Friday, October 30, 2015

Penang Invention, Innovation and Design oleh UiTM Permatang Pauh

0
     Hari Isnin bebaru nie, kebetulan ada seorang pensyarah mengajak ke UiTM Permatang Pauh kerana menemani pelajar UniKL yang ikut serta dalam pertandingan inovasi antara pusat pengajian tinggi. Kebetulan memang kelas takdak sebab dah mid semester dah sekarang nie, so takdak masalah la nak join. Bukannya jauh pun dari Kulim nie, lebih kurang 20 minit saja pun. Jalan punya jalan punya jalan...tetiba terjumpa muka yang agak familiar sikit kat dalam exhibition hall tuh. Heheheh..

 
Mat Ayaq (Dr Iswadi tuh), soon to be Dr Ghazirah and my good self

     Memang dah budget nak cari Ghazirah pun kat UiTM Permatang Pauh. Dah tahu lama dia ada kat sana sebagai pensyarah Aero. Alhamdulillah, dapat jumpa Ghazirah dan suami dia sekali. Nama penuh tak ingat tapi dari zaman USM dulu kami panggil suami Ghazi nie Che We Jaguh...sebab dia naik motor jaguh. Aku rasa, walaupun Che We naik Ferrari suatu hari nanti, orang tetap panggil dia Che We Jaguh gak sampai bila2. Heheheheh...

     Dalam pertandingan inovasi tuh, Ghazi dan kumpulannya mempamerkan sebahagian dari projek PhD Ghazi. Dasat gak Ghazi sekarang nie....Kajian dia, boleh disesuaikan dengan banyak bidang asalkan melibatkan manusia. Memang bagus topic tuh.

     Tetiba ada orang tepuk dari belakang. Subhanallah, senior aku kat USM dulu. Sama-sama naik kayak, mandi tasik, lemas dalam laut, gelak tak berenti...semua ada. Itulah Mat Ayaq. Macam tak sangka dia dah ada PhD dah sekarang nie. Ketua Program Aero kat UiTM Permatang Pauh. Respect la Mat Ayaq. Tetiba rasa muda balik. Tetiba rasa nak merapu plak bila jumpa Mat Ayaq. Hehehehe...

     Aku kagum dengan kengkawan aku semua nie. Walaupun dah berpangkat, tapi masing-masing masih lagi seperti dulu. Masih humble dan ramah bila bertemu. Alhamdulillah, aku dikelilingi oleh orang-orang yang hebat. Seingat aku, Ghazi memang all rounder. Banyak jawatan penting-penting dalam USM yang dia pegang waktu student dulu. Still, dia excel dalam pelajaran. Mat Ayaq pulak, dalam dok merapu dia..dia sebenarnya focus. Main kayak pun dia focus sampai orang bagi nama mat ayaq kat dia (mujur tak panggil itik air), belajar pun focus sampai dapat Phd. Steady la kengkawan.

     Semoga persahabatan ini berkekalan dan semoga kita sama-sama berjaya. InsyaAllah.. 

Wednesday, October 28, 2015

Sambung post semalam

1


     Jumaat bebaru nie, ada small gathering (family day kot) dengan kawan-kawan dari Politeknik Port Dickson. Wife aku dengan kawan-kawan dia punya arrangement la nie. Kawasan yang dipilih pun memang isolated area sikit. Kalau cari dalam agoda atau trivago ka memang tak jumpa. Kami tahu tempat nie pun melalui kenalan. Even waktu kami sampai malam tuh pun, waze tak boleh pakai. Gagau jugak la dalam gelap kat kawasan Changkat Ibul tuh. Mujur kawasan Tok Janggut Homestay tuh dekat tepi jalan saja. Dekat dengan Ethno Resources Taiping.

     Nampak kat luar memang biasa sahaja, sangat biasa. To my suprise, bila masuk dalam sahaja memang best. Dalam tuh ada lebih dari 8 bilik rasanya, siap dengan swimming pool size kecik untuk anak-anak. Dapur, BBQ area, tempat lepak, basikal dan dua tiga benda lagi. Boleh lawati kat link nie http://tokjangguthomestayretreat.blogspot.my.

     Bangun pagi tuh, kami layan naik basikal yang memang disediakan untuk penyewa homestay. Naik basikal keliling kampung sebab nak cari sungai tempat mandi. Akhirnya jumpa satu tempat nie, yang lebih kepada jeram la. Air jernih, sejuk, dekat pulak dengan homestay. Yang boleh jumpa port nak mandi tuh sebab nampak bebudak kampung naik motor bawak tuala. Follow punya follow... memang ada port mandi. Last sekali, dengan budak-budak kampung tuh jugak kami join mandi. 

Kawan-kawan dari PD berkumpul di Taiping.

      Subhanallah, sungguh aku teringat waktu aku duduk kat kampung dulu-dulu. Waktu nakal dalam kampung, naik basikal cari sungai, terjun tiruk dalam air, minum air kat kedai kopi. Subhanallah, lama sungguh rasanya aku tak merasa suasana kampung sebegitu. Tak sangka, masih ada tempat yang sangat indah dan hampir menyerupai suasana kampung aku waktu kecik-kecik. Memang nostalgik sungguh.

Haziq dan Bibo sebelum bertolak ke Taiping


Hafiz pun tak mandi lagi.

Seronok sungguh bila dapat jumpa balik kawan-kawan lama dia dari PD.

Tempat makan kat dalam kawasan homestay. Open concept

Meja banyak, boleh separate lelaki dan perempuan. Kat belakang tuh, dapur

Gambar dapur pulak.

Kongsi-kongsi bawak bahan mentah, masak ja dalam homestay

Kolam 1.1m. Sesuai untuk kanak-kanak


Kawasan parking pun besar. Semua MPV boleh muat. Hehehehe...

Kawasan lapang kat depan pun ada tempat lepak. Tuan homestay duduk kat sebelah ja

Gambar kat depan sebelum balik. Ada 8 family sebenarnya. Ramai lagi sepatutnya nie



Hafiz dengan Mustaqim. Best friend dari sekolah Lukut lagi

 Pandangan dari tepi jalan

     Family gathering kali nie memang best kecuali ada satu incident waktu kami nak melawat Zoo Taiping Night Safari sahaja. Ntah apa jadi tetiba blackout pulak waktu nak masuk Zoo. Kemudian adalah incident tak enak sikit bila pihak pengurusan tanak refund tiket. Sebaliknya dia suruh kami datang masuk Zoo keesokkan malamnya. Walhal, semua dari kami dah ada kat rumah masing-masing dah esok malam. Sapa yang nak duduk kat Taiping lama-lama. Hehehehe...macam-macam.

     Rasa refreshing sangat bila dapat hidup dalam kampung. Walaupun jerebu tapi suasana kampung tuh lebih dominan untuk dihayati. Hasilnya, rasa motivated nak update blog. Biarlah dulu hal-hal kerja nie. Nak rasa life sekejap. Sebuah peluang untuk bersyukur.

Tuesday, October 27, 2015

Selamat Hari Lahir

0
     Lama betul tak blogging. Kebetulan hari nie besday aku, ingat nak menulis panjang sikit. Melepaskan gian blogging dan update beberapa perkara yang terlepas sejak bulan bulan Ogos hari tu.

     Dah setahun lebih sejak accident yang paling berat dalam hidup aku Ogos tahun sudah. Hari nie, badan bertambah sihat. Walaupun sakitnya berbekas tapi lebih baik dari setahun yang lalu. Yang penting, dapat tatap wajah anak-anak. Dapat dukung dan bersenda gurau. Kisah berbulan lamanya tak dapat dukung Dhiya disebabkan patah tulang, memang rasa sedih jugak. Alhamdulillah, dapat dakap dan dukung anak adalah satu nikmat yang sangat istimewa.

Sapa la yang buat rambut Dhiya macam kena letrik nie?

Bibo dengan Haziq.

Dhiya tolong pakaikan baju Haziq

     Dalam bulan September rasanya, Hazwan dapat hadiah kerena dapat nombor 3 dalam kelas. Seronok ja Hazwan. Moga jadi motivasi untuk dia berusaha lagi. Dalam majlis penyampaian hadiah tuh, Murid-murid yang tidak menerima hadiah, tidak dijemput pun. Tapi sengaja bawak jugak Hadi dan Hafiz semoga anak 2 orang nie pun terasa motivated jugak. Bukanlah aku nie jenis suka push sangat dalam bidang akademik. Aku dulu waktu kecik pun ke laut jugak sebenarnya.

Semua nak tangkap gambar jugak

Tahniah Hazwan. Semoga terus cemerlang dalam pelajaran

Dapat plaque dan sijil

 Hafiz gak steady kan...

 Hadi baru bangun dari terlelap waktu penyampaian hadiah

     Minggu yang sama jugak, kami bawak anak-anak jalan ke Pulau Pinang. Inilah first time kami ke Pulau Pinang sejak kami pindah kat Kulim nie. Kebetulan, jerebu sedang melanda seluruh negara Malaysia. Kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan. Sudahnya, atas jambatan pun tak dapat tengok scenery melainkan jerebu.

     Kami layan kedai buku atas kapal kat Port Swettenham, Pulau Pinang. Kapal MV Logos Hope nie adalah kapal NGO yang mengumpulkan sukarelawan dari seluruh dunia. Diorang datang dari satu tempat ke tempat lain dan bergabung dengan sukarelawan tempatan untuk bagi makan gelandangan dan menyebarkan kebaikan. Itu antara intipati perbualan aku dengan krew kapal yang agak senior la. Tapi kita pun tahu dari tajuk kapal, buku-buku yang dijual dan sukarelawan yang terlibat....rasanya ada unsur keagamaan jugak. Belasah la, janji tak minum apa-apa air dari dalam kapal tuh.

Dalam kapal

Hahaha...muka seposen

Kecik ja kapal tapi boleh buat kedai buku kat satu bahagian

Engine assembly

Yang kecik nie, tak habis-habis dok sengih



Dah keluar kapal dah

Tak puas lagi nak tengok laut.

     Balik dari Pulau Pinang, pakat-pakat batuk semua sebab jerebu. Being the most vulnerable in the family, Hazwan took the lead by having cough so badly that brought him to hospital. Seminggu batuk tak berenti, tiba-tiba badan Hazwan jadi panas. Demam tinggi tetiba. Peparu dah dijangkiti kuman. 3-4 hari jugak rasanya duduk dalam hospital. Tapi mujur Hazwan dah besar, boleh jaga diri. Hanya perlu diteman waktu malam dan beberapa ketika pada waktu siang sahaja. Sian Hazwan.

     Balik dari hospital, berjangkit pulak dari sorang ke sorang dalam family. Raya Aidiladha kami sambut di Besut kerana ada majlis akikah untuk Haziq. Walaupun meriah, tapi demam anak-anak makin melarat sebenarnya. Selesai Hari Raya Aidiladha, Dhiya pulak dimasukkan ke hospital. 5 hari berkampung di ward ditemani dengan 2 jenis antibiotik yang membuatkan Dhiya cirit-cirit semasa proses berubat tuh.

     Kemudian Haziq demam, Bibo pun sama. Hadi jugak demam. Mama, abah, Hazwan semula, Haziq. Sehinggalah jerebu berkurangan dan matahari mula menjengan pada hari ini barulah kami satu family nampak stabil sikit dari segi kesihatan nie. Paling merisaukan anak-anak. Kalau jerebu naik balik, Hazwan pasti akan jadi penanda aras untuk keadaan tuh. Dia sangat cepat dihinggapi batuk kalau jerebu naik walaupun sedikit.

     Hmm...banyak jugak menulis hari nie. Cepat pulak masa berlalu. Sambung esok pulak laa...InsyaAllah

Monday, October 26, 2015

Nothing much (part 33)

0

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...