Friday, June 28, 2013

Husaini dah 2 tahun

3
     Lama betul tak update blog nie. dah lebih dari sebulan tak update. Bebaru nie, aku disibukkan dengan hal-hal assignment, final exam dan final year project untuk program master. Baru sahaja selasa lepas aku selesai buat presentation untuk defend title FYP aku. Alhamdulillah, project aku dah boleh melangkah ke bahagian yang seterusnya dan Alhamdulillah, minggu ini segala stress tuh bagaikan dah berlalu. Itulah sebabnya, ada masa untuk update blog. Ada masa untuk baca buku-buku selain engineering dan ada masa untuk bawak anak-anak makan angin sikit. Kesian kat anak-anak aku, waktu cuti sekolah hari tuh, memang tak terlayan dek kerana assignment yang macam tiada penghujungnya.

     Salah aku jugak kerana semester nie aku rasakan perancangan aku kurang rapi. Rasa macam banyak benda yang aku buat secara adhoc. Sebab itulah stress dan badan jadi cepat letih. Untuk semester yang akan datang nie, aku kena rancang dari awal lagi untuk mengelakkan stress yang memang boleh dielakkan. InsyaAllah.

     Ahad bebaru nie, usia Husaini dah pun melangkau kepada 2 tahun. Sekejap sungguh rasanya budak-budak nie membesar. Husaini pun dah banyak mulut dan banyak meniru segala percakapan abang-abang dia.Kamus terjemahan bahasa Husaini pun terpaksalah kami update dari semasa ke semasa. Kalau tidak, susah jugak nak berkomunikasi.

     Entah kenapa Husaini nie suka sangat sebut satu perkataan nie "...bibo". Memang tabiat dia dari kecik. Lepas tuh pulak, habis semua vocab bahasa Melayu mesti ada huruf B dihadapannya. Contohnya "...ak air, bubeh tak?". Maksudnya "nak air, boleh tak?". Kengkadang bila dengar budak-budak baru nak boleh bercakap nie rasa kelakar sangat. Hilang semua stress aku bila dengar lawak dari Husaini. Syukurlah, Husaini disayangi oleh ramai orang. Husaini hidup dalam asuhan abang-abang dia. Abang-abang dia la yang memandikan dia, menyelesaikan hal baju dan pampers dia, menemani dia waktu tidur dan main dan menjaga keselamatan dia ketika berada di surau. Sejuk perut wife aku bila tengok keadaan tuh. Aku pun selalu tersenyum bila tengok telatah bebudak nie.

     Adalah wife aku belikan kek untuk Husaini sekadar menyambut hari lahir dia bersama anak-anak yang lain. Aku pun kebetulan dah lama betul tak gunakan kamera Nikon aku tuh. Sedih jugak rasanya bila tak merakamkan tumbesaran anak-anak dengan camera. Paling-paling tidak, itulah rekod bergambar untuk kami sekeluarga disuatu masa nanti. So, aku pun snap la beberapa gambar sikit. Rasanya Nikon tuh dah nak kena pergi hantar servis dah. Dah tak sedap dah bunyi desitnya tuh. Tapi kalau dapat upgrade pun cantik jugak nanti nie...hehehehehe

Hazwan dengan Husaini.

Kek aiskrim untuk sambutan hari lahir Husaini

Epi besday Husaini

Kek kecik jaa..sesuai la dengan tuan kek yang kecik

Adik-beradik 3 orang tengah pose istimewa

Lama tak tangkap gambar family

Seronok ja masing-masing sebab nak makan kek

Ehhh, muko den pun ado haaa...

Tak sabat nak makan dah tuh

Husaini jugak yang cepat tangan dia

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa, Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibubapanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi" (Muttafaq Alaih).

Kami terlupa tentang lilin tuh. Memang kami mencontohi Nasrani pada ketika ini yang meraikan harijadi dengan lilin dan nyanyian. Moga Allah SWT mengurniakan keampunan-Nya kepada kami diatas kelalaian kami sendiri.

Husaini geram nak makan kek

 Sudah-sudahnya, Husaini makan lilin. Bukannya makan kek. Hehehehe

Hafiz dan Husaini tengah makan kek

Sedapnya. Semoga besar nanti menjadi anak yang soleh. Yang menjadi pahala berterusan untuk kami di alam lain nanti. InsyaAllah.


3 Response to Husaini dah 2 tahun

July 1, 2013 at 11:57 AM

happy birthday husaini :-)

July 3, 2013 at 4:53 AM

thanx tikah...

July 8, 2013 at 11:21 AM

abg tajul, kak hudah dah bersalin k?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...