Wednesday, October 30, 2013

Nothing Much (part 26)

0


Sunday, October 27, 2013

Happy Birthday to me

2
     Alhamdulillah, dah bertambah setahun lagi umur aku. Pejam-celik, pejam-celik, dah 34 tahun dah aku hidup atas dunia nie. Syukur pada Allah diatas segala kurnian-Nya kepada aku. Keluarga yang aku sayangi, kesihatan yang berpanjangan, rezeki yang tak pernah putus dan yang paling penting sekali, nikmat iman yang tak tertebus walau dengan apa sahaja harta sekali pun.

     Nak dijadikan cerita, aku nie bukanlah jenis yang ambil berat sangat pasal harijadi nie. Rasa seperti sama sahaja seperti hari-hari yang lain. Tetapi, keluarga aku yang sangat istimewa ini (terutama sekali wife aku), sangatlah suka untuk meraikan harijadi. Sesuatu yang aku rasakan sangat membantu untuk mengeratkan tali kekeluargaan. Terima kasih kepada wife aku yang berusaha untuk mewujudkan suasana penuh rahmat ini.

     Kalau setahun yang lalu, wife aku jugak yang berusaha untuk buat sambutan harijadi kat aku. Siap ada buat suprise lagi. Hehehehe....

Gambar setahun yang lalu. Sambut harijadi kat restoran Xinjiang
     
Tahun nie sambut birthday kat dalam hutan. Naik basikal

 Atas puncak bukit ada restoran jus nenas

On the way nak naik atas.

Inilah bentuk kek yang harijadi aku. Terima kasih kepada wife tercinta sebab sudi meraikan harijadi abang. Hari yang biasa menjadi hari yang sangat bermakna akhirnya.


Ya Allah, jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang
Moga dapat ku kutip bahagianya di negeri akhirat nanti
Ya Allah, tambahkanlah amalanku disaat bertambahnya usiaku
Agar sisa hidup yang berbaki ini terisi dengan ketaatan kepada-Mu
Ya Allah, tiada yang kudambakan dari-Mu melainkan keredhaan-Mu ke atas diriku dan kaum keluargaku.
Ampuni diriku Ya Allah dan terimalah permintaanku.
Wahai Tuhan yang Maha Pengampun dan Maha Memberi.

Tuesday, October 22, 2013

Mencari-cari alasan

0
     Ntah apa sebabnya, wife aku kena cirit-birit pulak semenjak seminggu nie. Mujur jugak yang kena cirit-birit tuh, wife aku seorang ja....Alhamdulillah anak-anak sihat. Kalau nak diikutkan, rasa-rasanya kami sekeluarga nie makan benda yang sama ja tapi nak dijadikan cerita, wife aku ja yang sakit. Yang menambahkan kepelikan tu pulak, cirit-birit dia datang berselang-selang hari. Hari ini ada, 2 hari ok, lepas tuh datang balik. Kesian pulak aku tengok.

     Macam semalam, sakit perut wife aku tetiba datang lagi. Kemudian diikuti pulak dengan cirit-birit. Bila badan pun dah dehydrated, memang lepas tuh selera makan pun hilang, kepala pun pening dan berbagai-bagai lagi la. Sudahnya, aku balik awal petang semalam sebab nak ambik anak-anak kat pengasuh. Hari nie, aku amik emergency leave (EL). Konon-kononnya nak menguruskan hal anak-anak dan menjaga wife aku. Konon-konon je laaa..hehehhee..

     Ketentuan Ilahi....tak siapa pun tahu hikmah yang tersembunyi atas sesuatu perkara. Cuma bila sampai masanya, kita tiba-tiba diberi kefahaman tentang peristiwa yang lalu. Kemudian baru kita akan mengakui kehebatan perancangan yang Maha Bijaksana. Umpama anak-anak kecil yang sering menangis disebabkan perkara-perkara yang kecil, begitulah kita yang sering gelisah diatas perkara yang sangat mudah di sisi Allah.

     Rentetan-rentetan peristiwa yang berlaku ke atas diri aku setahun dua nie, sudah mulai aku fahami akan hikmahnya. Wife aku berpantang di sepanjang bulan puasa dan sebahagian Syawal. Bulan puasa tahun ini, aku berkesempatan bawa anak-anak aku berbuka dan bersolat tarawih dikebanyakkan bulan Ramadhan. Bila wife aku habis pantang, kelas master aku pun bermula. Kelas malam dan assignment, sudah mulai memenuhi jadual harian aku. Tapi yang bestnya, perkara-perkara besar ini tidak bertembung antara satu sama lain. Semuanya berlaku secara sequence tanpa aku merancang sedikit pun. Sapa yang boleh rancang waktu mengandung dan bersalin? Sapa yang boleh merancang waktu sibuk dan waktu senang?

     Dan kisah wife aku kurang sihat pada hari ini adalah contoh yang terbaik sekali. Ianya datang tatkala aku sedang sibuk dengan assignment dan Final Year Project Report. Tiba-tiba ada alasan untuk aku ambil cuti pada hari ini walhal, sebelum ini aku sangat berkira-kira untuk mengambil cuti, EL, MC dan sebagainya. Cuti yang ada selalunya aku simpan sebab pengalaman yang lalu membuatkan aku lebih cenderung untuk standby cuti dari suka-suka pergi bercuti. Walaupun aku memerlukan cuti untuk menyiapkan asignment aku, tapi hal keluarga membuatkan aku sangat berat untuk apply cuti. So, bila ada alasan untuk cuti, aku berbesar hati untuk berada di rumah sambil menulis blog dan menyiapkan assignment yang bersusun nie. InsyaAllah..

     Sekali-sekala bila update blog, dah jadi serupa macam berleter dalam blog plak. Menulis tanpa ada tujuan jadinya sebab semua benda terkumpul menjadi perenggan yang sangat umum. Hahahahah...pening kepala nak membacanya.

     Alhamdulillah, cahaya mata abah dan mama dah besar-besar semuanya. Dhiya dah nak masuk bulan ke-4. Dah pandai meniarap dah pun. Mulut pun dah banyak. Asal kita tegur ja...mesti menyahut teguran.

 Baby girl kami.

 Dah kuat angkat kepala

     Abang-abang Dhiya yang lain pun dah besar-besar sekarang nie. Especially Husaini yang aku rasa sangat cepat tinggi. Dulu rasa macam kemetot lagi. Bila masa budah nie besar?

Hafiz dan Husaini. Hafiz dah ready nak pergi Taska. Husaini plak dah tak muat tilam dia tuh.

 Hazwan jugak rilek. Hari nie slow sikit sebab macam batuk-batuk

 Baru nak senyum. Hehehehe

 Hadi plak hari nie ada exam kat sekolah. Tapi baca buku macam tak pernah jerk.

 Abah pun dah tak sempat nak tengok pelajaran Hadi

      Yang kat bawah nie pulak adalah ahli baru family kami. Ada kucing orang tinggalkan pastu jenis taknak pi ke rumah lain melainkan rumah kami sahaja.

Kucing Tanpa Nama

 Buat main dengan anak-anak aku

 Susah nak tangkap gambar dia. Tak duduk diam

      Dua minggu sudah kucing nie beranak. Dapat la 3 ekor anak kucing. Aku dah letakkan dalam kotak kat kawasan rumah aku nie. Suatu hari, ada la salah seorang anak aku lupa nak tutup pintu kereta. Tengok-tengok, dah ada 3 ekor anak kucing dalam kereta la plak. Ntah bila masa dia pindahkan anak dia masuk dalam kereta pun kami tak perasan. Memang demand sungguh kucing-kucing sekarang. Nak tido dalam kereta, taknak dalam kotak. Hmmmm....

Anak kucing 3 ekor

 Muka tensen sebab aku dok amik gambar anak dia. Hehehehe...

     Itulah update serba-sedikit kali ini sementara nak datang mood untuk buat assignment. Lepas layan blog nie, aku akan berusaha untuk siapkan satu assignment pagi ini. InsyaAllah....hehehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...