Wednesday, November 7, 2012

Lei Feng Pagoda

2
     Cuaca di Hangzhou sekarang memang sejuk. Perbezaan suhu antara yang paling panas dan yang paling sejuk dalam sehari sangat besar. Waktu tengahari, suhu mencecah 19 darjah celcius. Waktu malam dan waktu awal pagi, suhu mencecah 9 darjah celcius. Sakit sunggh jari-jari tangan bila keluar waktu pagi. Telinga pun sakit jugak sebab terlalu sejuk. Kali terakhir aku sakit telinga sebab sejuk adalah ketika aku masih lagi menggunakan basikal untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. Kesejukkan di Hangzhou, mengingatkan aku kepada perkara-perkara lama dahulu.

     Melawat Hangzhou pada musim sejuk memang berbeza dengan melawat Hangzhou waktu musim panas. Cuaca sejuk menyediakan rasa nyaman dan selesa untuk bersiar-siar sekitar West Lake. Pelancong tempatan jugak tak ramai waktu musim sejuk nie, makanya kita dapat menikmati pemandangan yang cantik tanpa perlu bersesak-sesak dengan orang ramai. Kalau dalam lawatan kami yang lalu, aku tak sempat nak bawa keluarga aku bersiar-siar di West Lake, kali ini akhirnya kami dapat juga mengenali tasik yang sangat besar tuh.

     Destinasi pertama kami adalah Lei Feng Pagoda. Sebuah pagoda lama yang diberi nafas baru oleh kerajaan china. Pagoda yang tinggi ini berada betul-betul di tepi kawasan West Lake. Dari tingkat atas sekali, kami akan dapat melihat dengan jelas keluasan sebenar West lake. Aku rasa, itulah yang patut dilakukan dahulu. At least kami dapat spot beberapa tempat yang menarik dari tempat tinggi sebelum pergi kepada detail.

Husaini yang terlepas dari mama 

Hadi dengan tiket masuk

Husaini nampak gemuk dengan baju sejuk tebal.

     Memang ada penerangan tentang sejarah Lei Feng Pagoda nie tapi tak sempat nak baca semuanya sebab sibuk menjaga anak-anak. Jadinya, tak dapatlah nak share info pasal sejarah dan perincian pagoda nie. Hehehehe...

Dah la pagoda tuh tinggi, duduk kat atas bukit pulak tuh.

senibina China

Sayup mata memandang keluasan West Lake, macam laut

Ceiling emas bermotifkan Buddha duduk

Ada penerangan bergambar dan bertulis pada tingkat bawah pagoda
   
     Selebihnya, kami banyak bergambar kat kawasan nie disebabkan tempat yang cantik. Alhamdulillah, Hadi pun dah pandai pegang camera. Ada la dua tiga shot gambar aku bersama wife yang ditangkap oleh Hadi. Adalah jugak kenang-kenangan bersama kami nanti. Hehehehe...cuaca terang dan suasananya sejuk. Semakin mudahlah tugas mengambil gambar dengan pencahayaan yang cukup sebegitu.

Ini shot dari Hazwan

Shot dari Hadi pulak. Boleh laaa..janji ada

     Kalau tak silap, kami menghabiskan masa selama 2 jam jugak la kat pagoda nie. Menikmati pemandangan luas dari tempat tinggi dan merasai pengalaman menaiki pagoda. Teksi dan bas cukup banyak ke kawasan peranginan ini. Sangat mudah sekali.  

2 Response to Lei Feng Pagoda

aie
November 8, 2012 at 7:20 AM

takdak gambaq beg Abg E ponnn! hahahha...

sejuk2 mcm ni blh baby sorang lagi nih... dah rapat dah tu (last pic)... ramai laa anak buah tawun depan.. huaaaaa!

November 8, 2012 at 10:44 AM

beg abang E lawa sangat, takleh masuk blog...hehehe

InsyaAllah, kami memang nak create team futsal dari kroni sendiri pun...hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...