Alhamdulillah. Dari sehari ke sehari, kehidupan ini menjadi semakin baik sekali. Hati mulai bertemu dengan ketengan yang dicari. Kerja pulak semakin banyak tapi dalam masa yang sama memberikan pengetahuan dan pendedahan yang baru pulak.
Dua, tiga minggu sudah ada bertemu dengan seorang pensyarah dari UTHM. Dia datang ke Proton secara tidak formal melalui seorang kawan dan berminat untuk mengetahui Engineering Design dengan lebih lanjut. Walaupun aku sekarang ini berada dalam Quality Group, tapi aku masih lagi sempat untuk memberikan penerangan ringkas mengenai Design. Aku sangat berbesar hati dan aku juga banyak belajar dari apa yang telah kami bincangkan bersama.
Nama pun kita nie manusia. Kadang-kadang kita akan diuji dengan sedikit resah dan gelisah. Kita diberi pilihan sama ada untuk menolak, menerima di luar tapi menjerit di dalam ataupun kita boleh sahaja menerima dengan hati yang terbuka dan yakin ada hikmah disebaliknya. Semoga kita sentiasa mendapat bimbingan-Nya dalam membuat setiap pilihan. InsyaAllah.
Minggu lepas ada pulak cuti sambutan perayaan tahun baru Cina. Cuti yang berturutan 4 hari nie sangatlah disukai oleh kami sekeluarga. Mana tidaknya, masing-masing mempunyai kampung halaman yang jauh. Perjalanan pulang ke kampung pulak bukannya singkat. 9 ke 10 jam tuh semacam dah jadi prosedur yang sangat biasa bagi kami. Cuti-cuti yang panjang sebegini memang sentiasa dinanti-nantikan.
Kali ini balik ke Besut lagi. Anak-anak aku bila sebut sahaja Besut, memang kerjanya nak mandi pantai sahaja. Walhal, kat PD pun ada pantai jugak. Tapi, memang sesiapa pun boleh nampak perbezaan antara pantai timur dan pantai barat. Kelembutan pasirnya lain, kebersihan airnya pun lain. Walaupun air lautnya sama, tapi anak-anak aku pun seperti tahu membezakannya.
Kebetulan pulak, adik-beradik yang lain jugak balik ke Besut kali ini. Memang meriah sungguh rumah kat kampung tuh. Rasanya, kalau lama lagi cuti...boleh runtuh rumah kat kampung sebab budak-budak nie dok main lari-lari macam nak pecah rumah. Hehehehe...
Aina main pasir
Irfan pun main pasir jugak
Hafiz main ngan Mak Su
Hadi yang kurus
Hazwan tengah sejuk sebab angin kuat petang tuh
Lepas main kat pantai, kami berkelah pulak kat kawasan Air Panas La. Yang bagusnya pasal tempat nie, kita boleh jumpa dua jenis tempat mandi. Satu yang sejuk dan satu lagi yang panas. Yang sejuk pulak, air semulajadi dari bukit la.
Kawasan mandinya agak luas dan airnya pun tak dalam. Setakat lutut Hazwan la yang paling dalam sekali. Jadinya, memang kawasan ini sangat sesuai dengan kanak-kanak. Kami sebagai ibubapa pun, tak la sesibuk seperti selalunya. Anak-anak boleh dibiarkan mandi sendiri sahaja.
Hazwan kat air sejuk
Cik Da dengan Husaini
Abanh Hadi
Iman pun ikut sama jugak, Tengah main dengan Mak Teh
Satu Mareshhiaaa..
Kat kolam air panas yang memang ramai orang.
Husaini mengantuk sebab letih main air.
Hazwan mandi kat kolam air panas. Bagus la bebudak nie, tahan panas.
Yahhh...!!! Acara BBQ dan makan-makan. hehehehe
Dah siap tambah dah haaa..
Tok Wan pun ikut sama jugak
Jauh merenung masa hadapan tuh. Heheheh
Tapi, time balik ke PD punya giliran...kami keluar rumah seperti kebanyakkan orang keluar rumah iaitu selepas zohor. Nak beli la sikit keropok lekor untuk buah tangan kat kawan-kawan di PD. Tapi, kedai keropok lekor pun boleh jem. Panjang betul nak beratur. dekat 45 minit jugak la dudak kat dalam barisan membeli tuh. Hmm...
Tapi Alhamdulillah. Balik kampung memang perkara yang menyeronokkan. Kami balik semula ke PD pada hari Selasa dalam keadaan dah fully recharged. Semoga hari-hari mendatang menjanjikan hari yang lebih baik lagi untuk kami. InsyaAllah