Wednesday, October 31, 2012

Memang rezeki mereka

2
     Penghujung bulan Ogos tahun nie, banyak sangat perkara yang berlaku. Penguasaan terbesar saham Proton oleh DRB telah sedikit sebanyak mempengaruhi kelancaran kehidupan kami sekeluarga di China nie. Termasuklah jugak kawan-kawan seperjuangan yang berada di Lotus Engineering Malaysia.

     Keputusan yang diambil oleh pengurusan baru ini, mempunyai matlamat yang tertentu dan hanya mereka yang berpangkat tinggi sahaja tahu akan matlamat tersebut. Kami hanyalah orang-orang yang menurut perintah sahaja. Biasalah tuh, nama pun makan gaji.

     Kontrak bersama Youngman ini akan ditamatkan dan aku yang berada di China ini akan diserap masuk ke dalam Proton bermula pertengahan bulan November. Kami tidak diberitahu sebab musabab perkara ini terjadi melainkan hanyalah khabar-khabar angin sahaja. Yang ada hitam-putihnya, kami diarah pulang untuk diserapkan ke dalam Proton dan segala oversea allowances akan ditanggung selama 2 bulan dari tarikh tamat kontrak.

     Hanya ada 2 perkara sahaja yang menyulitkan aku.

     1.) keputusan yang datang secara tiba-tiba telah mengganggu kelancaran perancangan aku dan keluarga. Mostly, terhadap perancangan perjalanan pergi dan balik Malaysia-China.

     2.) berkerja di Proton bermakna, aku perlu menempuh perjalanan PD-Shah Alam 5 kali seminggu. Aku pernah melalui semua itu pada zaman-zaman awal perkahwinan kami. Bayangan itu, sedikit menyesakkan dada.

     Tapi, banyak pula perkara lain yang memberikan keuntungan kepada aku dan keluarga.

     1.) aku boleh sambung pengajian master aku secepat yang mungkin.
     2.) anak dan isteri aku sentiasa bersama.
     3.) Proton lebih menghargai bakat kami sebagai Design Engineer
     4.) suasana pekerjaan di Proton lebih memberikan penambahan ilmu dan pengalaman
     5.) dan berbagai lagi perkara lain

     Hampir-hampir aku dan isteri bersepakat untuk meninggalkan Hadi, Hazwan dan Hafiz kat kampung semasa pulang bercuti tempoh hari. Dan perkara itu hampir terjadi hinggalah tinggal 2 hari lagi untuk berangkat ke China. Namun perancangan Yang Maha Bijaksana lebih sempurna apabila kami akhirnya bersepakat pula untuk membawa Hadi, Hazwan dan Hafiz ikut bersama. MasyaAllah..

Mulanya keliru, tapi akhirnya kami mengerti hikmah itu

     Banyak kali sudah terjadi pada diri aku dan keluarga. Rezeki yang aku sangkakan milik aku, rupa-rupanya milik insan lain. Antara kejadian yang aku paling ingat sekali ialah waktu aku dapat kenaikan gaji tetapi lewat 8 bulan dari tarikh kenaikan. Bila terkumpul semua kenaikan gaji itu dalam sebulan, memang banyak yang aku dapat. Yang peliknya, semua duit tersebut aku gunakan untuk membayar yuran sekolah anak-anak, pakaian sekolah, buku-buku dan perkara yang seumpamanya. Satu sen pun aku tak guna untuk diri aku.

     Diwaktu itu aku sangat meyakini bahawa memang rezeki anak-anak ini telah pun tertulis oleh-Nya. Memang Allah Maha Bijaksana dalam perancangan Dia. Dialah yang memberikan rezeki dan aku hanyalah perantara terhadap anak-anak aku. Kali ini, perkara itu terjadi lagi. Perancangan awal untuk meninggalkan anak-anak di kampung tidak menjadi. Semuanya kami angkut sekali. Memang rezeki anak-anak untuk datang melawat negeri China lagi dan mengenali keramahan penduduknya. Asalnya kami keliru namun kini hikmahnya sedang kami rasai. Aku sangat bersyukur dan aku malu mengakui kelemahan aku dalam bersyukur kepada nikmat-nikmat-Nya.

     Terima kasih Allah

Mujur tak kena tinggal

Suasana sejuk membuatkan kami senang berjalan bila-bila masa pun

Jalan mana-mana pun mesti nak ikut

Husaini dan Hafiz
       

2 Response to Memang rezeki mereka

October 31, 2012 at 9:24 AM

:D perkongsian yang menarik. terima kasih..

November 6, 2012 at 7:23 AM

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...