Ada kawan cadangkan berjumpa bomoh patah kat Puchong. Sejujurnya, dah banyak dengar tentang bomoh patah nie. Even abah aku kat Alor Setar pun pernah jadi bomoh patah dulu.
Secara peribadinya, aku kategorikan bomoh patah nie kepada 2. Pertama, bomoh yang akan urut real time dan pesakit akan merasa sakit sewaktu urutan. Kedua, bomoh yang main "kirim-kirim" dan buat kerja waktu kita tidur malam. Bomoh yang kedua nie pun berpotensi nak bagi sakit kepada pesakit sewaktu proses urutan.
Sejujurnya aku nie memang takut bila sampai bab sakit nie dan aku memang taknak berjumpa mana-mana bomoh dalam masa terdekat nie. Tapi bomoh yang di Puchong nie memang lain sikit. Kawan aku menceritakan memang tak sakit dan menyembuhkan pulak. Testimoni dia pulak setelah dia bawak 2 orang kenalan rapat dia berjumpa dengan Bomoh Puchong nie.
So, aku beranikan diri jugak akhirnya. Sepanjang perjalan dari PD ke Puchong tuh, memang aku akan rasa sakit setiap kali kereta bergegar atau melanggar lubang. Jauh sungguh rasanya PD ke Puchong.
Tapi memang betul tak sakit sewaktu proses urutan dan selepas urut. Bomoh Ibrahim tuh pulak buat kerja cepat sangat. Dalam 2 minit sahaja rasanya. Buat pun kat surau tepi rumah dia. Mudah dah selesa. Modus operandi dia seolah-olah memperbetulkan kedudukan tulang yang patah sambil dia betulkan urat yang sakit. Hasilnya, tangan aku dapat diluruskan ke atas seperti tangan yang tak patah. Walhal, aku tak pernah dapat angkat pun tangan kiri aku nie dan untuk luruskan tangan ke atas macam tuh selalunya ambil masa berbulan-bulan jugak rupanya.
Dasyat bila Allah bagi kelebihan kat seseorang. Dengan keizinan-Nya, aku rasa lebih selesa untuk bangun dan bergerak setelah jumpa Bomoh Ibrahim tuh. Bergegar dalam kereta dah bukan masalah lagi.
Dan yang paling ajaib sekali, badan jadi lebih selesa apabila berada dalam keadaan sujud. Padahal, sejak 2 minggu nie, aku hanya sembahyang duduk sahaja. Terima kasih Pak Ibrahim. Syukur pada Allah.
Gambar lepas kena henyak ngan Pak Ibrahim.
Tetiba ja dia datang kat belakang pastu kilas tangan aku ke atas.
ehh....lepas tuh siap boleh angkat tangan lagi....hebat.