Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Monday, March 26, 2018

Lama tak pergi bercuti

0
     Cerita minggu lepas la nie. Minggu lepas cuti sekolah seminggu. Memang ada intention nak bawak anak-anak bercuti pun. Sejak masuk tahun 2018 nie, hampir tiap-tiap minggu aku ke UPM. Hal PhD dah masuk ke bahagian puncak dan kritikal jugak sekarang nie. Maka, kena la berkorban sedikit. Tapi takpa la, aku jugak yang pilih jalan nie. Alang-alang menyeluk pekasam, baik belasah sampai ke pangkal lengan bak kata orang. Jadinya, memang tak sempat nak bawak anak-anak jalan mana-mana time hujung minggu. Boleh perasan la dari riak muka sorang-sorang macam zombie pun ada. Hahahaha....so, memang cuti sekolah kali ini kami plan bawak anak-anak berjalan tempat adventure sikit.

     Cuti kali ini kami sekeluarga ke Pulau Perhentian. Bukan takat sekeluarga, bahkan 3 keluarga sekaligus. Penuh satu bot dari Jeti Kuala Besut tuh family kami sahaja. Kami lepak 3 hari 2 malam di Pulau Perhentian. Asalnya, keluarga Along cuma nak lepak satu malam sahaja sebab mereka membayangkan tak banyak aktiviti nak dibuat kat atas pulau. But the moment they steps their foots on the island, they suddenly changed their mind and follow our plan instead. Hahaha...what sort of island that able to change people's decision so quickly...

     Last sekali aku datang ke Pulau Perhentian nie waktu tahun 2003. Pergi dengan geng-geng bujang yang aku kenal dari tempat kerja dan kawan-kawan outdoor dari team UTP. Waktu tuh, kami sempat layan candat sotong sekali. Yang aku ingat, tempat kami lepak tuh memang simple sangat. Macam chalet kat Pantai Chenang Langkawi waktu tahun 1997 dahulu...Tapi air laut dia sangat jernih dan pantai sangat bersih. Sebab tuh aku bercita-cita nak datang lagi ke Pulau Perhentian.

     Tahun 2018 direzekikan dapat datang semula bersama family. Memang air laut yang jernih masih seperti dahulu. Cuma lagi pulau dia dah banyak sangat berbeza. Banyak dah resort yang cantik-cantik dan kelas-kelas dah terpacak ditepi-tepi pantai Pulau Perhentian...kemajuan menjadikan Pulau Perhentian ini semakin dikenali para pengunjung.

On the way pusing pulau

Seronok sangat la bebudak

warm up


     Asalnya, aku plan nak amik package sebab mengenangkan banyak family nak ikut sama. Dalam package yang banyak kita jumpa dalam internet tuh, ada termasuk sekali package untuk makan yang disekalikan dengan resort. Bila sampai bab makan nie, aku jadi particular sikit takut-takut kedai makan tuh ada serve arak jugak. Dalam usaha dok mencari resort yang tak syubhah dari internet, baru aku sedar yang pencarian aku nie bukanlah pencarian yang mudah. Resort kat Pulau Perhentian nie tak beroperasi sepanjang tahun. Bila musim tengkujuh, resort akan tutup. Bila musim tengkujuh berakhir, resort selalunya cepat habis. Mujurlah ada adik ipar aku yang memang sampai berkerja pun masih lagi menetap di kampung. Kawan-kawan dia memang ramai dan contact dia memang luas. Dari dia la kami dapat contact bot untuk ke Pulau dan segala aktiviti snorkeling, pusing pulau dsb. Honestly, hal ini sangat membantu dalam mengurangkan kos logistic kami 3 family.

Baru nak turun snorkeling

coral baru nak tumbuh balik lepas tengkujuh

semua bergayut kat mama

abah plak amik turn ngasuh...hahaha

 sekejap ja muka dah rentung


     Kami duduk di Barat Perhentian. Tempatnya cantik dan menenangkan tapi pantainya banyak batu karang membuatkan aktiviti berenang menjadi kurang. Silap aku jugak waktu pilih resort tuh. Konon nak cari resort yang restorannya tak syubhah. Penyudahnya, setitik air pun tak minum dari restoran tuh. Air mineral dah harga satu USD tuh...malas nak layan. Tapi selain dari pantai yang banyak batu karang tuh, yang lain memang takdak masalah. Mungkin sebab Pulau Perhentian dah ada kincir angin dan panel solar yang membekalkan elektrik membuatkan banyak resort-resort nie mampu menyediakan aircond, water pump, TV dsb untuk tempoh 24 jam....dulu pakai kipas saja. Pastu, cuma boleh bukak pada waktu malam sahaja...dah maju dah Pulau Perhentian.

Bot bergerak dalam kumpulan

 Kat Shark Point kot nie...shark takdak pun waktu kami sampai tuh

wife aku ngan adik beradik dia


     Banyak aktiviti snorkeling kat sini. Bukan taknak join aktiviti scuba diving, cumanya tak sesuai dengan anak-anak kecik. Bot memang pandai bawak berjalan agar aktiviti di pulau dipenuhi. Dari pagi sampai ke petang, bot akan bawak sampai 5 tempat-tempat menarik untuk snorkeling, berenang, tengok penyu dsb sehinggalah kami penat. Bila balik ke resot jam 3petang tuh, memang terbongkang la dalam bilik. Hahahaha...

Kat panel solar nie...macam tinggi tapi tak penat sangat hiking

Ikan makan roti. Ikan macam dah tahu kita datang bagi dia makan

Yaya nie, suka sangat main kucing

Haziq pulak, memang tak takut air

Husaini pun dah pandai berenang kat air dalam


     Rupa-rupanya bila musim tengkujuh, banyak batu karang boleh mati disebabkan ombak yang kuat. Ada kawasan yang kami lihat baru nak tumbuh balik batu karangnya, ada yang masih lagi mati dan ada jugak yang besar sampai kerajaan Terengganu terpaksa buat rumah api kecil bagi mengelakkan bot-bot dari lalu kat kawasan batu karang yang tinggi. Rasa-rasanya, kalau bulan Jun nanti...mesti batu karang nie semua dah tumbuh dengan banyaknya. Mesti lagi cantik.

Kat punca air tawar dalam atas pulau

Selfie ngan Hafiz sket

 Hafiz pun dah tak takut nak berenang jauh-jauh

Ingat kat Coral Bay ada coral...sekali takdak...hahahaha

Bila takdak coral tuh, kena buat ikan sendiri la pakai tangan...

Discuss ngan Abang Long kejap

Snorkeling kat rumah api

On the way balik dah kot nie

Mak Mertua pun suka gak main kucing

     Anak-anak seronok dapat berjalan-jalan di Pulau Perhentian. Diorang mandi bersungguh-sungguh sampai tak ingat tengahari atau petang. Nasib baik bagi pakai sunblock kalau tak, mengelupas la kulit jawabnya. Pulau Perhentian memang cantik, rasa memang nak datang lagi. Kami sempat mengelilingi pulau dan mengenali kawasan-kawasannya. Lepas nie, InsyaAllah...dah boleh agak kat mana pulak kami nak stay. Hehehehe....

     So, cuti dah abis....kita sambung kerja semula....wassalam. 

    

Friday, February 2, 2018

Sebulan di tahun 2018

0
     Dah masuk bulan Februari dah pun tahun 2018 nie. Baru la rasa dapat menulis blog sikit untuk dijadikan bacaan hari-hari kemudian nanti nie. Terasa cepat betul masa berlalu sekarang nie. Entah bila masa la anak-anak nie membesar tiba-tiba saja semua anak-anak aku dah masuk sekolah. Kalau dulu, tak payah tunggu cuti sekolah pun untuk kami berjalan ke mana-mana. Sekarang nie, memang bercuti bila ada cuti sekolah saja. Planning pulak kena buat 3 bulan sebelum cuti sekolah lagi untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar. Kami pun dah akhirnya menjadi sebahagian daripada budaya mainstream nie. Bercuti pada hari sekolah cuti. Segalanya kerana anak-anak dah besar belaka.

     Tahun 2018 nie, banyak jugak perubahan dalam rutin keluarga aku. Anak-anak yang berada disekolah rendah dah tak belajar disekolah kebangsaan lagi. Sebaliknya, semuanya aku tukarkan masuk sekolah tahfiz harian di Kulim nie. Kalau macam Husaini tuh rasanya tak terasa kejutan budaya sangat sebab tahun nie dia baru darjah satu. Tapi kesian kat Hafiz dan Hazwan, rutin dan subjek yang diorang belajar memang lain la berbanding sekolah lama dulu. Yang paling risau adalah Bahasa Arab...risau takut Hazwan dan Hafiz yang tak banyak fundamental pasal Bahasa Arab akan menghadapi masalah yang banyak kat sekolah barunya. So far pun, nampak struggle la jugak tapi, takdak la pulak dengar dari mulut diorang nak pindah sekolah ka atau apa-apa ka. Semoga diorang happy la dengan environment baru nie. Moga jadi anak-anak yang soleh hendaknya.

     Set lelaki semua. Even yang paling kecik pun dah besar dah ....alahai

 Haziq bila datang angin dia nak makan sayur

     Permulaan tahun 2018 nie, my best cousin kawen kat cyberjaya. Being the eldest in the family, parent dia memang meraikan betul-betul majlis perkahwinan nie. Habis semua mak sedara, pak sedara, orang kampung dan adik beradik dijemput hadir. Abah yang kat Alor Setar pun datang jugak dengan Yong ke Cyberjaya. Tak sangka Abah bersemangat sekali berjumpa dengan sanak-saudara. Walaupun Abah tak sihat, tapi keceriaan Abah jelas sangat terbayang pada muka dia. Lama betul agaknya tak berjumpa dengan sanak saudara. 

     Dalam majlis tuh, Hazwan jadi flower boy. Beriya betullah beli baju melayu sekali warna kelabu atas permintaan pengantin bagi mewujudkan keseragaman warna dalam majlis. Nampak gaya macam dah boleh budget tema warna untuk hari raya aidilfitri tahun nie. Hehehe.
    
     Mak Andam melayan Yaya dan Haziq

Anak dara kami

Yaya dengan kakak Marissa

Suka boleh berkawan dengan sepupu dia

Persembahan khas oleh Haziq

Husaini pun suka sangat boleh pakai spec mata gitu

 Huhuhu....macam diva la plak

 Inilah flower boy yang kena pakai baju kelabu tuh

Hehehe...suka betul bergambar la Husaini nie

     Majlis berjalan dengan lancar sekali. Makanan pun banyak dan sedap-sedap belaka. Lagu-lagu yang diputarkan bagai berbunyi sedang-sedang sahaja.Tidak terlalu bising sampai tak boleh kita nak bersembang dan tidak juga terlalu diam. Kiranya memang pandai la DJ tuh pilih lagu.

     Pastu pulak, dah selesai majlis di Cyberjaya....kami bergerak ke Kemaman pulak kerana melawat ayah saudara sebelah wife yang masuk ICU sebab jantung. Mujur sempat jugak kejar waktu melawat. Kesian pak saudara. Moga-moga menjadi peringatan kepada kita yang masih sihat nie agar tak mensia-siakan waktu yang ada.

     Selepas balik ke Kulim dalam seminggu, aku join group candat Kuala Kedah. Kiranya, naik bot jam 6 petang, candat sepanjang malam kemudian turun dari bot kat Kuala Kedah jam 7 atau 8 pagi keesokkannya. Dalam trip nie, saja aku bawak Hadi dan Hazwan teman aku. Sengaja bawak diorang sebab nak bagi rasa tidor atas bot. Risau jugak kalau mabuk laut tapi nak dijadikan cerita air laut tenang plak malam tuh. Macam memancing kat tasik pulak. Cuma lagi udara tengah laut sangat sejuk laa...dan, sotong pun tak banyak...aduyai

 Yang nie baru seminggu sekolah dah pandai melukis dah

 Mujur bot tak bergoyang. Kalau tak semayang duduk la jawabnya

Hadi dan hazwan dengan joran baru beli kat tepi tuh.

Hazwan dapat dulu sotong. Bagga dia

Nie sotong last yang kami dapat. Besar dari tapak tangan lagi lebar dia

     Jadilah, bawak anak-anak merasa pegi candat sotong. Kalau nak diikutkan, candat sotong kat Terengganu lagi best. Sotong dia lagi besar. Tapi dia punya ombak pun bukan calang-calang jugak. Silap gaya kita yang tak biasa nie, boleh hijau la jugak muka. Yang Terengganu tuh biarlah dulu...future plan rasanya. Hehehehe...can't wait for more wonderful things to happen in 2018...InsyaAllah.

Monday, November 20, 2017

Bertuahnya ada family

0
     Tetiba terjumpa gambar family dalam handphone wife. Gambar raya tahun nie kat kampung mertua. Alahai, sekejap ja masa dah berlalu. Lepas sorang, sorang anak membesar. Tak nak dah main kejar-kejar dengan abah. Hehehehe, sungguh....memang hari semalam tuh sangat jauh.

      

     Sebagai seorang ayah, aku rasa aku banyak buat salah kat anak-anak aku. Yang rasa menyesal sampai teringat-ingat sangat tuh adalah bila diri nie menghukum anak dengan kadar berlebihan. Kebanyakan dari kesalahan tuh bukannya salah besar pun tapi dah memang aku nie jenis kasar, kesian anak-anak jadinya. Malu dan menyesal sungguh rasanya bila dikenang-kenang semula.  

     Hikmah jugak sebenarnya apabila anak-anak nie jenis tak ingat rutin diorang. Kita kena ingatkan sentiasa dengan sabar. Akhirnya mengajar kita jadi orang yang sabar. Hikmahnya lagi bila dalam hal kena rotan dan sebagainya, anak-anak cepat melupakan dan tak ingat lalu dia tak menyimpan dendam dalam hati. Dan dalam banyak keadaan yang aku perhatikan, anak-anak jadi lebih hormat dengan hukuman yang dikenakan jika memang benar terbukti dia bersalah. 

     Aku cuba untuk mencontohi Nabi Muhammad SAW yang sangat baik perlakuannya dengan anak-anak kecil. Aku tak pernah melihat cara Nabi melayan anak-anak kecil bahkan Nabi pun aku tak pernah lihat, tapi dari pembacaan hadis dan penerangan-penerangan yang berkaitan, memang Nabi akan marah hanya apabila tersinggung dalam bab agama sahaja. Dalam bab lain, Nabi sangat berlapang dada.

     Moga kami semua yang berada dalam gambar ini dihiasi dengan adab mulia yang sama seperti Nabi Muhammad SAW....InsyaAllah

Friday, November 10, 2017

Mengharumkan nama sekolah

0
     Cerita dah lama dah nie, tapi baru sekarang terasa nak share dalam blog. Habuan bacaan anak-anak waktu dah besar nanti. Kejayaan yang manis harus dikenang untuk motivasi diri sendiri. Paling tidak pun, rasa yakin pada diri sendiri pun dah ok dah.

     Zaman kita kecil dulu, kita tak terdedah sangat dengan pelbagai pertandingan yang ada diluar sekolah. Mungkin sebab faktor maklumat tak sampai agaknya dan bukan zaman internet membuatkan kita hanya tahu perkara yang berlaku dalam sekolah sahaja. Kita tahu cikgu banyak berusaha menganjurkan pelbagai program disekolah yang melibatkan pelajar dan itu tak dapat dinafikan. Cuma lagi, bila dah sampai zaman teknologi maklumat nie, baru kita tahu yang rupa-rupanya, ada banyak lagi program luar dari sekolah yang boleh disertai oleh pelajar. Ibu bapa yang dulunya hanya mengharapkan program hasil usaha dari cikgu, kini boleh berusaha sendiri demi pembinaan sahsiah anak-anak. 

     Macam hebat pulak rasanya ayat-ayat dalam perenggan kat atas. Padahal point yang nak disampaikan adalah, Student sekolah dulu tak banyak exposure, tapi student sekarang dah banyak exposure. Itu ja pun. Hehehehe...

     Nak cerita pasal anak-anak aku yang bersekolah rendah di Kulim nie laa...Rasanya waktu duduk di Port Dickson dulu, kami tak kalut sangat tentang nak masukkan anak-anak dalam pelbagai program. Tapi bila datang kat Kulim nie, macam best pulak bila dapat pilihan yang pelbagai untuk pembelajaran anak-anak. 

     Asalnya masuk pertandingan inovasi. Cikgu-cikgu di sekolah pun tak tahu cerita sebabnya pakai masuk ikut suka ja. Nak jadi cerita, rupa-rupanya pertandingan tuh peringkat kebangsaan dan tetiba dapat pulak hadiah medal silver. Itu cerita tahun lepas. Tahun nie, tetiba Jabatan Pendidikan Negeri Kedah panggil untuk terima anugerah emas diatas pencapaian dalam pertandingan inovasi tersebut. Alhamdulillah, suka tengok anak-anak rasa bangga. Suka juga bila dapat mengharumkan nama sekolah. Sekolah anak-anak aku tuh, hanyalah sekolah biasa sahaja. Moga-moga dapat mengubah persepsi masyarakat tentang sekolah anak aku tuh. 

     Syukurlah, Kulim banyak merubah kami sekeluarga. Moga kami sentiasa ingat akan nikmat-nimatNya....

Muka ada senyum..hehehe

Pengetua yang bawak Hazwan dari Kulim ke IPDA Jitra.

Gambar-gambar ihsan dari handphone pengetua

Semoga mengikut resam padi. Makin tunduk makin berisi

Thursday, November 2, 2017

Hadiah darjah 6

0


      Cerita pasal Hadi pulak kali nie. Lama dah tak menulis pasal anak-anak. Sedar tak sedar, dah makin besar anak-anak semua. Termasuk la Hadi. Tahun nie dia dah darjah 6, baru ja abis amik UPSR. Memang tengah honeymoon betul budak tuh. Taknak baca buku langsung. 

     Pencapaian akademik Hadi nie kiranya biasa-biasa ja. Takdak la excellent macam Adi Putra yang genius mendahului kawan-kawan dia. Waktu time tadika / pra-sekolah dulu, Hadi nie antara murid yang terkedepan jugak. Tapi sejak balik dari China dulu, Hadi dah kurang sikit. Mungkin dia lost dengan method pembelajaran agaknya, tuh yang membuatkan dia jadi average saja. Kalau guide, boleh ja pun score tinggi-tinggi. Tapi tu la, aku nie garang sangat kalau mengajar anak. Sian pulak kalau dipikir-pikirkan.

     Sejak tukar sekolah di Kulim nie, Hadi tak pernah lagi naik kelas. Kelas nombor 3. Kalau exam pun, selalunya Hadi dapat nombor yang tak popular dalam lingkungan belasan dan awal puluhan. Aku dan isteri pulak, memang jenis tak menekan sangat. Asalkan dia mahu belajar dan usaha, tak kisah la sangat apa result pun. Bila tengok hari-hari tuisyen kat sekolah ditambah tuisyen kat luar lagi, aku pun jadi kesian jugak. Biarlah dia dapat nombor berapa pun, kami tetap sayangkan dia jugak. Wife aku siap bagi hadiah lagi.

     Tapi, periksa kat sekolah hujung tahun nie agak memeranjatkan jugak. Agaknya dah abis UPSR kot, jadi dia macam tak pressure. Tetiba jer dia score dalam peperiksaan sekolah. Entah macam mana, tetiba Hadi potong tang kona (bak kata orang Kedah). Habis semua dalam kelas tuh dia tapau. Dari dok dapat nombor awal 20-an, tetiba dapat nombor satu terus dalam kelas. Tak tahulah apa perasaan cikgu tapi seriously, kami nie sebagai parent boleh dikatakan bangga sungguh la dengan Hadi. Dalam pada tuh, rasa syukur jugak sebab, kami Hadi memang anak yang baik. Mudah sungguh berurusan dengan Hadi dan kami pun memang sayang kat anak-anak kami. Tapi, walau bagaimana sayang pun parent pada anak, kemanisan kejayaan tuh tetap tak boleh dibeli (antara perkara yang tak dapat dibeli la kiranya nie). Allah yang bagi. Dan sunatullah untuk kejayaan adalah usaha.

YB Sabrina yang bagi hadiah. YB pun cakap, awat darjah 6 kecik sangat? hehehehe

Dia yang paling cekap membaca dan menghafaz Al-Quran berbanding adik beradik lain, 
tapi dia takmau masuk sekolah agama ataupun sekolah tahfiz.

Gambar ngan kawan-kawan kat meja VIP waktu penyampaian hadiah


     Syukurlah Hadi merasa jugak beberapa kali merasa naik pentas menerima hadiah di sekolah. Moga hal ini membuahkan kejayaan yang lebih banyak lagi pada masa hadapan. Dan membuahkan kejayaan yang mutlak sebagai seorang mukmin di hadapan Penciptannya nanti...InsyaAllah

Thursday, October 26, 2017

Bandar Springhill yang diingati

0
     Aku ingat lagi yang kami sekeluarga asalnya menyewa sahaja di Bandar Springhill, Port Dickson nie. Mula menyewa sekitar penghujung tahun 2004 kami akhirnya membeli sebuah rumah baru berdekatan dengan rumah sewa kami tuh. Dalam penghujung tahun 2005, kami pun pindah ke rumah baru. Ingat lagi bapak mertua datang tolong cuci rumah dan macam-macam lagi sewaktu nak pindah tuh. Ibu mertua pun datang tolong buatkan kenduri house-warming. Ipar-duai pun datang untuk support.

     Memang tertulis agaknya rezeki anak sulung kami apabila malam kenduri house-warming tuh dan orang pun dah penuh rumah, tetiba tuh wife aku terpaksa dikejarkan ke hospital sebab bersalin anak sulung. Syukur dan gembira rasanya waktu tuh. Rumah baru, kejiranan pun ramah, adik-beradik pun ramai yang datang, dapat pulak cahaya mata. Subhanallah, tak terucap rasanya syukur kepada Maha Pencipta. Sungguh Dia Maha Pemurah.

     Itulah permulaan kisah bahagia kami di Port Dickson yang bermula tahun 2004 sehinggalah tahun 2015. Selama 11 tahun membina kejiranan Bandar Springhill yang kebanyakkannya terdiri dari orang-orang merantau. Hanya beberapa kerat sahaja yang cakap nogori. Sebab tuh sampai sekarang pun aku tak pandai cakap nogori. Tapi Bandar Springhill memang best. Mudah betul rasanya untuk berkerjasama dengan kejiranan di sana. Sehinggakan terasa jugak sedih bila kami berpindah pada tahun 2015.

     Bebaru nie kami ke Port Dickson atas urusan kerja wife. Mungkin sebab nama Port Dickson tuh menyebabkan kami sekeluarga teruja untuk pergi beramai-ramai. Kalau lain dari Port Dickson, mungkin lain pulak responnya. Yang sekolah, ponteng sekolah. Yang taska, tak pegi taska. Yang bekerja, amik jugak cuti berhari-hari. Sempat la jugak kami melawat kawan-kawan di Springhill. Alhamdulillah, Allah tunaikan hajat untuk kami bersolat jemaah di Surau Bandar Springhill. Tapi wajah Bandar Springhill dah lain.

     Ada diantara wajah-wajah yang aku kenal telah kembali ke rahmatullah. Yang masih tinggal pulak, semakin merosot kesihatannya. Yang masih menghadiri surau dari wajah yang aku kenal, dah mula ada jemaah yang bersolat di atas kerusi. Sedih pulak bila terkenangkan zaman-zaman nak naik dulu. Kalau dulu, ada sahaja jemaah bersidai di beranda surau sementara menunggu Isya'. Entah kenapa kali ini macam takdak orang pulak. Ada jemaah, tapi jemaah yang aku tak kenal. Orang-orang yang baru pindah agaknya.  Dari khabar-khabar orang, ada beberapa pulak penduduk Bandar Springhill yang tak sihat dan berada di Hospital atau sakit di rumah. Betapa masa merubah banyak perkara.

     Itulah Bandar Springhill yang kami pernah kenal satu ketika dahulu. Hari ini ia menjadi maju dalam wajah yang lain. Teringat kata-kata bos aku waktu kat Lotus dulu, seorang Scottish. It's not solely about the place, but people that actually make the place. Benarlah kata-kata dia tuh. Memang Bandar Springhill dan Lukut tuh takdak apa yang special sangat pun, tapi orang-orang yang ada di sana yang akhirnya membuatkan tempat-tempat tersebut istimewa.

     Terima kasih Bandar Springhill. Terima kasih jugak kepada penduduk-penduduknya.

     Antara kegiatan penduduk di Bandar Springhill untuk membangunkan generasi muda







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...