Friday, November 13, 2009

Apa dah jadi..??

1
Lebih kurang seminggu sudah, negara digemparkan dengan kes penangkapan Dr. Asri di Taman Sri Ukay. Tangkapan dilakukan oleh Polis dan JAIS. Alasan penangkapan yg aku tahu setakat nie sebab Dr. Asri memberikan ceramah tanpa tauliah. Pelik, sebabnya Dr. Asri nie bekas mufti negeri Perlis. Tauliah yg macam mana lagi perlu untuk seseorang yg berilmu agar dia boleh berceramah pasal ilmu...?? Pelik JAIS nie. Tapi nak hairan lebih-lebih pun tak boleh jugak. Sebabnya, orang yg pernah terlibat dalam memberi tauliah tersebut pun tak boleh nak berceramah untuk menyampaikan ilmu. Tengok apa jadi dengan Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Harun Din...

Kemudian, berita semalam pulak melaporkan yang SPRM nak siasat Tuan Guru Nik Aziz kerana didakwa menerima penajaan dari orang tertentu untuk bawak Tuan Guru beserta keluarganya buat haji di Mekah. Ini pun pelik jugak...takde sebab Tuan Guru nak ke Mekah pakai duit rasuah. Giler apa...
Kesian pada individu yg berhajat nak hantar Tuan Guru ke Mekah tuh. Tuan Guru terpaksa batalkan niat dia nak buat Haji tahun nie kerana berita fitnah nie. Padahal individu tu nak ikut serta buat haji dengan Tuan Guru. Kalau aku pun, aku sedih... Patut-patut dapat peluang buat haji dengan bimbingan orang alim, tgk2 takde rezeki sebab fitnah manusia sebangsa...

Apa la agaknya strategi pak lawak - pak lawak kat Malaysia nie..?? Apa lagi lawak yang diorang nak buat lepas nie..?? MasyaAllah...

1 Response to Apa dah jadi..??

November 23, 2009 at 12:45 PM

sedih tgk nnik aziz nangis.. nak nangis gak..huhuhu.. yang nak pi haji nak siasat. abis tu yang pak2 menteri orang taja pi italy, rome, australia bagai tu awat tak siasat??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...