Thursday, November 15, 2012

Cantik Komuter kita

1
     Aku berada di Besut pun tak lama. Sebabnya, hari Jumaat kena masuk kerja semula. Sebagai menyahut amanah bos aku yang mahukan aku "jaga kedai" semasa kebanyakkan staff ambil cuti. Hmm..nasib laa..

     Hanya aku seorang sahaja balik ke PD. Yang lain semua tinggal di kampung untuk sementara waktu. Aku pun hanya pulang ke PD menaiki bas sahaja. Dari Besut, pi ke KL. Dari KL, amik komuter ke Seremban. Dari Seremban, kawan datang ambil sampai ke rumah.

     Lama sungguh aku tak masuk ke dalam komuter kat Malaysia nie. Tak ingat bila kali terakhir aku menggunakan kemudahan awam yang satu nie. Bila masuk ke dalam komuter, kagum jugak dengan kebersihan dan kecantikan dalamannya. Seingat aku, kawan aku ada menulis berkenaan koc baru komuter yang diperkenalkan oleh KTM nie. Baru hari ini aku merasainya.

Dalamnya yang terang memberikan perasaan luas bila berada dalam koc baru nie

 Tempat duduk pun cantik. Ruang untuk berdiri pun luas

     Indicator kat pintu keluar pun sudah maju. Bukan setakat ada peta laluan sahaja, ada indicator lampu untuk memudahkan penumpang mengetahui lokasi dan arah perjalanan komuter nie.

     Lampu yang menyala disepanjang laluan tuh menunjukkan laluan keseluruhan komuter. Bagi laluan yang telah kita lalui, lampu akan terpasang pada laluan tersebut. Bagi laluan yang bakal kita lalui, lampu akan berkelip-kelip menuju ke arah perjalanan.

     Setiap stesen akan diwakili oleh lampu yang menyala. Bagi stesen berikutnya, lampu stesen tersebut akan berkelip-kelip. Apabila sampai, lampu akan berhenti berkelip-kelip. Cara komunikasi yang mudah tapi berkesan dan mudah difahami.

Laluan komuter dan stesen-stesennya

     Bila aku perhatikan sekeliling, aku terperasan ada satu tulisan yang menunjukkan syarikat yang mengeluarkan koc komuter ini. Bila diperhatikan dari dekat, maka fahamlah aku. Kita beli koc nie dari China rupanya. Patutlah macam biasa tengok sistem koc nie dulu. Hehehehe...ok la tuh. At least, KTM ada inisiatif untuk menaik tarafkan kemudahan mereka. Syabas KTM...

     Cuma lagi, tempoh perjalanan untuk ke Seremban dari KL masih lagi tak berubah. Mungkin kita boleh atasi masalah keretapi yang terpaksa perlahan di tempat-tempat tertentu untuk perjalanan yang lebih efisien. Just my 2 cents..

CSR ZHUZHOU ELECTRIC LOCOMOTIVE CO. LTD

1 Response to Cantik Komuter kita

November 26, 2012 at 1:03 PM

idam cantik? cubalah resipi mudah fungus BBC MARDI Station hanya di MARDI Station CH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...