Tuesday, March 29, 2011

Kaitannya...

0
Cerita 1 :
Bertemu dengan seorang guru kaunseling bertaraf PhD. Beliau sudi berkongsi sebuah cerita berkenaan seorang budak perempuan sekolah menengah di kawasan Lembah Kelang. Budaknya cantik dan ayu serta tak nampak tanda-tanda budak liar pada perempuan itu. Namun sedar tak sedar, rupa-rupanya sudah 4 bulan mengandung. Budak perempuan itu amat terbuka dalam menceritakan apa yang terjadi.

Apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil seterusnya, dia bercadang untuk melakukan penguguran bayi di sebuah klinik di Jalan Chow Kit. Dia sudah tahu apa prosedurnya, berapa kosnya dan dia juga telah merancang pelan untuk menutupi rancanganya dari terbongkar. Mudahnya, semua perancangan dari A sampai Z berada dalam kepalanya sendiri.

Guru kaunseling mengingatkan, peliharalah anak dengan pengisian ilmu agama kerana anak-anak zaman ini lebih tahu dari apa yang kita pernah tahu.

Cerita 2:
Economic Transformation Programme (ETP) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Kerajaan telah mengenalpasti 16 bab dalam usaha untuk mencapai tujuan tersebut. Boleh klik disini untuk mendapatkan dokumen ETP ini sebagai simpanan.

Dalam bab 10, kerajaan menekankan pelancongan sebagai salah satu sektor yang mampu menjana pendapatan tinggi. Antara penyataan dalam dokumen tersebut :-

EPP 8: Establishing Dedicated Entertainment Zones

Actions

We aim to enhance nightlight, as selected nightlife entertainment areas are expected to stimulate revenue growth from RM600 million to RM1.8 billion by 2020. To achieve this ambition spur the development of the industry, regulations relating to entertainment will be liberalised by:

• Clearly demarcating dedicated entertainment zones to minimise any adverse impact on local residents as such areas are set up mainly to cater to foreign visitors.
• Allowing an extension of operating hours for entertainment outlets;
• Relaxing restrictions on the ratio of local to foreign artistes specified in the current PUSPAL guidelines;
• Extending the validity of working visas of foreign artistes and crews based on the type of performance (e.g. one-off shows, bands with long-term contracts or long-term production shows).

The selection criteria to determine an entertainment zone requires it to:

• Fulfill sound-proofing requirements as defined by the local authority’s building codes;
• Achieve minimum scale of an average 1,000 visitors per night in one entertainment zone;
• Ensure adequate accessibility and transport accessibility (e.g. parking spaces, taxis and other forms of  transportation);
• Provide adequate patrols by police or private security firms to ensure public safety in the surrounding area; and
• Be located in a non-residential area or at a minimum of 100 meters from residential and religious areas.

Five cities have been identified as potential locations for dedicated entertainment zones: Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Genting Highlands, Penang, Langkawi and Kota Kinabalu. As Kuala Lumpur will attract more expatriates, a vibrant entertainment industry will be an integral part of its liveability. The existing entertainment zones are not sufficient to cater to the expected growth given the average weekend occupancy rate of the city’s night clubs is 85 to 90 percent.

Dengan kata lain, kelab-kelab malam yang mampu memuatkan 1000 orang dalam satu-satu masa akan dibina di kawasan-kawasan yang berkenaan. Waktu operasi kelab malam juga akan dipanjangkan. Industri-industri yang berkaitan dengan hiburan juga akan membangun secara selari dengan adanya usaha-usaha dari kerajaan kita ini. Walaupun ada statement yang menyatakan bahawa hiburan ini hanya untuk pengunjung luar Malaysia, agak mustahil sebuah premis perniagaan dapat hidup sepanjang tahun dengan hanya mengharapkan pelancong luar. Sedikit sebanyak, rakyat tempatan juga pasti berkunjung sama.

Kaitannya :-
Fikirlah sendiri mengikut tafsiran masing-masing. Secara tak langsung, majoriti kita telah pun meredhai perkara ini ada sama ada kita sedar ataupun tidak.

Sunday, March 27, 2011

Abu Ubaidah - Penakluk Parsi

0
Beliau adalah Amir bin Abdillah bin Jarrah Al Fihry Al Quraisy atau lebih dikenali sebagai Abu Ubaidah Al Jarrah. Merupakan antara orang yang mula-mula memeluk Islam dan merupakan antara 10 sahabat Nabi yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

Kualitinya sebagai seorang sahabat yang mulia dapat kita selusuri daripada hadis Nabi sendiri yang maksudnya "Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah Al Jarrah". Oleh kerana itulah, beliau mendapat gelaran Pemegang Amanah Umat ini. Banyak sekali hadi-hadis Nabi diriwayatkan oleh Abu Ubaidah Al Jarrah. Pengorbanan beliau dalam Islam amatlah tinggi. Walaupun berusaha untuk mengelak daripada memerangai ayahnya sendiri di dalam Perang Uhud, beliau akhirnya terpaksa membunuh ayahnya kerana mempertahankan Islam. Allah telah mengubati kesedihan hati beliau apabila turun ayat Al-Quran yang bermaksud :

Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.” (Al Mujadalah ayat 22)

Abu Ubaidah Al Jarrah mengikuti semua peperangan bersama Nabi. Pengalaman perangnya yang luas, telah diteruskan selepas kewafatan Nabi apabila berganding bahu dengan sahabat-sahabat lain seperti Khalid Al Walid, Muaz bin Jabal dan Amru Al-As dalam memerangi tentera Rom yang menguasai Baitulmuqaddis. Hal ini tidak lain hanyalah atas perintah Khalifah pada waktu itu iaitu Khalifah Umar Al Khattab. Khalifah Umar Al Khattab pula, hanyalah meneruskan rancangan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan Islam ke seluruh tanah Arab.

Pada ketika tentera Rom hanya bertahan di kubu terakhir di Baitulmuqaddis, tentera Islam telah nekad untuk mengepungi kubu tentera Rom walaupun pada waktu itu cuaca sangat sejuk dan menyukarkan. Paderi mereka menyarankan agar Rom menyerah kalah kerana kitab mereka telah meramalkan yang Baitulmuqaddis akan dibuka oleh seorang Arab. Tetapi perwatakan Abu Ubaidah tidak sama dengan ramalan mereka. Rupa-rupanya, orang yang dimaksudkan itu adalah Khalifah Umar Al-Khattab sendiri. Maka pergilah Saidina Umar Al-Khattab ke Baitulmuqaddis dari Madinah dengan memakai baju yang compang-camping dan hanya ditemani oleh pembantunya sahaja menaiki seekor unta. Mereka berdua bergilir-gilir menaiki unta tersebut. Kebetulan apabila sampai di Kota Baitulmuqaddis, giliran pembantunya pula menaiki unta. Paderi yang melihat kejadian itu akhirnya menyerah kalah kepada Islam kerana kejadian yang berlaku itu adalah serupa seperti apa yang tercatat dalam kitab mereka. Hinggakan jumlah tampalan pakaian juga adalah sama seperti ramalan.

Abu Ubaidah Al Jarrah dilantik menjadi pemimpin di Syam. Walaupun menjadi pemimpin, beliau memilih zuhud sebagai cara hidupnya hinggakan Saidina Umar Al Khattab sendiri menangis kerana melihat kehidupannya Abu Ubaidah yang sangat sederhana. Akhirnya pada satu ketika apabila negeri Syam dilanda wabak taun yang hebat, Abu Ubaidah Al Jarrah meninggal dunia kerana terkena jangkitan taun. Pernah Saidina Umar Al Khattab bercita-cita untuk melantik Abu Ubaidah sebagai Khalifah selepas dirinya namun Allah lebih mengetahui dan lebih hebat perancanganNya.

Thursday, March 24, 2011

Aku Dilamar

0


Ceritanya, ada seorang kawan Chinese yang meminati hasil kerja photography aku (..rasanya laa). So, dia nie nak ajak aku join dia buat business wedding photography. Dia assigned aku untuk cater Malay Wedding punya market. Aku terkedu tapi tak dinafikan aku memang rasa teruja. 

Jay Han Photography..itu nickname yang selalu dia pakai kat setiap gambar-gambar yang dia post kat dalam flickr atau facebook. Mamat nie memang dah agak taiko jugak dalam wedding photography nie. Dalam musim orang kahwin, dia boleh dapat sampai RM20k jugak sebulan. Itu dia buat secara part time. Sekarang nie, dia dah start full time. Siap dia dah ada studio dia sendiri kat Puchong. Dia ajak aku join dia as a freelance photographer. Sebelum nie pun, dia selalu ajak aku practise shot dengan model-model yang dia sewa. Ntah la, bila sampai bab model tuh yang buat aku macam malas sikit.

Yealah, bukannya model Busana Muslimah atau Tudung Ariani. Kalau model Busana Muslimah pun tak tentu lagi aku sanggup start motor dari PD ke KL ujung-ujung minggu. Baik ja duduk kat rumah main ngan anak-anak. Kalau tidak, percuma sahaja dosa mata. Model tuh pun bukannya free, kena bayar jugak tuh. Kalau dalam satu group tuh cuma ada 4 photographer jer, hah..kongsi la ramai-ramai bayar model tuh.

Memang aku akui, jadi wedding photographer nie memang boleh buat duit. Tak kiralah sama ada kita cuma cater market Melayu sahaja ataupun sebaliknya. Dengan promosi yang betul, gaya yang meyakinkan dan peralatan yang lengkap..tak mustahil boleh kaya dengan hanya tangkap gambar.

Aku pernah bekerja di kedai gambar. Kerjanya sangatlah mudah dan terlalu banyak masa terluang tapi bila tutup kedai pukul 10mlm, ada la dalam lingkungan RM1k - RM1.5k dalam mesin cashier. Itu collection untuk sehari pada hari-hari biasa. Kalau hujung minggu, musim kahwin, musim cuti sekolah, hari konvokesyen...memang berlipat kali ganda lagi. Itu kedai gambar sahaja, belum lagi buat outdoor servis macam wedding photography nie contohnya. Modalnya hanya camera, masa dan sedikit perkara lain sahaja. Selebihnya memang keuntungan. Kalau ada yang berminat tuh, boleh la belajar-belajar cara pegang camera DSLR. Practice, practice, practice...There's no shortcut to success.

Tapi aku tak berniat nak jadi wedding photgrapher setakat sekarang nie. Tak tahulah pulak di masa hadapan nanti. Cukuplah sekadar aku berbakti kepada saudara-mara dan kawan-kawan yang memerlukan khidmat aku. Aku sebenarnya ingin buat sesuatu yang dapat menyumbang kepada hari akhirat aku dan serious wedding photographer bukanlah salah satu darinya. Hehehe...

(P/S: Semua gambar dalam post kali nie aku ambil dari facebook Jay Han)

 

Thursday, March 17, 2011

Allah is Calling

3
Alhamdulillah, kali ini bukan setakat buku sahaja tapi sangat bertuah kerana dapat berjumpa, berjabat tangan dan mendapat tandatangan daripada penulisnya sendiri.
Tidak seperti tajuknya yang berbahasa Inggeris, buku ini sebenarnya ditulis dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Secara kesuluruhannya, buku ini terbahagi kepada 2 bahagian.

Pada bahagian pertama, Ustaz Zainudin menyajikan kisah-kisah insan hebat dari barat yang mendapat hidayah dari Allah. Dalam keadaan Islam mendapat gambaran yang negatif dan miskin di mata orang-orang barat, tidak ada sesuatu pun yang memaksa mereka untuk memeluk Islam melainkan Allah jualah yang telah memberikan hidayah kepada mereka. Sungguh menakjubkan apabila insan-insan barat yang dipaparkan ini bukanlah insan kebanyakkan melainkan insan-insan yang mempunyai pengaruh yang hebat di negara-negara mereka. Antara insan-insan ini adalah Leopold Weiss, seorang Yahudi yang menjadi duta Poland dan Yvonne Ridley, seorang wartawan terkenal di Britain.

Pada bahagian yang kedua pula, Ustaz Zainudin telah membincangkan tentang analisis global berkenaan perkembangan Islam diseluruh dunia. Analisis juga ada membincangkan tentang masalah-masalah dasar berat sebelah yang dialami oleh umat Islam seluruh dunia dibawah pemerintahan orang bukan Islam. Analisis ini dapat membuka mata pembaca yang seringkali hanya mendapat liputan media massa yang menyembunyikan perkara-perkara sebenar dari pengetahuan dunia.

Buku ini dapat dijadikan sumber motivasi bagi kita agar bersyukur kerana dilahirkan dalam Islam. Informasi yang diberikan juga adalah amat berguna supaya kita enjadi lebih peka dengan apa yang berlaku dalam dunia sekarang ini.

Gambar Ustaz Zainudin dalam salah satu sessi ceramahnya

Wednesday, March 16, 2011

Tangan Kembali Normal

0
Hari nie genap dua minggu Hadi kena pakai simen kat tangan. Pagi tadi, wife aku dah bawak Hadi ke Klinik Kesihatan Port Dickson untuk bukak simen Hadi tuh. Frankly say, aku plak yang excited sebenarnya. Rindu pulak nak tengok tangan Hadi yang normal tuh. Hehehehe...

Pagi lagi aku dah susunkan camera aku kat sebelah beg tangan wife aku. Malam tadi lagi dah pesan kat dia suruh tangkap gambar during the process. Hahahaha....Menggeleng-geleng ja kepala wife aku tengok gelagat aku pagi nie.

Akhirnya, wife aku berjaya bawak balik gambar yang aku harap-harapkan. Nie gambar sebelum kena proses.
 Nie plak, during the process....tak sangka plak pihak Klinik Kesihatan pakai gergaji. Ingatkan pakai lumur dengan air jaa.. Ngeri plak tengok.


Tadaaa....!! Dah siap tanggal dah. 

Itulah kisahnya Hadi. Dah dua minggu dok usung simen tuh ke hulu ke hilir akhirnya doktor cakap tangan Hadi pun dah okay. Dua minggu tangan Hadi dalam keadaan bengkok, jadinya Hadi macam tak boleh nak straight sangat tangan at the beginning. Tangan pun tak dapat nak lipat sampai habis lagi. Doktor cakap kena banyak buat fisioterapi sendiri. Baru boleh cepat jadi normal semula.

Apa-apa hal pun, aku happy Hadi dah selamat. Sepanjang hidup aku, tak pernah lagi kena pakai simen. Wife aku pun camtu jugak. Kira Hadi dah pecah rekod la kiranya nie.Hahahah..Cayalah Hadi.

Tuesday, March 15, 2011

Anak Saudara Baru

0
Hari Sabtu, 12hb Mac 2011..dapat seorang anak saudara perempuan yang baru. Anak ketiga hasil perkongsian hidup antara abang aku (Abang E) dengan kakak ipar aku (Kak Mona). Nama yang disepakati oleh kedua-dua suami isteri nie ialah Marissa Nur Aiena

Aiena tuh dah jadi macam trademark family nie. It is a combination between 2 names. Aie and Mona. Mujurlah lahir kat Shah Alam, dapatlah pi tengok within the next day tuh. Inilah wajah orangnya.
Hari Ahad, 13hb Mac 2011…dapat lagi seorang anak saudara perempuan jugak. Anak ketiga hasil perkongsian hidup antara abang aku (Abang Joi) dengan kakak ipar aku (Kak Zura). Nama yang disepakati oleh kedua-dua suami isteri nie ialah Nurul Anissa Qaisara.

Yang nie takdak trademark nama sebab kalau dapat bayi lelaki, abang aku akan namakan dan begitulah sebaliknya. Yang nie lahir kat Sungai Petani. Lawatan kena tangguh dulu sebab faktor jarak. Insya Allah, kalau ada gambar terbaru bolehlah update nanti.

Kepada Abang Joi dan Abang E, tahniah diucapkan. Raya tahun nie pasti meriah dengan kehadiran orang baru. Selamat berjaga malam.

Sunday, March 13, 2011

Update lain plak

4
Bila tanya kat Hafiz, "Hafiz nak adik tak?"

"Na nak" sambil geleng-geleng kepala.

"Hafiz nak jadi abang tak?"

"Na nak" sambil gelelng-geleng kepala lagi.

Ntah dia paham ke tidak dengan soalan tuh. Yang dia tahu cuma geleng kepala ja. Dia tak tau tak lama lagi dia nak jadi abang dah. Lepas nie takhta anak bongsu dah tak dapat kat dia lagi dah la..hehehe...

Minggu nie kira dah 26 minggu dah wife aku mengandung. Kami tak pi tengok pun apa jantina anak kali nie. Kalau dapat lelaki lagi, tak tau la apa lagi Tajul yang kami nak masukkan dalam surat beranak. Kalau dapat perempuan pulak, rasa gabra jugak aku mengenangkan cabaran anak perempuan apabila dia dewasa nanti. Apa-apa hal pun, kami sangat bersyukur dengan anugerah nie.

Hadi dan Hazwan dilahirkan di Hospital Kerajaan dan berbidankan doktor dan jururawat perempuan Islam. Hafiz dilahirkan di Hospital Seremban Specialist berbidankan seorang doktor lelaki Islam. Waktu doktor lelaki tuh seluk jari untuk check berapa jalan dah bukak, aku jadi terkedu sekejap. Macam tak percaya ada seorang lelaki lain yang bukan mahram tiba-tiba seluk tangan ke bahagian sulit wife aku di depan mata aku.

Waktu dia seluk lagi untuk pecahkan ketuban, aku rasa berderau sungguh darah dalam badan aku nie. Ikutkan hati, mau pecah muka doktor tuh aku kerjakan. Berbulan-bulan jugak ayik terkepalkepal ja tangan aku bila mengenangkan balik peristiwa dalam labour room tuh.

Kali nie aku berhajat agar wife aku bersalin dengan doktor perempuan Islam. Masalahnya, cuma ada seorang sahaja doktor perempuan Islam yang bekerja dalam hospital swasta. Doktor Intan nie menjadi rebutan ramai orang Islam. Dalam tuh pulak, Doktor Intan nie sibuk dengan penulisan artikel la, seminar la dan berbagai lagi. Cakap-cakap dari mulut orang-orang yang pernah berurusan dengan Doktor Intan nie di labour room memang banyak yang negatif dari positif. Doktor Intan selalu kalut kerana kesuntukan masa. Makanya, judgement dia agak mendebarkan. Silap-silap, bukan Doktor Intan pun yang sambut kelahiran anak-anak kecil nie.

Entah la, kalau sekali lagi dengan doktor lelaki Islam tuh...aku takut aku plak yang buat sesuatu yang bodoh pulak nanti. Hmm...

~Jejaka Keliru~

Saturday, March 12, 2011

Update pasal Hadi dan Hazwan

0
"Abah, hari nie Juan kena rotan dengan cikgu 2 kali jer"

"Aik, apsal Juan kena rotan..??"

"Sebab cikgu cakap Juan nakal"

"Hmm..elok la tuh. Lain kali Juan jangan nakal2 tau, dengar cakap cikgu"

"Hmm...okay la.."
Tuh cerita Hazwan. Boleh senyum-senyum ja waktu dia cakap dia kena rotan dengan cikgu. Memang bersih sungguh hati budak-budak nie. Takdak nak dendam-dendam dengan cikgu. Harapannya, terus-terusan la menghormati cikgu. Jangan la amik hati sangat dengan rotan cikgu tuh. Memang niat cikgu nak mengajar supaya jadi elok. Sepatutnya kita terima kasih kerana cikgu cuba mengingatkan kita. Steady la Juan.

Hadi pulak, pegi jugak sekolah walau tangan bersimen. Nasib baik Hadi nie kidal, memang boleh la buat semua homework yang cikgu bagi. Bebaru nie, dia tunjukkan satu gambar lampu meja yang dia colour sendiri. Macam tak percaya pun ada tapi dia cakap dia yang colour. Makanya, tak ada la sebab aku tak percaya. Tak mustahil pun dia yang buat.
Steady la Hadi..!! Steady la Juan..!! Hilang penat Abah bila balik dari kerja. Terhibur sungguh rasanya.

Monday, March 7, 2011

Marwa Ali El-Sherbini

2
Sedih apabila terbaca sebuah cerita mengenai nasib seorang wanita Islam di Jerman. Peristiwa kejam ini pernah menggemparkan dunia satu ketika dahulu. Ramai menyifatkan kematian wanita ini sebagai syahid kerana mempertahankan agama.

Marwa Ali El-Sherbini merupakan rakyat Mesir yang dilahirkan pada tahun 1977. Beliau memperolehi Ijazah dalam bidang Farmasi dari Universiti Alexandria, Mesir. Pada tahun 2005, beliau mengikuti suaminya, Elwy Ali Okaz yang melanjutkan pengkajian PhD di Jerman.

Pada tahun August 2008, Marwa Ali El-Sharbini dilaporkan telah berperang mulut dengan seorang lelaki Jerman bernama Alex Wiens di taman permainan kanak-kanak. Ini disebabkan kerana mereka berebut buaian untuk anak lelaki Marwa dan anak saudara Wiens.

Di dalam pertelingkahan tersebut, Wiens telah mencaci dan menghina Marwa yang memakai tudung dengan kata-kata caciannya seperti ‘pelacur islam’ dan ’pengganas’. Marwa merasakan yang Wiens menghina Islam lalu beliau mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman Wiens.

Dalam samannya, Wiens dikenakan denda oleh mahkamah Dresden sebanyak €780. Dalam perbicaraan itu, Weins menegaskan yang tindakannya adalah wajar kerana orang seperti Marwa bukanlah manusia maka cacian pun tidak layak diterima oleh “orang sepertinya”. Menunjukkan bahawa Marwa sepatutnya menerima perkara yang lebih buruk lagi dari cacian.

Mendengar penghinaan baru ini, Marwa ingin membawa kes ini ke peringkat yang lebih tinggi. Ketika tuduhan dibacakan di mahkamah di Dresden, hanya 9 orang sahaja yang berada di dalam mahkamah tersebut. Apabila selesai prosiding mahkamah, Marwa yang mula berjalan keluar dari mahkamah tiba-tiba diserang oleh Weins. Beliau ditikam sebanyak 18 kali. Suami Marwa yang cuba menghalang Weins juga ditikam beberapa kali. Seorang polis yang kebetulan menjadi saksi pada satu prosiding yang lain dipanggil untuk membantu. Namun polis tersebut menembak suami Marwa dan bukannya menembak Weins.

Marwa Ali El-Sherbeni meninggal dengan serta-merta pada 1 Julai 2009 kerana kecederaan yang teruk. Beliau mengandung 2 bulan sewaktu kejadian. Suaminya pula koma selama dua hari dan terpaksa menjalani terapi selama beberapa minggu. Anak mereka yang berusia 3 tahun juga berada di tempat kejadian dan menyaksikan segalanya.

Sungguh zalim perlakuan seorang manusia hanya kerana mereka membenci Islam. Sedangkan Marwa hanyalah menjalankan tanggungjawagnya dengan memakai pakaian yang sopan seperti apa yang diperintahkan agama, namun dia dibenci dan akhirnya dia dibunuh dengan kejam sekali.

Sedangkan kita umat Islam menghormati sesiapa sahaja yang datang ke negara kita walaupun pakaian mereka menjolok mata dan tidak menghormati agama kita. Siapakah yang lebih tertutup mindanya dalam perkara ini?

Namun cerita ini tidak mendapat banyak liputan dalam media arus perdana pada waktu itu kerana kematian Micheal Jackson lebih mendapat lipuatan yang luas.

Sunday, March 6, 2011

Pakej Kereta

0
Katakanlah, Ferrari Aurea macam dalam gambar nie aku yang punya. Jom kita buat analisis sket.

Kekurangan kepada pemilik kereta:-
1.) Kena bayar cukai duti kat kerajaan Malaysia sebab kategori kereta import. Silap-silap sampai 300% dari harga kereta.

2.) Kena bayar cukai jalan kat kerajaan Malaysia RM6630 setahun sebab kereta nie 4.0 cc

3.) Kena bayar dalam RM28,000 harga insuran. Seminggu dua nie, Bank Negara Malaysia cakap premium insuran nak dinaikkan lagi.

4.)  Kena bayar interest kat bank sebab tak mampu nak bayar cash. Bank Negara Malaysia akan tentukan kadar interest.

5.) Kena bayar duit petrol yang harganya selalu naik tapi sekali sahaja turun. Harga minyak dunia turun, Malaysia tak turun. Harga minyak dunia naik, Malaysia mesti naik.

6.) Kena bayar tol.

7.) Kena bayar maintenance kereta. Alat Ganti kereta pun ada juga cukai kerajaan.

8.) Kena bayar saman ekor sebab kereta nie laju.

Kelebihan kepada pemilik kereta:-
1.) Boleh sampai ke semua tempat dengan mudah.

2.) Menjimatkan masa.

....banyak lagi kelebihan lain yang boleh disenaraikan tapi kebanyakkannya hanyalah perkara cabang. Lebih kurang sama sahaja dari satu point ke point yang lain. Sebenarnya, kita ibarat membeli masa apabila kita membeli kereta, terutama sekali di Malaysia. Sebabnya, pengangkutan awam di Malaysia tak banyak membantu kita untuk sampai dari point A ke point B. Kita kena tukar 3 ke 4 jenis pengangkutan untuk sampai ke destinasi dan selalunya melibatkan kos yang tak senilai dengan masa yang terbuang.

Malas nak menghuraikan pasal pengangkutan awam. Dah berjela-jela blog-blog menulis pasalnya. Dah berbuih-buih mulut pelanggan kedai kopi membahaskannya. Yang menjadi harapan sebenarnya, janganlah rakyat merasa terbeban dengan harta (kereta) sendiri kerena kereta sebenarnya sudah menjadi satu keperluan untuk rakyat Malaysia. Dah menjadi trend apabila satu keluarga yang tinggal di bandar memerlukan 2 kereta untuk keperluan mereka. Mencipta keuntungan dari harta orang lain adalah satu perkara yang sepatutnya dielakkan.

Entahlah, mungkin aku silap. Tapi rasanya, kalau harga kereta murah dan kurang membebankan, mungkin rakyat tak perlu tunggu hingga 7 tahun untuk menukar kereta baru. Setiap 2 atau 3 tahun, orang akan tukar kereta baru kerana mampu. Bukankah aktiviti jual beli yang aktif akan merangsang ekonomi negara secara tidak langsung...??

Wednesday, March 2, 2011

Tangan Hadi Bersimen

2
Hari Selasa kelmarin, bawak Hadi pi x-ray sekali lagi. Kali nie, ada nampak garisan hitam kat atas tulang tangan dia. Doktor cakap, tulang tangan Hadi retak. Confirm kena pakai simen kat tangan. Sian Hadi..

Doktor cakap, tulang tangan budak-budak nie memang kecik. Jadinya keretakkan pun akan proportionate to the size of the bone itself. Walaupun retaknya kecik, tetapi ianya merupakan kecederaan yang besar untuk kanak-kanak. Dalam kes Hadi nie, retak kat tangan dia tak dapat dikesan pada x-ray yang pertama. Hanya bila selepas 3 hari baru boleh nampak sebab tangan Hadi dah bertindak balas dengan kecederaan tuh.

Memang retak tuh akan baik sendiri. Doktor suruh pakai simen sebab nak melindungi tangan Hadi dari kecederaan lain pulak. Biasalah, budak-budak memang lasak. Walaupun tangan bersimen, Hadi still lagi boleh kayuh basikal laju-laju macam biasa. Dasat cukup…

Tersayat sungguh hati bila melihat tangan Hadi bersimen macam tuh. Tapi Hadi macam okay jaa..aku yang sihat nie pulak melebih-lebih risaunya. Aduh…lamanya 2 minggu akan berakhir..

Gambar sebelum tangan kena simen. Nampak tangan kanan
bengkak berbanding tangan kiri
Hadi di "proses"

Post istimewa dari Hadi setelah tangan disimen. Kat atas tu ntah kereta Altis
siapa ntah tapi Hadi sendiri request nak tangkap gambar kat kereta tuh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...