Dalam bulan puasa yang lepas, ada satu peristiwa menarik
yang aku alami. Ceritanya, waktu aku tgh bertadarus kat surau, ada la sorang
budak muda dalam lingkungan 18 tahun duduk sebelah aku. Aku budget, dia pun nak
join group tadarus kami kot.
Lepas habis turn aku baca, aku mintak dia sambung baca ayat
seterusnya. Budak tuh mintak skip giliran dia sebab dia tak reti baca. Aku
kata, baca la slow slow pun. Kami boleh tunggu. Kalau salah kami bertulkan. Dia
cakap, dia memang taktau baca Al-Quran.
Selesai bertadarus malam tuh, aku pun ajak la budak tuh
bersembang kejap. Curious jugak aku sampai dah besar panjang pun taktau baca
Al-Quran lagi. Bila aku tanya umur, dia cakap 18 tahun. Bila aku tanya apsal
tak pandai baca Quran, dia cakap sebab dia baru 4 bulan masuk Islam. Terkejut
gak aku sekejap. Rupa-rupanya dia saudara baru. Aku ingatkan dia nie macam
budak-budak lain yang aku kenal. Aku silap rupa-rupanya. Aku tak boleh nak
masukkan detail pasal dia kat dalam blog nie. Nanti takut identiti dia
terbongkar, kesian pulak kat dia. Tapi aku berhajat nak coretkan perkara umum
yang kami bincangkan selama aku mengenali dia.
Aku tanyakan kat
dia macam mana yang dia boleh terpikat nak masuk Islam nie. Dia cakap, sejak
dari dia umur 13, 14 tahun lagi dia dah terpikat nak masuk Islam. Dia cakap, dia suka baca bible. Tapi bila
dia baca bible, dia rasa macam baca cerita dongeng. Jadinya, dia cuba cari
cerita pasal nabi-nabi yang dia tahu dari bible kat kitab lain pulak. Dia jumpa
Al-Quran. Dia cakap, bila sekali dia baca Al-Quran, dia rasa hati dia tertambat
terus pada Islam. Persoalan dia terjawab dengan hanya membaca Al-Quran.
Kemudian, dia bertanya pulak pada orang-orang yang dia kenal tentang kenapa
perlu ada hadis kalau Al-Quran tuh dah lengkap. Dia akhirnya jumpa jawapan
sendiri dan dia sangat berpuas hati. Akhirnya, dengan hidayah Allah..dia masuk
Islam setelah cukup umur dia untuk tukar agama.
Dia cakap, dia
memang takut nak tukar agama kerana memikirkan ibubapa dia. Kalau ibubapa dia buang dia, maka dia akan
tinggal sebatang kara sahaja. Dah la dia baru sahaja mengenali dunia, kerja pun belum lagi. Tapi dia
cakap, bila dia dah mengucap 2 kalimah syahadah, semua menda yang dia takuti
tuh rupa-rupanya tak terjadi. Bahkan, Allah Ta’ala berikan pulak banyak lagi
kelebihan bila dia dah masuk Islam. Dia dapat kawan-kawan yang berkualiti dari
segi akhlak dan agamanya, dia dapat ustaz2 sebagai rakan karib dia, dia dapat
mak bapa angkat yang sangat memberikan sokongan pada dia dan macam2 lagi.
Walaupun hanya tahu baca 4 surah sahaja (Al-Fatihah dan 3 Qul) dia akan bangun
jugak sembayang sunat malam2 sebab terlalu bersyukur dengan nikmat agama yang
Allah dah bagi kat dia. Subhanallah.
Kagum sungguh aku
dengar cerita dia. Macam mana
satu orang budak muda boleh buat perbandingan antara bible dan Al-Quran
sedangkan aku pada umur belasan tahun macam tuh, dok sibuk dengan duniawi.
Kemudian dari perbualan kami, aku dapat tahu yang buku2 yang dia dah baca
sebagai rujukan agama pun bukannya sedikit. Mengalahkan jumlah buku yang aku baca
dah pun. Sungguh dasyat. Dalam hati aku sebenarnya cemburu dengan kelebihan
yang Allah bagi kat dia. Semoga, aku jugak diberi hidayah yang sama seperti
budak tuh.
Dalam perkenalan
kami yang hanya beberapa minggu tuh, aku hadiahkan dia sebuah buku yang aku
sangat sukai. Sebuah buku tentang kehidupan Nabi Muhammad SAW yang aku rasakan
sangat hampir dengan fakta sejarah. Dalam pada masa yang sama, aku nasihatkan
dia agar fokus pada pembelajaran agama. Jangan peduli sangat isu-isu semasa kat
Malaysia nie yang suka mempolitikkan agama. Aku taknak dia jadi keliru. Malu
aku jadi Melayu kerana bangsa Melayu la jugak yang mempermain-mainkan
agama.
Aku rasa aku
sangat bertuah dapat menyelami perasaan dia terhadap Islam. Bagaimana matangnya
fikrah dia kalau nak dibandingkan dengan umur dia. Membuatkan aku serba sedikit
mengaku akan kekurangan diri aku. terus-terang cakap, aku sendiri tak tahu nak
cakap apa kat dia berkenaan Islam. Malu kan..?? Semoga dia bertemu dengan tok
guru yang dapat membimbing dia menjadi mukmin sejati. InsyaAllah.