Thursday, July 28, 2011

Studies on Musical Diversity - Methodological Approach

0
Aku beli buku baru tapi aku tak sure macam mana nak tulis review pasal buku nie. Sungguh padat isi dia. Upload gambar ja la..

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan bakal tiba

0
Tak sampai seminggu lagi, Ramadhan akan menjengah kita kembali. Bulan yang sangat2 diberkati. Semua perkara ibadah akan diberikan pahala yang berlipat kali ganda banyaknya. Pintu keampunan terbuka luas untuk hamba-hamba yang mahukan keampunan. Sungguh berkat bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kalau kita kira-kirakan semula, sebenarnya sangat sikit masa yang kita beri pada agama. Dalam tempoh 24 jam sehari....1/3 untuk tidur dan 1/3 lagi untuk berkerja. Tinggallah 1/3 lagi untuk beribadat. Maka, dalam tempoh 60 tahun hidup... hanya 20 tahun sahaja masa yang ada untuk kita beribadat. Tolak pulak dengan umur baligh pada usia 15 tahun, tinggallah 5 tahun sahaja ibadat kita yang mendatangkan pahala. Agak-agak cukup ka 5 tahun ibadat untuk bawak kita kepada syurga Dia...?? Demi nyawa kita yang berada dalam tangan-Nya, sepatutnya kitalah yang perlu risau kerana kita hanyalah hamba semata-mata.

Jadi, macam mana kita nak jadikan keseluruhan hidup kita nie sebagai satu ibadah? Supaya setiap apa yang kita lakukan, kita akan mendapat pahala dari Dia dan supaya setiap masa kita tak hilang dengan sia-sia. Jawapannya ialah, mulakanlah segala sesuatu dengan Bismillah dan sudahilah dengan Alhamdulillah. Kita jugak banyak diajar oleh Imam-imam kita tentang doa untuk melakukan sesuatu. Bacalah doa naik kenderaan semoga sepanjang perjalanan, kita sentiasa beroleh pahala dari Dia. Bacalah doa tidur semoga sepanjang kita berehat, kita beroleh pahala juga dari rehat kita. Bacalah doa mengenakan pakaian agar sepanjang kita memakai pakaian tersebut, pahala kita berterusan. Semoga sepanjang hayat kita adalah pahala sentiasa. Maka, tidaklah kita menjadi orang yang merugikan masa.

Kalau satu hari di akhirat = seribu tahun kat dunia, makanya kita hidup kat atas dunia nie sebenarnya kurang dari 2 jam sahaja. Itulah sebenarnya nilai kehidupan kita yang selalu kita kejarkan. Nikmat yang kurang dari 2 jam. Subhanallah.

Semoga kita berjaya dibulan Ramadhan ini, InsyaAllah.

Tuesday, July 26, 2011

Sudahnya, anak-anak yang layan Abah

0
Hujung minggu yang sudah, kami (Hazwan, Hadi + aku sendiri) pi ke Melaka. Niatnya, nak ziarah Mak Ton yang dah agak lama jugak balik dari Umrah. Pada waktu yang sama, nak bawak Hadi dan Hazwan jalan2 la. Kesian kat depa sebab tiap2 hari kena stay back kat sekolah sampai pukul 7.30mlm. Wife aku pun still lagi kat kampung, kalau tak ada la jugak orang nak pi ambik depa dari sekolah awal sikit.

So, bila dah sampai Melaka..berjumpa la dengan sepupu aku yang share hobi yang sama. Masing-masing bawak camera sendiri pi cari subject kat Jonker Walk. Hadi ngan Hazwan pun ikut sama jugak. Dah lewat2 malam pun, sanggup jalan kaki sebab nak ikut Abah punya pasal. Bagus betul la bodyguard 2 orang tuh, pandai layan abah pi cari gambar. Hehehehe..

Bodyguard 1 : Phineas

Bodyguard 2 : and Ferb

Macam Petaling Street jugak la Jonker Walk nie cuma lagi gerai2 dia berada di celah2 bangunan lama yang unik dan cantik. Kerajaan Melaka pulak tak lokek untuk menceriakan kawasan nie dengan meletakkan banyak lampu yang terang untuk menjamin keselamatan pengunjung. Seronok jugak bila dapat tengok macam2 barang yang murah kat Jonker Walk nie, terasa ja gatal tangan tiba-tiba.

Kat depan Geographer


Nie la group kami. Bodyguard kecik yang dua tuh la yang memastikan keselamatan kami

Haaaa...Kedai nie ada tulis nama aku tuh...heheh

Esok paginya, Mak Ton nak bawak kami pi jogging kat Botanical Garden. Aku budget kalau sampai kat Botanical Garden tuh, aku nak sewa basikal ja. Tak larat la nak jogging2 nie. Kang kalau bodyguard 2 orang tuh pancit, aku jugak yang kena dukung depa nanti. Tak pasal-pasal 2 kali letih.

Sudahnya kami naik buggy car, even better than the bicycle. Aku rasa harga sewa buggy car nie reasonable la

Kami amik buggy car kaler pink sebab Hazwan prefer kaler pink

Kat sini, buggy car, bicycle dan orang berjogging semuanya ada trek sendiri. 

Banyak outdoor aktiviti yang kita boleh buat kat sini sebab banyak prasarana. 

Kawasan sekitar memang redup dengan pokok-pokok tua. Pembinaan Botanical Garden nie memang sangat terancang. Banyak pokok-pokok lama tidak diganggu untuk memaksimumkan suasana hutan semulajadi. Kami lepak kat sana sampai tengahari jugak la. Dan seperti yang kita tahu, tumbuh-tumbuhan akan berfotosintesis waktu siang. Waktu tengahari tuh, sejuk dan nyaman ja kat Botanical Garden tuh. Mengingatkan aku pada suasana kampung waktu aku kecik2 dulu. Kat situ juga, ada banyak monumen yang dibina berdasarkan cerita-cerita rakyat yang selalu kita dengar. Contohnya, cerita arnab dan kura-kura, cerita gagak yang haus, cerita kancil yang cerdik....macam-macam lagi ada. Nie antara contoh monumen yang ada. Cerita sang kancil yang cerdik.

Jangan tiru aksi nie jika anda takutkan buaya.

Petang tuh kami balik ke PD sebab aku berhajat nak sembahyang Maghrib dan Isya' berjemaah di Masjid Shah Alam. Akan ada ceramah dari Ustaz Azhar Idrus selepas Maghrib kat sana. Tapi akhirnya tak jadi ke Shah Alam. Kesian sungguh bila tengok bodyguard 2 orang tuh keletihan yang amat sangat. Tapi yang bestnya, dalam letih2 tuh sempat lagi nak ajak repeat naik buggy car minggu depan. Bertuah punya anak.

Saturday, July 23, 2011

Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun

0

Buku ini dikarang oleh seorang ulama kontemporari zaman ini, Prof. Dr. Yusur Al Qaradhawi. Asal naskahnya adalah dalam bahasa arab kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Buku yang berada dalam gambar di atas adalah terjemahan dari bahasa Melayu Indonesia ke bahasa Melayu Malaysia.

Buku ini mengisahkan pengalaman penulis sejak dari awal penglibatan beliau bersama Al Ikhwan Al Muslimun. Sejak dari muda lagi, beliau telah aktif dalam menjalankan dakwah bersama Al Ikhwan. Pada masa yang sama juga, beliau merupakan penuntut di Universiti Al Azhar menggambarkan pada kita bahawa berpolitik dan belajar pada masa yang sama adalah tidak mustahil. Dapat difahami dari buku ini bahawa Al Ikhwan telah membentuk sebahagian besar keperibadian beliau sebagai seorang Muslim yang baik. Ini dapat difahami apabila pertubuhan Al Ikwan ini dianggotai oleh pejuang-pejuang agama yang hidup mereka berjalan diatas sunnah Nabi SAW. Ilmu yang sama telah diterapkan ke dalam jemaah Ikhwan dan menegakkan syariat Islam adalah matlamat mereka yang tidak berbelah bahagi.

Seolah-olah telah menjadi seperti sebuah takdir apabila sebuah pertubuhan yang cuba memperjuangkan agama Islam pasti akan mendapat tentangan dari kerajaan yang memerintah, begitulah juga dengan apa yang terjadi diantara pemerintah Mesir dan Al Ikhwan. Penulis telah menceritakan peristiwa hitam jemaah Al Ikhwan termasuk dirinya sendiri apabila ditangkap oleh pemerintah dan diseksa dengan zalim sekali. Namun jemaah Al Ikhwan yang tidak pernah gentar pada makhluk melainkan pada Allah semata-mata telah menjadikan penjara sebagai tempat untuk meningkatkan iman mereka pada Allah. Mereka berusaha mengamalkan sunnah Nabi SAW walaupun dalam keadaan yang paling sukar.

Buku ini secara umumnya memberikan sedikit sebanyak idea berkenaan perjuangan dan matlamat Al Ikhwan. Pada masa yang sama juga, penulis juga menceritakan pengalaman berdakwah, melanjutkan pelajaran dan pengalaman ditangkap penguasa sepanjang penglibatannya bersama Al Ikhwan. Buku ini sarat dengan pengajaran yang diperolehi penulis sebagai orang yang pernah mengalaminya sendiri. Bagaimana apabila seorang manusia yang membawa dakwah Islam kepada masyarakat, maka cubaan dan dugaan yang hebat pasti akan ikut serta. Kebijaksanaan dan intelek penulis dapat kita rasai dari gaya penulisan yang berhikmah. Semoga Malaysia juga melahirkan ramai lagi ulama seperti Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi. InsyaAllah

Tuesday, July 19, 2011

Kena usik

1
Dah sebulan lebih jugak rasanya aku dan wife duduk berjauhan. Dah sebulan lebih la jugak life aku macam tunggang-langgang sikit. Pi kerja tak nampak matahari, balik kerja pun tak nampak matahari. Saja nak menyibukkan diri dengan aktiviti agar masa cepat berlalu pergi. Boring duduk sorang-sorang nie.

Bila duduk sorang-sorang, adalah kawan yang mengusik suruh kita tambah "cawangan". Bahasa mudahnya, disarankan agar aku kawin lagi satu. Untuk pengetahuan, memang sesuatu yang normal bila kaum lelaki bergurau begitu. Sama ada topik tuh diambil serius atau tidak, itu perkara nombor 2 tapi sepanjang pengalaman aku..memang joke kawin lagi satu nie cukup popular.

Waktu aku kat China dulu, topik perbincangan pun hampir sama. Mula-mula memang perbualan mengenai keindahan negara China dan Malaysia. 10 minit kemudian, cerita pasal perempuan pun akan mula dibicarakan. Teringat aku pada satu perbualan dengan drebar teksi kat Hangzhou, dia cakap kalau lelaki kat China takdak perempuan simpanan..lelaki tuh dikira macam tak cukup jantan lagi la. So, dia sarankan aku cari satu perempuan simpanan kat China tapi make sure wife aku kat Malaysia tak tahu. Baru best dia katanya.

Aku cakap kat dia, Malaysia lagi best. Kat Malaysia, lelaki boleh kawin 4 dan tak perlu sembunyi-sembunyi dari pengetahuan isteri siap semua boleh tinggal serumah lagi. Terkejut badak drebar teksi tuh dengar cakap aku. Dia tanya apsal boleh jadi camtu. Aku cakap sebab agama Islam yang aku anuti nie menghalalkan lelaki kawin 4. Dia cakap, lepas nie dia nak duduk kat Malaysia dan jadi orang Islam. Gelak besar kami dalam kereta lepas tuh.

Islam itu lengkap. Allah tahu itulah yang bermain-main dalam hati orang lelaki dan dengan rahmat dia yang Maha Kaya, Dia halalkan seorang lelaki untuk kawin lebih dari satu selagi mampu. Tidak ada yang teraniaya pun dalam sistem yang Allah kenakan ke atas kita. Hanya kita sahaja yang berperasangka tak elok. Tengoklah pada contoh orang China tadi, kerajaan dia tak bagi dia kawin lebih dari satu. Akhirnya dia memilih untuk memiliki perempuan simpanan. Tanpa ada ikatan yang sah, lelaki tuh boleh menzalimi perempuan tuh bila-bila masa sahaja. Bila-bila sahaja boleh kena tinggal dan kalau kena tinggal pun, lelaki tadi tak terikat dengan mana undang-undang pun untuk memberi nafkah atau sebagainya. Kan ke zalim namanya tuh.

Masalah yang melanda lelaki sekarang nie ialah, terlalu banyak dugaan yang kuat di luar sana. Wanita dah macam tak pakai baju pun banyak kat Malaysia nie. Benda-benda maksiat pulak sangat senang didapati. Hari-hari nafsu lelaki diuji dan diuji. Asal celik je mata, mesti nampak aurat perempuan. Dalam tv, majalah, suratkhabar, internet, office, LRT, tol...macam-macam. Mustahil seorang lelaki akan sentiasa cemerlang dalam setiap ujian tuh, pasti ada jugak hari yang dia tewas. Sebab itu kalau kita selalu ikuti pengajaran feqah di masjid-masjid atau surau-surau, banyak ditekankan tentang pentingnya peranan isteri dalam melayan suami.  Isteri perlu bersedia sentiasa untuk suami tercinta. Sangat banyak hadis nabi yang menyentuh tentang hak isteri pada suami. 

Bukannya isu "isteri perlu benarkan suami kawin lain" yang aku nak utarakan cumanya, aku cuba nak rungkai perkara positif yang ada dari isu nie. Supaya kita sama-sama yakin akan hikmah ketentuan Ilahi ini. Semoga kita tak emosional sehingga terlupa kita nie adalah seorang muslim/muslimah. Mungkin bila minda kita terbuka, kita mampu dengar apa yang disampaikan oleh orang-orang yang sedang dan pernah melalui kehidupan bermadu mengikut syariat suatu hari nanti.

Aku tak tahu nak conclude macam mana....yang pasti, Islam is way of life.

Thursday, July 14, 2011

Nothing Much (part 14)

0
Malas nak menulis pasal perhimpunan Bersih. Bosan mendengar fitnah TV3. Kawan-kawan pun semua jadi panas. Tak membantu dari aspek perpaduan langsung. Biarlah aku layan gambar anak aku jer...

Thursday, July 7, 2011

Kesian kat Iman

0
Minggu lepas anak saudara Huda yang umur 3 bulan admitted dekat Hospital Selayang. Dah seminggu lebih dah kena demam campak tapi minggu lepas demam dia panas sangat. Lepas tuh pulak, penyakit campak dia dah lain macam pun ada. Bila admitted kat Hospital, doktor cakap Iman dah kena jangkitan kuman. Jadi, rawatannya ialah dengan menggunakan antibiotik laaa..aku pun bukannya paham sangat nak cerita sampai detail. Nanti dah semua clear nanti, boleh huraikan lagi.

Hari nak masukkan gambar Iman yang tengah sakit jer kat dalam blog. Nak jadikan sebagai record. Teringat waktu Hazwan kena sakit kulit waktu umur dia seminggu. Hazwan menangis tak berenti-henti sampailah dia tertidur sebab letih menangis. Sedih sungguh tengok Hazwan waktu tuh, sampaikan Aki dia bernazar nak sembelih kambing kalau Hazwan sihat. Alhamdulillah, akhirnya Hazwan pulih seperti sediakala.

Sejak dari tuh, aku jadi sensitif kalau ada budak-budak kecik kena sakit apa-apa. Same case with Iman la nie tapi Iman tak menangis sangat. Walaupun suhu badan dia dah cecah 40degree tapi dia cuma menangis sebab nak susu dan sebab-sebab yang lazim bagi baby la. Kuat sungguh Iman nie.
Semoga Iman capat sembuh.

Tuesday, July 5, 2011

It's official..!

1
Dah...minggu lepas dah daftar dah nama baby. Secara rasminya, nama baby kami kali ini ialah Tajul Husaini bin Tajul Adli.

Tajul Husaini membawa maksud Mahkota Kebaikanku. Aku memang particular sikit berkenaan nama nie. Kalau boleh, biarlah nama yang mudah agar kawan-kawan dia tak perlu beri gelaran lain selain dari nama dia sendiri. Nama yang membawa maksud kemulian, InsyaAllah akan memberikan kemuliaan ke atas empunya nama. Hakikat ini diperakui oleh Ibnul Qayyim. Katanya: “Kebanyakan orang-orang yang hina, nama mereka munasabah dengan diri mereka. Dan kebanyakan orang-orang mulia dan tinggi, nama mereka sesuai dengan diri mereka”.

Asalnya aku berhajat kepada nama seperti Tajul Hafiy, Tajul Helmi atau Tajul Hakim. Tapi bila wife aku mengusulkan Husaini, dan disokong pulak oleh ayah aku sendiri..aku rasa itulah yang terbaik. Biarlah dimasa depan nanti orang panggil dia dengan nama Husain sama seperti nama cucu Nabi Muhammad SAW yang syahid di Karbala. Moga keyakinan dia dan usaha dia atas agama adalah sehebat Saidina Husain, cucu Nabi. InsyaAllah.

Baju warna kuning

0
Susah betul sekarang nie. Bukannya boleh nak pakai baju kuning suka-suka hati. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap. Kerajaan kita beri tanggapan, sesiapa yang pakai baju kuning mensti ada kaitan dengan perhimpunan Bersih, 9hb Julai nie.

Pakai baju hijau pun dianggap salah jugak. Sama dengan warna parti pembangkang katanya. Kesian la kat penyokong-penyokong bola Kedah. Hijau tak boleh nak pakai, kuning pun tak boleh nak pakai. Nasib baik aku sokong Springhill FC jer...Aku ada satu idea nak buat t-shirt untuk perhimpunan Bersih kali nie. Haaa...nie design dia.

Amacam, boleh jual tak agak-agak..?

Perhimpunan Bersih nie cuma nak menyerahkan memorandum kepada Agong sahaja tapi pihak kerajaan telah cuba mengaitkan perhimpunan ini sebagai salah satu tindakan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan secara paksa. Muhyiddin Yassin memang tak berselindung lagi dengan dakyah nie. Aku tak tahu mana dia dapat info yang terlalu menyeleweng nie. Bagi aku, tuduhan nie memang keterlaluan.

Agong juga telah bertitah agar rakyat mengelakkan perhimpunan yang boleh membawa kepada ketidaktenteraman negara. Mungkin info yang diperolehi oleh Agong kita hanya datang dari sebelah pihak menyebabkan pandangan dia seakan tidak adil. Tapi bila Agong dah bertitah tuh, aku rasa pihak penganjur perhimpunan Bersih kena ambik serius jugak la. Ketua-ketua parti yang bakal terlibat pun akan nampak berwibawa jika mereka mengarahkan penyokong-penyokong mereka menghormati titah Agong.

Bagi aku, perhimpunan Bersih nie membawa kebaikan kepada seluruh rakyat Malaysia jugak. Mereka cuba menyampaikan hasrat rakyat Malaysia kepada Agong agar SPR kita lebih telus dan amanah dalam kerja mereka. Bukan kita tak tahu kerjasama taktik kotor antara SPR dan BN dalam membantu BN agar terus berkuasa cuma kita tak dapat nak buktikan sahaja. Jadi, amatlah besar harapan kita agar SPR tidak memihak kepada sesiapa sahaja dalam setiap pilihanraya negara.

Aku rasa macam nak join sebab mesti banyak menda yang aku boleh jadikan subject dalam gambar-gambar aku. Tapi bila aku fikirkan balik, naya pulak aku kalau tak pasal-pasal kena sembur dengan water canon. Habis camera kesayangan aku kang. Itu je la yang aku ada pun.

Kalau jadi perhimpunan Bersih 2.0 kali ini, aku ucapkan selamat berjaya dalam misi anda. Teringat pulak aku pada perhimpunan Bersih yang pertama dahulu bila Pak Lah kata dalam TV “saya pantang dicabar”…hehehe..Memang silap la cakap macam tuh. Tapi yang paling best nya bila menantu dia menyamakan orang yang berdemontrasi nie macam beruk (ker kera, tak ingat dah aku). Lagi la brutal menantu dia tuh. Sudahnya jatuh jugak...

Kepada semua yang bakal menghadiri perhimpunan Bersih 2.0, teruskanlah cita-cita korang kalau benar korang buat nie kerana Dia. Tapi kalau disebabkan nak turut nafsu, aku nak ingatkan…berhimpun untuk solat 5 waktu berjemaah itulah yang terlebih baik lagi untuk didahului dari mana-mana perhimpunan. Semoga sama-sama kita menjaga niat kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...