Beruntung sungguh aku dan wife aku nie kerana dikurniakan dengan 5 orang cahaya mata untuk mengisi harapan kami dimasa hadapan. Anak-anak adalah antara perkara yang memang manusia tidak ada upaya untuk memilikinya melainkan dengan izin Allah Ta'ala. Ada orang, sangat susah nak dapat anak. Walaupun dan berusaha bertahun-tahun tapi belum lagi diberikan kesempatan untuk menimang anak sendiri. Aku tak perlu pergi jauh untuk mencari contoh situasi ini. Ada beberapa orang kawan-kawan yang terdekat juga masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun sudah pelbagai usaha dilakukan. Hikmah yang hanya Allah sahaja yang tahu. Kita sebagai manusia nie tak tercapai dek akal untuk memikirkannya. Kita sendiri pun tak tahu apa yang terbaik untuk diri kita.
Dengan jumlah tanggungan yang semakin banyak nie, perbelanjaan juga makin meningkat. Kalau nak dikira dengan kalkulator tuh, selalunya memang tak cukup. Tapi Allah Maha Kaya, entah dari mana rezeki yang datang, walau apa cara sekalipun InsyaAllah cukup. Sehinggakan, berlebih-lebihan pulak rasanya padahal kalau kira pakai kalkulator, mesti angka negatif sahaja yang muncul di akhir pengiraan.
Kengkadang tuh, malu sungguh nak mintak apa-apa dalam sembahyang sebab nikmat yang aku terima sekarang nie sudah banyak dan berlebihan pulak. Malu kerana aku nie bukannya baik sangat pun tapi Allah tak pernah berkira dengan aku. Nikmat-Nya tak pernah putus walaupun aku sering lalai menunaikan tanggungjawab aku sebagai hamba-Nya. Malu sungguh rasanya.
Sekarang nie, aku telah pun diamanahkan dengan 5 orang manusia (6 orang termasuk wife aku) untuk aku bimbing ke jalan yang Allah redha. Amanah nie, tak terasa langsung waktu mula-mula nak kahwin dulu. Bila dah sepuluh tahun kahwin nie, rasa takut sungguh kalau-kalau aku gagal menunaikan tanggungjawab ini.
Aku berusaha untuk jadi baik agar akhlak terpuji ini menjadi contoh teladan untuk orang-orang yang bergantung pada diri aku. Sebabnya, aku memang tak pandai nak bukak mulut untuk cakap pasal Nabi, agama, orang-orang soleh, tauhid, dakwah dan sebagainya. In fact, aku tak tahu pun mana nak mula. Sebab itu aku selalu doa agar aku diberikan akhlak terpuji. Supaya akhlak itu menjadi medium dakwah aku kepada manusia. Itu sahajalah yang aku pandai. Yang lain tak tahu sangat.
Selalu jugak aku dengar tips-tips dari Dr. Muhaya dalam perkara mendidik anak. Memang jauh sungguh kalau nak dibandingkan dengan cara aku. Bagai langit dengan bumi. Aku respect sungguh kat Dr. Muhaya kerana dapat istiqomah dengan cara Islamiknya. Banyak sungguh perngorbanan kena buat tapi hasilnya memang menyejukkan hati. Moga Dr. Muhaya terus-terusan berkongsi ilmunya yang bermanfaat itu.
Gambar-gambar kat bawah nie adalah gambar anak-anak aku yang sempat aku rakam menggunakan telefon. Sekadar kenang-kenangan.
Husaini breakfast ngan roti canai
Main kat Putrajaya
Hadi pun dah tinggi
Tahun depan Hazwan dah darjah 1. Hadi darjah 3
Lekat dah nama timangan dia BIBO
Hazwan tunjuk skill
Muka senyum selepas berjaya berebut dengan Hazwan
Abah rambut cacak.
Nie apa cerita nie? Ultraman ler tuh
Hafiz pun dah besar. Tahun depan masuk pra-sekolah
The only princess in da family
Dhiya Raudhah tengah sedap tidur sebab abah ulit. Hehehehe...