Thursday, April 30, 2015

Berita gembira dari Kementerian Pengajian Tinggi

0
     Wife akhirnya dapat pindah ke Politeknik Sultanah Bahiyah Kulim........ Alhamdulillah....summa Alhamdulillah...

Wednesday, April 29, 2015

IIDEX 2015

0
     Invention Innovation Design and Exposition 2015.....itulah maksud IIDEX 2015. Berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam dari 27 April - 30 April 2015. UniKL MSI hantar ramai jugak group untuk competition nie.


     Asalnya, officemate aku plan kena pergi untuk bawak student ke competition tuh. Tapi sebab dia pun dah letih melayan competition kat UNIMAP sehari sebelum tuh, makanya dia offer kat aku untuk bawak student ke UiTM Shah Alam. Mulanya berat hati sebab bukan projek sendiri tapi bila tengok pada cuti, aku pun jadi sudi. Hehehehe...

     Cerita pasal cuti dulu. Cuti susah la nak dapat sebab staff baru. Cuti pun takdak sebenarnya. So, kalau ada opportunity macam nie, memang nak sangat la. Boleh balik ke PD dan boleh singgah UPM untuk jumpa supervisor. Nak balik jumpa family sebab wife cakap, bila tiba hari Sabtu ja, Husaini akan bangun pagi dan pakai swimming suit. Katanya nanti abah nak balik, pastu nak bawak dia mandi kat swimming pool. Allah.....luluh hati abah dengar cerita mama. Tuh yang nak balik tuh. Kebetulan pulak bersambung dengan Labor Day dengan Wesak Day. Memang lama la balik ke PD kali nie. Surat pun dah tulis kat cikgu sekolah. "Cikgu, eden nak mintak cuti yo...omak den ado kek PD. Den janji akan monyiapkan semuo ehh kojo skolah yang cikgu bagi nanti". Hahahahaha...

     Cerita pasal IIDEX plak. Besar rupanya program UiTM nie. Memang sesuai la dengan fasiliti yang ada dalam kampus Shah Alam tuh. Rasanya, tak kurang dari 600 participant sampai terpaksa dibahagi kepada 2 sessi plak sebab banyak sangat.

     Student UniKL MSI la tuh. UniKL lain pun ada gak. Kiranya, UniKL punya participation pun memang dah ramai sebab banyak kampus.

Pandangan dari tingkat atas

          Mujur student yang aku kena bawak tuh memang dah banyak masuk competition. Jadinya aku just pastikan diorang dapat hostel, makan minum dan keperluan lain terjaga. Yang lain tuh, diorang buat sendiri. Nak present ka, nak demo ka nak apa ka....diorang akan buatkan. Lega la aku.

     Bila dah sampai Shah Alam, langkah pun panjang la sikit. Apa lagi, contact balik kawan-kawan Lotus dulu. Makan la kami kat kedai Kak Wok. Lama tak bersembang. Best jugak dapat info terbaru pasal Proton. To be honest, kawan-kawan kat Lotus memang sempoi dan rapat sangat. Kalau tak disebabkan kami kena masuk dalam RnD Proton, aku rasa memang aku akan pencen kat Lotus sahaja. Nak buat camner, itulah perjalanan hidup.

Sempoi jerk nasik dia tapi memang sedap.

     Selesai program...nak balik PD....best ooo balik PD

Monday, April 27, 2015

Whatsapp penghubung bicara

0
     Bagus jugak ada Whatsapp nie. Sekejap ja kita boleh dapat info terkini dari orang lain. Siap boleh attachment video dan gambar lagi. Kalau dulu waktu tahun 2010 kat China, aku memang gelisah kalau tak dapat internet dan laptop. Waktu tuh hanya pandai pakai Skype saja. Takdak pun benda-benda canggih macam sekarang nie. Nie, tahun 2015...banyak sungguh perubahan berlaku. Ada kelebihan dan kekurangan jugak la..

     Wife aku banyak update kat aku pasal anak-anak. Gambar-gambar yang dihantar, walaupun bukan setanding dengan quality camera DSLR tapi dah cukup untuk mengubat rindu kat keluarga. Sama jugak la bila kita ada group whatsapp, banyak cerita dan update dari kawan-kawan yang jauh dapat kita tahu dalam masa yang singkat. Thanx to technology.

Ada 2 mess maker dalam rumah. Tak sempat mama nak handle

Husaini memang Photogenic. Mesti nak berlakon depan camera. Dhiya pun dah ppandai pose

Tiup trompet dengan dog dia tuh

Husaini lukis Abah, Hadi, Hazwan dan Hafiz.....sian Husaini takdak kawan.
 
 

Wednesday, April 15, 2015

Beli basikal lagi

0
     Basikal Hazwan yang beli kat Wall Mart, Jinhua tuh dah rosak. Kebetulan pulak basikal tuh macam dah kecik sangat dengan Hazwan. Basikal tuh pun dah selamat dah kat kedai besi buruk cuma lagi pengganti kepada basikal tuh saja lambat sket.

     Nie sampai kat Kulim, ada plak kedai basikal dekat dengan rumah. Seminggu mesti 3-4 kali gak lalu depan kedai tuh. Dah hari-hari pulak si Hazwan dok mintak basikal, abah pun pening kepala jugak. Kena la jugak belikan.

Gambar kat kedai basikal. Pakai handset jerk.

     Minat sungguh dia dengan kaler hijau. Basikal kat Jinhua dulu pun kaler hijau jugak. Yang nie pun dia pilih kaler hijau. Takpa la Hazwan, mana-mana kaler yang Hazwan suka la.

     Banyak basikal dalam Malaysia nie dating dari China. Agaknya memang takdak kilang basikal dalam Malaysia kot. Pastu pulak, grade basikal pun macam-macam. Nampak macam cantik tapi bila dah pakai, baru tahu quality macam mana.

     Dulu waktu kat China dulu, memang ada jumpa kedai borong basikal kat Fu Tian. Cantik-cantik basikal dia. Brand ferarri pun ada. Daripada yang paling cikai sampai la yang intermediate high pun ada. Of course, basikal yang paling top sekali, kita kena cari outlet basikal jugak la baru boleh puas hati. Tapi apart form that, for daily use...memang banyak sungguh basikal dari China.

     Cina memang suka berniaga. Supply chain dia kuat dan banyak pilihan. Kadang-kadang, kagum gak ngan orang-orang Cina nie. Yang baik kita buat teladan, yang buruk kita buat sempadan.

Ada budak nangis nak basikal baru. Basikal dia kat PD elok jer lagi.

Friday, April 10, 2015

English Camp at UniKL MSI

0
     Selalunya, kalau hari Jumaat...Hadi, Hazwan dan Hafiz akan duduk kat rumah melayan TV atau game atau laptop. Abah pulak sebab follow KL, kena kerja hari Jumaat.

     Minggu nie, ada English Camp plak organized by student UniKL. Target group diorang adalah kanak-kanak yang duduk kat primary school. Yuran pun free. Aktiviti dari pagi sampai la habis waktu kerja.

    Peluang nie sangat menarik sebab aku memang mencari aktiviti untuk anak-anak supaya diorang tak boring. Kebetulan pulak, hal ehwal peserta akan dijaga oleh penganjur program termasuklah solat Jumaatnya, makan minumnya dan macam-macam lagi.

     Pagi tuh, hantar anak-anak kat dewan lecture. Pesan kat diorang, kalau dah abis program kang...datang kat ofis abah tau. Semuanya dalam satu bangunan sahaja. Alhamdulillah. Anak-anak seronok. Dapat join activities, dapat menang hadiah, dapat belajar cakap omputih....Balik tuh siap pesan kalau ada lagi program macam nie, Hadi Hazwan dan riHafiz nak join lagi. Seronoknya.

Terima kasih penganjur.....TQ

The person you most love. Hazwan kata Dhiya Raudhah. Sayang sangat adik dia tuh

Hafiz menang nombor 4 kot.

Sunday, April 5, 2015

Balik PD

0
     Kena gelak dengan bos waktu apply cuti. Cuti nak balik PD tuh. Sebenarnya cuti takdak lagi tapi kebetulan ada program tentang Electric Vehicle waktu hari Ahad minggu lepas. Saja la join sebab nak tambah ilmu. Rupa-rupanya, boleh ganti dengan cuti tahunan dengan syarat program tuh berlangsung dari jam 8.30pagi - 4.30 petang. Ini dah dikira cantik, at least ada la peluang untuk dapat annual leave secara formal.

     Kita berjauhan dan sesekali kita pulang ke tempat asal. Bila kita sampai di tempat asal, sebenarnya lebih banyak perkara kita kena buat dalam masa yang singkat. Tapi, walau bagaimana sibuk pun, family come first. Layan anak-anak dulu terutama Dhiya dan Husaini. Rindu dah tiga minggu tak jumpa. Walaupun kami sampai waktu lewat malam, tapi Husaini dan Dhiya tak letih-letih menyambut abang-abang dia. Happy sungguh budak-budak tuh bila bersama.

    Hujung minggunya bawak diorang mandi swimming pool. Budak-budak kan suka main air dan kebetulan, kalau kita nie penduduk PD....kita biasa dengan kolam air kat hotel-hotel. Buat-buat je macam kita nie guest hotel, kemudian...terjun jer la...

Patut amik gambar Dhiya ngan Husaini, apsal la amik gambar 3 orang nie plak?

Hadi dan hazwan dah dapat step berenang. Ok la tuh, nanti cepat pandai.
 
 
     Seperti biasa, bila dah masuk air...camera kena simpan. Fokus pada keselamatan anak-anak. Handset pun jangan main. Beringat selalu. 2 gambar sudah mencukupi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...