Alhamdulillah, sekarang nie makin banyak pulak penerangan
dan penjelasan berkenaan syiah di Malaysia. Kalau diperhatikan kita boleh dapati
penerangan tentang syiah nie dari radio, tv, suratkhabar, majalah, surau,
masjid, internet dan berbagai lagi. Sehinggakan mimbar-mimbar masjid juga
memperkatakan tentang syiah dalam khutbah jumaatnya. Terus-terang aku katakan,
ini adalah satu usaha yang baik dan aku menyokong usaha ini.
Meminjam kata-kata Ustaz Hasrizal, orang-orang syiah ini
sangat sinonim dengan kelakuan “mengganggu yang hidup dan memfitnah yang mati”.
Mengganggu yang hidup kerana golongan syiah ini sangat cenderung membawakan
kisah-kisah palsu yang boleh menggoyangkan akidah ahli sunnah wal jamaah. Memfitnah
yang mati pula kerana mereka ini cenderung sekali memfitnah para sahabat nabi
yang telah lama pergi sehingga ke peringkat mengkafirkan para sahabat tersebut.
Mendengar atau membaca kisah-kisah palsu para sahabat yang
dibawa oleh syiah ini memang sesuatu yang mengasyikkan. Cerita yang
bersandarkan kepada hadis dhoif dan musykil yang kemudiannya dikatakan hadis
mutawatir serta tafsiran Al-Quran dan hadis yang menyeleweng adalah perkara
lumrah yang dapat kita temui dalam perdebatan dengan golongan syiah ini. Fakta sejarah
yang dinukilkan dalam Kitab Tarikh Al-Tabari juga telah diambil secara batil
dan dijadikan sandaran hujah-hujah.
Mujurlah sekarang ini telah banyak penerangan yang dilakukan
oleh golongan alim ulama’ dari ahli sunnah wal jamaah yang lebih arif
berbanding kita orang awam. Memang perkara ini sangat perlu untuk mengelakkan
sebarang kekeliruan dalam agama. Sesungguhnya, syiah adalah satu golongan yang
keliru dalam agama.
Surau kat Bandar Springhill pun, ada menjemput aku sejak
dari bulan Ramadhan hari tuh untuk memberikan penerangan berkenaan syiah ini
kepada para jemaah. Sayangnya, hingga sekarang pun aku masih lagi tak
berkesempatan untuk tujuan itu. Ditambah pulak ada baby baru dalam family,
takut jugak aku untuk mengikat janji dengan mana-mana pihak. Takut tak tertunai
nanti, aku jugak yang serba-salah. Sebab itulah aku bersyukur bila ada
penerangan mengenai syiah ini di mana-mana. Sekurang-kurangnya pun, sudah tidak
menjadi fardhu lagi ke atas aku yang kurang pengetahuan nie untuk
menyampaikannya. Hehehehe…
Hmmm…sebut pasal penerangan secara besar-besaran nie, Sinar
Harian ada mengambil gambar dari blog ini di bawah tajuk Dialog Sunni Syi'ah dan disiarkan secara online dalam website
disini. Gambar ini juga digunapakai oleh beberapa blogger lain untuk tujuan
penerangan mengenai syiah ini. Alhamdulillah, jika baik tujuannya…aku berharap
beroleh pahala dari sisi Allah. Tapi jikalau tujuannya menyimpang, sesungguhnya
aku berlepas diri dari kejahatan itu.