Wednesday, April 29, 2015

IIDEX 2015

0
     Invention Innovation Design and Exposition 2015.....itulah maksud IIDEX 2015. Berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC), UiTM Shah Alam dari 27 April - 30 April 2015. UniKL MSI hantar ramai jugak group untuk competition nie.


     Asalnya, officemate aku plan kena pergi untuk bawak student ke competition tuh. Tapi sebab dia pun dah letih melayan competition kat UNIMAP sehari sebelum tuh, makanya dia offer kat aku untuk bawak student ke UiTM Shah Alam. Mulanya berat hati sebab bukan projek sendiri tapi bila tengok pada cuti, aku pun jadi sudi. Hehehehe...

     Cerita pasal cuti dulu. Cuti susah la nak dapat sebab staff baru. Cuti pun takdak sebenarnya. So, kalau ada opportunity macam nie, memang nak sangat la. Boleh balik ke PD dan boleh singgah UPM untuk jumpa supervisor. Nak balik jumpa family sebab wife cakap, bila tiba hari Sabtu ja, Husaini akan bangun pagi dan pakai swimming suit. Katanya nanti abah nak balik, pastu nak bawak dia mandi kat swimming pool. Allah.....luluh hati abah dengar cerita mama. Tuh yang nak balik tuh. Kebetulan pulak bersambung dengan Labor Day dengan Wesak Day. Memang lama la balik ke PD kali nie. Surat pun dah tulis kat cikgu sekolah. "Cikgu, eden nak mintak cuti yo...omak den ado kek PD. Den janji akan monyiapkan semuo ehh kojo skolah yang cikgu bagi nanti". Hahahahaha...

     Cerita pasal IIDEX plak. Besar rupanya program UiTM nie. Memang sesuai la dengan fasiliti yang ada dalam kampus Shah Alam tuh. Rasanya, tak kurang dari 600 participant sampai terpaksa dibahagi kepada 2 sessi plak sebab banyak sangat.

     Student UniKL MSI la tuh. UniKL lain pun ada gak. Kiranya, UniKL punya participation pun memang dah ramai sebab banyak kampus.

Pandangan dari tingkat atas

          Mujur student yang aku kena bawak tuh memang dah banyak masuk competition. Jadinya aku just pastikan diorang dapat hostel, makan minum dan keperluan lain terjaga. Yang lain tuh, diorang buat sendiri. Nak present ka, nak demo ka nak apa ka....diorang akan buatkan. Lega la aku.

     Bila dah sampai Shah Alam, langkah pun panjang la sikit. Apa lagi, contact balik kawan-kawan Lotus dulu. Makan la kami kat kedai Kak Wok. Lama tak bersembang. Best jugak dapat info terbaru pasal Proton. To be honest, kawan-kawan kat Lotus memang sempoi dan rapat sangat. Kalau tak disebabkan kami kena masuk dalam RnD Proton, aku rasa memang aku akan pencen kat Lotus sahaja. Nak buat camner, itulah perjalanan hidup.

Sempoi jerk nasik dia tapi memang sedap.

     Selesai program...nak balik PD....best ooo balik PD

No Response to "IIDEX 2015"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...