Thursday, February 10, 2011

Cuti raya cina

0
Usia Abah dan Yong makin hari makin lanjut. Jadinya, kalau aku ada rezeki sikit, aku akan usahakan untuk balik ke Alor Setar. Tambahan pulak Abah tak mampu untuk bergerak lancar macam dulu-dulu. Kalau tidak, mesti Abah dan Yong rajin bertandang ke rumah anak-anak dalam usia pencen nie.

Special pose from Abah and Yong
Waktu berada di Alor Setar sepanjang raya cina bebaru nie, ada perkara yang membuatkan aku terfikir apabila melihat kedua ibubapa aku. Di usia pencen nie, Abah dan Yong ada la sumber pendapatan dari duit pencen sikit, duit sewa bendang sikit, duit EPF sikit dan duit sewa kelapa sawit sikit. Abah dan Yong cuma amik setakat yang perlu sahaja. Selebihnya, banyak disedekahkan ke masjid, surau atau dibelanjakan untuk perkara-perkara lain yang berfaedah dengan niat, untuk dapat sebanyak mungkin pahala dariNya.

Aku rasa, itulah hakikat hidup nie. Bila sampai waktunya, bila nafsu dah mula kendur…tinggallah diri kita dalam bentuk fitrah kita. Kalau waktu muda..badan tengah sihat dan bertenaga. Kita impikan segala kemewahan dalam dunia. Bekerja dari pagi sampai ke malam untuk kumpul duit supaya dapat kita puaskan nafsu muda kita. Segalanya hendak kita miliki sampai mata jadi kelam dengan benda-benda keduniaan.

Tapi bila umur makin senja, badan mula tak mampu menurut nafsu. Waktu itu baru kita sedar, dunia nie hanyalah pinjaman sahaja. Sebanyak mana pun harta yang kita ada, kita akhirnya makan cuma setakat kenyang sahaja. Itu je lah harta yang perlu pun. Harta yang membukit lebihnya pulak hanyalah turutan nafsu semata-mata. Di waktu itu barulah kita tahu akan hakikat hidup di dunia.

Aku harap, aku tak terlewat untuk mengenali hakikat itu.

Sehari sebelum kami sampai kat Alor Setar, Abah jatuh kat bilik air lagi sebab pening kepala. Mujur takdak apa-apa kecederaan kat Abah. Mujur jugak ada jiran-jiran yang tolong angkatkan Abah. Kesian kat Yong ngan Abah.

Picture taken before we left for Port Dickson

No Response to "Cuti raya cina"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...