Tuesday, April 26, 2011

Jalan-jalan hujung minggu

0
Best jugak hujung minggu bebaru nie. Lepak kat PNB Ilham Resort kat PD. Tadak apa sangat pun cumanya bila kita pi ngan kawan-kawan, jadi meriah la sikit. Mulanya berpakat dengan 3 family nak stay kat PD tapi last-last sekali, satu family tak dapat hadir. Jadinya, tinggal la family aku dengan family Pak Din ja yang available. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Nie pemandangan dari bilik yang kami sewa. Lawa kan..??
Nie la Pak Din dengan wife dia. Wife dia nama Mastura.
Nama betul Pak Din nie ialah Jasnee Azreen Shah bin Jamaluddin. Dia nie kawan sekolah semenjak dari tingkatan 1 lagi. Dah nama dia panjang sangat, kami panggil dia dengan nama bapak dia. Disebabkan dah terbiasa, kengkadang sampai kat depan bapak dia pun kami panggil dia dengan nama Pak Din. Haru sungguh.

PNB Ilham Resort nie terletak berdekatan dengan Rumah Api Tanjung Tuan. Ramai la orang yang tracking dari hotel sampai kat Rumah Api tuh. Kalau hari cerah, ada kemungkinan boleh nampak Indonesia dari Tanjung Tuan.

Tapi kalau dah pi dengan anak-anak, depa nie nampak swimming pool ja. Selagi tak kecut tangan-tangan, memang tak reti la nak berenti berenang.

Yang paling kecik tuh la yang paling galak mandi sekali. Lemas pun tak kisah, janji dapat mandi
Nie Aiman, anak sulung Pak Din. Punyalah petah bercakap sampaikan dapat masuk Radio Era pagi bersama Pak Nil. Penat menjawab soalan-soalan dia.
Anak bongsu Pak Din (nombor 3) tak sempat nak mandi. Tido sebab ngantuk sangat
Nak jadikan cerita, memang kena plak tarikh hujung minggu bebaru nie harijadi Pak Din. Memang siap ada kek berbagai la malam tuh. Budak-budak la yang paling seronok sekali.
Post istimewa sket
Pak Din nie pun bukannya duduk jauh sangat dari rumah aku. Dia cuma tinggal kat Paroi ja. Memang selalu la kami sekeluarga dok pi rumah dia. Trip kali nie bukannya apa sangat cuma meraikan anak-anak dan nak lepak-lepak sahaja. Lagipun, dengan anak-anak yang tengah lasak nie..memang sesuai la dengan keluasan bilik yang kami sewa. Walaupun budak-budak tuh berlari-lari dalam bilik hotel, tapi keluasan bilik tuh membuatkan kami tak terganggu pun dengan kelasakan anak-anak. Boleh la repeat lagi lepas nie. Hehehehe...

Nie gambar-gambar waktu nak balik plak kat lobby area. Terima kasih untuk Pak Din kerana belanja bilik hotel. Family and I had a great gateaway last weekend. Thank you so much from us.

Saturday, April 23, 2011

Blog yang bermanfaat

1
Dah seminggu Faisal Tehrani (FT) tak update blog dia. Kebiasaan, dia akan update blog dia setiap hari. Kadang-kadang, sampai tiga kali satu hari.

Tapi dalam posting dia yang terakhir, dia ada bagitau yang dia takkan update blog dia lagi. Tak pulak dia sebutkan kenapa, cuma tiba-tiba sahaja dia declare nak berenti blogging. Too bad because he's a good writer and I always enjoy his entry. Furthermore, taking information from somebody like him make me learn new things everytime I came accross his blog. Not many bloggers has such a unique topics like FT. Most of Malaysian public figure will only talk about politics in their blog and nothing more. FT offers something different from ordinary.

Aku nak kongsi satu hadis yang sangat masyur yang Nabi Muhammad SAW nukilkan sewaktu peristiwa hijrah umat Islam yang pertama

Diriwayatkan dari Amir al-Mukminin (pemimpin kaum beriman) Abu Hafsh Umar bin al-Khattab radhiyallahu’anhu beliau mengatakan : Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrah karena cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.” (HR. Bukhari [Kitab Bad'i al-Wahyi, hadits no. 1, Kitab al-Aiman wa an-Nudzur, hadits no. 6689] dan Muslim [Kitab al-Imarah, hadits no. 1907]).

Setiap amalan beserta dengan niat. Tempat duduk niat nie dalam hati. Sebab tuh tidak dikira apa yang kita lafaz melainkan hatilah jua tempat berlakunya niat.

Ada orang tulis blog dengan niat suka-suka, ada yang nak buat duit. Tak kurang jugak yang nak berpolitik dan jadi jaguh. Bermacam-macam niat orang yang hanya Allah sahaja tahu. Tapi, dalam banyak-banyak niat..niat kerana Allah Ta'ala jugalah yang lebih utama. Selain dari itu, semuanya menjadi sia-sia belaka. Sia-sia kerana takdak pahala yang boleh kita generate dari amalan kita ber'blogging'. Sia-sia kerana membuang masa begitu sahaja kerana "Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian". Rugi sebab melakukan amalan dengan niat selain dari Allah Ta'ala. Nie kira muhasabah untuk diri aku sendiri jugak.

Blog Faisal Tehrani lain sikit. Setelah lama mengikutinya, aku dapat rasakan yang dia berhajat untuk menyatukan dua fahaman yang telah lama bermusuhan. Dia cuba menyatukan Syiah dan Sunni yang telah mengalami salah faham berabad lamanya. Dia berusaha memberi penerangan dan penjelasan berkenaan fahaman Syiah yang rata-rata masyarakat Malaysia mengklasifikasikan mereka sebagai sesat. Sungguh, satu perjuangan yang aku rasakan sangat murni dan aku merasakan dia patut diberi pujian untuk usaha itu.

Sekarang, Faisal Tehrani sudah tak update lagi blog dia. Nak dijadikan cerita, blog dia jugak dah tak boleh lagi nak access. Kena block. Tak tahulah kenapa. Mungkin pemimpin-pemimpin kita melakukan demikian kerana kemaslahatan umum. Semoga kebenaran mengatasi kebatilan seperti cahaya matahari menyuluh alam dari kegelapan.

Thursday, April 21, 2011

Serba-sedikit pasal kerja.

6
Dah bertahun dah kerja dalam bidang automotif nie. Title yang aku pegang sekarang nie ialah Sr Design Engineer. Bila bercakap dengan orang awam, diorang ingatkan kerja design nie macam kerja Eric Casa Impian kot. Matching-matching colour, main ngan lighting dengan pattern...padahal jauh sekali dari apa yang diorang pikirkan dengan apa yang aku buat. Berbuih jugak kalau nak bercerita.

Secara mudahnya bergini laa...Mula-mula sekali Styling Department akan keluarkan sketch concept lebih kurang macam nie.

Lepas tuh, baru la team engineering akan masuk campur. Awalnya cuma advice dari segi packaging. Saiz ruang dan constraint area akan diberikan kepada Styling Department sebelum sketch tuh ditukat menjadi 3D data ataupun panggilan dalam dunia automotif nie, "A Surface"

Dah dapat "A Surface" dari styling, maka bermulalah kerja aku sebagai Design Engineer dengan sepenuh hati. Segala detail yang berkaitan dengan engineering akan aku masukkan kat belakang "A Surface" tuh. Fixing strategy, assembly strategy, appearance, geometrical and dimension segala macam la kena amik kira dalam engineering design nie.

Data 3D yang dah siap menggunakan CATIA
Kemudian, as a design engineer jugak..aku kena liase dengan supplier untuk translate 3D data menjadi barang yang fizikal. Macam-macam stage la kena lalui sebelum semuanya okay. Tapi bila dah siap, memang akan terasa kepuasan yang amat sangat. Especially bila kereta tuh dah ada kat jalan raya.



Di atas adalah kereta yang ada hasil tangan aku. Baru sahaja launched kat Shanghai Motor Show. Boleh klik sini untuk berita selanjutnya. Since the car has already launched, I assume that the sketch and 3D overview above are not that P&C anymore.

Lebih seronok lagi kalau kita ada contribution kat kereta tempatan. Hari-hari boleh tengok part yang kita design tuh. Best ja rasa.

Officemate aku beli 2 kereta tempatan. 1st car Kelisa, 2nd car Gen2 Campro CPS. Kawan wife dia dok pujuk suruh beli keta luar negara. Asyik-asyik local car jer, mana best. Member aku nie dengan selambanya cakap, "tak ramai orang boleh bawak kereta yang diorang buat sendiri. Kedua-dua kereta Kelisa ngan Gen2 tuh, ada air tangan aku. For sure aku akan beli kereta yang aku buat sendiri. Bangga sungguh rasanya. Hang pernah ka design kereta?". Terkedu mamat yang dok cucuk tuh bila kena tanya macam tuh.

Aku pulak, takdak la sampai macam tuh sekali. Memang tak mampu pun nak beli kereta banyak-banyak. Tapi setiap kali aku dapat tengok kereta yang ada air tangan aku kat atas jalan raya, ada semacam emotional attachment dengan kereta tuh. Bangga ja rasa. Itulah serba-sedikit cerita pasal industri kereta kat Malaysia nie.

Wednesday, April 20, 2011

Malaysia lagi hebat

0
Waktu kat China dulu, aku ada la tempah satu set langsir untuk pos balik ke Malaysia. Sebab yang aku boleh terbeli tuh adalah kerana merasakan harganya yang murah. Lepas tuh, tokeh kedai tuh cakap siap dalam masa 2 hari. Disebabkan nak jugak cenderahati dari China, aku beli jugak satu set langsir yang beratnya cecah 20kg waktu aku pos ke Malaysia. Jenuh urusan jual beli dan urusan pos tuh nak selesai. Dengan bahasa yang menjadi masalah utama aku, aku harungi jugak semua tuh demi cenderahati dari China.

Balik ke Malaysia, rupa-rupanya langsir yang ada kat Nilai 3 tuh lagi banyak corak yang kena dengan jiwa aku. Harga pulak lebih kurang nak sama ja. Yang best tuh, banyak sungguh kedai yang bagi jaminan boleh siap jahit dalam masa sejam sahaja. Bagaikan satu selling point yang wajib untuk jual langsir kat Nilai 3.

Aku cerita kat member aku. Dia tinggal kat Senawang ja pun. Dia pun tak percaya cakap aku. Jadinya, Sabtu minggu lepas aku dan keluarga ke Nilai 3 untuk ambil gambar sebagai bukti kebenaran kata-kata aku nie.

Tengok betul-betul kat banner yang ala-ala 1Malaysia punya colour tuh.
Nie kedai yang lain plak
2, 3 kedai langsir kami masuk..sudahnya yang kami bawak balik bukannya langsir, tapi karpet. Heran pakcik. Hmm...habis cerita pasal langsir.

Petang tuh, join kakak ipar pegi makan ikan bakar kat Jeram, Selangor. Tempat dia dah dekat-dekat dengan Kampung Kuantan, Selangor. Alaa..tempat kelip-kelip tuh. Ada la dua, tiga kedai ikan bakar kat situ tapi dengar cerita yang paling glamer..Ikan Bakar Aroma.
Punya la ramai orang datang makan ikan bakar. Padahal kalau nak difikirkan, Sabtu lepas tuh kiranya dah masuk tengah bulan. Tapi still lagi orang ada banyak duit nak spend makan besar-besar.

Acara pilih ikan
 Bila dah bayar baru la tahu, tempat nie memang murah. Patut la orang sanggup datang jauh-jauh sebab harga dia sangat berbaloi. Facilities pulak memang lengkap. Ada surau, ada tandas, tempat parking pun banyak, even scenery pun cantik. Betul-betul tepi pantai. Ramai la photographer yang mengambil kesempatan untuk merakamkan suasana sunset kat tepi pantai. Tapi hari Sabtu aritu, hari mendung. Matahari takdak. hehehehe..sian depa...

Tips :- Bagi yang bawak anak-anak, sediakanlah wang secukupnya sebab kat tepi restoran ada gerai jual mainan yang berlampu. Memang menarik perhatian sungguh. Wife aku dah terjebak dengan masalah nie. Sian wife aku...hehehheeh....

Nasib baik la budak 3 orang nie boleh lagi dibawak berbincang. Kalau tak memang kopak dibuatnya.
Hari Ahad, Hadi dan Hazwan pakat-pakat demam belaka. 2 hari tak pi sekolah sebab demam panas. Kesian pulak nengoknya. Walaupun anak-anak aku yang sakit, tapi yang dapat MC adalah aku. Bagus betul la doktor-doktor kat PD nie, memang memahami jiwa seorang ayah macam aku nie. Syabas doktor.

Friday, April 15, 2011

Al-Fatihah untuk adik Saifuk Syazani...

0
Kesian apabila mendengar berita berkenaan pelajar sekolah agama, berusia 7 tahun yang mati kerana dibelasah oleh warden asrama. Sungguh suatu tindakan yang tidak berperikemanusiaan apatah lagi ianya berlaku di sebuah sekolah agama.

Ini adalah gambar warden tersebut. Inilah gambar yang terpampang didada-dada akhbar utama di Malaysia. Inilah orangnya yang membelasah adik Saiful Syazani seperti yang dilaporkan oleh akhbar kita. Padahal cerita sebenarnya amatlah berlainan sama sekali. Mujur ada juga segolongan umat manusia yang masih sudi untuk mencari kebenaran. Boleh klik sini untuk mendapatkan cerita sebenar.

Fitnah sudah menjadi mainan dalam Malaysia sekarang ini. Semua pihak dihalalkan memfitnah asalkan tujuan politik tercapai. Media utama tanahair pula sudah tidak mengendahkan lagi etika kewartawanan. Mereka mulai tidak melaporkan berita sebaliknya mereka memutar belitkan laporan. 

Maksud Al-Quran :-

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita,
maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan
suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui
keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
Al Hujuraat:6 

Thursday, April 14, 2011

Kongsi-kongsi pertanyaan

0
Betul ka 25 Disember tuh tarikh Nabi Isa dilahirkan..??

Kalau kita baca terjemahan Al-Quran Surah Maryam :-

[23]
(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!

[24]
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.

[25]
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.

Kalau kita cari dalam internet maklumat pasal buah tamar nie, kita boleh tahu yang buah tamar selalunya masak pada musim panas. Boleh klik kat sini untuk baca lebih lanjut. Jadinya, bulan Disember tuh musim sejuk. Mustahil la pulak Siti Maryam dapat makan buah tamar yang masak pada musim sejuk.

Hal yang kedua plak kalau kita cari dalam Bible pasal kelahiran Nabi Isa nie, kita akan jumpa cerita yang agak panjang la. Cuba ambil ayat dari sini : Luke 2:1-20 (New International Version, ©2011). Bible nie kita kena sebut sekali dengan version dia sebab dah terlalu banyak sangat version Bible dalam dunia nie. Setiap satunya berkemungkinan besar tak sama dengan yang lain. Kembali kepada topik, kita amik ayat ke-8.

And there were shepherds living out in the fields nearby, keeping watch over their flocks at night.

Gambar diambil dari Wikipedia

Dalam Bible menceritakan pada hari kelahiran Nabi Isa, ada malaikat datang kepada gembala biri-biri yang ada berdekatan dengan tempat kelahiran dan memberitahu mereka akan berita gembira kelahiran Al-Masih. Begitulah lebih kurang.
 
Gembala biri-biri nie, menjaga biri-biri diorang sebelah malam. Kalau kat Malaysia, memang sesuatu yang sangat pelik tapi kalau kat kawasan Palestin sana, itu adalah perkara normal pada musim panas. Sebabnya, siang terlalu panas dan tak memungkinkan orang atau ternakan keluar dari rumah. Melainkan pada malam hari yang sejuk sedikit berbanding siang. Situasi yang dinyatakan dalam Bible ini, adalah selari dengan situasi dalam Al-Quran yang menggambarkan kejadian ini berlaku pada musim panas.
 
Logiknya kalau kelahiran Nabi Isa dimusim sejuk, malam hari akan jadi tersangat sejuk la pulak. Akan jadi sangat mustahil la pulak andai ada orang mengembala biri-biri dimalam hari pada musim sejuk. Biri-biri pun, mungkin hanya dapat makan salji sahaja, padahal makanan biri-biri adalah rumput.
 
Jadi, berbalik kepada soalan yang mula-mula tadi. Betul ka Nabi Isa dilahirkan pada 25 Disember seperti yang dinyatakan oleh orang-orang Kristian? Mana pulak datangnya tradisi pokok Krismas yang dimuliakan setiap kali menjelangnya hari kelahiran Nabi Isa? Bagi aku, pokok kurma la yang patutnya dimuliakan oleh orang Kristian sebab Siti Maryam bersandar kepada pokok kurma ketika melahirkan Nabi Isa. Bukannya pokok Krismas. 
 
Itu sajalah pertanyaan untuk kali ini. Wassalam...

Tuesday, April 12, 2011

Ekspedisi Gunung Nuang

4
Hari Sabtu bebaru nie, ada la organized satu ekspedisi ke Gunung Nuang kat Hulu Langat. Lama dah tak panjat gunung-gunung nie. Saja gatal-gatal nak panjat sebab nak lepaskan gian tangkap gambar. Sejak balik dari China tahun sudah rasa macam kurang sangat-sangat berkarya dalam photography nie. Masa dan tanggungjawab selalunya tak mengizinkan. Semuanya kena compromise.

Trip ke Gunung Nuang nie simple ja, tadak la tidur dalam hutan berbagai. Rancangannya cuma panjat gunung dan mandi-manda. Itu jaa...Yang join pun cuma budak-budak opis ja, senang nak arrange.

Hari Sabtu pagi tuh, pukul 8pagi lagi dah sampai kat kaki Gunung Nuang. Semua peserta ada 5 orang. Berjalan setengah jam, seorang kecundang kerana kekejangan kaki. Maka tinggal la 4 orang sahaja meneruskan perjuangan. 2 jam kemudian, seorang lagi ingin menarik diri. Makanya, cita-cita untuk menawan puncak Gunung Nuang terpaksa ditangguhkan dahulu buat masa ini. Ada umur, boleh cuba lagi. Ada la gambar sikit buat melepaskan gian setelah lama camera Nikon tuh duduk dalam stor.

Cuaca yang sangat baik untuk hiking
Kalau datang awal sikit mungkin ada kabus dalam gambar. Sure nampak lebih dramatik lagi
Setakat sampai kat Kem Lolo ja. Tu pun dah cukup bagus
Air mengalir kat jeram
Belakang tabir

Sesudah mandi. Punyalah sejuk air dia, mandi 10 minit ja..
On the way turun, berenti sekejap sebab kaki kejang
Itulah cerita hujung minggu. Alhamdulillah, we came back in one piece. What a great trip we had. Looking forward the day we reach the peak.

Sunday, April 10, 2011

Nothing Much (part 11)

0

Monday, April 4, 2011

Mengintai Peluang

0
Kita meminati kontroversi dan gossip. Tiap-tiap minggu kita ada Melodi dengan segala macam cerita baru yang hangat. Kat internet pun banyak jugak.


Agak-agak kalau ada satu rancangan yang serupa dengan Melodi tapi membincangkan isu hangat politik tanahair pulak, boleh laku tak rancangan tv tuh...?? Boleh mintak tolong Abang Naz terjahkan politikus-politikus kita. Nak jugak tengok macam mana hiasan dalaman rumah mereka.


Saturday, April 2, 2011

Kaitan yang lain pulak...

0

Cerita 1:
Minggu depan dah nak mula F1 Grand Prix kat Malaysia. Disebabkan Team Lotus dapat nombor 3 bebaru nie, memang bising sikit la kat opis sekarang.

Bahrain sepatutnya termasuk dalam kalendar F1 setiap tahun tapi tahun ini, negara Bahrain terpaksa digugurkan kerana keadaan negaranya yang tidak aman. Sama seperti Libya, keadaan tidak aman di Bahrain ini berlaku kerana rakyat memberontak menentang pemerintahan yang zalim. Sama juga seperti Libya, kerajaan Bahrain telah mengambil langkah yang sangat drastik untuk menangani masalah ini. Kerajaan Bahrain telah sewenang-wenangnya membunuh rakyat sendiri dalam memadamkan api pemberontakan. Kezaliman ini berterusan dan mendapat pula bantuan ketenteraan dari Arab Saudi. Maka, tentera Bahrain dan tentera Arab Saudi bersatu membunuh rakyat Bahrain yang tidak ada bantuan ketenteraan langsung. 

Kalau di Libya, Muammar Gaddaffi yang membunuh para pemberontak disifatkan sebagai kejam. Rejim Muammar Gaddafi telah dikecam dan diberi amaran keras oleh Amerika dan PBB.  Amerika akhirnya mengambil keputusan untuk campur tangan tapi Amerika tidak menghantar tentera mereka kerana tidak mahu perkara di Iraq berulang. Sebaliknya mereka hanya menghantar CIA untuk membantu pemberontak dan meracun orang-orang kanan Muammar Gaddafi supaya berpaling tadah. 

Itu di Libya, lain pula ceritanya di Bahrain. Amerika dan PBB hanya berdiam diri sahaja tentang apa yang berlaku di Bahrain. Mereka menyifatkan apa yang berlaku adalah perselisihan antara Sunni dan Syiah. Itulah yang tercatat pada berita-berita utama mereka.

Tapi, ramai juga yang telah tahu bahawa Arab Saudi juga merupakan sekutu Amerika. Seringkali apabila wujud pakatan negara-negara pengeluar minyak untuk mengenakan sekatan minyak ke atas Amerika, Arab Saudi lah yang menggagalkannya.

Cerita 2:
Selepas DUN Sarawak dibubarkan, pastinya kerajaan Malaysia memerlukan wang yang banyak untuk menghadapi pilihanraya di Sarawak. Entah macam mana tak lama selepas pembubaran DUN, Petrosaudi berkenan melabur dengan 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dengan sejumlah USD yang sangat banyak. Tak lama selepas kerajaan Arab Saudi berlaku zalim terhadap rakyat Bahrain, Perdana Menteri kita menyatakan sokongan penuh diatas tindakan Arab Saudi itu (klik sini). Hmmm....padahal dalam satu forum (Perdana Global Peace) yang berlangsung di PWTC Disember 2005 yang dulu, kita dengan lantangnya menekankan agar membunuh merupakan satu kesalahan walaupun membunuh kerana berperang.



Kaitannya :-
Minggu nie saham Petronas Chemical dan Petronas Dagangan naik mencanak-canak. Satu indikasi ekonomi yang baik sebelum pilihanraya. Harga minyak dunia plak dah naik disebabkan pergolakkan kat negara-negara arab. Mungkin lepas plihanraya kita akan dengar kenaikan kat negara kita jugak kot. Sabar jer la...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...