Showing posts with label Book review. Show all posts
Showing posts with label Book review. Show all posts
Tuesday, June 9, 2015
Musa vs Firaun - Amanullah Halim
0Buku yang bertajuk Musa vs Firaun dikarang oleh saudara Amanullah Halim. Beliau adalah penulis kepada satu lagi buku berjudul Isa Putra Maryam dalam Injil dan Al-Quran.
Buku ini, sebagaimana tajuknya mengulas tentang kisah Nabi Musa AS menentang Firaun yang zalim sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran. Walaupun dikenali sebagai kisah (Al-Quran menyebutkan sebagai 'kisah' dan bukannya 'sirah' atau 'sejarah' dsb) bukanlah cerita-cerita kosong dan dusta. Bahkan, bukanlah kisah-kisah dalam Al-Quran ini bertujuan untuk menyalahi fakta-fakta sejarah. Kegagalan manusia untuk mengenalpasti perkara terperinci dari kisah-kisah Al-Quran ini adalah disebabkan kekurangan diri kita sendiri. Mungkin, perkara terperinci itu dapat dikenalpasti dimasa hadapan apabila lagi banyak teknologi moden yang mampu untuk merungkai persoalan-persoalan tersebut. Untuk setakat ini, kita beriman dengan kenyataan Al-Quran yang hak.
Kisah Nabi Musa AS ini, banyak sekali terdapat dalam Al-Quran dan tercatat di dalam banyak surah. Berlainan dengan kisah Nabi Yusuf AS, peristiwanya hanya terdapat dalam satu surah sahaja iaitu Surah Yusuf. Antara sebab mengapa terjadi begini adalah ianya menjadi sumber motivasi kepada Nabi Muhammad SAW.
Nabi Musa AS hidup lama dikalangan kaumnya dan memimpin mereka keluar dari negeri yang menzalimi mereka. Nabi Muhammad SAW juga memimpin kaumnya dan melarikan diri dari kaumnya yang zalim. Nabi Musa AS menghadapi kerenah yang pelbagai dari kaumnya dan begitu juga Nabi Muhammad SAW. Nabi Musa AS juga diperintahkan bersama kaumnya untuk berperang begitu juga dengan Nabi Muhammad SAW. Cuma lagi Nabi Musa AS tidak memerintah sebagaimana Nabi Muhammad SAW kerana kaum Nabi Musa AS menolak untuk berperang.
Kembali semula kepada penerangan tentang buku ini. Berdasarkan kisah-kisah di dalam Al-Quran berkaitan Nabi Musa AS, rekod-rekod dari Old Testament (Perjanjian Lama) serta fakta-fakta sejarah, penulis merungkai perkara penting seperti siapakah yang dikenali sebagai Firaun, tokoh pembesar-pembesar yang dikaitkan dengan Firaun dan juga lokasi-lokasi perpindahan Bani Israel sepanjang mereka sesat di Semenanjung Sinai setelah mendurhakai Allah dengan enggan berperang.
Buku ini ditulis dengan bahasa yang mudah. Sesuai untuk dibaca oleh orang seperti saya yang ada minat tentang sejarah dan Bani Israel. Buku ini secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada pembaca tentang rekod-rekod Old Testament dan juga fakta sejarah sebelu, semasa dan selepas peristiwa besar Nabi Musa AS dan Firaun.
Ada banyak maklumat di dalam buku yang kecil ini. Terpulanglah pada pembaca untuk membina hubungkait dan analisis yang kritikal dengan menggunakan maklumat-maklumat tersebut. Tahniah kepada penulis kerana karyanya yang baik ini.
Monday, February 4, 2013
Himpunan Kisah Benar Tapi Pelik - Dr. Hj. Zahazan Mohamed
0Buku ini adalah sebuah karya Dr. Hj. Zahazan Mohamed yang memuatkan kisah-kisah benar tetapi luarbiasa yang tercatat pada kitab-kitab sejarah yang muktabar. Kisah-kisah yang dikumpulkan ini dapat dijadikan iktibar untuk membantu menginsafkan para pembaca.
Sepertimana yang tertera pada kulit hadapan buku ini, objektif penghasilannya adalah bertujuan untuk mendidik ummah dengan cerita-cerita benar dari sumber yang boleh dipercayai. Berdakwah menggunakan cerita-cerita yang relevan ini, adalah salah satu cara yang digunakan oleh Allah di dalam kitab Al-Quran untuk menerangkan kepada manusia tentang Islam. Justeru, teknik ini juga dijadikan panduan oleh para pendakwah sebagai mencontohi pendekatan Al-Quran
Keterbatasan pemikiran manusia untuk mentafsir perkara luar jangkaan akal merupakan kelebihan besar kepada para nabi Allah yang diutuskan untuk berdakwah kepada umatnya yang ingkar. Mukjizat yang dikurniakan kepada para nabi adalah perkara ajaib yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana individu. Perkara inilah yang menjadi bukti dan ayat kebesaran Allah diatas semua makhluk. Ianya juga membenarkan dakwah para nabi yang diutuskan oleh-Nya.
Buku ini sangat sesuai dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sebagai sebuah santapan rohani dan renungan untuk pembaca. Pengolahan dan penggunaan ayat yang mudah banyak membantu dari segi pemahaman pembacaan. Menghayati kandungannya membuatkan pembaca merenungi kebesaran Allah SWT.
Semoga usaha Dr. Hj. Zahazan dan Telaga Biru untuk memartabatkan Islam diberkati oleh-Nya. Sama-samalah kita miliki buku ini sebagai pengisian dan koleksi yang baik. InsyaAllah.
Tuesday, January 15, 2013
Bukan Susah Nak Faham - Zahiruddin Zabidi
3Buku ini adalah sebuah bacaan mudah dan ringan yang membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan pegangan agama Islam. Terdapat himpunan kisah-kisah menarik (tamsilan) yang dikongsi sebagai analogi mudah untuk menyampaikan konsep Tuhan, Negara Islam, Aurat, Solat dan berbagai lagi. Kaedah bercerita adalah kaedah dakwah yang mesra dan seringkali digunakan sebagai medium untuk menyampaikan nasihat dan tauladan yang berguna.
Buku ini ditulis oleh Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, seorang yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pemuda Persatuan Ulama Malaysia (PUM). Didalam bahagian pendahuluan, beliau menyatakan bahawa cerita-cerita ini banyak dikutip dari majlis-majlis ilmu yang dihadiri beliau. Analogi yang indah dan padat dengan maksud ini, akhirnya diterjemahkan ke dalam bentuk buku untuk dikongsikan bersama masyarakat Islam yang lain.
Semoga usaha dakwah ini diperbanyakkan lagi dimasa hadapan. InsyaAllah.
P/S : Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi juga boleh diikuti di www.kalamkhalifah.com
Friday, October 12, 2012
Anakku Brain Tumor - Isyah Radhiah Idris
0
Penghasilan buku ini tercetus hasil daripada pengalaman sebenar penulis yang berhadapan dengan dugaan getir apabila anak ketiganya disahkan memiliki tumour otak yang boleh membawa maut. Peristiwa ini baru sahaja berlaku iaitu pada pertengahan tahun 2010. Penulis adalah isteri kepada penyanyi kumpulan nasyid terkenal tanahair iaitu Che Amran "Raihan". Seorang personaliti nasyid yang juga terkenal kerana senyumannya.
Buku ini ditulis sebagai medium untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan tumour otak. Bagaimana mengenalinya, simptom-simptomnya, cara perubatan hospital, cara perubatan alternatif dan kebaikan menjaga makanan yang halal dan baik sejak dari awal usia. Satu perkongsian maklumat yang sangat berguna kepada sesiapa yang membacanya.
Buku ini ditulis dengan begitu terperinci sekali. Membacanya seolah-olah membaca sebuah diari kehidupan yang dibukukan. Kisah yang dikongsikan, mengungkap kembali detik-detik awal sebelum tumour otak itu dikesan dan tanda-tandanya. Kemudian, penulis berkongsi kemelut apabila terpaksa membuat pilihan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa anaknya dalam keadaan masa yang amat suntuk. Setiap saat yang terbuang, memberikan kesan kesihatan yang ketara kepada anaknya.
Buku ini amat memberikan inspirasi kepada sesiapa yang membacanya. Walau siapa pun kita di muka bumi ini, kita pasti akan diuji oleh-Nya. Tidak ada kejayaan tanpa ujian. Setiap orang akan diuji sekadar kemampuan dirinya sendiri. Kitalah yang memilih sama ada untuk berjaya atau untuk gagal dalam ujian tersebut.
Didalam buku ini juga sarat tercatat pelbagai amalan dan doa-doa yang dikongsi oleh penulis untuk pembaca secara tidak langsung, menjadi medium dakwah yang sangat berkesan. Terdapat juga gambar-gambar keluarga yang dilampirkan sebagai tambahan maklumat kepada pembaca.
Semoga kisah benar ini menjadi iktibar dan panduan kepada kita yang masih lagi dikurniakan nikmat kesihatan tubuh badan. InsyaAllah..
Thursday, October 11, 2012
Al-Raheeq Al-Makhtum - Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri.
0Buku ini adalah berkenaan sirah Nabi Muhammad SAW hasil karya seorang tokoh ulama terkenal bernama Shaikh Sofiy Al-Rahman Al-Mubarakfuri dari Universiti al-Salafiah, India. Buku ini telah pun dipilih sebagai pemenang anugerah "Sayembara Pengkajian Sirah Rasulullah (s.a.w)" yang dianjurkan oleh Rabitah al-Alam al-Islami.
Penulis telah pun mengguna pakai kaedah yang unik dan tersendiri didalam menghuraikan sejarah Nabi Muhammad SAW. Segala maklumat telah pun dirangka dalam bentuk yang sederhana dan tepat. Dalam masa yang sama, penulis mengelak daripada menggunakan huraian yang panjang dan membosankan agar objektif penulisan tercapai dengan berkesan. Buku ini mengambil pendekatan menghuraikan kehidupan Nabi Muhammad SAW mengikut kronologi sejarah. Turutan peristiwa penting yang berlaku satu-persatu akhirnya memudahkan pembaca memahami dan menjiwai perjuangan murni Nabi Muhammad SAW. Secara asasnya, buku ini mampu membantu setiap pelajar atau pengkaji sejarah untuk mencapai tujuannya.
Siap ditulis pada tahun 1976 dan diterjemahkan dalam bahasa Melayu pada tahun 2000 oleh Muhammad Darus Senawi Ali dari Madrasah Ibn Khaldun al-Thanawiyyah, Jalan Kebun, Klang. Penterjemahannya sangat baik sekaligus memudahkan pembaca bahasa Melayu menghadam isi kandungannya.
Semoga lebih banyak lagi usaha menterjemakan kitab-kitab agama sebegini demi perkembangan agama Islam yang syumul. Semoga kita lebih memahami dan mengenali kehidupan Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan teladan dan pedoman sepanjang hidup di muka bumi. InsyaAllah.
Monday, September 17, 2012
Di Hamparan Shamrock Kuseru Nama-Mu - Hasrizal Abdul Jamil
0Pada awal penulisan buku-buku Hasrizal Abdul Jamil, banyak menyentuh berkenaan isu muda-mudi yang bercinta, pra-perkahwinan dan kemudian pasca-perkahwinan itu sendiri. Dalam menyampaikan dakwah serta nasihat dalam membina kehidupan keluarga yang bahagia, beliau juga tidak terlepas dari menerima kritikan dari pembaca yang langsung tidak berlandaskan fakta. Seringkali kritikan itu menyatakan bahawa perjalanan kehidupan Hasrizal Abdul Jamil ini adalah sempurna dari awalnya.
Justeru Di Hamparan Shamrock KuSeru Nama-Mu ini, memuatkan suka-duka perjalanan kehidupan penulis sepanjang berada di London, Belfast, Galway dan seluruh pelusuk United Kingdom. Biasiswa pngajian yang digantung semasa di Jordan kerana fitnah telah benar-benar memberi kesan kepada kewangan penulis sehingga memamaksanya untuk berhjrah ke London. Di London, penulis bekerja sebagai pencuci pinggan di Malaysian Hall Canteen, London dimana penulis bertemu dengan berbagai ragam orang-orang Malaysia dan pelajarnya di sana. Cabaran dakwah di London menjadi lebih rumit dengan kehadiran fahaman syiah dikalangan pelajar-pelajar Malaysia.
Selain itu, penulis juga mencatatkan kehidupan beliau di dalam penjara HM Prison, Greenock kerana berada di London melebihi tempoh yang dibenarkan. Kehidupan di penjara itu telah memberikan ruang untuk penulis merenung dirinya sendiri sedalam-dalamnya.
Rentetan penulis diteruskan dengan catatan kehidupannya sebagai Imam dan President Belfast Islamic Centre. Walaupun Islam adalah minoriti di Belfast namun mazhab, cara pemikiran dan latar belakang penganutnya adalah pelbagai. Pertimbangan untuk mencari jalan tengah didalam mengimbangi semua cabang pemikiran ini demi dakwah Islam telah menemukan beliau dengan pelbagai cabaran baru pula. Banyak sekali pengalaman yang dikutip di Belfast yang dikongsi bersama pembaca. Seperti juga kebanyakkan manusia yang lain, penulis juga pastinya tidak akan terlepas daripada peraturan sebuah kehidupan yang akan menguji manusia dengan keresahan dan kepayahan.
Pengalaman-pengalaman yang banyak dan berguna ini banyak dikongsi oleh penulis bersama pembaca didalam buku-buku tulisannya. Pengalaman kehidupan yang lalu telah membentuk jatidiri beliau sebagai pendakwah yang disegani. Dakwah Islam menjadi semakin kuat dengan adanya bentuk dakwah yang kreatif seperti apa dipraktikkan oleh Ustaz Hasrizal ini. Hasilnya golongan muda-mudi menjadi cenderung untuk mendekati Islam itu sejak dari awal lagi. Syabas Ustaz Hasrizal.
Friday, September 7, 2012
Rabbaniyyin Bukan Ramadaniyyin - Al Qaradhawiy
0Judul asal buku ini adalah Khutbah Asy Syeikh Yusuf Al-Qaradhawiy, Nafahat Al-Jumaat, Jadilah Rabbaniyyin Bukan Ramadaniyyin. Karya asalnya telah pun diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia oleh Muhammad Dzulhilman Bin Roslan.
Menjadi perkara yang amat lazim bagi kebanyakkan umat Islam (termasuklah saya) apabila tibanya bulan Ramadan, kita berusaha melipat gandakan amalan kita. Solat berjemaahnya dijaga setiap waktu, Al-Quran dibaca sekerap yang mungkin, sedekah bertambah, solat sunat hampir setiap malam, qiamullail dan pelbagai lagi amalan akan cuba diusahakan sebanyak mungkin. Segala-galanya dilakukan untuk mengejar ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT didalam bulan yang berkat ini.
Namun motivasi untuk beramal ini akhirnya berlalu pergi bersama perginya Ramadan pada saban tahun. Kebanyakkan kita (termasuklah saya) kembali menjadi seperti sediakala dan meninggalkan amalan yang diusahakan dalam bulan Ramadan. Sedangkan usaha kita untuk mencari redha Allah SWT adalah sepanjang masa, bukannya bermusim-musim seperti yang sedang berlaku sekarang ini. Jika kita hanya mengharapkan Ramadan untuk memburu pahala, maka jadilah kita Ramadaniyyin. Tapi kita sebenarnya dituntut untuk menjadi Rabbabniyyin, bukan Ramadaniyyin.
Justeru, bagaimana kita boleh mengekalkan motivasi diri untuk terus istiqomah dengan amalan kita demi mencari redha-Nya.
Inilah yang dibincang dan dibicarakan oleh Asy Syeikh Yusuf Al-Qaradhawiy didalam khutbahnya. Buku ini mencantumkan ajakan untuk berusaha melakukan amalan baik disepanjang bulan Ramadan. Soalan-soalan yang dilontarkan oleh Asy Syeikh Yusuf Al-Qaradawiy didalam khutbahnya cuba membangkitkan rasa kehambaan pada Allah SWT dan sekaligus cuba mendidik pembaca agar sentiasa mengharapkan keredhaan dari-Nya. Bersama-sama dengan berita gembira berkenaan pahala yang berlipat kali ganda, buku ini juga memperingatkan tentang hakikat ibadat kita yang terlalu sedikit berbanding dengan kemurahan-Nya. Kita selalu mengatakan didalam diri kita bahawa kita beribadat dengan banyak sekali padahal yang sebenarnya, Allah jualah yang Maha Pemurah dan Maha Pangampun diatas segala kekurangan dan kesombongan ibadat kita.
Dalam buku ini juga, Asy Syeikh Yusuf Al-Qaradawiy mengingatkan kita tentang pentingnya untuk terus istiqomah dengan amalan kita seperti yang kita lakukan dalam bulan Ramadan. Inilah bentuk jihad dalam diri yang perlu diteruskan untuk menjamin kesinambungan iman yang tinggi kepada-Nya. Kita berusaha dengan sebaik mungkin dan kita juga berusaha menambahkan ilmu agar iman terus mantap. Namun jangan kita lupa untuk terus berdoa kepada-Nya agar melunakkan hati kita dalam usaha kita mencari redha-Nya. Kerana kita mahu menjadi Rabbaniyyin, bukannya Ramadaniyyin.
Wednesday, August 8, 2012
Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna
1Buku Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna ini adalah buku Indonesia yang diterjemahkan semula ke dalam bahasa Malaysia. Penulis asalnya adalah Muhammad Lili Nur Aulia dan diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia oleh Rohayah Ismail.
Ketokohan Imam Hassan Al-Banna dalam sejarah dakwah Islam moden telah berjaya mendirikan asas gerakan dakwah Islam yang terkenal iaitu al-Ikhwan al-Muslimin yang akhirnya mengilhami gerakan dakwah Islam seluruh dunia. Pelbagai gelaran yang digunakan untuk menggambarkan ketokohan beliau antaranya adalah mujahid, murabbi, imam, as-syahid, da'i dan berbagai lagi, Sekaligus menggambarkan betapa dunia Islam benar-benar mengakui akan kebenaran dakwahnya.
Dilahirkan pada tahun 1906 dan meninggal tahun 1949 pada usia 43 tahun, Hayatnya sangat singkat kerana hidup di dalam bumi Mesir yang sedang bergolak ketika itu. Syahid pada tahun 1949 akibat tembakan peluru, beliau telah meninggalkan gagasan dakwah Islam yang sangat mengagumkan. Diantara pelapis-pelapis hebat yang hadir dalam bacaan dan pengetahuan kita adalah pemikir dan ulama' besar Dr. Qaradhawy, Syed Qutb, Muhammad Qutb, Musytafa Mansyur, Dr. Said M.Ramadhan, Dr. Said Ramadhan al-Buthi, Said Hawwa, Abdullah Nasih "Ulwan, Dr. Mushtafa as-Siba'i dan ramai lagi. Daripada mereka, kita juga memperolehi ilmu berguna yang menjadi rujukan sepanjang zaman.
Sungguh besar jasa Imam Hassan Al-Banna namun pengetahuan kita berkenaan diri beliau amatlah sedikit sekali. Buku ini cuba untuk mencungkil teladan dari rumah Imam Hassan Al-Banna sebagai ayah untuk dijadikan panduan kepada yang bekeluarga. Tanggungjawab yang digalas oleh penulis untuk mengingatkan kepada masyarakat bahawa tanggungjawab mendidik anak tidaklah hanya terletak dibahu ibu sahaja.
Buku ini membawa idea yang sangat penting dalam mendidik keluarga. Bahawa tidak ada pemisahan antara mendidik keluarga dan dakwah. Imam Hassan Al-Banna yang meletakkan dasar pergerakkan dakwah moden telah memberikan contoh bahawa keluargalah orang yang paling hampir terkesan dengan nilai dakwah itu.
Rujukan paling utama buku ini adalah anak-anak Imam Hassan Al-Banna sendiri. Disebabkan Imam Hassan Al-Banna meninggal dalam usia yang muda, menyebabkan penulis berhadapan dengan keterbatasan mendapatkan rujukan. Anak-anak Imam Hassan Al-Banna hanya sempat merasai nikmat kasih-sayang seorang bapa paling lama 15 tahun sahaja. Sehinggalah nyawa beliau direnggut dalam satu konspirasi yang berakhir dengan syahidnya beliau.
Al-Mathurat adalah himpunan doa-doa Nabi yang disusun oleh Imam Hassan Al-Banna. Sehingga hari ini, ramai orang mengamalkan membaca al-mathurat kerana kebaikan doa-doa tersebut. Sungguh beruntung Imam Hassan Al-Banna kerana pahala beliau berterusan walaupun beliau telah lama meninggalkan kita semua. Semoga dengan memiliki buku ini, kita boleh mencontohi Imam Hassan Al-Banna dan akhirnya diharapakan kita mampu melahirkan anak-anak yang cemerlang dalam semua perkara. InsyaAllah...
Friday, June 29, 2012
Tafsir Al-Quran - Surah-surah pilihan
0
Buku tafsir Al-Quran ini ditulis oleh Tuan Guru Nik Abdul
Aziz bin Nik Mat. Buku ini menghuraikan tafsiran tentang surah-surah amalan
yang dihafal oleh kebanyakkan umat Islam. Keenam-enam surah pilihan tersebut
merupakan surah daripada juzuk terkahir Al-Quran. Surah-surah ini banyak sekali
mengajak manusia berfikir tentang kekuasaan Allah melaui ciptaanNya yang
sempurna. Surah-surah ini juga banyak member peringatan tentang kedatangan hari
kiamat serta janji Allah kepada hamba-hambaNya yang redha dan kufur.
Penulis telah menghuraikan tafsiran surah-surah ini dengan
menggunakan nas-nas dari jumhur ulamak. Penulis juga mengaitkan fakta-fakta
dari Al-Quran dengan keadaan semasa menunjukkan Al-Quran itu relevan setiap
masa. Cara penghuraiannya adalah mudah difahami oleh rata-rata orang awam namun
dalam masa yang sama, memberi input baru kepada yang telah mengetahui
tafsirannya.
Alhamdulillah, hati menjadi lapang apabila kita mampu memahami
kandungan buku ini. Kemudiannya, hati menjadi semakin lapang tatkala kita
membaca surah ini sambil kita juga memahami maksud-maksudnya yang tersurat dan
tersirat. Semoga Allah merahmati usaha penulis yang istiqomah dalam perjuangan
dakwahnya. Saya doakan juga semoga beliau panjang umur serta sihat tubuh badan
untuk terus menyebarkan ilmu agama ini demi Islam. Allahuakbar…
Wednesday, May 16, 2012
The Malay Dilemma - Mahathir bin Mohamad
0Buku ini ditulis pada tahun 1970 sewaktu Tun Mahathir bin Mohamad belum lagi menjadi perdana menteri Malaysia. Ketika itu, beliau telah dibuang dari menjadi ahli UMNO dan pada masa yang sama juga, peristiwa 13 Mei baru setahun berlaku.
Seperti tajuknya, buku ini menghuraikan masalah orang-orang Melayu di tanah air sendiri melalui kacamata penulis. Kajian yang dibentangkan adalah lebih kepada bentuk permerhatian yang teliti dan terperinci namun bukanlah bersandarkan fakta yang mutlak. Secara tidak langsungnya, terdapat 2 bahagian penting dalam buku ini. Bahagian pertama yang merupakan 90% isi buku ini, membicarakan perkara-perkara di dalam Malaysia. Bahagian keduanya pula membicarakan hubungan Malaysia dan Singapura. Umumnya, kedua-dua bahagian ini membicarakan hubungan orang Melayu dan orang Cina yang tinggal di kedua-dua negara.
Buku bermula dengan membicarakan tentang punca-punca masalah yang menimbulkan ketegangan kaum pada 13 Mei 1969. Kemudian, pengaruh keturunan dan suasana ke atas sikap orang Melayu, masalah ekonomi, maksud kesamarataan kaum, asas perpaduan kebangsaan, penyelesaian dan dilemma, kod etika, sistem nilai serta politik dan parti orang Melayu. Semua ini dihuraikan dengan mengambil kira hubung kaitnya dengan kaum Cina di Malaysia. Kemudian, pada bahagian kedua pula, penulis menghuraikan tentang dinginnya hubungan Malaysia-Singapura disebabkan sikap pemimpin Singapura yang memandang rendah pada Malaysia. Walaupun bahagian kedua ini ringkas sahaja namun kandungannya padat.
Buku ini bukanlah buku yang asing pada rakyat Malaysia. Buku yang dianggap kontroversi ini telah mendapat liputan yang sangat meluas dan dibaca oleh ramai pengkaji politik negara Malaysia. Dari buku ini, kita dapat memahami pemikiran dan pendirian Dr. Mahathir bin Mohamad. Bagu beliau, tujuan buku ini ditulis bukanlah untuk mencetuskan kontroversi, namun penulisan buku ini adalah perlu untuk menyedarkan orang Melayu dan pada masa yang sama mahu agar orang-orang Cina memahami masalah orang Melayu.
Buku ini, aku pinjam dari makcik aku. Buku nie aku bawak datang ke China. Walhal, makcik aku sendiri tak pernah sampai lagi kat sini. Secara jujurnya, jikalau aku dapat menguasai separuh sahaja bahasa Inggeris seperti Dr. Mahathir nie, aku rasa dah cukup bagus dah. Anyway, it was a good reading and good for thinking. Tak pasti sama ada isu buku ini masih lagi relevan atau tidak.
Tuesday, April 17, 2012
Bercinta Sampai Ke Syurga-Hasrizal Abd Jamil
0Buku ini adalah kesinambungan daripada buku yang berjudul "Aku Terima Nikahnya" yang merupakan buku motivasi popular yang menjulang nama penulisnya hingga terkenal. Nama Ustaz Hasrizal bukanlah nama yang asing lagi di Malaysia bahkan beliau sangat dikenali melalui blognya saifulislam.com.
Sesuai dengan kesinambungannya daripada buku yang pertaman, buku "Bercinta Sampai Ke Syurga" ini banyak berkisar kepada perbincangan mengenai hal berumahtangga. Buku ini bermotifkan motivasi, namun dalam pada masa yang sama cuba menyedarkan kita agar berfikir secara matang dalam mengharungi kehidupan berumahtangga. Soalan-soalan yang diajukan dalam beberapa bab-bab tertentu mampu membuatkan kita terfikir sejenak mengenai diri kita dan keluarga kita. Kita membaca, berfikir dan menyelami diri kita sendiri. Semuanya dilakukan semasa kita membaca buku ini.
Ustaz Hasrizal lebih mudah untuk menjadikan keluarga beliau sendiri sebagai contoh yang hampir kepada realiti. Hakikat yang beliau juga adalah manusia biasa, mempunyai kerjaya dan mempunyai masalah tersendiri telah pun dikongsi bersama rakan pembaca untuk memberikan kefahaman yang lebih diatas apa yang dibincangkan. Secara tidak langsung, memberitahu kepada kita bahawa pengalaman yang beliau kongsikan itulah sebenarnya yang membentuk siapa beliau pada hari ini. Pengalaman berharga yang dikongsi bersama pembaca.
Buku ini sangat sesuai untuk segenap lapisan masyrakat kerana bahasanya yang mudah dan isinya yang relevan dengan setiap orang yang mempunyai keluarga. Pembaca yang tidak memiliki buku yang pertama iaitu "Aku Terima Nikahnya" tidak mempunyai masalah untuk membaca buku "Bercinta Sampai Ke Syurga" ini. Bahkan, buku pertama adalah merujuk kepada perkara yang menyediakan kehidupan keluarga yang barakah, dan buku yang kedua ini adalah mengenai perbincangan mempertahankan barakah itu hingga ke syurga.
Semoga Ustaz Hasrizal terus-terusan berdakwah dengan cara yang unik ini. Kita memerlukan bimbingan dari bijak pandai agama dalam segala hal termasuklah hal bercinta sesama manusia. Warna-warni dunia dakwah kini semakin berseri dengan cara dakwah yang segar dan berinovasi. Allah jua yang membalas pengorbanan Ustaz dalam setiap perkara yang dilakukan.
Thursday, December 1, 2011
Wafatnya Rasulullah SAW, Suksesi Sepeninggal Beliau di Saqifah
0
Buku ini merupakan tulisan seorang pengkaji dari Indonesia mengenai peristiwa yang berlaku sejurus kewafatan Nabi Muhammad SAW dan peristiwa-peristiwa yang bersangkutan dengan Khalifah awal yang empat. Buku ini sebenarnya tidak mendapat kelulusan untuk dijual di dalam Malaysia namun kita masih lagi boleh mendapatkan softcopy dari internet. Sila klik disini
Seperti yang kita ketahui, golongan Syiah mengatakan yang Saidina Ali KWH adalah selayaknya menjadi khalifah yang pertama, bukannya Saidina Abu Bakar RA. Buku ini ditulis sebagai menegakkan kenyataan golongan Syiah ini. Ditulis dengan gaya penulisan akademik yang memuatkan rujukan, hadis dan fakta membuatkan buku ini secara lahiriahnya mempunyai kekuatan dan hujahnya tersendiri.
Kandungan buku ini diteruskan lagi dengan penjelasan-penjelasan mengenai pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Uthman Al-Affan. Selanjutnya, sejarah yang melibatkan beberapa orang sahabat dan tidak ketinggalan juga Ummul Mukminin Saidatina Aisyah RA.
Terima kasih kepada yang sudi mengesyorkan buku ini kepada aku namun secara peribadinya, aku terpaksa menolak kandungan buku ini sama ada separuh ataupun kebanyakkan darinya. Aku mendapati :-
- buku ini tidak menulis sejarah "in the true sense". Terlalu banyak pendapat penulis dilontarkan yang bersulam dengan fakta sehingga tidak dapat kita bezakan yang mana fakta sejarah dan yang mana pendapat penulis.
- rujukan-rujukannya ada yang meragukan
- penafsiran hadis dilakukan sambil lewa dan hanya bertujuan untuk memenuhi teori penulis
- penulis banyak membesar-besarkan perkara yang kecil (exaggerated)
- perbahasannya longgar dan lebih banyak pertuduhan dari bukti
Walaupun aku tidak mempunyai keupayaan untuk menyemak setiap rujukan yang dinyatakan dalam buku ini, aku rasa aku masih mampu untuk mematahkan beberapa hujah Dr O Hashem berkenaan kandungannya. Secara peribadinya, aku menolak kandungan-kandungan dalam buku ini.
Friday, October 28, 2011
Akhirnya Ku Temui Kebenaran - Dr Ahmad Tijani
1
Wife aku cakap, "kalau nak beli buku lepas nie, jangan lupa belikan almari buku sekali. Mesin jahit tuh bukannya tempat letak buku yea". Selari dengan seruan ini, aku beralih daripada membeli buku kepada meminjam buku. Jadinya, ini adalah buku pinjam, bukan buku aku. Hehehehe...
Buku ini adalah buku yang diterjemahkan dari bahasa arab ke bahasa melayu. Buku asalnya berjudul "summa ihtaditu" telah diterjemahkan oleh Kumpulan Pengajian Islam UIA pada tahun 1995. Namun pada tahun 1996, buku ini telah pun diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana mematuhi arahan ini. sila klik
Buku ini menceritakan tentang perjalanan ilmu Dr Ahmad Tijani sendiri. Bermula dengan latar belakang kehidupan zaman kecil Dr Ahmad Tijani yang berada dikalangan keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran Islam. Amalan penduduk Qafsah yang berada di utara Afrika itu, amat kuat berpegang kepada amalan tarekat. Bahkan, nama Tijani sendiri adalah nama kumpulan tarekat yang agak berpengaruh di utara Afrika. Kesan dari kehidupan dan amalan bertarekat ini telah membuatkan penduduk Islam di sana hidup didalam suasana perpecahan. Masing-masing mendakwa bahawa amalan merekalah yang terlebih mulia berbanding amalan tarekat yang lain.
Dr Ahmad Tijani yang merupakan seorang kanak-kanak yang pintar dan berkebolehan pada waktu itu telah menjadi sandaran kelauarga dan penduduk kampungnya untuk mengembangkan tarekat Tijani. Beliau yang mampu menghafal Quran pada usia yang amat muda dan sangat luas ilmu pengetahuannya telah mendapat sanjungan dan penghormatan dari masyarakat sekeliling.
Namun pada sebuah perjalanan ilmu yang membawanya ke Mekah telah memperkenalkannya kepada kumpulan Wahabi. Dalam pandangan golongan Wahabi, amalan Islam adalah mudah dan menganggap tarekat salah kerana amalan itu bukan amalan Nabi. Penemuan ini membuatkan Dr Ahmad Tijani berada dalam kekeliruan kerana padanya, pendapat Wahabi ada kebenarannya. Namun pada masa yang sama, tingkah laku golongan Wahabi yang kasar membuatkannya mulai mencari kebenaran.
Pada satu perjalanan ilmu yang lain, beliau bertemu dengan seorang syiah. Pertemuan ini telah membawanya meneroka lebih jauh berkenaan golongan syiah yang diketahuinya sejak dari kecil lagi bahawa golongan ini adalah sesat. Kajian demi kajian diikuti perbincangan dan soal jawab telah membawanya kepada perkara yang dicari selama ini. Iaitu kebenaran.
Buku ini sangat menarik untuk dibaca. Sayangnya, buku ini tidak lagi berada di pasaran Malaysia.
Thursday, July 28, 2011
Studies on Musical Diversity - Methodological Approach
0
Aku beli buku baru tapi aku tak sure macam mana nak tulis review pasal buku nie. Sungguh padat isi dia. Upload gambar ja la..
Saturday, July 23, 2011
Aku dan Al Ikhwan Al Muslimun
0Buku ini dikarang oleh seorang ulama kontemporari zaman ini, Prof. Dr. Yusur Al Qaradhawi. Asal naskahnya adalah dalam bahasa arab kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Buku yang berada dalam gambar di atas adalah terjemahan dari bahasa Melayu Indonesia ke bahasa Melayu Malaysia.
Buku ini mengisahkan pengalaman penulis sejak dari awal penglibatan beliau bersama Al Ikhwan Al Muslimun. Sejak dari muda lagi, beliau telah aktif dalam menjalankan dakwah bersama Al Ikhwan. Pada masa yang sama juga, beliau merupakan penuntut di Universiti Al Azhar menggambarkan pada kita bahawa berpolitik dan belajar pada masa yang sama adalah tidak mustahil. Dapat difahami dari buku ini bahawa Al Ikhwan telah membentuk sebahagian besar keperibadian beliau sebagai seorang Muslim yang baik. Ini dapat difahami apabila pertubuhan Al Ikwan ini dianggotai oleh pejuang-pejuang agama yang hidup mereka berjalan diatas sunnah Nabi SAW. Ilmu yang sama telah diterapkan ke dalam jemaah Ikhwan dan menegakkan syariat Islam adalah matlamat mereka yang tidak berbelah bahagi.
Seolah-olah telah menjadi seperti sebuah takdir apabila sebuah pertubuhan yang cuba memperjuangkan agama Islam pasti akan mendapat tentangan dari kerajaan yang memerintah, begitulah juga dengan apa yang terjadi diantara pemerintah Mesir dan Al Ikhwan. Penulis telah menceritakan peristiwa hitam jemaah Al Ikhwan termasuk dirinya sendiri apabila ditangkap oleh pemerintah dan diseksa dengan zalim sekali. Namun jemaah Al Ikhwan yang tidak pernah gentar pada makhluk melainkan pada Allah semata-mata telah menjadikan penjara sebagai tempat untuk meningkatkan iman mereka pada Allah. Mereka berusaha mengamalkan sunnah Nabi SAW walaupun dalam keadaan yang paling sukar.
Buku ini secara umumnya memberikan sedikit sebanyak idea berkenaan perjuangan dan matlamat Al Ikhwan. Pada masa yang sama juga, penulis juga menceritakan pengalaman berdakwah, melanjutkan pelajaran dan pengalaman ditangkap penguasa sepanjang penglibatannya bersama Al Ikhwan. Buku ini sarat dengan pengajaran yang diperolehi penulis sebagai orang yang pernah mengalaminya sendiri. Bagaimana apabila seorang manusia yang membawa dakwah Islam kepada masyarakat, maka cubaan dan dugaan yang hebat pasti akan ikut serta. Kebijaksanaan dan intelek penulis dapat kita rasai dari gaya penulisan yang berhikmah. Semoga Malaysia juga melahirkan ramai lagi ulama seperti Prof. Dr. Yusuf Al Qaradhawi. InsyaAllah
Wednesday, May 11, 2011
Imam Syafie - Pejuang Kebenaran
0Kebiasaannya, apabila aku selesai membaca buku yang agak berat isi kandungannya, aku akan susuli dengan bacaan baru dari buku yang agak ringan isi kandungannya. Dalam hal ini, aku selalu mencari karya-karya Abdul Latip Talib. Ini kerana, beliau menyajikan sebuah karya yang santai namun berlatar-belakangkan kisah benar malahan bermanfaat pula untuk ditelaah. Karya beliau banyak berkisar kepada tokoh-tokoh penting dalam sejarah Islam. Sesuai dibaca oleh semua peringkat umur.
Berkenaan dengan ulasan buku ini, nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Beliau dikenali dengan nama Syafie sempena mengambil nama datuknya yang dikatakan mirip kepada rupanya. Wajah datuknya pula dikatakan mirip kepada wajah Nabi Muhammah SAW.
Sejak dari kecil lagi sudah tampak kehebatannya sebagai seorang yang bijak pandai dalam agama. Pada umur 9 tahun, beliau sudah mampu menghafal Al-Quran. Pada umur 10 tahun pula, beliau sudah mampu menghafal kitab Al-Muwatta' karangan Imam Malik. Pada umur 15 tahun, beliau sudah mengajar dan mampu memberi fatwa di Masjidil Haram. Walaupun begitu, cintanya kepada ilmu membuatkannya mengembara ke serata tempat untuk berguru dengan tokoh-tokoh agama yang hebat. Antara gurunya ialah Imam Malik sendiri.
Kegigihannya belajar dan mengajar ilmu kepada masyarakat menyebabkannya menerima sanjungan yang tinggi. Anak muridnya bertebaran di seluruh bumi. Antara anak muridnya yang terkenal ialah Ahmad bin Hanbal atau lebih dikenali sebagai Imam Hanbali. Tidak hanya mengajar di masjid-masjid, beliau juga menulis buku-buku yang kebanyakkannya menjadi rujukan hingga ke hari ini. Sungguh besar sekali sumbangan beliau kepada agama Islam.
Buku ini mengisahkan liku-liku hidupnya didalam menuntut dan menyebarkan ilmu. Sebagai orang yang berpegang kepada mazhab Syafie, amatlah baik sekiranya kita mengenali imam kita dengan lebih dekat lagi malalui buku ini.
Monday, May 2, 2011
Dialog Sunnah Syi'ah
0Buku asalnya dalam bahasa arab telah mencapai cetakan yang ke-20 dan berjudul Al-Muraja'at. Buku ini merupakan surat-menyurat yang berlaku antara seorang ulama besar dari kelompok Ahlus Sunnah iaitu , Asy-Salim al-Bisyri , rektor al-Azhar pada masa hidupnya dan seorang ulama Syi'ah Lebanon, al-Imam as-Sayyid Abdul Hussain Syarafuddin yang bersambung salasilah keturunannya dengan Rasulullah SAW. Perbincangan ini berlaku di Universiti al-Azhar pada tahun 1329H namun kedua-dua ulama ini melakukan perbicangan dengan gaya menulis surat, bukannya bedebat secara bersemuka. Hasilnya, dapatlah kita ikuti dari surat pertama hinggalah surat yang ke-112 dalam buku ini dengan jelas. Sungguh berbeza cara orang yang berilmu tinggi dengan yang berilmu biasa.
Dialog ini wujud kerana kedua-dua ulama ini bersusah hati melihat kepincangan umat Islam yang semakin meruncing disebabkan perbezaan yang kecil. Tidak pernah wujud antara kedua-duanya untuk mencari siapa yang menang dan siapa yang kalah tapi kebenaranlah yang ingin dicari. Ini jelas seperti apa yang ditulis oleh Reaktor al-Azhar , asy-Syaikhul Imam Salim al-Bisyri di dalam salah satu suratnya
"....Sesungguhnya, saya tidak lebih dari orang yang ingin menyelidiki sesuatu yang berharga yang selama ini telah hilang dan demi mencari kebenaran. Dan bila nanti kebenaran itu yang tampak bagiku, itulah yang lebih layak diikuti"
Hakikatnya, perbezaan pokok antara Sunnah dan Syi'ah terletak pada persoalan tokoh pengganti Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin umat dibidang pemerintahan mahupun bidang keagamaan. Selebihnya, perbezaan yang wujud hanyalah kepada perkara-perkara yang melibatkan penafsiran dan penetapan hukum yang sepatutnya tidak perlu sampai menimbulkan sikap saling membenci, mencaci bahkan saling mengkafirkan.
Justeru, dialog ini berkisar kepada hujah-hujah Syi'ah yang menganut mazhab Ahlul Bait dan alasan mengapa mereka berbuat demikian. Sungguh, isi kandungan buku ini amat menyegarkan minda dan sangat menarik. Cara dialog yang penuh hikmah dan hujah-hujah yang kuat, sangat-sangat membantu dalam merungkai punca perbalahan yang berpanjangan ini. Semoga kebenaran yang kita carikan itu dapat menyatukan hati-hati umat Islam yang selama ini berpecah-belah kerana perkara yang sedikit. InysaAllah.
Surah Al-Fath, ayat 29
Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya...................
Sunday, March 27, 2011
Abu Ubaidah - Penakluk Parsi
0
Beliau adalah Amir bin Abdillah bin Jarrah Al Fihry Al Quraisy atau lebih dikenali sebagai Abu Ubaidah Al Jarrah. Merupakan antara orang yang mula-mula memeluk Islam dan merupakan antara 10 sahabat Nabi yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT.
Kualitinya sebagai seorang sahabat yang mulia dapat kita selusuri daripada hadis Nabi sendiri yang maksudnya "Tiap-tiap umat ada orang yang memegang amanah dan pemegang amanah umat ini ialah Abu Ubaidah Al Jarrah". Oleh kerana itulah, beliau mendapat gelaran Pemegang Amanah Umat ini. Banyak sekali hadi-hadis Nabi diriwayatkan oleh Abu Ubaidah Al Jarrah. Pengorbanan beliau dalam Islam amatlah tinggi. Walaupun berusaha untuk mengelak daripada memerangai ayahnya sendiri di dalam Perang Uhud, beliau akhirnya terpaksa membunuh ayahnya kerana mempertahankan Islam. Allah telah mengubati kesedihan hati beliau apabila turun ayat Al-Quran yang bermaksud :
Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.” (Al Mujadalah ayat 22)
Abu Ubaidah Al Jarrah mengikuti semua peperangan bersama Nabi. Pengalaman perangnya yang luas, telah diteruskan selepas kewafatan Nabi apabila berganding bahu dengan sahabat-sahabat lain seperti Khalid Al Walid, Muaz bin Jabal dan Amru Al-As dalam memerangi tentera Rom yang menguasai Baitulmuqaddis. Hal ini tidak lain hanyalah atas perintah Khalifah pada waktu itu iaitu Khalifah Umar Al Khattab. Khalifah Umar Al Khattab pula, hanyalah meneruskan rancangan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan Islam ke seluruh tanah Arab.
Pada ketika tentera Rom hanya bertahan di kubu terakhir di Baitulmuqaddis, tentera Islam telah nekad untuk mengepungi kubu tentera Rom walaupun pada waktu itu cuaca sangat sejuk dan menyukarkan. Paderi mereka menyarankan agar Rom menyerah kalah kerana kitab mereka telah meramalkan yang Baitulmuqaddis akan dibuka oleh seorang Arab. Tetapi perwatakan Abu Ubaidah tidak sama dengan ramalan mereka. Rupa-rupanya, orang yang dimaksudkan itu adalah Khalifah Umar Al-Khattab sendiri. Maka pergilah Saidina Umar Al-Khattab ke Baitulmuqaddis dari Madinah dengan memakai baju yang compang-camping dan hanya ditemani oleh pembantunya sahaja menaiki seekor unta. Mereka berdua bergilir-gilir menaiki unta tersebut. Kebetulan apabila sampai di Kota Baitulmuqaddis, giliran pembantunya pula menaiki unta. Paderi yang melihat kejadian itu akhirnya menyerah kalah kepada Islam kerana kejadian yang berlaku itu adalah serupa seperti apa yang tercatat dalam kitab mereka. Hinggakan jumlah tampalan pakaian juga adalah sama seperti ramalan.
Abu Ubaidah Al Jarrah dilantik menjadi pemimpin di Syam. Walaupun menjadi pemimpin, beliau memilih zuhud sebagai cara hidupnya hinggakan Saidina Umar Al Khattab sendiri menangis kerana melihat kehidupannya Abu Ubaidah yang sangat sederhana. Akhirnya pada satu ketika apabila negeri Syam dilanda wabak taun yang hebat, Abu Ubaidah Al Jarrah meninggal dunia kerana terkena jangkitan taun. Pernah Saidina Umar Al Khattab bercita-cita untuk melantik Abu Ubaidah sebagai Khalifah selepas dirinya namun Allah lebih mengetahui dan lebih hebat perancanganNya.

Thursday, March 17, 2011
Allah is Calling
3
Alhamdulillah, kali ini bukan setakat buku sahaja tapi sangat bertuah kerana dapat berjumpa, berjabat tangan dan mendapat tandatangan daripada penulisnya sendiri.
Tidak seperti tajuknya yang berbahasa Inggeris, buku ini sebenarnya ditulis dengan menggunakan Bahasa Malaysia. Secara kesuluruhannya, buku ini terbahagi kepada 2 bahagian.
Pada bahagian pertama, Ustaz Zainudin menyajikan kisah-kisah insan hebat dari barat yang mendapat hidayah dari Allah. Dalam keadaan Islam mendapat gambaran yang negatif dan miskin di mata orang-orang barat, tidak ada sesuatu pun yang memaksa mereka untuk memeluk Islam melainkan Allah jualah yang telah memberikan hidayah kepada mereka. Sungguh menakjubkan apabila insan-insan barat yang dipaparkan ini bukanlah insan kebanyakkan melainkan insan-insan yang mempunyai pengaruh yang hebat di negara-negara mereka. Antara insan-insan ini adalah Leopold Weiss, seorang Yahudi yang menjadi duta Poland dan Yvonne Ridley, seorang wartawan terkenal di Britain.
Pada bahagian yang kedua pula, Ustaz Zainudin telah membincangkan tentang analisis global berkenaan perkembangan Islam diseluruh dunia. Analisis juga ada membincangkan tentang masalah-masalah dasar berat sebelah yang dialami oleh umat Islam seluruh dunia dibawah pemerintahan orang bukan Islam. Analisis ini dapat membuka mata pembaca yang seringkali hanya mendapat liputan media massa yang menyembunyikan perkara-perkara sebenar dari pengetahuan dunia.
Buku ini dapat dijadikan sumber motivasi bagi kita agar bersyukur kerana dilahirkan dalam Islam. Informasi yang diberikan juga adalah amat berguna supaya kita enjadi lebih peka dengan apa yang berlaku dalam dunia sekarang ini.

Gambar Ustaz Zainudin dalam salah satu sessi ceramahnya
Saturday, February 26, 2011
Salahuddin Ayubi - Penakluk Jurusalem
0
Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, atau Saladin menurut panggilan orang Barat, lahir pada tahun 543H/1138M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140km dari kota Baghdad.
Semasa kecilnya, beliau mendapat pendidikan ilmu ketenteraan dan agama dari bapa saudaranya, Asaddudin Shirkuwah seorang panglima perang. Apabila dewasa, Salahuddin Al-Ayubi bekerja sebagai tentera dalam pasukan tentera berkuda Sultan Al-Malik Nuruddin, Sultan Aleppo.
Kemudian beliau diperintahkan ke Mesir untuk membantu Sultan Mesir menghadapi tentangan pemberontak dalam negeri. Mesir pada ketika itu berada dibawah pemerintahan Kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Kejayaannya mengembalikan keamanan di Mesir telah menjadi titik tolak perubahan kehidupannya sehinggalah beliau dilantik menjadi Sultan Mesir walaupun beliau bermazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
Semasa kecilnya tidak ada langsung tanda-tanda yang beliau akan menjadi seorang yang hebat suatu hari nanti. Perpindahannya ke Mesir telah menjadi titik perubahan yang penting dalam hidup beliau. Beliau yakin Allah telah memberi tanggungjawab kepadanya untuk menakluk Baitulmaqdis. Disebabkan keyakinan yang tinggi ini, menjadikan beliau hanya berminat untuk berbicara soal jihad dijalan Allah sahaja. Beliau mencontohi Nabi didalam perjuangan dan menyeru tenteranya juga begitu. Tahajjud, puasa dan zuhud adalah amalan yang menjadi kehidupannya. Menakluk Baitulmaqdis adalah komitmennya.
Pada ketika tentera salib menguasai Baitulmaqdis, tentera Kristian telah membunuh puluhan ribu penduduk dari agama Islam dan Yahudi sewaktu penaklukkan mereka. Sejarah mencatatkan, penduduk yang tidak bersenjata dibunuh dari pagi hingga ke lewat malam. Kezaliman ini mendapat kutukan dari umat Islam malahan dari sejarawan Kristian sendiri. Sepanjang pemerintahan tentera salib juga, mereka selalu menganggu pedagang Islam yang ingin ke Madinah atau Mekah dan mereka juga membunuh jemaah Islam yang ingin menunaikan Haji ke Mekah. Kemuncak kepada kezaliman iti, tentera salib yang dikepalai oleh Raynald of Chatillon ingin pula menyerang Mekah dan Madinah. Perkara ini telah menyebabkan semangat tentera Islam berkobar-kobar kerana inginkan jihad dijalan Allah.
Maka terjadilah peperangan yang sangat terkenal dalam sejarah dikenali sebagai Peperangan Hittin (Bettle of Hattin) di antara tentera Islam melawan tentera Salib. Di dalam peperangan itu, tentera Islam telah berjaya mengalahkan tentera Salib. Kekalahan ini menyebakan tentera salib ketakutan kerana khuatir jikalau tentera Islam memperlakukan sama seperti apa yang mereka lakukan apabila menakluk Baitulmaqdis dahulu. Sebaliknya, tentera Islam telah menunjukkan sifat kasih-sayang yang jauh berbeza dari tentera Salib. Tidak kedengaran langsung orang-orang Kristian diperlakukan dengan tidak baik. Tentera Islam tidak langsung membalas dendam diatas kejahatan tentera Salib dahulu bahkan memberi jaminan keselamatan ke atas orang-orang awam dan tentera yang meyerah kalah. Malahan Sultan Salahuddin Al-Ayubi membenarkan penganut semua agama bersembahyang di tempat suci mereka pada keesokan harinya.
Dalam satu peperangan terhadap tentera salib yang dipimpin oleh Raja Richard (Richard the Lion Heart), Raja Richard telah jatuh sakit. Sultan Salahuddin Al-Ayubi telah mengirimkan buah-buahan segar, air sejuk serta doktor untuk merawat Raja Richard. Terharu dengan perbuatan baik ini Raja Richard lalu menandatangani perjanjian damai bertarikh 1 September 1192 antara tentera salib dan tentera Islam..
Walaupun Sultan Salahuddin cintakan jihad namun wafatnya beliau bukanlah di medan perang. Beliau pulang ke rahmahtullah pada 16 Safar 598H bersamaan Mac 1193 pada usia 55 tahun kerana sakit. Jasadnya dikebumikan di Damsyik, Syria. Walaupun menjadi Sultan, harta yang tinggal sewaktu kewafatan beliau tidak cukup untuk membiayai urusan jenazah beliau sendiri.
Semoga setiap dari kita bercita-cita untuk menjadi seperti Sultan Salahuddin Al-Ayubi.

Subscribe to:
Posts (Atom)