Tajuk khutbah kat Masjid Besi nie "Manisnya Hidup Tanpa Gula". Maka menjadi kewajipan umat Islam untuk berjimat cermat dalam pengambilan gula. Air teh yg sedia tawar rasanya, perlulah dikurangkan lagi rasa manisnya. Anak2 yg selera makannya roti canai beserta gula juga tidak seharusnya digalakkan lagi, nanti usaha untuk berjimat cermat akan hanya tinggal perancangan.
Dalam keadaan negara tegang disebabkan penggunaan nama Allah oleh Herald Catholic, masjid yg sebegitu besar di Putrajaya tak sudi mengambil ruang untuk mententeramkan umat Islam. Siapa la agaknya yang melakukan pembakaran gereja? Aku rasa bukan orang mukmin sebab orang mukmin yang faham tidak akan menghina rumah ibadat agama lain.
Makanya, kurangkanlah gula dalam kehidupan seharian kerana berjimat dalam penggunaan gula adalah selari dengan kehendak Islam. Dan janganlah kita perhatikan sekeliling kita di dalam Masjid Besi ini kerana setiap binaan yang besar2 dan keterlaluan oleh kerajaan adalah perlu untuk rakyat. Selagi pembinaan Masjid Besi ini tidak menggunakan gula, maka ianya bukanlah pembaziran bahkan itulah penjimatan yang mendapat pahala.
2 Response to Jumaat
owh tajul ke..kemsalam huda.
i was browsing and found this entry n tak sangka this gotta be urs.
will do...
thanx for dropping by
Post a Comment