Tak sampai 15 minit baca buku. Selamba ja tidur
Nie Hazwan
Nie pulak Hadi
Yang kita jadi parent nie risau la sangat pasal pelajaran dia. Hari-hari tanya kalau-kalau ada homework dan sebagainya. Kita pun dok control waktu dia tengok tv dan bermain. Tapi, anak-anak lain pun perlu jugak tumpuan. Kadang-kadang tak sempat jugak nak ambil tahu pasal pelajaran Hadi, Hazwan dan Hafiz. Itu yang bila bukak ja pintu bilik, rupa-rupanya tidur. Bukannya baca buku. Buku yang baca dia. Sabar je laa..Memang kerenah anak lelaki macam tuh kot. Nak suruh dia ada inisiatif sendiri untuk baca buku dan buat homework macam susah sikit. Hari-hari kena cakap. Hari-hari kena ingatkan. Hari-hari kena ambil berat. Kita risaukan masa depan dia. Kalau hari ini dia berusaha bersungguh-sungguh, harapannya agar jadi orang yang berguna la. Kalau pun result tak elok tapi dah berusaha bersungguh-sungguh, kita sebagai parent pun tak rasa ralat sangat. Hmmm...itulah ceritanya. Moga masing-masing jadi anak yang soleh dan solehah. Rezeki kalian dalam dunia nie memang dah ditentukan, cuma kena usaha sahaja. Moga dapatlah bahagian yang baik. Dunia dan juga selepanya.
Yang anak dara nie pulak, tidur sambil balancing botol susu
No Response to "Suruh makan, saya makan. Suruh mengaji, saya tidur"
Post a Comment