Minggu lepas dapat cuti panjang sikit kerana cuti Maal Hijrah dan Deepavali. Dapat la jugak aku menggerakkan kerja Final Year Project untuk program master aku nie. Hari-hari yang biasa memang aku tak dapat nak bergerak langsung kerana kepenatan setelah seharian di tempat kerja. 2 hari cuti umum bebaru nie sangat-sangat berharga untuk aku.
Bila dan dapat menaip sikit dalam report, baru la nampak macam cerah sedikit masa hadapan aku. Hehehehe...Kalau tak, nampak macam takdak harapan sahaja. Gelap semacam dan sangat membimbangkan. Lagi nak habis study, lagi mencabar rupanya.
FYP aku nie takdak la sesuatu yang dasyat sangat. Tajuk yang aku usulkan sendiri nie, banyak menyentuh tentang aplikasi secara besar-besaran terhadap teknologi moden yang ada dalam pasaran hari ini. Tajuknya ialah "The Application of 3D Scanning in Quality Inspection" Aku rasa, tajuk aku nie takdak la gah sangat cuma lagi disebabkan benda nie berlaku dalam industri dan mungkin jugak praktikal kot, jadinya pensyarah aku seakan tak sabar nak menantikan setiap stage progress dari aku. Kebetulan pulak, UPM pun baru beli 3D scanner dan dibawah penyeliaan pensyarah aku. Makanya, memang kenalah pada tempatnya.
Report in progress. Yang kat kiri tuh main topic ngan sub topic aku. InsyaAllah
Tapi, itulah proses namanya. Bak kata orang tua-tua "masuk kandang lembu menguak, masuk kandang kambing mengembek". Hari nie, bermacam-macam journal aku baca. Kebetulan pulak, aku baru jumpa cara untuk menaip thesis dengan pantas dengan bantuan software terbaru dalam pasaran, memang banyak membantu. Terkini, aku baru menguasai ilmu microsoft words pulak untuk memudahkan urusan content management. Tak sabar pulak rasanya nak apply kat thesis PhD pulak lepas nie. Hehehehe...InsyaAllah.
Sebahagian dari journal. Sebelum nie memang tak kenal journal pun. Hehehehe
Ishh...dah melalut pulak aku nie. Nak sambung tulis thesis lagi, tak boleh leka.