Friday, April 10, 2015

English Camp at UniKL MSI

0
     Selalunya, kalau hari Jumaat...Hadi, Hazwan dan Hafiz akan duduk kat rumah melayan TV atau game atau laptop. Abah pulak sebab follow KL, kena kerja hari Jumaat.

     Minggu nie, ada English Camp plak organized by student UniKL. Target group diorang adalah kanak-kanak yang duduk kat primary school. Yuran pun free. Aktiviti dari pagi sampai la habis waktu kerja.

    Peluang nie sangat menarik sebab aku memang mencari aktiviti untuk anak-anak supaya diorang tak boring. Kebetulan pulak, hal ehwal peserta akan dijaga oleh penganjur program termasuklah solat Jumaatnya, makan minumnya dan macam-macam lagi.

     Pagi tuh, hantar anak-anak kat dewan lecture. Pesan kat diorang, kalau dah abis program kang...datang kat ofis abah tau. Semuanya dalam satu bangunan sahaja. Alhamdulillah. Anak-anak seronok. Dapat join activities, dapat menang hadiah, dapat belajar cakap omputih....Balik tuh siap pesan kalau ada lagi program macam nie, Hadi Hazwan dan riHafiz nak join lagi. Seronoknya.

Terima kasih penganjur.....TQ

The person you most love. Hazwan kata Dhiya Raudhah. Sayang sangat adik dia tuh

Hafiz menang nombor 4 kot.

No Response to "English Camp at UniKL MSI"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...