Tuesday, December 27, 2011

Tahun Baru

0
Minggu depan dah nak masuk tahun baru 2012. Maknanya minggu depan ada la orang tuh nak masuk darjah satu dah. Hmm..alahai, dah besar dah anak abah yang sorang nie. Dah nak masuk sekolah dah pun. Abah doakan semoga Hadi berjaya di dunia dan di akhirat. Seomoga dapatlah ilmu yang bermanfaat yang berguna untuk diri dan masyarakat. InsyaAllah, minggu depan Abah temankan Hadi masuk darjah satu, nanti kita pi sekolah sama2....hehehehe...

Monday, December 26, 2011

Assignment in video

0
Memang banyak perkara menarik yang aku pelajari dalam kursus master nie. Seingat aku, assignment waktu degree dulu takdak la yang pelik2 macam skrang nie. Dulu, banyak assignment yang aku kena submit dalam bentuk kertas kerja, pengiraan dan seumpamanya. Yang paling pelik pun, aku pernah kena buat glider as part of introduction to flight punya subject. Memang banyak jugak yg aku belajar waktu tuh.

Tapi zaman sekarang nie, assigment dah jadi semakin pelik. Lecturer dah jadi semakin demanding. Seiring dengan kemajuan IT membuatkan capaian maklumat jadi sangat mudah, lecturer mahukan sesuatu yang lain dari kebiasaan daripada pelajar sebagai assignment. Pelajar lah yang akhirnya kena jadi serba boleh dalam semua perkara untuk mencapai objektif lecturer-lecturer ini. Pada satu sisi, ianya mencabar pelajar menjadi lebih daripada sekadar menjadi mahasiswa. Pada sisi yang lain, pelajar risau akan standard pemarkahan kerana pelajar sendiri tak mengetahui apa expectation lecturer. Aku adalah antara pelajar yang risau tersebut.

Assignment bebaru nie, lecturer aku bagi satu bab berkenaan dengan MRP (Material Requirement Planning) kat group aku. Kami dikehendaki untuk terangkan apa MRP dalam bentuk movie pendek antara 5 hingga 10 minit. Arahannya memang simple, dan kerana terlalu simple lah membuatkan aku dan rakan group aku sedikit takut. Takut tak dapat capai apa yang lecturer mahukan.

Dalam assignment nie, aku jadi director dan pada masa yang sama, aku kena berlakon jugak. Aku memilih untuk buat sedikit kelainan pada movie aku. Instead of sticking to the instruction which require us to make a movie, we decided to make a series of pictures which people normally call stop motion. It's not something out of this space, in fact it has been around for many years since mickey mouse was still in black and white. With a little 'magic' using photoshop, everything should be fine.

so, pada waktu tayangan tuh ada la 8 group yang kena tayang movie masing-masing termasuk group aku. Macam-macam idea yang terzahir dari movie tu semua dan aku sangat kagum dengan kebolehan pelajar-pelajar nie dalam movie editing. Walaupun amatur tapi not bad laa...Ada satu group budak2 Iran tuh, depa dapat chapter Capacity Planning. Yang best tuh depa boleh buat cerita hantu untuk konsep movie depa. Aku pun hairan, macam mana depa boleh terpikir untuk buat cerita hantu dan relate dengan Capacity Planning. Kagum sungguh aku.

So, aku dah upload movie group aku dalam youtube. Macam yang aku cakap, stop motion nie is a series of pictures arranged together to make a movie. Dalam movie aku nie, aku shot lebih kurang 3000 (tiga ribu) keping gambar. Terima kasih kepada lecture aku sebab paksa aku buat menda nie. Totally a new experience to my frenz and me. So, aku attach kan sekali link movie aku kat bawah.


Thursday, December 22, 2011

The beginning of study week

2
     Pejam celik, pejam celik..dah masuk minggu study week. Exam is just around the corner and in just a couple of weeks, it will be the end of semester I. Kejap ja rasanya. Dulu waktu mula-mula enroll master kat UPM, rasa macam jauh lagi nak habis semester. Hari nie pulak, rasa macam tak cukup masa pulak aku nak study. Hehehe..macam-macam.

     Kali nie punya study memang terasa kelainan yang ketara berbanding degree dulu. Kali nie aku rasa macam lebih fokus dan berisi. Kalau dulu, kepala aku banyak memikirkan hal desasiswa, sukan, kawan-kawan, awek dan macam-macam lagi, tapi sekarang semua tuh dah takdak dah dalam kepala aku. Rasa mudah untuk faham dan ringan tulang untuk buat assigment. Alhamdulillah, semoga semuanya dikira sebagai ibadat aku agar tidak sia-sia macam tuh sahaja.

     Malam nie dok study Manufacturing Operations Management. Kelas nie memang banyak sikit calculation tapi calculation yang simple-simple ja. Cuma lagi kena tahu konsep pengiraan. Yang lain tuh cuma tambah, tolak, bahagi dan darab sahaja. Insya Allah , boleh buat. So, back to my study desk again...

Tuesday, December 20, 2011

Nothing Much (part 17)

2

Tuesday, December 13, 2011

Sistem Pendidikan kita

0
          Semenjak menjadi pelajar kat UPM nie, memang terasa hidup aku nie serabut sedikit. Serabut sebab dalam satu hari aku hanya ada 24 jam sahaja. Dalam 24 jam itulah, berbagai benda aku kena selesaikan sebab terkejar-kejar dengan dateline. Tapi, orang lain pun sebenarnya ada 24 jam macam aku jugak. Silap-silap, mungkin depa lagi sibuk dari aku. Lagipun, aku yang pilih jalan nie. So, lebih baik aku focus untuk selesaikan masalah aku satu persatu.

          Sebenarnya aku nak bercerita tentang perihal dalam kelas. Kelas aku memang banyak pelajar-pelajar dari Asia Tengah. Iran, Syria, Mesir, Lubnan...macam-macam lagi bangsa ada. Perangai pun macam-macam, tapi rata-ratanya kita boleh bahagikan kepada 2 kelompok besar la; foreigner and local.

          Kalau dalam kelas, yang paling active memberi pendapat dan bertanya soalan adalah foreigner. Itulah yang berlaku sejak dari hari pertama aku masuk kelas kat UPM. Bila aku amati balik, memang sebenarnya susah nak ubah mentaliti rakyat Malaysia nie. Rakyat Malaysia tak kira Melayu, India atau Cina lebih selesa untuk diam dan mendengar sahaja apa yang lecturer cakap. Bagi kita, itu sebagai tanda kita hormat kat lecturer.

          Kat sekolah rendah dulu, kalau bising for sure akan kena marah dengan cikgu. Seingat aku, cikgu darjah satu aku dahulu memang garang tak ingat. Budak2 sampai takut nak bercakap dalam kelas, sampaikan ada kawan sekelas aku yang terbuang air besar dalam kelas sebab takut nak cakap kat cikgu. Doktrin yang mengatakan jangan bercakap ketika berada dalam kelas terus ditekankan kepada pelajar sehinggalah ke tingkatan 5.

          Kemudian bila masuk Universiti, lecturer aku banyak menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Dalam kelas, kami diminta untuk bercakap. Setelah 11 tahun disuruh diam, kita akhirnya disuruh bercakap, dalam bahasa inggeris pulak tuh. Maka keluarlah berbagai-bagai slang inggeris seperti inggeris-Kelantan dan inggeris-Cina dan inggeris-India. Lecturer aku kemudiannya berkata ” USM student has lost their ability to debate”.

          Kita cuba compare pulak dengan kes kawan aku yang sekarang nie tengah buat master kat Auckland. Depa hantar anak depa belajar kat tadika kat sana. Kawan aku cakap, anak depa enjoy sangat bila dapat pi kelas tadika. In fact, time demam pun nak jugak datang kelas. Bila tak bagi pi kelas, siap boleh nangis-nangis lagi sebab tak dapat pi kelas. Persoalannya, apasal boleh jadi special sampai macam tuh sekali ekk..??

          Entahlah, aku tak punya access untuk mengkaji asal-usul masalah nie. Tapi seriously, aku rasa perkara nie ada kaitan dengan sistem pendidikan. Sebabnya sepupu aku, sejak dari kecil lagi dia dah masuk International School, kemudian sambung belajar kat Budapest la, Moscow la dan berbagai lagi. Aku dapat rasakan yang dia lebih matang dan terbuka dalam berbicara berbanding aku walaupun umur dia jauh lebih muda lagi. Dan sepupu aku adalah Melayu. So, faktor bangsa bunkanlah penyumbang.

My 2 cents.........  



Thursday, December 1, 2011

Wafatnya Rasulullah SAW, Suksesi Sepeninggal Beliau di Saqifah

0

Buku ini merupakan tulisan seorang pengkaji dari Indonesia mengenai peristiwa yang berlaku sejurus kewafatan Nabi Muhammad SAW dan peristiwa-peristiwa yang bersangkutan dengan Khalifah awal yang empat. Buku ini sebenarnya tidak mendapat kelulusan untuk dijual di dalam Malaysia namun kita masih lagi boleh mendapatkan softcopy dari internet. Sila klik disini

Seperti yang kita ketahui, golongan Syiah mengatakan yang Saidina Ali KWH adalah selayaknya menjadi khalifah yang pertama, bukannya Saidina Abu Bakar RA. Buku ini ditulis sebagai menegakkan kenyataan golongan Syiah ini. Ditulis dengan gaya penulisan akademik yang memuatkan rujukan, hadis dan fakta membuatkan buku ini secara lahiriahnya mempunyai kekuatan dan hujahnya tersendiri.

Kandungan buku ini diteruskan lagi dengan penjelasan-penjelasan mengenai pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Uthman Al-Affan. Selanjutnya, sejarah yang melibatkan beberapa orang sahabat dan tidak ketinggalan juga Ummul Mukminin Saidatina Aisyah RA.

Terima kasih kepada yang sudi mengesyorkan buku ini kepada aku namun secara peribadinya, aku terpaksa menolak kandungan buku ini sama ada separuh ataupun kebanyakkan darinya. Aku mendapati :-

  • buku ini tidak menulis sejarah "in the true sense". Terlalu banyak pendapat penulis dilontarkan yang bersulam dengan fakta sehingga tidak dapat kita bezakan yang mana fakta sejarah dan yang mana pendapat penulis.
  • rujukan-rujukannya ada yang meragukan
  • penafsiran hadis dilakukan sambil lewa dan hanya bertujuan untuk memenuhi teori penulis 
  • penulis banyak membesar-besarkan perkara yang kecil (exaggerated) 
  • perbahasannya longgar dan lebih banyak pertuduhan dari bukti
Walaupun aku tidak mempunyai keupayaan  untuk menyemak setiap rujukan yang dinyatakan dalam buku ini, aku rasa aku masih mampu untuk mematahkan beberapa hujah Dr O Hashem berkenaan kandungannya. Secara peribadinya, aku menolak kandungan-kandungan dalam buku ini.

Friday, November 4, 2011

Silap Konsep

2

Di dalam sebuah kelas yang dipenuhi oleh pelajar-pelajar matrikulasi, guru yang mengajar cuba untuk mengenali anak-anak muridnya dengan lebih rapat lagi. Kelas pertama untuk semester tersebut, banyak digunakan sebagai medium "ice breaking" antara guru dan anak murid.

"Hmm..kamu dulu, dari MRSM mana?" Tanya cikgu kepada seorang murid yang berada di barisan hadapan sekali.

"Saya tak belajar kat MRSM cikgu, saya belajar kat semap Labu"

"Haaaa...semap Labu, sekolah apa tuh?"

"Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Cikgu. SMAP Labu la ringkasnya"

"Oooo...Ada jugak yea yang datang dari sekolah agama masuk matrikulasi. Siapa lagi yang dari sekolah agama, boleh angkat tangan tak? Saya nak tengok..Ehh, ramai jugak rupanya. Haa...kat tengah tuh, sekolah agama mana?"

"Semap Kajang, Cikgu"

"Ehh, banyak jugak sekolah semap nie. Yang tuh pulak"

"Sekolah Agama Kedah, Cikgu"

"Hmm.....yang kat belakang tuh pulak"

"Sekolah St Micheal, Cikgu"

"Erkkkk..................itu sekolah agama Kristian laaa. Tak payah la angkat tangan lain kali...awak nie, buang masa betul"

Sessi ta'aruf terpaksa ditangguhkan kerana banyak sangat loyar buruk yang datang dari pelajar-pelajar.

Sunday, October 30, 2011

Kalau dah memang kecik

0
Lama sungguh aku tak pegang camera aku. Rindu pulak rasanya. Asyik dok tengok gambar orang lain ja dok update kat facebook. Gambar lawa-lawa pulak tuh. Ntah bila la nak active balik nie. Dok teringat nak pi buat street photography ja, tapi tu la, bila kepala dok serabut dengan assignment, camera nie kira dah tak pikir langsung. The last in the list.

Kesian kat Husaini. Kalau sebelum nie, aku banyak amik gambar anak-anak aku tapi kali nie aku tak berapa nak sempat. Padahal, gambar baby akan jadi gambar yang sangat cantik kalau kena gayanya. Secara teori, aku dah pun memikirkan 2, 3 shot yang aku rasa ada potensi. Husaini sebagai model utama la, tapi tu la kan...memanjang ja tak sempat, takdak mood, sibuk etc. Kesian Husaini takdak gambar.

Nie ada satu gambar Husaini dan Hafiz. Aku tak sempat nak amik camera aku, so pakai snapped dengan handphone ja. Kesian Husaini, dah la abah tak sempat tangkap gambar dia..kena buli pulak dengan abang Hafiz. Heheheh..macam-macam.


Friday, October 28, 2011

Akhirnya Ku Temui Kebenaran - Dr Ahmad Tijani

1
Wife aku cakap, "kalau nak beli buku lepas nie, jangan lupa belikan almari buku sekali. Mesin jahit tuh bukannya tempat letak buku yea". Selari dengan seruan ini, aku beralih daripada membeli buku kepada meminjam buku. Jadinya, ini adalah buku pinjam, bukan buku aku. Hehehehe...


Buku ini adalah buku yang diterjemahkan dari bahasa arab ke bahasa melayu. Buku asalnya berjudul "summa ihtaditu" telah diterjemahkan oleh Kumpulan Pengajian Islam UIA pada tahun 1995. Namun pada tahun 1996, buku ini telah pun diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana mematuhi arahan ini. sila klik

Buku ini menceritakan tentang perjalanan ilmu Dr Ahmad Tijani sendiri. Bermula dengan latar belakang kehidupan zaman kecil Dr Ahmad Tijani yang berada dikalangan keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran Islam. Amalan penduduk Qafsah yang berada di utara Afrika itu, amat kuat berpegang kepada amalan tarekat. Bahkan, nama Tijani sendiri adalah nama kumpulan tarekat yang agak berpengaruh di utara Afrika. Kesan dari kehidupan dan amalan bertarekat ini telah membuatkan penduduk Islam di sana hidup didalam suasana perpecahan. Masing-masing mendakwa bahawa amalan merekalah yang terlebih mulia berbanding amalan tarekat yang lain.

Dr Ahmad Tijani yang merupakan seorang kanak-kanak yang pintar dan berkebolehan pada waktu itu telah menjadi sandaran kelauarga dan penduduk kampungnya untuk mengembangkan tarekat Tijani. Beliau yang mampu menghafal Quran pada usia yang amat muda dan sangat luas ilmu pengetahuannya telah mendapat sanjungan dan penghormatan dari masyarakat sekeliling.

Namun pada sebuah perjalanan ilmu yang membawanya ke Mekah telah memperkenalkannya kepada kumpulan Wahabi. Dalam pandangan golongan Wahabi, amalan Islam adalah mudah dan menganggap tarekat salah kerana amalan itu bukan amalan Nabi. Penemuan ini membuatkan Dr Ahmad Tijani berada dalam kekeliruan kerana padanya, pendapat Wahabi ada kebenarannya. Namun pada masa yang sama, tingkah laku golongan Wahabi yang kasar membuatkannya mulai mencari kebenaran.

Pada satu perjalanan ilmu yang lain, beliau bertemu dengan seorang syiah. Pertemuan ini telah membawanya meneroka lebih jauh berkenaan golongan syiah yang diketahuinya sejak dari kecil lagi bahawa golongan ini adalah sesat. Kajian demi kajian diikuti perbincangan dan soal jawab telah membawanya kepada perkara yang dicari selama ini. Iaitu kebenaran.

Buku ini sangat menarik untuk dibaca. Sayangnya, buku ini tidak lagi berada di pasaran Malaysia.

Thursday, October 27, 2011

Mercun dan rakyat Malaysia

0
Meriah sungguh sambutan Deepavali kat kawasan rumah aku nie. Berdentum-dentam mercun sampaikan tak kira waktu kalau dia nak meletup. Mercun pulak tuh, bukannya mercun yang cikai-cikai. Boleh jadi RM60 satu mercun pun diorang pasang kat kawasan berdekatan rumah aku nie. Yang best nya, kat kawasan taman aku nie memang ada seorang pegawai polis yang berpangkat besar la jugak, tapi dia pun tak cakap apa-apa. Aku tengok, dibiarkan lagi budak-budak nie main mercun ada la. 

Mana la budak-budak nie beli mercun yang dasat-dasat tuh? Kenapa pihak berkuasa umpama tak mengendahkan langsung letupan-letupan yang sangat kuat dikawasan perumahan? Adakah benar mercun diharamkan di Malaysia? Banyak betul soalan terkumpul aku.

Pelik sebenarnya, raya Deepavali kali ini tak banyak pulak cerita pasal rampasan bahan letupan atau mercun oleh pihak berkuasa. Kalau bulan puasa toksah cakap la, habis tempat diserbunya. Aku dah lost track sama ada mercun nie diharamkan di Malaysia ka ataupun dah dihalalkan. Pindaan akta bahan letupan 1991 dan pindaan akta bahan letupan 2007 pun aku tak berapa nak paham sangat. Baca pun sambil lalu sahaja. 

Kalau kita perhatikan semula, banyak mercun yang dasat-dasat boleh kita dapati dengan mudah. Aku kasik link kat bawah nie sebagai contoh yang mudah


Kagum kan? Boleh la beli mercun online pulak lepas nie. Hmm...ingat nak tanya kat polis la pasal menda nie. 

Wednesday, October 26, 2011

Kenapa UPM

5
Lama sungguh aku tak sentuh blog nie. Sejak menjadi student kali nie, memang tak sempat langsung nak bersosial dalam dunia internet nie. Dalam satu hari kehidupan aku, aku hanya sempat untuk 3 perkara sahaja. Kerja, keluarga dan belajar. Aku harap, ketiga-tiga tuh menjadi ibadat supaya tak sia-sia masa yang berlalu. InsyaAllah.

Lama tak upload gambar. Nie gambar Husaini dikerjakan oleh mak dia


So, kenapa aku pilih UPM? Setelah di fikir sedalam-dalamnya, aku akhirnya berjaya mengurangkan option aku kepada 3 options sahaja.

1.) UTM Jalan Semarak
UTM memang terkenal dengan keupayaannya dalam menghasilkan jurutera yang berkualiti. Setelah mengambil kira kisah sedih tentang pengajian kejuruteraan aku di USM, aku rasa UTM adalah tempat terbaik untuk aku menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Kebetulan, aku ada seorang sepupu yang masih berlajar di peringkat diploma kat sana. Ada la jugak kawan nanti nie...

2.) UIAM
UIAM punya kejuruteraan memang tak berapa nak dikenali sikit (pendapat aku la). Tapi UIAM pun ada menawarkan kursus sarjana kejuruteraan. Setakat nie, takdak la lagi aku dengar budak kejuruteraan UIAM tak di iktiraf oleh BEM macam budak Aerospace Engineering USM. Kira bagus jugak la UIAM nie.

Sebab aku nak belajar kat UIAM adalah kerana aku ingin mempelajari bahasa arab pada masa yang sama. Biarlah merangkak-rangkak pun, tapi kalau dah ada rezeki..apa salahnya. Tak tahulah apa yang menyebabkan aku terpikir nak berlajar kejuruteraan dan bahasa arab dalam waktu yang sama. Macam la aku nie smart sangat.

3.) UPM
Setelah dikaji semasaknya, UPM adalah yang tebaik sekali dalam options aku. Sebabnya,

  •  Kosnya adalah yang paling murah di ikuti oleh UTM dan UIAM
  • Jaraknya yang sangat dekat dengan opis aku. Senang nak lari kejap kalau2 nak hantar assignment ka, ada test ka. Tak perlu nak amik cuti berbagai
  • Jadual kelasnya yang tak mengganggu langsung waktu pejabat aku. Technically, aku adalah pelajar sepenuh masa jika mengikut definisi UPM, tapi timetable aku tak kacau langsung waktu kerja aku.
Begitulah ceritanya. Sekarang, semua dah moden. Lain sungguh dengan zaman aku buat degree dahulu. Semuanya sangat mudah dan cepat. Daftar online, drop online, lecturer's notes pun online jugak, hantar assignment pun online. Kagum sungguh aku.

So, sedar tak sedar...aku sekarang nie tengah cuti mid semester. Sebab tuh la aku boleh layan blog nie. Kalau tak, jangan harap la. Sebelum cuti aritu aku dah hantar 2 assignment. So, tinggal la lagi 6 assignment, 2 test dan 4 final exam. Hehehehe...muntah la lepas nie.

InsyaAllah, semua tu bakal dibereskan mengikut tarikh-tarikh yang telah diberi. Yang penting, aku usaha sebaik mungkin. Yang lain tuh tawakal la, berdoa sebanyak mungkin pada Dia. So far so good, thanks to my lovely wife for all the supports that you gave. Thank you so much.



Monday, September 26, 2011

Nothing Much (part 16)

0


Sunday, September 25, 2011

A new level

4
Sibuk sungguh aku sejak lepas hari raya tahun nie. Macam-macam benda kena buat serentak sampai rasanya tak cukup 24jam sehari. Blog pun dah lama tak update padahal banyak jugak benda yang aku nak kongsi. Camera pun lama dah tak pegang. Kesian camera aku, mesti camera aku merajuk dengan aku.....tapi aku ada gambar baru.

nie la dia gambar terbaru aku.

Aku sambung master kat UPM. Jadi student seperti dahulu kala. Dah 2 minggu dah aku masuk kelas. At the same time, aku masih lagi berkerja kat Lotus. Titile aku kat UPM pulak, full time student. Memang teknikal betul. 

Hmm..tak boleh nak update banyak2. Nak kena cari material untuk journal aku nie. Karang kalau tak sempat siap kang, tak pasal2 ja plak. hehehehhe...

Friday, September 16, 2011

Semoga aku pun beroleh hidayah juga

0

Dalam bulan puasa yang lepas, ada satu peristiwa menarik yang aku alami. Ceritanya, waktu aku tgh bertadarus kat surau, ada la sorang budak muda dalam lingkungan 18 tahun duduk sebelah aku. Aku budget, dia pun nak join group tadarus kami kot.

Lepas habis turn aku baca, aku mintak dia sambung baca ayat seterusnya. Budak tuh mintak skip giliran dia sebab dia tak reti baca. Aku kata, baca la slow slow pun. Kami boleh tunggu. Kalau salah kami bertulkan. Dia cakap, dia memang taktau baca Al-Quran.

Selesai bertadarus malam tuh, aku pun ajak la budak tuh bersembang kejap. Curious jugak aku sampai dah besar panjang pun taktau baca Al-Quran lagi. Bila aku tanya umur, dia cakap 18 tahun. Bila aku tanya apsal tak pandai baca Quran, dia cakap sebab dia baru 4 bulan masuk Islam. Terkejut gak aku sekejap. Rupa-rupanya dia saudara baru. Aku ingatkan dia nie macam budak-budak lain yang aku kenal. Aku silap rupa-rupanya. Aku tak boleh nak masukkan detail pasal dia kat dalam blog nie. Nanti takut identiti dia terbongkar, kesian pulak kat dia. Tapi aku berhajat nak coretkan perkara umum yang kami bincangkan selama aku mengenali dia.


Aku tanyakan kat dia macam mana yang dia boleh terpikat nak masuk Islam nie. Dia cakap, sejak dari dia umur 13, 14 tahun lagi dia dah terpikat nak masuk Islam. Dia cakap, dia suka baca bible. Tapi bila dia baca bible, dia rasa macam baca cerita dongeng. Jadinya, dia cuba cari cerita pasal nabi-nabi yang dia tahu dari bible kat kitab lain pulak. Dia jumpa Al-Quran. Dia cakap, bila sekali dia baca Al-Quran, dia rasa hati dia tertambat terus pada Islam. Persoalan dia terjawab dengan hanya membaca Al-Quran. Kemudian, dia bertanya pulak pada orang-orang yang dia kenal tentang kenapa perlu ada hadis kalau Al-Quran tuh dah lengkap. Dia akhirnya jumpa jawapan sendiri dan dia sangat berpuas hati. Akhirnya, dengan hidayah Allah..dia masuk Islam setelah cukup umur dia untuk tukar agama.

Dia cakap, dia memang takut nak tukar agama kerana memikirkan ibubapa dia. Kalau ibubapa dia buang dia, maka dia akan tinggal sebatang kara sahaja. Dah la dia baru sahaja mengenali dunia, kerja pun belum lagi. Tapi dia cakap, bila dia dah mengucap 2 kalimah syahadah, semua menda yang dia takuti tuh rupa-rupanya tak terjadi. Bahkan, Allah Ta’ala berikan pulak banyak lagi kelebihan bila dia dah masuk Islam. Dia dapat kawan-kawan yang berkualiti dari segi akhlak dan agamanya, dia dapat ustaz2 sebagai rakan karib dia, dia dapat mak bapa angkat yang sangat memberikan sokongan pada dia dan macam2 lagi. Walaupun hanya tahu baca 4 surah sahaja (Al-Fatihah dan 3 Qul) dia akan bangun jugak sembayang sunat malam2 sebab terlalu bersyukur dengan nikmat agama yang Allah dah bagi kat dia. Subhanallah.

Kagum sungguh aku dengar cerita dia. Macam mana satu orang budak muda boleh buat perbandingan antara bible dan Al-Quran sedangkan aku pada umur belasan tahun macam tuh, dok sibuk dengan duniawi. Kemudian dari perbualan kami, aku dapat tahu yang buku2 yang dia dah baca sebagai rujukan agama pun bukannya sedikit. Mengalahkan jumlah buku yang aku baca dah pun. Sungguh dasyat. Dalam hati aku sebenarnya cemburu dengan kelebihan yang Allah bagi kat dia. Semoga, aku jugak diberi hidayah yang sama seperti budak tuh.

Dalam perkenalan kami yang hanya beberapa minggu tuh, aku hadiahkan dia sebuah buku yang aku sangat sukai. Sebuah buku tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW yang aku rasakan sangat hampir dengan fakta sejarah. Dalam pada masa yang sama, aku nasihatkan dia agar fokus pada pembelajaran agama. Jangan peduli sangat isu-isu semasa kat Malaysia nie yang suka mempolitikkan agama. Aku taknak dia jadi keliru. Malu aku jadi Melayu kerana bangsa Melayu la jugak yang mempermain-mainkan agama. 

Aku rasa aku sangat bertuah dapat menyelami perasaan dia terhadap Islam. Bagaimana matangnya fikrah dia kalau nak dibandingkan dengan umur dia. Membuatkan aku serba sedikit mengaku akan kekurangan diri aku. terus-terang cakap, aku sendiri tak tahu nak cakap apa kat dia berkenaan Islam. Malu kan..?? Semoga dia bertemu dengan tok guru yang dapat membimbing dia menjadi mukmin sejati. InsyaAllah.

Saturday, September 10, 2011

Aidilfitri 2011

2
Dah nak masuk minggu kedua raya dah pun skrang nie. Kejap ja rasanya. Pejam celik, pejam celik, dah nak hujung tahun.

Raya bebaru nie seperti kebiasaannya, memang kami sekeluarga busy. Bukannya busy sebab apa pun, kami busy travelling. Setiap tahun, memang kami akan pusing satu Malaysia bila tiba hari raya. Macam raya tahun nie, mula-mula beraya kat Alor Setar. Lepas tuh, ke Besut. Dari Besut baru la kami balik ke PD semula. Tahun depan tukar pulak. Raya kat Besut dulu, kemudian Alor Setar dan barulah boleh balik PD. Begitulah alkisah busy nya kami sekeluarga. heheheheh…. 1500km perjalanan tuh, senang-senang ja kami boleh achive dalam satu trip.




Tahun nie kami beraya bersama ahli baru. Tajul Husaini nama dia. Baru ja umur 2 bulan, dah ada dua tiga pasang baju raya. Memang timing baik punya. Meriah rumah Alor Setar dipenuhi dengan anak saudara dan anak sendiri yang ramai. Tak menang tangan nak melayannya. Glamer la Husaini bila jadi perhatian ramai sepanjang kat kampung arituh. Husaini pun boleh tahan jugak, kuat bersembang.

keluarga kami memang environmental friendly sket. Go Green..!!


ada budak happy sebab dapat duit raya

Bergambar dengan tok wan dan mak tok. Walaupun tok wan tak sihat tapi masih steady lagi layan cucu

Nie salam bodek namanya

Tok wan dengan Husaini

Raya ke-3 selalunya kami akan menziarahi rumah cikgu. Memang dah menjadi kelaziman kawan-kawan sekelas sewaktu di KSAH untuk berkumpul kat rumah cikgu Fauziah (Cikgu BM) dan Ustazah Maria pada hari raya ke-3. Cikgu dah Ustazah pun dah terbiasa buat open house raya ke-3. Seronok rasanya bila cikgu masih lagi ingat nama kita satu persatu bila berjumpa. Bagus betul cikgu-cikgu kat KSAH nie. Sungguh berkat ilmu yang cikgu dah ajar kat kami.

Kat rumah cikgu Fauziah. Cikgu Fauziah yang duduk kat tengah-tengah sekali

Posing sket

Nie, ustazah Maria dan suami dia

Lepas dari menziarahi rumah cikgu tuh, terus la berangkat ke Besut. Alhamdulillah, perjalanan selamat cuma lagi ada la jalan sesak sikit kat simpang mana ntah. Simpang Pasir Puteh kot. Sakit la jugak hati, tapi nak buat camna. Redha ja la…bila sampai ja di kampung, suka sangatlah budak2 tuh dapat jumpa sepupu sepapat depa. Bagai nak runtuh rumah bila depa berlari. Nak buat macam mana, cucu tok wan semuanya lelaki. Takdak lagi yang pompuan.

Set baju petak

Ujung minggu hari Sabtu tuh, sempat lagi kami mandi kat pantai Bukit Keluang. Ingatkan takdak orang, rupa-rupanya ramai sungguh manusia. Lain sungguh air laut kat Terengganu nie berbanding dengan PD. Bersih sungguh air dia, jernih.  

Nampak sampai ke dasar

Kalau dah mandi tuh, sampai tak ingat nak naik

Ramai sungguh orang datang berkelah kat sini. Ingatkan kami ja..

Ahad baru balik ke PD. Mujur perjalanan lancar. Sampai ja rumah kat PD, semua terbogkang keletihan. Padahal yang bawak keta aku sorang ja. Bagus jugak la budak-budak tuh tido gak, kalau tak nanti aku pulak yang tak boleh tido. Walaupun keletihan, tapi semua keletihan tuh sangatlah berbaloi. Yang penting, kita meraikan Syawal tanpa melanggar syarak. Semoga amalan kita sepanjang Ramadhan hari itu diterima. Semoga kita istiqomah melakukan ibadat walaupun diluar bulan Ramadhan. InsyaAllah. 

Thursday, August 25, 2011

Nothing Much (part 15)

2

Wednesday, August 24, 2011

Lembaga Jurutera Malaysia

7

Tahun 25/06/2005, aku pernah mendaftarkan diri aku kat Lembaga Jurutera Malaysia (Board of Engineer Malaysia). Aku tak sure pun apsal aku buat macam tuh tapi yang aku tahu, kalau nak dapat title Ingénieur (Ir.), this should the first step laa..

Bukti pembayaran pendaftaran

Sebulan kemudian, aku dapat surat dari LJM mengatakan yang degree aku tak diiktiraf oleh LJM. Pelik jugak aku, macam mana aku yang dapat ijazah dari IPTA boleh tak diiktiraf pulak oleh badan kerajaan sendiri. Tanya USM, USM kata akan beri perhatian pada perkara nie. Tanya LJM, LJM ada bagi 2, 3 sebab yang aku dah lupa isi kandungannya. Lama jugak aku lobby kat kawan2 ex-aerospace aku tapi tak mendapat sambutan yang menggalakkan. Akhirnya, aku pun buat tak tahu sahaja.

Inilah surat dukacita tuh

Hujung tahun lepas ada satu majlis makan malam bersama Alumni USM Aerospace. Dalam majlis tuh, Timbalan Dekan yang baru telah menyatakan bahawa isu nie dah selesai dan degree kami telah diiktiraf oleh LJM. Aku skeptic.

Minggu lepas, kawan-kawan satu opis tiba-tiba sibuk nak daftar LJM sebab dengan pengalaman kerja 10 tahun dibidang automotif nie, sepatutnya tiada masalah untuk mendapatkan title Ir dengan mudah. Diorang mintak tolong aku sebagai penunjuk jalan. Aku bersetuju.

Bila berada dalam pejabat LJM tuh, aku pun ambil kesempatan untuk tanya semula berkenaan permohonan aku dulu. Sebabnya, Timbalan Dekan kata isu nie dah selesai. Rupa-rupanya, tak selesai jugak. Yang mendapat pengiktirafan hanyalah badge tahun 2000 dan ke atas. Bermakna, badge pertama (1998) dan kedua (1999 – which is my badge) masih lagi tidak diiktiraf.

Bukti dari LJM. Siap cop dengan signature lagi

Zoom sikit

Bila aku tanya macam mana nak atasi masalah nie, pegawai yang baik hati tu telah sudi menerangkan dengan panjang lebar. Dia cakap:-

1.)    Push USM supaya segera selesaikan isu ini. Kalau berjaya, aku dibolehkan untuk menduduki peperiksaan Ir. pada bila-bila masa berdasarkan tarikh pendaftaran awal aku dahulu.
2.)    Jikalau USM gagal, kena sambung belajar lagi untuk dapatkan master. Hanya dari certificate master itulah, aku boleh daftar semula sebagai ahli baru dalam LJM. Kekurangannya adalah, pengalaman kerja 9 tahun aku tak akan dikira kerana pendaftaran adalah berdasarkan tahun aku terima certificate master.

Aku akhirnya menelefon penolong pendaftar kanan pusat pengajian kejuruteraan mekanikal USM. En. Khaizi cakap, benda nie dah lama dan masih lagi dalam proses menunggu kelulusan dari EAC (Engineering Accreditation Council) untuk badge 1998 dan 1999. Berapa lama harus tunggu, tak tahu. Siapa person in charge dalam EAC yang saya boleh hubungi? Tidak boleh hubungi EAC melainkan USM sahaja yang boleh berbuat demikian. Sepertinya, masa hadapan aku terletak ditangan orang lain. Begitulah nasib budak Aero USM.

Aku rasa aku dah lama dalam industri. Tiba masanya aku bergerak kehadapan untuk memajukan diri aku dari segi pengiktirafan. Ini kerana dalam keadaan normal, pengiktirafan Ir. itu adalah sangat mudah untuk diperolehi bagi jurutera yang mempunyai pengalaman. Aku rasa, halangan yang ada sekarang ini adalah satu halangan yang remeh dan leceh. Perkara yang kecil sebegini masih tak selesai walaupun setelah 9 tahun berlalu. Aku rasa sangat diperbodohkan sekarang nie.

Kali ini aku akan bergerak sendiri. Jikalau Master yang diperlukan, maka aku akan sambung belajar dalam masa tedekat nie. Aku tak perlu 9 tahun lagi untuk EAC atau USM selesaikan masalah aku. Cukuplah setakat itu.

Tuesday, August 23, 2011

Kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha

1
Dalam bulan Ramadhan yang mulia nie Alhamdulillah, aku dipilih oleh Allah SWT untuk menghidupkan tadarus Al-Quran. Mungkin pada sesetengah orang bahawa tadarus nie perkara simple dan boleh dilakukan di rumah sahaja. Tapi bagi aku, aku banyak belajar dalam majlis tadarus nie.


Perkara baru yang aku belajar tahun nie adalah berkenaan dengan Nabi Yusuf A.S dan Zulaikha. Rupa-rupanya, banyak kecelaruan yang timbul dalam kisah nie. Aku akan cuba ringkaskan kecelaruan tuh supaya tak melalut.

1.)    Zulaikha bukanlah nama sebenar isteri kepada Al-Aziz. Nama isteri Al-Aziz juga tidak pernah disebut dalam Al-Quran ataupun mana-mana hadis Nabi SAW.
2.)    Tidak ada nas yang menunjukkan Nabi Yusuf pada akhirnya bercinta dengan isteri Al-Aziz.
3.)    Yang mencatatkan kisah penamaan isteri Al-Aziz dengan sanad lengkap hanyalah Imam At-Thabari. iaitu dari Ibnu Humaid, dari Salamah, dari Ibnu Ishaq, dari Muhammad bin as-Sa`ib, dari Abu Shalih, dari Ibnu `Abbas. Dalam jalur ini, nama isteri Al-Aziz adalah Ra`il binti Ra`il. Sedang riwayat yang menyebut nama isteri Al-Aziz adalah Zulaikha bersumber dari Syu`aib al-Jaba`i. Kedua sanad itu lemah sekali bahkan palsu. Penyebab lemahnya riwayat ada pada Muhammad bin as-Sa`ib al-Kalbi dan Syu`aib al-Jaba`i. Muhammad bin as-Sa`ib al-Kalbi dinilai sebagai rawi yang matruk (ditinggalkan/dusta) oleh Imam Adz-Dzahabi, Imam Ibnu Hibban dan lainnya. Sedangkan Syu`aib al-Jaba`i dinilai juga sebagai rawi yang matruk oleh Imam Adz-Dzahabi dan Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani.


Jadinya, doa-doa yang menyatakan cinta Nabi Yusuf dan Zulaikha yang pernah kita muatkan dalam kad jemputan kahwin kita dahulu ataupun, doa-doa yang pernah diucapkan oleh ustaz-ustaz dalam kursus perkahwinan kita dahulu adalah sesuatu yang janggal. Mungkin kisah cinta ini datangnya dari kisah israilliyat yang mungkin benar dan mungkin juga tidak. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda :-

“Jangan kamu  membenarkan penuturan Ahlul-Kitab, jangan pula mendustakannya. Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan apa-apa (kitab) yang diturunkan kepada kami dan (kitab) apa-apa yang diturunkan kepadamu." (HR. al-Bukhari)

Yang kita takuti ialah jikalau kisah itu tidak benar. Maka kita secara tak sedar telah  mendustakan kisah Nabi Yusur A.S. Nak jawab macam mana dengan Nabi Yusuf kalau kita bertemu dengan dia suatu hari nanti.

Sekadar berkongsi…

Monday, August 22, 2011

A unit again

0

Minggu lepas balik kampung Besut lagi. Kali nie balik dengan kereta sebab nak angkut semua sekali balik ke PD. Lama jugak la duduk melepak kat kampung. Kebetulan pulak memang Selangor nie ada cuti Nuzul Quran hari Rabu lepas, aku pun ambil cuti 2 hari awal, Isnin dan Selasa. Dapat la 5 hari total cuti semua sekali. Petang Jumaat lagi dah gerak dari opis. Punyalah lebatnya hujan hari Jumaat arituh, menyaksikan banyak kereta accident kat karak highway. Tak sangka pulak, kakak aku kat Serdang pun accident jugak disebabkan hujan lebat. Kesian Kak Nim.

Sepanjang duduk kat kampung, aku banyak bukak puasa kat luar ja pun. Cuma sehari ja bukak puasa dengan family. Padahal, waktu duduk bujang pun memang aku bukak puasa kat luar ja memanjang. Dah dekat ngan family pun, still bukak puasa kat luar lagi. Musykil aku.

Ada sekali tuh, bukak puasa dengan Menteri Besar Terengganu terus. Hehehehe..layan ja la. Janji makan free.

Yang kanan sekali tuh, bapak mertua la

Menteri Besar Terengganu dengan DO kot

Ramai JKK yang join

 Kuih akok, daging singgang, ikan bawal masak sambal, sayur sket ngan pisang

So, balik ke PD semula hari Selasa. Macam tak percaya pun ada. Mana taknya, kalau selalu aku ambil masa sampai 8 jam minimum dari Besut ke KL..hari Selasa arituh, aku cuma drive 6 jam saja. Nak kata laju, tak laju mana pun. Memang best bila tak ramai orang atas jalan. Rilek jaaa..

Sampai KL jam 1.30tghari. Lepak rumah Angoh dulu sampai la bukak puasa. Seronok betul la anak-anak aku dapat jumpa sepupu diorang. Habis bising satu rumah dibuatnya. Tapi nasib baik la diorang nie jenis ingat rumah jugak, kalau tak payah nak memujuknya.

Hadi, Hazwan, Hafiz, Ilham dan Haikal

Husaini pun main jugak ngan Iman...hehehehe

Akhirnya semua sekali selamat samapi kat PD. Bergembiralah aku kerana kami dah jadi satu unit family kembali di rumah kami sendiri. Hari nie kiranya dah seminggu la kami 6 orang tinggal sekali. Aduh…bestnya ada family.

Hmm…tu je la kot ceritanya. Just nak update blog ja…hehehehe

Wednesday, August 10, 2011

Penduduk kita makin bertambah

0
Minggu lepas (2 Ogos 2011) Malaysiakini melaporkan seorang warga Indonesia yang merupakan pemastautin tetap telah mendapat title warganegara dan layak mengundi dalam tempoh hanya beberapa jam. Nak baca Malaysiakini kena subscribe dulu, tapi boleh baca selanjutnya dari blog Penoreh Getah (klik sini)

Perkara nie menunjukkan perjuangan BERSIH adalah relevan. Isu nie jugak menunjukkan yang pilihanraya dah dekat sangat. Bagi yang opportunist tuh, time nie bagus kalau nak beli saham. Selalunya indeks akan naik untuk menunjukkan ekonomi negara semakin baik dan pelabur yakin kepada kerajaan yang memerintah sekarang. 2-3 minggu sebelum mengundi, make sure jual siap-siap, jangan tunggu lama-lama.

Bila cerita nie meletup kat internet, banyak la statistik pendatang haram dan halal yang boleh kita baca dari akhbar arus perdana. Banyak sungguh rupa-rupanya. Kalau semua jumlah tuh dapat title warganegara, maka bertambahlah jumlah rakyat Malaysia dengan mendadaknya. Sudah pasti ada pihak yang mendapat keuntungan dari peristiwa ini.

Bagi aku, tak kiralah sama ada warganegara atau bukan. Sepatutnya, kita kena fikir dari sudut dakwah berkenaan dengan mereka ini. Kalau setakat 2-3 orang, mungkin kita boleh pandang ringan lagi tapi sekarang kita dah pun tahu mereka ini cukup ramai. Perlu ada satu sessi yang kita kena sediakan untuk mereka supaya mereka diingatkan kepada agama. Contohnya, kita kena sediakan satu sessi tazkirah dalam bahasa Bangladesh atau Indon atau Myanmar untuk memenuhi tuntutan dakwah ke atas mereka. Kebanyakkannya yang datang ke Malaysia nie orang yang susah-susah. Yang kurang mendapat pendidikan agama yang formal di negara mereka. Besarlah pahala yang kita dapat kalau kita juga ada usaha ke atas mereka ini. Setakat ini, hanya Masjid Seri Petaling sahaja yang aku jumpa yang imamnya mampu untuk memberi tazkirah dalam Bahasa Melayu, Urdu, English dan Arab. Semua tuh dari imam yang sama. Cukup hebat.

Perkara ini menjadi tanggunjawab semua, bukan hanya parti-parti politik tertentu sahaja. Ini kerana kerja dakwah adalah tanggungjawab setiap Muslim di atas muka bumi ini. Kerana Allah Ta'ala

Tuesday, August 9, 2011

Tahlil - pandangan aku yang dhaif

0
Bila muncul bulan Ramadhan nie, timbul banyak keinginan dalam hati manusia untuk berbuat baik agar beroleh pahala dari Allah SWT. Antara benda yang selalu aku perhatikan berlaku kat Surau Springhill nie ialah, permintaan untuk membacakakan tahlil setiap kali selesai solat tarawikh.

Gambar diambil dari internet.

I got nothing against the issue. Cumanya aku rasa umum perlu mengetahui kedudukan tahlil kepada si mati. Rata-rata orang yang membuat permintaan tahlil tu, akan mintak dekat imam supaya menyebutkan nama si mati satu persatu. Kalau tak, tak berapa "sedap" katanya. Padahal dalam doa tahlil itu sendiri telah merangkumi semua muslimin dan muslimat tanpa tertinggal sedikit pun. Maka, perbuatan menyebut nama sampai menyusahkan tok imam adalah sesuatu yang tak perlu bagi aku.

Kemudian kalau kita lihat secara dalam lagi, walau sebanyak mana jemaah yang hadir pun...pahala tahlil itu tidak semuanya pergi kepada si mati. Yang sampai kepada si mati adalah bacaan tahlil daripada anak si mati itu sendiri, yang lain dari itu hanyalah untuk diri masing-masing sahaja. 

Kita ambil contoh macam nie. Katakanlah aku ini seorang yang sangat kaya sehingga mampu membeli cincin berlian bernilai RM24 juta. Aku sudah pun merancang dan berwasiat kepada anak aku supaya apabila aku mati nanti, gunakan duit dari jualan cincin untuk mengupah para hafiz Al-Quran agar membacakan tahlil untuk diri aku setiap malam selama 65 tahun. Aku sangat pasti RM24 juta tuh mampu mengupah seramai 300 hafiz setiap malam selama 65 tahun kerana aku dah study dari awal lagi. Makanya, kalau pahala tahlil yang dibaca oleh para hafiz ini sampai kepada aku....InsyaAllah banyaklah pahala aku bila aku mati nanti. Tak payah la aku nak beramal selama aku hidup kalau begitu. Guna duit sahaja, semua jadi senang. Maka syurga hanya akan dipenuhi oleh orang kaya sahajalah. Sungguh mustahil untuk perkara itu berlaku.

Jadinya, yang tetap bersama kita bila kita mati kelak hanya 3. 
1.) sedekah jariah (yang beterusan)
2.) ilmu yang bermanfaat 
3.) doa anak yang soleh

Bagi aku, tak salah untuk bertahlil. Di dalamnya, ada anjuran untuk berzikir, membaca ayat-ayat Al-Quran, berselawat dan berdoa yang semuanya merupakan anjuran Nabi Muhammad SAW. Tapi pahala bacaan itu adalah menjadi milik masing-masing. Hanya bacaan anak si mati sahaja yang sampai kepada si mati.

Tapi apa-apa hal pun, ini hanyalah pendapat aku yang jahil sahaja. Tidak ada kekhilafan dalam pendapat aku jika bertentangan dengan pendapat Imam Syafie. Kalau perbezaan pendapat antara Imam Maliki dan Imam Syafie, barulah kita panggil khilaf. Tapi kalau perbezaan pendapat tuh antara Tajul Adli dan Imam Syafie, orang tak panggil khilaf. Orang panggil Tajul Adli yang jahil. Hehehehe...

Yang benar itu dari Allah jua.....

Monday, August 8, 2011

Mahal sungguh rasanya.

2
Seminggu lebih dah dibulan Ramadhan Al-Mubarak nie. Biological clock aku pun macam dah steady sikit. Takdak lapar memanjang. Dah rasa ringan ja bila lepas berbuka. Kalau hari 1st hari tu, lepas makan ja rasa macam nak telentang depan tv. Aduh laa...

Dari pemerhatian aku selama seminggu, aku tengok pasar Ramadhan kat KL macam kurang meriah sikit. Aku buat survey pun tanya kat kawan-kawan opis jer pun. Tadak cerita la plak aku nak ke Pasar Ramadhan sorang-sorang nie. Baik bukak posa kat Masjid ja, lagi best. Waktu aku ke Pasar Ramadhan di Kampung Raja, Besut minggu lepas, aku dapat rasakan banyak juga duit yang aku dah belanja padahal takdak menda sangat pun aku beli. Aku tengok , dah takdak benda yang mula dengan RM1 semuanya minimun RM2. Itu kat Besut punya cerita, kat tempat lain tak tau la plak. Tapi bila aku bukak cerita dengan kawan-kawan aku yang tinggal di sekitar KL dan Selangor, diorang pun sependapat dengan aku. Semua kata barang dah mahal. Disebabkan barang mahal, diorang pun macam malas nak ke Pasar Ramadhan. Tak berbaloi katanya.

Ada kawan aku yang bekerja kat International Medical University (IMU) kat Bukit Jalil. Management dia bagi dia balik kerja pukul 4.30 ptg. Opis aku pun bagi staff dia balik awal jugak dan banyak lagi company lain kat KL nie yang buat perkara yang sama untuk memudahkan umat Islam. Aku rasa la, kalau dah balik awal tuh..baik masak ja kat rumah. Masa pun banyak lagi sebelum waktu berbuka. Bila dah boleh masak, tak payah la nak ke Pasar Ramadhan lagi. Itulah kot antara penyumbang kepada kurang meriahnya Pasar Ramadhan tahun nie.

Satu lagi yang faktor yang menyumbang kepada kurangnya kemeriahan Pasar Ramadhan tahun nie ialah hujan. Minggu lepas ada la jugak dua tiga kali hujan kat KL. Kesian kat peniaga...

Ehh, apsal yang aku concern sangat isu nie? Oooo...aku nak pegi tangkap gambar kat Pasar Ramadhan hari nie. Lupa plak...

Pasar Ramadhan kat Batu Ompek (Batu Empat) PD


Saturday, August 6, 2011

Bercukur dan bersyukur

0
Sabtu minggu lepas, ada la buat sedikit majlis bercukur dan kenduri kesyukuran kat Besut. Huhuhu...dah seminggu baru nak update kat dalam blog. Nak buat camna, suntuk masa sikit time bulan puasa nie.

Kebetulan pulak tinggal lagi sehari nak masuk Ramadhan, kiranya buat kenduri untuk bagi orang makan untuk sambut Ramadhan sekali la tuh kot. Hehehhe...Nanti, time Ramadhan, dah takleh nak buat kenduri siang-siang hari plak. Kena naik van jenazah plak nanti.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Adik beradik wife aku pun banyak yang membantu memudahkan perjalanan majlis. Jemputan pun sekadar yang tinggal berdekatan dan qariah masjid sahaja. Yang best nya tuh, lauk memang cukup cukup untuk hadirin. Semua orang dapat makan dengan kenyang tapi tanpa terbuang sedikit pun. Aku sangat menyukai keadaan macam nie. Mengingatkan aku pada ceramah ustaz berkenaan "rezeki yang berkat". Moga keberkatan juga yang kami pohon dalam kehidupan ini, InsyaAllah.

Adik Husaini pakai baju sapa ntah. Muat pulak tuh dengan dia.

Tok Imam belah mulut adik dengan manisan kurma. Pastu, potong rambut sikit

Abah pun menyumbangkan kepakaran menggunting rambut dia..hehehe..

Disertai dengan selawat ke atas Nabi junjungan kita

Sambil aku memegang adik Husaini

Amacam, sama biru tak..??

Tenaga pengasuh dan pakar masak. Dari kiri Cik Da, Mak Teh dan Tok Wan

Nie gambar 4 orang yang muka nak serupa aka bodyguard wife aku

Gambar setelah dicukur. Nampak nakal sungguh muka dia..hehehe

Seronok betul rasanya bila dapat baby baru. Dah masuk 4 orang dah pun dan semunya lelaki tapi ntah la, rasa thrill tu masih ada lagi. Seronok dapat tengok telatah anak-anak yang sedang membesar. Harus aku akui, aku sendiri tak pandai sangat nak jaga anak tapi bila ada wife aku disisi, InsyaAllah, babysitting will be just like walk in the park. 

Aku tinggalkan lagi keluarga aku untuk 2 minggu lagi. Kemudian, InsyaAllah semua ahli keluarga kami akan berada di PD seperti sediakala. Untuk 2 minggu tanpa commitment keluarga nie, harus aku gunakan sebijak mungkin untuk amalan bulan Ramadhan. Kalau tak, aku akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. 

Alhamdulillah, wife aku masih belum tinggal puasa setakat hari ini. Dalam pada masa yang sama, dia masih mampu memberi susu badan kat anak. Moga Allah permudahkan urusan kami. InsyaAllah dan terima kasih kerana memilih aku diantara hamba-hambaMu untuk Kau amanahkan Tajul Husaini ini. Permudahkanlah ya Allah, permudahkanlah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...