Sebenarnya, cerita berkenaan kami satu family makan angin kat Cameron Highland nie dah 2 minggu berlalu dah tetapi disebabkan tak sempat nak update dalam blog, makanya hari inilah sahaja yang ada untuk berkongsi kisah ini. Hehehehe....nak buat macam mana, asyik mengadap final report untuk program master sahaja. Mana nak sempat update blog. Mujurlah hari ini ada kelapangan sedikit untuk mengabadikan kisah hidup kami dalam blog yang dah bersawang nie. Heheheh..
Kesian sangat tengok anak-anak. Cuti sekolah hari tuh memang tak bawak berjalan ke mana-mana pun. Asal ada waktu lapang sahaja, pastinya aku akan gunakan untuk buat assignment ataupun menaip content dalam Final Report aku. Masalahnya, hujung minggu sahajalah yang ada waktu lapang untuk mengadap semua perkara-perkara yang pending tuh. Hari-hari biasa atau tengah minggu memang tak berkesempatan disebabkan kekangan badan yang letih dan mata yang mengantuk. Faktor usia kot. Kononnya, pukul 10.00 malam nak start baca buku tapi yang sebenarnya, itulah waktunya badan dan mata yang dah season nie menzahirkan rasa mengantuknya sampai dah terlawan lagi dah rasanya. Natijahnya, hujung minggu kami sekeluarga hanyalah di rumah sahaja dan aku melekap di sudut ruang atas rumah aku bersama laptop, kerusi dan meja study sepanjang hari.
Ramai yang cakap aku nie superman sebab boleh pursue pengajian master dengan rumah yang jauh, kerja yang sibuk dan jugak anak yang ramai. Menguruskan 3 perkara besar dalam masa yang sama tapi sebenarnya, panggilan superman itu lebih layak utuk wife aku. Wife akulah yang paling banyak berjasa dalam usaha aku untuk melengkapkan pengajian master. Dialah yang berusaha siang dan malam melayan anak-anak dan hal-hal dalam rumah dalam memberikan ruang kepada aku untuk study dan menyiapkan semua assignment aku. Aku nie sebenarnya tak lebih dari sekadar bekerja dan belajar sahaja. Selebihnya, wife akulah yang bertungkus-lumus menguruskan hal rumah tangga yang terbeban pada bahunya untuk kesempurnaan setiap ahli keluarga termasuklah kebajikan diri aku sendiri. Betullah cakap orang..."behind a successful man, there is a woman".....sungguh hebat.
2 hari sudah, aku dah pun berjaya mendapatkan endorsement dari supervisor dan examiner untuk final report master aku. Secara rasminya, tamatlah sudah pengajian master aku, hanya menunggu hari untuk majlis konvokesyen sahaja pada Jun tahun ini. Lesson learnt yang aku rasa kena beri perhatian adalah, untuk sambung PhD nanti...aku kena jadi full time student. Walaupun aku boleh terus bekerja sambil belajar untuk buat PhD (Eng)....that's surely not the case for me. Aku tengok ramai ja yang kat Proton tuh tengah buat PhD (Eng). Bunyi hebat tapi serabut tak ingat. Banyak jugak yang last sekali taknak proceed dan pura-pura tak siapkan kerja semata-mata untuk dapat auto-drop status. So, studying while working won't work with me for higher learning education.
Lupa plak, sepatutnya cerita pasal Cameraon Highland. Dah merapu jauh sangat la plak. Anyway, family aku dapat apartment kat Equatorial Cameron Highland. Nama sekarang pun bukan lagi Equatorial Hotel tapi dah diubah kepada Copthorne Hotel. Disebabkan dapat apartmen, habis aku ajak abang-abang aku join sekali. Punyalah seronok anak-anak aku dapat bermain dengan sepupu depa sampaikan kami adik-beradik tak boleh nak bersembang disebabkan bunyi bising anak-anak nie dok bermain. Pening kepala.
Husaini sejuk. First time dia datang Cameron Highland
Minion hasil daripada mama yang kena pow ngan anak-anak. heheheh
Walaupun sejuk, janji dapat mandi swimming pool.
Dhiya pun first time datang Cameron Highland. Sejuk ker Dhiya?
Main ngan abang Hadi
Hafiz pun nak join main jugak
Banyaknya Minion.
Marissa dengan gaya ala-ala J-Pop.
Thanks Dear diatas segala pergorbanan yang dilakukan.
Pocket damage lagi untuk parent.
Dengan budak bulat.
Set-set orang perempuan semua. Hazwan ja dok menyelit kat situ. Hahahaha
Kebetulan pulak, Cameron Highland asyik hujan saja. Walaupun cuma gerimis tapi suhu dropped significantly especially during morning. Memang best kalau dapat berkumpul family ramai-ramai. Walaupun letih tapi rasa puas sebab kerana dapat bertemu dan berkongsi antara satu sama lain. Nanti rasanya boleh buat lagi nie. Nanti boleh plan untuk tahun depan plak. InsyaAllah.