from re-building activity by the govenrment. But the Pagoda sit on the same original place. The re-built Pagoda has the same height as the original one.
This is inside the highest level of the Pagoda.
View from the top facing the road. The sky was quite hazy that day so, picture are quite dull in the sense of colour.
This one I took it on my own with the West Lake as a background.
Of cause, the Pagoda's shape is hexagon. At level 4 inside the Pagoda has a wood carving (it looks like wood, I'm not sure what it is but have seen the similiar 3D carving in Bangkok) at every corner. It is a story about the White Snake Princess . This is panel number 2, similiar to the statue that we saw earlier.
Then I took a tour (on feet) around the West Lake. The lake is so huge that it is like you're looking at open sea. In the middle of the lake, there got a causeway that cross the lake. The picture above is somewhere at the middle of the causeway.
Scenery accros the lake is pleasing. Only that, they are so many people with so many activities that in the end, there is no privacy in enjoying the scene.
Well, this Auntie seem to be disagree with me...But we share a common thing which is, Hangzhou is a clean and nice place to visit.

I always wanted to go to Hangzhou. Since I finally reached here, I think I have completed my journey in China so far. I have no wish to go anywhere else. Anything that come after this, will be a bonus for me. Lovely
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...