Wednesday, December 16, 2015

Bulan Rabiulawwal

0
     Dah 5 hari berada dalam bulan Rabiulawwal. Padanya terdapat sejarah besar bahawa Nabi yang kita sayangi dilahirkan dalam bulan Rabiulawwal. Walaupun ada beberapa pendapat yang lain namun, Rabiulawwal adalah pendapat yang paling masyur.

     Insan yang mulia itu pernah berjalan di atas muka bumi ini. Bumi menjadi mulia kerana baginda. Bahkan, kita juga menjadi mulia kerana menjadi umatnya. Tak terucap kata-kata terima kasih diatas segala usaha yang baginda lakukan.

     Kadang-kadang kita cemburu dengan golongan sahabat yang pernah hidup bersama baginda. Kehidupan mereka terpandu dengan jelas kerana Nabi berada di tengah-tengah mereka. Segala kemusykilan, ditanya terus. Segala perbuatan, ditiru secara langsung. Contoh dan teladan yang baik berada di hadapan mata.

     Tapi kita tidak tahu apakah yang akan berlaku kepada kita jika benar kita hidup pada zaman baginda. Boleh jadi kita menolak kerana mengikut arus semasa orang-orang Mekah ketika itu. Boleh jadi juga, kita lebih percaya kepada golongan munafik yang pandai bermuka-muka di Madinah ketika itu. Syukurlah kita dapat kenali baginda dari peningalan hadisnya. Moga kita dikumpulkan bersama baginda nanti, Insya Allah.

Gambar dari Free Islamic Calligraphy

No Response to "Bulan Rabiulawwal"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...