Sunday, April 3, 2016

Berbasikal lagi

0
     Semalam aku berbasikal lagi. Dah dekat 2 tahun tak pegang basikal mountain bike aku tuh tetiba semalam akhirnya aku pegang jugak. Setelah di servis kat kedai basikal yang agak berwibawa sikit, aku diyakinkan yang basikal aku masih lagi ok dan berfungsi dengan baik sekali. Semua mechanical gear masih berfungsi seperti yang sepatutnya dan tidak perlu ditukar pun kepada yang baru. Yang lain pulak cuma kabel break dan tayar dalam sahaja yang perlu ditukar disebabkan sudah reput. Biasa la tuh kalau dah lama tersimpan dalam stor.

     Semangat nak kayuh basikal nie muncul balik bila balik dari join urban ride kat Politeknik bebaru nie. Mungkin jugak badan rasa selesa setelah masuk 2 bulan lebih besi dalam bahu aku ditanggalkan. Lepas tuh pulak, ada kengkawan yang dok ajak pi kayuh masuk hutan. Jenis kawan yang suka bakar membakar la nie. Bagai orang mengantuk disorong bantal, susah la sikit nak tolak jawabnya. Last-last sekali aku join jugak walaupun agak kegila-gilaan.

     Rumah aku di Kedah dan aku kayuh basikal di Denai Alam, Selangor. Hahahahahaa....

     Kawan-kawan dari Lotus dan Proton nie yang ajak kayuh. Kawan lama dan memang best pun kawan dengan diorang. Masing-masing ada kelebihan yang aku kagumi sejak aku kenali diorang lagi. Kebetulan, ada seorang kawan nama Amin yang bekerja di Shanghai pun join turun berkayuh jugak...apa lagi, memang rasanya nak kena join jugak laaa...

     Group yang kayuh sama-sama nie okay. Dari awal lagi diorang dah maklum limitation aku tapi diorang janji tak tinggal punya. So, ok laaa.. kayuh untuk suka-suka sahaja. Budget dalam 30km lebih kurang, suppose boleh complete dalam 2 jam sahaja. Tapi nak dijadikan cerita...trek yang kami masuk nie memang thrill sungguh. Agaknya dalam musim panas nie memang orang berenti dari berkayuh kot, habis semua single trail jadi semak. Pastu pulak, trail kering sangat menjadikan permukaan tanah yang loose. Payah nak kayuh dan senang nak jatuh. Berapa kali aku tergolek macam nangka busuk dalam hutan tuh. Sian aku.

     Cuaca panas, trek mencabar. Kami jadi cepat penat. Downhill pulak sangatlah menakutkan. Hilang fokus sedikit, confirm boleh injured. Pastu, ada plak yang tayar pancit. 2 kali pulak tuh. Nak jadi cerita lagi, trek lama hilang sebab ada pemaju dah tolak tanah kat situ. Habis semua pokok dah hilang. Yang tinggal cuma padang jarak padang terkukur. Dah la lapang, panas pulak tuh. Memang letih tak ingat. Stamina memang hancus laa...yang tinggal cuma mental ja lagi. Tapi mujor la sampai jugak. Kalau lambat sikit rasanya bukan takat stamina, dengan mental pun boleh pancit.

     Serik...sangat serik. Tapi bila dah keluar hutan, serik bertukar jadi pengalaman manis. Biasa la, itulah asam garam orang bandar masuk hutan. Heheheh...baru tahu nak bersyukur dengan nikmat air dan roti canai. Selesai la sudah trip kali nie. Masuk hutan jam 8.00 pagi...keluar jam 2.15 petang....memang kena sungguh.

Muka fresh lagi sebab baru mula. Kat depan UiTM Puncak Alam

Amin

Nie pun ok lagi rasanya...baru nak masuk hutan

Sesat punya pasal...angkat la basikal tuh naik bukit

Siap boleh stop dulu cari mamak. Panas cukup

Pancit yang pertama. Abang Ma'e tuh dah 55 tahun umur dia. Stamina macam orang muda

Layan tayar pancit dulu

Nie pun baru nak mula nie...

Nie dah suku jalan. Letih gila. Tinggi pulak rasanya bukit nie

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...