Wednesday, October 10, 2012

Cuti hampir berakhir

2
     Husaini kat Xiaoshan Airport, Hangzhou.

Hazwan dok baca safety manual

Hadi dengan pose yang istimewa

Makan time.
   
     Ini gambar-gambar 3 minggu yang lalu. Sempena cuti mid autumn festival dan national day kat negara China, aku mengambil kesempatan untuk bercuti panjang bersama-sama keluarga aku. Kami sekeluarga balik ke Malaysia kerana terlalu merindui masakan orang-orang Malaysia. Ditambah pulak dengan tekak yang semakin payah nak menelan masakan China sejak kebelakangan nie, rasa nak balik ke Malaysia tuh jadi membuak-buak pulak.

     Kami bertolak dari Hangzhou jam 11.20malam dan tiba di Kuala Lumpur jam 4.30pagi. Tersangatlah banyaknya barang-barang yang kami bawak balik sampaikan terpaksa pakai 3 troli. Mujur kami dapat mengharapkan Hadi untuk tolak troli yang ke-3 tuh. Jikalau tak, memang kelam-kabut jugak aku dibuatnya.

     Pagi itu, roti canai telah menjadi sarapan kami sekeluarga. Hazwan makan 2 keping roti kosong. Aku dan isteri pun boleh tahan jugak menambah-nambahnya. Berselera sungguh anak-anak aku makan sarapan pagi tuh. Geli hati pulak rasa bila mengenangkannya.

     Rumah yang lama ditinggalkan memang sangat berhabuk. Mujur jiran aku telah sudi membersihkan rumah kami sebelum kami balik ke Malaysia. Syukur alhamdulillah...nikmat makanan yang halal dan sedap serta nikmat jiran yang baik hati. Semuanya dari Dia. Semoga kami menjadi hamba-Mu yang pandai bersyukur.

     Cukup sehari di Port Dickson, kami sekeluarga pulang ke Besut menaiki keretapi. Kami sekeluarga sangat suka kalau dapat naik keretapi bila pulang ke Besut. Perjalanan yang panjang, tidak meletihkan kerana kami akan memilih koc yang ada katil untuk kami sekeluarga. Walaupun perjalanannya panjang, dalam masa yang sama ianya juga memberikan kami rehat yang panjang juga.

Bila cukup tidur, kurang la meragamnya

Selamat pagi

 Ramai-ramai tangkap gambar

Hadi dan Husaini

Dah pandai main kat pintu time keretapi bergerak

10 more minutes

     Besut memang sebuah kawasan yang berdekatan dengan laut. Sesuai pulak dengan kami nie yang dah lama tak tengok air laut semenjak duduk kat China nie. Jadi satu nikmat pulak bila dapat tengok, bau dan mandi air laut. Bila tengok laut yang luas terbentang tuh, teringat surah Al-Kahfi ayat 109. Maksud ayat :-

Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

Pagi yang mendamaikan

Hanya kami sahaja. Riuh sekampung

Mengadap Pulau Perhentian

We are family (..of shoes)

     4 hari makan-makan dan menikmati suasana pantai timur, kami meneruskan perjalanan ke Alor Setar pula. Hujan lebat disepanjang perjalanan menyebabkan aku terpaksa memandu perlahan. Kat Alor Setar pula, kami menikmati makanan dan pemandangan utara tanahair. Memang Malaysia nie cantik serta mewah dengan makanan. Best...sangat best.

    4 hari kemudian, barulah kami berangkat pulang ke rumah kami di Port Dickson. On the way nak balik tu pun, sempat jugak singgah rumah adik-beradik. Inilah masanya pun nak melawat-lawat handai-taulan yang jauh. Nanti bila dah start kerja nanti, susah pulak nak jalan-jalan.

     Kemudian, baki 2 minggu cuti lagi...kami habiskan dengan melawat rumah saudara-mara, melayan anak-anak dan mencari tempat makan. Rasa puas bila dapat bertemu dengan sanak-saudara dan bertanya khabar.  Banyak yang sudah berubah. Ada yang baru dapat anak, ada yang anaknya dah nak kahwin, ada yang sihat, ada yang sakit, ada yang sedang meniti kejayaan, ada pulak yang sedang jatuh dan macam-macam lagi. Semua itu berlaku pada orang yang hampir dengan kami, yang ada pertalian darah yang dekat. Suka-duka kehidupan manusia atas mukabumi ciptaan-Nya. Semuanya kami jadikan iktibar untuk masa hadapan kami. Hari ini kami terbang-tinggi. Esok hari tak tentu lagi. Sementara masih lagi diberi pinjam oleh-Nya, isikanlah dengan sebaik-baik perbuatan.

     Sekadar berkongsi gambar-gambar keluarga.

Anak saudara baru

Berlatar belakangkan ikan arapaima

Mama dan Husaini

Kami jumpa brader nie dalam laut

Ikan yu yang sangat cooperative

Elok pulak ikan tuh ikut. Senang nak tangkap gambar

Melayan Husaini

"bila jaws nak makan orang tuh Hadi..?"

Morib Gold Coast

Hehehe...strobist tak jadi

Menyambut birthday kakak ipar.

Bersama sepupu-sepapat

2 Response to Cuti hampir berakhir

October 10, 2012 at 11:15 PM

Priceless moment..

October 11, 2012 at 12:46 AM

letih berjalan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...