Friday, February 17, 2012

Fiqh Ummah 2012

2

     Esok hari Sabtu 18/02/2012. Esok akan berlangsung sebuah program yang dikenali sebagai Konvensyen Fiqh Ummah 2012 di PWTC. Program yang akan berlangsung selama 2 hari ini akan menghuraikan sistem kehidupan Islam berdasarkan pendekatan fiqh kontemporari yang sederhana (wasatiyah). Program ini akan disertai oleh beberapa ilmuwan Islam dari dalam dan luar Negara. Mereka akan membentangkan kertas kerja mengikut disiplin mereka masing-masing.


     Aku sangat berminat untuk mengikuti program ini. Seawal Januari lagi aku dah pun mendaftarkan diri sebagai peserta. Aku sangat berminat untuk mendengar buah fikiran ilmuwan yang hebat dari dalam dan luar negara ini. Ustaz Zahazan, Ustaz Zaharuddin, Ustaz Zamri dan Ustaz Hasrizal adalah nama-nama yang selalu aku ikuti secara dekat pemikiran mereka. Sheikh Dr. Aidh Al-Qarni pula dapat kita kenali melalui tulisannya yang terkenal, La Tahzan. Harapan aku untuk menunggu hari esok semakin menggunung apabila ada sahabat aku yg belajar di Indonesia turut mendaftarkan diri sebagai peserta.




     Tapi Allah Maha Mengetahui tentang segala sesuatu sedangkan kita tidak mempunyai kemampuan pun untuk faham perancangan Dia. Sebagai hamba, aku hanya merancang dan Allah jualah yang menentukanNya. Ditakdirkan malam tadi, anak bongsu aku (Husaini) kena masuk hospital kerana doctor cakap, terlalu banyak kahak dan paru-paru jugak dijangkiti kuman. Bahasa perubatannya dipanggil bronchitis Daripada pengalaman yang lalu, aku rasa Husaini akan terus berada dalam hospital untuk tempoh 2 atau 3 hari. Bergantung kepada keputusan perubatan, tempoh untuk terus berada dalam hospital mungkin lebih lama lagi. Selama tempoh itulah jugak, wife aku akan menemani Husaini di hospital kerana Husaini masih lagi menyusu badan dan aku akan bersama-sama 3 lagi hero di rumah.

     Begitulah adanya. Rasanya, hajat untuk menghadiri Konvensyen Fiqh Ummah 2012 tuh terpaksalah dibatalkan kot. Tak sanggup pulak rasanya nak tinggalkan ketiga-tiga anak aku kat pengasuh sepanjang hujung minggu dari pagi sampai ke malam. Kemudian, aku pun tak sedap hati nak tinggalkan wife aku bersama Husaini di hospital. Kalau-kalau ada perkara berbangkit yang datang secara tiba-tiba, dari PWTC ke Hospital di Seremban bukannya dekat. Walaupun aku akan hanya berada di rumah dan bukannya di hospital, paling tidak pun aku akan berada dalam standby mode at anytime in case of emergency. Mungkin, jika ada program yang serupa pada masa-masa akan datang, aku dapat hadir sebagai pembentang kertas kerja pulak. Hehehe..mana tahu. Semoga aku terpilih untuk menghadiri masjlis yang penuh berkat seperti majlis Konvensyen Fiqh Ummah 2012 dimasa hadapan, InsyaAllah…S

     So, ada sapa2 nak amik tiket dari aku? Boleh aku jual murah sket….






2 Response to Fiqh Ummah 2012

February 17, 2012 at 8:50 PM

CePat sembuh Hussaini...

February 20, 2012 at 11:54 AM

terima kasih Ghazi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...