Thursday, August 28, 2014

Minggu ke-2

12
     Tak sangka rupa-rupanya memang sakit kalau accident patah tulang nie. Dah masuk 2 minggu pun, tak banyak sangat perubahan. Tapi Alhamdulillah, pernafasan dah jadi semakin baik. Walaupun masih ada sakit-sakit dada bila tarik nafas dalam-dalam....tapi terasa improvement kalau nak dibandingkan dari minggu lepas.

     Ada kawan cadangkan berjumpa bomoh patah kat Puchong. Sejujurnya, dah banyak dengar tentang bomoh patah nie. Even abah aku kat Alor Setar pun pernah jadi bomoh patah dulu. 

     Secara peribadinya, aku kategorikan bomoh patah nie kepada 2. Pertama, bomoh yang akan urut real time dan pesakit akan merasa sakit sewaktu urutan. Kedua, bomoh yang main "kirim-kirim" dan buat kerja waktu kita tidur malam. Bomoh yang kedua nie pun berpotensi nak bagi sakit kepada pesakit sewaktu proses urutan.

     Sejujurnya aku nie memang takut bila sampai bab sakit nie dan aku memang taknak berjumpa mana-mana bomoh dalam masa terdekat nie. Tapi bomoh yang di Puchong nie memang lain sikit. Kawan aku menceritakan memang tak sakit dan menyembuhkan pulak. Testimoni dia pulak setelah dia bawak 2 orang kenalan rapat dia berjumpa dengan Bomoh Puchong nie.

     So, aku beranikan diri jugak akhirnya. Sepanjang perjalan dari PD ke Puchong tuh, memang aku akan rasa sakit setiap kali kereta bergegar atau melanggar lubang. Jauh sungguh rasanya PD ke Puchong.

     Tapi memang betul tak sakit sewaktu proses urutan dan selepas urut. Bomoh Ibrahim tuh pulak buat kerja cepat sangat. Dalam 2 minit sahaja rasanya. Buat pun kat surau tepi rumah dia. Mudah dah selesa. Modus operandi  dia seolah-olah memperbetulkan kedudukan tulang yang patah sambil dia betulkan urat yang sakit. Hasilnya, tangan aku dapat diluruskan ke atas seperti tangan yang tak patah. Walhal, aku tak pernah dapat angkat pun tangan kiri aku nie dan untuk luruskan tangan ke atas macam tuh selalunya ambil masa berbulan-bulan jugak rupanya.

     Dasyat bila Allah bagi kelebihan kat seseorang. Dengan keizinan-Nya, aku rasa lebih selesa untuk bangun dan bergerak setelah jumpa Bomoh Ibrahim tuh. Bergegar dalam kereta dah bukan masalah lagi.

     Dan yang paling ajaib sekali, badan jadi lebih selesa apabila berada dalam keadaan sujud. Padahal, sejak 2 minggu nie, aku hanya sembahyang duduk sahaja. Terima kasih Pak Ibrahim. Syukur pada Allah.

Gambar lepas kena henyak ngan Pak Ibrahim. 
Tetiba ja dia datang kat belakang pastu kilas tangan aku ke atas.
ehh....lepas tuh siap boleh angkat tangan lagi....hebat.
 

12 Response to Minggu ke-2

January 29, 2015 at 7:37 AM

Boleh tau x kat mne tempat spesifik Pak Ibrahim ni?

November 7, 2015 at 1:41 PM

Blh tak bg no tel pak Ibrahim ni. Saya pun patah, tgh cari tulang urut patah

November 7, 2015 at 1:41 PM

Blh tak bg no tel pak Ibrahim ni. Saya pun patah, tgh cari tulang urut patah

November 9, 2015 at 12:56 PM

ish..takkan orang laki nak urut orang pompuan kot. Anyway, nombor pak Ibrahim nie 012-9197738

February 14, 2017 at 5:05 PM

Ada alamat dia tak bang... Saya call no ni dah tak dapat la..

February 14, 2017 at 9:50 PM

Rushdy, kat surau nie la jumpa pak berahim tuh...cer tanya2 kat orang2 masjid...

https://goo.gl/maps/5kqBEDPZLVr

February 15, 2017 at 12:25 PM
This comment has been removed by a blog administrator.
February 15, 2017 at 12:39 PM
This comment has been removed by the author.
February 15, 2017 at 5:00 PM

Alhamdulillah... Saya dah berjumpa dah dengan pak ibrahim tu... Terima kasih

March 22, 2017 at 3:01 PM

Pakcik ibrahim tu masih lg berubat kan org lg ke? maksudnye masih disitu ke or dah lpindah?

March 29, 2017 at 12:21 PM

Maaf Encik Mohd Norzulkifli, saya pun tak sure..Tapi Encik Rushdy kata dah jumpa...maknanya ada lagi la kat situ

April 30, 2017 at 10:21 PM

Surau Raayah jalan prima 1/10 taman puchong prima
No hp pak brahim 0129197738
Saya bru jumpa hari semalam..
Tulang kaki retak..alhamdulilallah dah boleh jalan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...