Tuesday, December 27, 2011

Tahun Baru

0
Minggu depan dah nak masuk tahun baru 2012. Maknanya minggu depan ada la orang tuh nak masuk darjah satu dah. Hmm..alahai, dah besar dah anak abah yang sorang nie. Dah nak masuk sekolah dah pun. Abah doakan semoga Hadi berjaya di dunia dan di akhirat. Seomoga dapatlah ilmu yang bermanfaat yang berguna untuk diri dan masyarakat. InsyaAllah, minggu depan Abah temankan Hadi masuk darjah satu, nanti kita pi sekolah sama2....hehehehe...

Monday, December 26, 2011

Assignment in video

0
Memang banyak perkara menarik yang aku pelajari dalam kursus master nie. Seingat aku, assignment waktu degree dulu takdak la yang pelik2 macam skrang nie. Dulu, banyak assignment yang aku kena submit dalam bentuk kertas kerja, pengiraan dan seumpamanya. Yang paling pelik pun, aku pernah kena buat glider as part of introduction to flight punya subject. Memang banyak jugak yg aku belajar waktu tuh.

Tapi zaman sekarang nie, assigment dah jadi semakin pelik. Lecturer dah jadi semakin demanding. Seiring dengan kemajuan IT membuatkan capaian maklumat jadi sangat mudah, lecturer mahukan sesuatu yang lain dari kebiasaan daripada pelajar sebagai assignment. Pelajar lah yang akhirnya kena jadi serba boleh dalam semua perkara untuk mencapai objektif lecturer-lecturer ini. Pada satu sisi, ianya mencabar pelajar menjadi lebih daripada sekadar menjadi mahasiswa. Pada sisi yang lain, pelajar risau akan standard pemarkahan kerana pelajar sendiri tak mengetahui apa expectation lecturer. Aku adalah antara pelajar yang risau tersebut.

Assignment bebaru nie, lecturer aku bagi satu bab berkenaan dengan MRP (Material Requirement Planning) kat group aku. Kami dikehendaki untuk terangkan apa MRP dalam bentuk movie pendek antara 5 hingga 10 minit. Arahannya memang simple, dan kerana terlalu simple lah membuatkan aku dan rakan group aku sedikit takut. Takut tak dapat capai apa yang lecturer mahukan.

Dalam assignment nie, aku jadi director dan pada masa yang sama, aku kena berlakon jugak. Aku memilih untuk buat sedikit kelainan pada movie aku. Instead of sticking to the instruction which require us to make a movie, we decided to make a series of pictures which people normally call stop motion. It's not something out of this space, in fact it has been around for many years since mickey mouse was still in black and white. With a little 'magic' using photoshop, everything should be fine.

so, pada waktu tayangan tuh ada la 8 group yang kena tayang movie masing-masing termasuk group aku. Macam-macam idea yang terzahir dari movie tu semua dan aku sangat kagum dengan kebolehan pelajar-pelajar nie dalam movie editing. Walaupun amatur tapi not bad laa...Ada satu group budak2 Iran tuh, depa dapat chapter Capacity Planning. Yang best tuh depa boleh buat cerita hantu untuk konsep movie depa. Aku pun hairan, macam mana depa boleh terpikir untuk buat cerita hantu dan relate dengan Capacity Planning. Kagum sungguh aku.

So, aku dah upload movie group aku dalam youtube. Macam yang aku cakap, stop motion nie is a series of pictures arranged together to make a movie. Dalam movie aku nie, aku shot lebih kurang 3000 (tiga ribu) keping gambar. Terima kasih kepada lecture aku sebab paksa aku buat menda nie. Totally a new experience to my frenz and me. So, aku attach kan sekali link movie aku kat bawah.


Thursday, December 22, 2011

The beginning of study week

2
     Pejam celik, pejam celik..dah masuk minggu study week. Exam is just around the corner and in just a couple of weeks, it will be the end of semester I. Kejap ja rasanya. Dulu waktu mula-mula enroll master kat UPM, rasa macam jauh lagi nak habis semester. Hari nie pulak, rasa macam tak cukup masa pulak aku nak study. Hehehe..macam-macam.

     Kali nie punya study memang terasa kelainan yang ketara berbanding degree dulu. Kali nie aku rasa macam lebih fokus dan berisi. Kalau dulu, kepala aku banyak memikirkan hal desasiswa, sukan, kawan-kawan, awek dan macam-macam lagi, tapi sekarang semua tuh dah takdak dah dalam kepala aku. Rasa mudah untuk faham dan ringan tulang untuk buat assigment. Alhamdulillah, semoga semuanya dikira sebagai ibadat aku agar tidak sia-sia macam tuh sahaja.

     Malam nie dok study Manufacturing Operations Management. Kelas nie memang banyak sikit calculation tapi calculation yang simple-simple ja. Cuma lagi kena tahu konsep pengiraan. Yang lain tuh cuma tambah, tolak, bahagi dan darab sahaja. Insya Allah , boleh buat. So, back to my study desk again...

Tuesday, December 20, 2011

Nothing Much (part 17)

2

Tuesday, December 13, 2011

Sistem Pendidikan kita

0
          Semenjak menjadi pelajar kat UPM nie, memang terasa hidup aku nie serabut sedikit. Serabut sebab dalam satu hari aku hanya ada 24 jam sahaja. Dalam 24 jam itulah, berbagai benda aku kena selesaikan sebab terkejar-kejar dengan dateline. Tapi, orang lain pun sebenarnya ada 24 jam macam aku jugak. Silap-silap, mungkin depa lagi sibuk dari aku. Lagipun, aku yang pilih jalan nie. So, lebih baik aku focus untuk selesaikan masalah aku satu persatu.

          Sebenarnya aku nak bercerita tentang perihal dalam kelas. Kelas aku memang banyak pelajar-pelajar dari Asia Tengah. Iran, Syria, Mesir, Lubnan...macam-macam lagi bangsa ada. Perangai pun macam-macam, tapi rata-ratanya kita boleh bahagikan kepada 2 kelompok besar la; foreigner and local.

          Kalau dalam kelas, yang paling active memberi pendapat dan bertanya soalan adalah foreigner. Itulah yang berlaku sejak dari hari pertama aku masuk kelas kat UPM. Bila aku amati balik, memang sebenarnya susah nak ubah mentaliti rakyat Malaysia nie. Rakyat Malaysia tak kira Melayu, India atau Cina lebih selesa untuk diam dan mendengar sahaja apa yang lecturer cakap. Bagi kita, itu sebagai tanda kita hormat kat lecturer.

          Kat sekolah rendah dulu, kalau bising for sure akan kena marah dengan cikgu. Seingat aku, cikgu darjah satu aku dahulu memang garang tak ingat. Budak2 sampai takut nak bercakap dalam kelas, sampaikan ada kawan sekelas aku yang terbuang air besar dalam kelas sebab takut nak cakap kat cikgu. Doktrin yang mengatakan jangan bercakap ketika berada dalam kelas terus ditekankan kepada pelajar sehinggalah ke tingkatan 5.

          Kemudian bila masuk Universiti, lecturer aku banyak menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar. Dalam kelas, kami diminta untuk bercakap. Setelah 11 tahun disuruh diam, kita akhirnya disuruh bercakap, dalam bahasa inggeris pulak tuh. Maka keluarlah berbagai-bagai slang inggeris seperti inggeris-Kelantan dan inggeris-Cina dan inggeris-India. Lecturer aku kemudiannya berkata ” USM student has lost their ability to debate”.

          Kita cuba compare pulak dengan kes kawan aku yang sekarang nie tengah buat master kat Auckland. Depa hantar anak depa belajar kat tadika kat sana. Kawan aku cakap, anak depa enjoy sangat bila dapat pi kelas tadika. In fact, time demam pun nak jugak datang kelas. Bila tak bagi pi kelas, siap boleh nangis-nangis lagi sebab tak dapat pi kelas. Persoalannya, apasal boleh jadi special sampai macam tuh sekali ekk..??

          Entahlah, aku tak punya access untuk mengkaji asal-usul masalah nie. Tapi seriously, aku rasa perkara nie ada kaitan dengan sistem pendidikan. Sebabnya sepupu aku, sejak dari kecil lagi dia dah masuk International School, kemudian sambung belajar kat Budapest la, Moscow la dan berbagai lagi. Aku dapat rasakan yang dia lebih matang dan terbuka dalam berbicara berbanding aku walaupun umur dia jauh lebih muda lagi. Dan sepupu aku adalah Melayu. So, faktor bangsa bunkanlah penyumbang.

My 2 cents.........  



Thursday, December 1, 2011

Wafatnya Rasulullah SAW, Suksesi Sepeninggal Beliau di Saqifah

0

Buku ini merupakan tulisan seorang pengkaji dari Indonesia mengenai peristiwa yang berlaku sejurus kewafatan Nabi Muhammad SAW dan peristiwa-peristiwa yang bersangkutan dengan Khalifah awal yang empat. Buku ini sebenarnya tidak mendapat kelulusan untuk dijual di dalam Malaysia namun kita masih lagi boleh mendapatkan softcopy dari internet. Sila klik disini

Seperti yang kita ketahui, golongan Syiah mengatakan yang Saidina Ali KWH adalah selayaknya menjadi khalifah yang pertama, bukannya Saidina Abu Bakar RA. Buku ini ditulis sebagai menegakkan kenyataan golongan Syiah ini. Ditulis dengan gaya penulisan akademik yang memuatkan rujukan, hadis dan fakta membuatkan buku ini secara lahiriahnya mempunyai kekuatan dan hujahnya tersendiri.

Kandungan buku ini diteruskan lagi dengan penjelasan-penjelasan mengenai pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Uthman Al-Affan. Selanjutnya, sejarah yang melibatkan beberapa orang sahabat dan tidak ketinggalan juga Ummul Mukminin Saidatina Aisyah RA.

Terima kasih kepada yang sudi mengesyorkan buku ini kepada aku namun secara peribadinya, aku terpaksa menolak kandungan buku ini sama ada separuh ataupun kebanyakkan darinya. Aku mendapati :-

  • buku ini tidak menulis sejarah "in the true sense". Terlalu banyak pendapat penulis dilontarkan yang bersulam dengan fakta sehingga tidak dapat kita bezakan yang mana fakta sejarah dan yang mana pendapat penulis.
  • rujukan-rujukannya ada yang meragukan
  • penafsiran hadis dilakukan sambil lewa dan hanya bertujuan untuk memenuhi teori penulis 
  • penulis banyak membesar-besarkan perkara yang kecil (exaggerated) 
  • perbahasannya longgar dan lebih banyak pertuduhan dari bukti
Walaupun aku tidak mempunyai keupayaan  untuk menyemak setiap rujukan yang dinyatakan dalam buku ini, aku rasa aku masih mampu untuk mematahkan beberapa hujah Dr O Hashem berkenaan kandungannya. Secara peribadinya, aku menolak kandungan-kandungan dalam buku ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...