Gambar besi dalam bahu sebelum operation. Dah setahun lebih aku simpan besi nie kat atas bahu tuh. Siap ada 5 paku lagi. Kini, sudah tiba masanya aku nak keluarkan balik besi nie. Jeng..jeng...jeng..
Sebenarnya, tak payah keluarkan pun tak apa. Tak jadi masalah pun pada masa hadapan (kalau ikut kepada nasihat Dr la). Tapi, setahun yang lalu aku ada ajukan soalan kepada Dr yang masukkan besi nie ke bahu aku. Aku tanya, apa explaination Dr tentang cakap-cakap orang yang ada besi dalam badan, kemudian dia rasa sakit waktu sejuk. Rasa sakit waktu kilat dan sebagainya. Dr cakap, itu biasa terjadi kat orang tua. Kat orang muda tak rasa apa-apa punya. So, kalau awak nak buang besi tuh, baik buang waktu muda.
Itulah pesan Dr yang masukkan besi dalam bahu aku. Logiknya, memang ada kebenaran dari kenyataan dia. Bila muda memang kita boleh tahan lagi, tapi bila tua...badan akan jadi lemah. Semuanya akan mula terasa nanti.
Alasan yang kedua pulak, aku nie kurus sangat. Kat tulang klavikel tuh, memang kulit dan tulang sahaja. Takdak daging pun. So, bila ada besi yang agak protruding kat bahu tuh, nampak obvious. Aku pun perasan bila besi tuh bergesel dengan kulit waktu anak-anak nak dukung dari belakang, memand ada rasa pedih pada bahu especially kat kawasan besi tu.
Itulah sebabnya berani kan diri untuk operation nie. Belasah ja laa..
Alhamdulillah, besi dah keluar. Besar jugak rupanya besi tuh. Ingat kecik ja. So sekarang nie, masih lagi dalam recovery period. 4 hari ja recovery. Sudahnya, aku bawak family aku pegi ke Langkawi. Kebetulan ada conference kat sana, belasah ja la. Sakit ka tak sakit ka, janji tak tercabut bahu sudah..
5 Response to Besi Sudah Cabut
Salam bro,bro dulu patah tukang clavicle ke? Boleh wassap sy x? Sy pun patah tulang klavikel
0146715774-yus
Saya pun sama. Kena pada 13.05.2016. Operate masuk besi 23.05.2016. 2 kali berubat kg. Rasa xleh tahan, pegi hospital, 5hari dalam wad. Dah 4 bulan berlalu.
Saya pun sama. Kena pada 13.05.2016. Operate masuk besi 23.05.2016. 2 kali berubat kg. Rasa xleh tahan, pegi hospital, 5hari dalam wad. Dah 4 bulan berlalu.
Memng klo nk mntak besi dibukak doktor akan bgike cm ne mohon penjelasam
Post a Comment