Tuesday, February 28, 2012

Cenderahati

0
     Alhamdulillah..... walaupun tak dapat nak join Konvensyen Fiqh Ummah minggu lepas, ada jugak sahabat yang sudi menyampaikan cenderahati yang didapati dari majlis tersebut. Terubat sikit rasa hati bila dapat dengar cerita pasal majlis tuh dari sahabat. Allah jua yang membalas jasamu.


     Daripada maklumat yang didapati dari konvensyen tersebut, akan ada satu siri kartun baru yang dianggarkan lebih popular dari siri Upin dan Ipin. Kalau siri Upin dan Ipin memiliki watak yang terdiri dari pelbagai bangsa, siri kartun yang baru ini juga akan memiliki ciri yang sama. Dengan tambahan, watak-watak tersebut adalah beragama Islam dan menutup aurat. Tak sabar rasanya menanti siri kartun yang bermanfaat untuk anak-anak.

     Daripada maklumat juga, Konvesyen Fiqh Ummah yang berlangsung pada hari itu boleh diikuti oleh orang ramai apabila ada CD rakaman bakal sedia untuk dijual nanti. Kita tunggukan saja pengumumannya. Insya Allah

No Response to "Cenderahati"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...