Tuesday, April 27, 2010

Cerita jiran lagi

3
Semalam, jiran aku meninggal. Uncle Tian nama dia. Umur dalam lingkungan 63 tahun kot. Meninggal sebab sakit jantung.

Sama macam aku jugak, Uncle Tian dan isteri dia bukannya orang Negeri Sembilan pun. Tinggal kat PD sekarang nie pun mungkin sebab nak duduk dekat dengan anak-anak. Kampung asal diorang nie kat Taiping. Adik beradik pun banyak yang ada kat Ipoh.

Tiap-tiap petang bila aku balik kerja, aku mesti lalu depan rumah Uncle Tian nie. Dia dengan wife dia memang orang yg ramah. Setiap kali aku lalu depan umah dia, mesti dia akan tegur aku.

Jadinya, semalam aku dengan family aku (kecuali Hafiz sebab dia kecik lagi) pegi la melawat jenazah Uncle Tian nie. Jemaah surau pun kebetulan memang ada kat rumah jenazah sebagai memberi penghormatan terakhir kat dia. Kemudian, aku dan wife aku bersembang la kejap dengan wife si mati.

Aku panggil untie jer, tak tau pun nama dia. Sedih sungguh untie bila menceritakan saat kematian uncle. Yea la, sapa2 pun boleh sedih kalau orang yg kita sayangi dah pergi meninggalkan kita untuk selamanya. Nak pulak kita dah hidup sama dengan pasangan kita untuk satu waktu yg sangat lama. Ntah la kalau terjadi kat aku, tak dapat aku nak bayangkan macam mana sedihnya aku saat tuh.

Bila tgk untie macam tuh, aku pun sebak sebenarnya. Kembang jer rasa mata nie. Tapi control sebab nanti untie lagi sedih. Tanpa aku sedar, aku cuba mententeramkan untie. Aku cakap kat untie “ Untie jgn sedih-sedih. Uncle tuh orang baik-baik. Orang baik-baik kalau mati mesti pergi tempat baik-baik jugak. Uncle mau pergi tempat cantik-cantik, tempat elok-elok. Kalau untie sedih, nanti uncle pun sedih. Nanti uncle nak pergi sana pun tak sampai hati mau tinggal untie. Untie kasik la uncle pergi sana dengan hati senang. Nanti uncle pun senang hati mau jumpa tuhan”

Untie pun mengangguk angguk dengar cakap aku. Ada la Nampak tenang sikit kat muka dia. Anak dia plak, mengiyakan semua cakap aku. setuju dengan apa yang aku cakap. Itu ajelah yg mampu aku buat, yang lain tak berapa nak pandai.
Pikir2 balik, kenapa la aku cakap macam tuh. Betul ker uncle akan senang hati di hadapan Allah nanti..?? niat nak buat baik, tapi tak pasal2 menipu pulak aku nie.
Esok2 kat Padang Masyar bila Allah tanya kat Uncle Tian nie kenapa sebelum mati tak masuk Islam? Uncle Tian akan cakap, Tajul tak datang pun cerita pasal Islam. Ajak masuk pun tader.
Dan waktu tuh, aku sendiri akan terkedu tak terkata apa bila aku sedar yg aku tak tunaikan tanggungjawab aku sebagai jiran terdekat…..

3 Response to Cerita jiran lagi

May 4, 2010 at 7:51 PM

I still believe, a Muslim or not, Allah is the One who judge his path to heaven or hell. We really never know, even if he is a non-Muslim, he'll maybe get a better place from everyone else. After all, my point is, we are so not the one to tell the non-Muslim wud definitely go to other place from heaven. And there's nothing wrong, of course, to console the non-Muslim with the good words.

May 7, 2010 at 9:50 PM

bro,

x per ... kita ni x kira bangsa dgn agama ... niat dah baik nak tenangkan auntie tu ... kat padang masyar tu nanti, allah akan tentukan ;) wallahualam :)

May 8, 2010 at 12:18 AM

Alhamdulillah...senang hati baca nasihat dari kawan2..

many thanx

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...