Monday, January 30, 2012

Kembara Jiwa Luka

2
     Hujung minggu bebaru nie, aku dan beberapa orang rakan telah pun berpakat untuk mendaki Gunung Nuang sekali lagi. Projek kali ini kami berikan nama sebagai “Kembara Jiwa Luka part 2”. Adalah sebab-musababnya nama sebegitu dipilih. Hehehehe…

     So, it’s a good getaway for me to spend my semester break this year. I need something challenging to keep me going. After all, I only have less than 3 weeks before the next semester begin. I assume that my next semester will be a bit hectic as I’m planning to take up to 15 credits in total. Hope that I do not crack under pressure and I do hope that I can finish it with flying colors.

     So, memikirkan semester depan akan jadi tunggang-langgang la yang membuatkan aku nak naik Gunung Nuang kali nie. Nak lepaskan gian sebelum bermulanya semester depan. Baik punya planning nak sampai ke puncak, rupa-rupanya tak sampai jugak. Hahahaha…hati ja muda ,badan dah tua…baru tahu badan tak larat rupanya. Hahahah


     Tapi tak kesah la…bukannya dapat hadiah pun kalau sampai ke puncak. Lagipun, dapat mandi-manda kat air terjun Nuang pun dah kira ok sangat dah. Hehehe…ayat cover.


Muka fresh lagi sebab baru nak naik. Jam 8 pagi


Hero di tengah dan kawan-kawannya


     Gunung Nuang nie banyak jadi training ground untuk hiker. In general, the place has 3 types of tracks that ranging from modest, hard and hardcore. Dua jam yang pertama tuh jalan macam biasa la walaupun ada naik dan turun track. 2 jam tuh dalam 5.8km. Next round plak, agak susah sikit sebabnya jalan dah start curam dan track berselirat dengan akar-akar kayu. Bila lepas Kem Pacat, perjalanan ke puncak memang sangat-sangat mencabar. Kaki dan tangan kena sama-sama digunakan sebab track curam sangat. Perjalanan hard dan hardcore tuh mengambil masa lebih kurang 3jam. 3jam yang memang kejam dan takdak bonus langsung. Overall, untuk mendaki sahaja akan cecah sampai 5 jam dan turun lagi dalam 3 jam ke 4 jam. Total boleh jadi 8 jam naik dan turun. Tapi yang bestnya, ada orang boleh buat 2.5 jam untuk naik dan turun. Memang dasat punya stamina.


Dah masuk stage hard dah nie. Muka pun dah start kelat

Hero yang pemalu berada di belakang pulak

     Dah masuk 2 kali dah aku cuma tersangkut kat kawasan hard sahaja. Tak boleh nak pi lagi dah. Pancit. Last sekali aku pernah sampai ke puncak, kalau tak silap dalam tahun 2003 kot. Waktu tuh aku bawak budak-budak UTM Skudai naik Gunung Nuang. Itulah pertama kali aku sampai ke puncak dan tak pernah lagi selepas dari itu. Kesian aku...hehehe...

Hero dah pancit bersama kawan yang mengalami nasib yang sama. 2 lagi meneruskan perjalanan sampai ke puncak.

     Turun gunung tak teruk macam naik gunung. Kita rilek sikit dan kurang berenti sebab tak penat sangat. So, aku enjoy la the scenery. Layan amik gambar macam-macam menda. Dah rasa macam kerja dengan National Geographic plak. 

Cendawan kat air terjun

Cendawan besar tapak tangan

Cendawan kat pokok yang mati

Akar pokok buluh

     Begitulah al-kisahnya. Walaupun tak sampai ke puncak, tapi aku respek kawan-kawan aku sebab depa tetap bersemangat nak naik Gunung Kinabalu plak lepas nie. Boleh tahan jugak lawak depa, keras perut dibuatnya.

Friday, January 27, 2012

Mengenang Jasa Pendidik

3

    
     Nama beliau ialah Prof. Madya Dr. Abu Bakar bin Md Diah (title kat USM). Beliau pernah berkhidmat sebagai salah seorang pensyarah di Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia. Di sanalah aku mula-mula mengenali Prof. Madya Dr. Abu Bakar bin Md Diah nie. Waktu tuh, beliau lebih dikenali sebagai Dr. Burn dikalangan mahasiswa. Dengan spec mata dia yang pakej sekali dengan hidung dan misai tuh, aku rasa memang sangat mudah untuk mengenali beliau di mana-mana sahaja.

     Aku rasa sangat bertuah dapat kenal rapat dengan Dr. Burn nie. Banyak menda yang aku dapat pelajari sepanjang pengenalan aku dengan dia. Dr. Burn memang aktif di dalam dan di luar kampus. Dia banyak mendapat undangan untuk membentangkan kertas kerja ataupun berceramah mengenai kejuruteraan. Dalam kebanyakkan academic event yang Dr. Burn sertai tuh, aku selalu dapat ikut serta. Sebabnya, aku dan dua tiga orang rakan lain lagi selalu membantu Dr. Burn menyiapkan power point presentation untuk kegunaan dia dalam majlis-majlis akademik tuh. So, sebagai balasannya, Dr. Burn memang akan ajak kami join sekali ke majlis-majlis tuh. Dapat la kami merasa jalan-jalan ke merata tempat kerana dok follow Dr. Burn, dapat kenal orang-orang besar dan dapat makan sedap-sedap. Heheheh…

     Ada jugak harinya yang kami sekadar menghantar Dr. Burn ke Airport Bayan Lepas sahaja. Kemudian, Dr. Burn akan amanahkan kereta perdana dia kat kami untuk dibawak balik ke Kampus Transkrian semula. Best sungguh rasanya kalau orang percaya kat kita.

     Banyak perkara yang aku dapat kutip dari Dr. Burn especially berkenaan dengan presentation skill. Aku tengok Dr. Burn nie sangat berkebolehan untuk membuatkan sesebuah presentation tuh jadi menarik. Dia sangat selamba tapi padat dengan isi-isi penting. Pernah dalam satu pembentangan kertas kerja kat Cancelori USM yang sangat formal, dia boleh buat lawak sampai nak pecah Cancelori tuh dengan gelak ketawa peserta-peserta semua. Memang selamba.

     Dr. Burn pernah cakap, walau apapun yang terjadi kat kita…kita jangan berenti belajar. Jangan jadi malas. Biar kita slow sekalipun tapi jangan berenti belajar. Aku rasa terkesan dengan nasihat dia sebabnya, he’s the kind of person that walk the talk. Dia bukan cakap kosong, dia memang buat apa yang dia cakap. Dan itulah karektor yang aku dapat tengok kat Dr. Burn. Walaupun dia sangat sibuk dengan bermacam-macam tugasan, tapi dia still cari ruang untuk kembangkan ilmu dia. Mengajar lagi, tulis artikel lagi, penggerak aktiviti dalam dan luar kampus lagi…macam-macam menda lagi yang dia buat dalam 24 jam, 7 hari seminggu.

      Hari nie, Dr. Burn dah tak bekerja dengan USM lagi. Dia dah kerja dengan Universiti Teknikal Melaka (UTEM). Title dia pun dah berubah menjadi Datuk Prof. Dr. Ir. Abu Bakar bin Mohamad Diah (Deputy Vice Chancellor, UTEM). 

     Bebaru nie, ada seorang budak yang buat master duduk sekelas dengan aku. Dia bekas graduan UTEM dan baru grad dalam setahun dua nie. Setelah bertukar-tukar topik, akhirnya kami sampai kepada topik Dr. Burn. Budak tuh cerita yang Dr. Burn nie jarang masuk kelas sebab banyak sangat aktiviti yang dia kena cover. Kadang-kadang, masuk kelas 10 minit sahaja lepas tuh, kelas pun dismiss. Dalam satu peristiwa tuh, Dr. Burn masuk dewan seperti biasa. Dr. Burn maklumkan yang dia tak boleh lama sebab ada hal lain, lalu dia mintak student semua tolong study bab-bab yang dia sebutkan. Lepas habis makluman tuh, dia terus bagi RM200 kat bebudak dalam dewan tuh suruh buat belanja pergi breakfast. Apa lagi, seronok tak sangka la bebudak tuh. Lepas dengar cerita tuh, aku pun cakap la dalam hati aku…memang betul la itu Dr. Burn, memang tak salah orang dah tuh. Hehehehe…

     Itulah al-kisahnya, seorang pensyarah yang sedikit sebanyak telah membentuk siapa aku pada hari ini. Meminjam kata-kata wife aku “USM nie memang banyak melahirkan penemuan-penemuan yang hebat sebab lecturer USM memang hebat-hebat belaka. Yang tak hebatnya ialah student USM sahaja.” To be honest, I have to agree with the statement. Hehehehe… 

Wednesday, January 25, 2012

Membesar dan Belajar.

0
     Tahun nie, rutin diwaktu pagi agak berbeza dengan tahun lepas. Kalau sebelum nie, setiap pagi aku akan hantar Hadi dan Hazwan ke tadika sebab depa belajar di tadika yang sama. On the way aku nak pi kerja tuh, kami akan naik la motor sama-sama. Kadang-kadang naik motor, kadang-kadang naik kereta. Kebiasaanya, aku akan singgah kat gerai kuih tepi jalan dulu setiap pagi. Aku akan suruh Hadi dan Hazwan pilih kuih mana yang depa rasa nak makan. Hazwan suka kuih lapis, Hadi pulak suka makan pau inti kelapa. Lepas selesai membeli, barulah kami akan ke tadika. Begitulah rutin hari-hari kami bertiga diwaktu pagi.

     Tahun nie dah lain. Hadi dah masuk darjah satu, makanya Hadi kena pi sekolah awal berbanding Hazwan. Hazwan pulak, kena tukar tadika tahun nie sebab Tadika Ilmu Amal dah tutup. Cikgu dia dah pindah ke Nilai sebab ikut suami. 

     Setiap pagi, aku hanya mampu hantar Hadi seorang sahaja ke sekolah. Aku tak hantar Hazwan sebab kelas Hazwan start jam 8.30 am. Kesian la pulak nak suruh Hazwan tunggu dari jam 715 am kat depan sekolah dia tuh. Cikgu Hazwan pun, kalau tak 8.15 am memang tak sampai kat tadika lagi. Sudahnya, Hazwan lepak kat rumah jiran aku sampai la van sekolah sampai untuk bawak dia ke tadika. 


     So, perubahan yang terbaru nie masih lagi okay untuk Hadi. Paling-paling tidak, aku masih lagi dapat waktu bersama sepanjang perjalanan ke sekolah tuh. Untuk Hazwan pulak, aku rasa Hazwan la yang  paling kesian sekali. Dah la kena masuk tadika baru, aku pulak tak dapat hantar dia ke sekolah macam sebelum nie. Kalau sebelum nie, dia enjoy sangat kalau dapat beli kuih dan dia sangat baik dengan cikgu Tadika Ilmu Amal tuh, tapi tahun nie dia kehilangan kedua-dua perkara tersebut serentak. Aku dapat tengok perubahan sikap dia seminggu dua nie. Dia jadi macam terlebih nakal dari kebiasaan. Dia lebih banyak menjerit-jerit kalau bercakap dengan aku seolah-olah nak kan perhatian dari aku. Aku pulak dek kerana kebodohan aku, pada mulanya aku terasa offended dengan percakapan suara tinggi dia. Tapi bila dipikir-pikir balik, aku jadi kesian dengan Hazwan. Mungkin dia terasa macam dia ditinggalkan kot. Semua adik-beradik dia sama ada mak yang hantar atau abah yang hantarkan ke sekolah tapi dia, dia sorang ja yang kena naik van sekolah waktu pagi. Takdak lagi beli-beli kuih, takdak lagi pusing-pusing naik motor. 

     Hmmm...itulah ceritanya. Kadang-kadang, kita terasa kita tak berlaku adil pada anak-anak kita. Tapi kita kena ingat yang kita nie bukannya superman. Adil dan sama rata adalah dua perkataan yang berbeza. Jikalau kita nak bagi sama rata kepada semua anak-anak kita pada setiap masa maka kita akan melakukan perkara yang sia-sia. Kita beli songkok kat anak lelaki, maka untuk menjadi sama rata kita juga terpaksa beli songkok kat anak perempuan la. Barulah sama rata. Tapi bila kita bersikap adil, kita belikan songkok kat anak lelaki dan tudung untuk anak perempuan. Kerana adil maksudnya ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Tak sama kita didik anak yang nakal dan anak yang patuh sebab kedua-duanya memerlukan cara didikan dan layanan yang berbeza.

         Aku berharap masalah nie tak berlanjutan. Aku selalu disuapkan dengan gambaran negatif hasil dari kurangnya perhatian ibubapa kepada anak-anak. Aku akan cuba beri perhatian kat Hazwan dalam cara yang lain pulak. Mungkin aku perlu bergusti dengan Hazwan sebab dia suka sangat bergusti dengan orang. Janganlah tulang aku yang patah pulak nanti..hehehehe...

Monday, January 16, 2012

Kita dan Barat

0

     Pemikiran kita banyak dicorakkan oleh pemikiran barat. Dari cara pemakaian, pemakanan, perhubungan hinggalah kepada cara pemerintahan banyak yang kita contohi dari barat. Bukannya salah Barat (walaupun Barat memang bertujuan untuk buat begitu) tetapi kitalah yang bertanggungjawab ke atas pilihan kita sendiri.

     Kita ambil contoh satu isu.

     Sebenarnya, dari mana pemikiran yang mengatakan berkahwin dengan kanak-kanak adalah tidak dibenarkan? Siapa yang mengharamkannya? Bila pulak kahwin dengan kanak-kanak itu satu perkara haram?

     Kalau kita fikir-fikir balik, bukankah itu semua berasal dari barat? Tetapi bagus jugak kalau wujud penentangan yang sebegini. Ianya boleh dijadikan kayu ukur tentang keyakinan kita kepada Nabi Muhammad SAW. Kalau kita yakin pada baginda, maka kita harus mempertahankan tindakan Nabi ini. Ini kerana, Nabi Muhammad SAW tidak melakukan sesuatu yang sis-sia melainkan itu adalah perintah Allah sendiri. Allah menguji hati orang-orang yang beriman dengan ujian ini.

     Apa maksud yakin? Andaikan kita sedang memandu kereta dalam satu perjalanan dari Ipoh ke Kuala Kangsar. Tiba-tiba ada sebuah kereta dari arah bertentangan memberikan ‘high beam’ kepada kita. Dengan serta-merta kita akan memperlahankan kereta kita kerana kebiasaannya itu adalah tanda ada ‘speed trap’ di hadapan. Padahal kita tak tengok pun adanya ‘speed trap’ dengan mata kita sendiri. Tapi kita perlahankan jugak kenderaan kita.

     Maka, itulah yakin. Kita tak lihat pun tapi kita yakin adanya ‘speed trap’ kat depan. Kalau kita dah lihat, maka bertukarlah ia dari yakin menjadi percaya. Kita dah lihat, baru kita percaya.

     Begitulah jugak dengan halnya Nabi Muhammad SAW. Kita sebagai umat yang jauh dari baginda, kita sebenarnya yakin pada ajaran yang dibawa oleh baginda. Kita tak lihat pun cara Nabi berpakaian, cara Nabi bertutur, cara Nabi bergaul dan macam-macam lagi cara kehidupan Nabi. Kita membacanya dari teks orang-orang terdahulu. Kita ikut Nabi kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik untuk manusia seluruhnya.

     Tapi barat enggan akur pada semua itu. Sedaya-upaya, mereka akan memutar-belitkan sesuatu perkara agar keyakinan kita runtuh dan menjadi seperti mereka. Dengan propaganda yang mereka ciptakan, mereka menyebarkan fitnah kerena mereka suka jikalau kita bermusuhan sesama sendiri. Melainkan kita menggunakan pemikiran kita yang waras dan tidak terikut-ikut dengan pembohongan mereka, maka tidak ada harapan untuk kita bersatu-padu.

     Semalam adalah hari Arbaeen. Hari Arbaeen adalah penting untuk golongan Syiah kerana Arbaeen adalah hari ke-40 setelah hari kematian (syahid) Saidina Hussain AS (cucu Nabi Muhammad). Berjuta-juta golongan Syiah akan berkumpul di Masjid Al-Hussain di Karbala sebagai memperingati kematian beliau. Orang-orang Melayu juga banyak yang mengamalkan memperingati kematian pada hari ke-40, tahlil malam ke-40  dan sebagainya. Besar kemungkinan, kita meminjam amalan golongan Syiah ini dan menjadikannya amalan agama kita tanpa kita sedari.


     Kalau kita buat carian mengenai Arbaeen melalui internet hari ini, kita akan banyak bertemu dengan topik-topik berkaitan serangan sunni ke atas syiah pada hari Arbaeen. Yang melaporkan topik-topik tersebut adalah datang dari akbar-akhbar elektronik barat contohnya International Herald Tribune, Reuters dan macam-macam lagi. Akhbar-akhbar ini pula menjadi rujukan kepada akhbar-akhbar tempatan. Makanya, akhbar-akhbar kita juga menjadi penyebar kepada berita-berita berdarah ini.

     Barat gemar melaga-lagakan umat Islam dengan menggunakan isu mazhab. Hari Arbaeen adalah hari yang bukan hanya dinanti-nantikan oleh Syiah tetapi oleh barat juga. Jikalau kita buat carian “Sunni attack’, kita akan bertemu, Sunnis attach Shiites. Kalau kita cuba cari sebaliknya iaitu “Shiite attack”, kita akan bertemu pula Shiites attacked by Sunnis. Satu propaganda yang sangat berat sebelah. Menggambarkan Syiah sebagai umat yang tertindas dan Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASW) sebagai pembunuh. Inilah point yang digunakan oleh golongan Syiah kontemporari untuk menjatuhkan ASW dan sekaligus menyebarkan fahaman mereka.  Padahal banyak lagi cerita tentang kebaikan dan keriangan sambutan Arbaeen yang boleh dilaporkan. Namun barat lebih cenderung melaporkan cerita serangan berdarah yang dipercayai dilakukan oleh golongan ASW. Dipercayai…bukannya pasti. Berita yang hanya berdasarkan andaian sahaja. Barat dan kekuatan medianya, terus menipu dan melaga-lagakan umat Islam. Kita terperangkap dalam kekalutan sesama kita.

     Kita akhirnya bersengketa kerana percaturan barat. Kita bersengketa kerana kita ikut telunjuk barat. Maka benarlah sebagaimana yang pernah Nabi Muhammad SAW katakan

     Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".

Hadis Riwayat Muslim

Sunday, January 15, 2012

Nothing Much (part 18)

0

Friday, January 13, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

0
     Rasanya, masih belum terlambat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2012. Bagi sesetengah orang, setiap tahun baru adalah istimewa berdasarkan alasan yang tersendiri. Macam-macam persepsi. Terpulanglah.

     Apa harapan aku untuk tahun 2012 nie? Aku berharap agar Malaysia menjadi pusat pengembangan Islam di dunia ini. Semoga cara hidup Islam ini dapat di aplikasikan semaksimanya dan bermula di Malaysia. Bukan hanya setakat kepada perkara ritual sahaja tetapi lebih daripada itu. Imam-imam kepada mazhab-mazhab yang kita pegangi sekarang ini tidaklah hanya membincangkan masalah ritual semata-mata dalam kitab-kitab mereka. Mereka membicarakan tentang cara hidup Islam keseluruhannya. Jikalau kita beranggapan bahawa Islam hari ini hanyalah solat, zakat dan haji sahaja, maka kita secara tidak langsung telah mempersendakan usaha mujtahidin ini. Panduan telah pun tersedia namun kita masih lagi belum mengikuti sepenuhnya.

     Adalah tidak adil untuk mengatakan yang sistem perundangan Islam tidak sesuai dengan faktor negara Malaysia yang berbilang kaum. Bagaimana mungkin kita dapat menilai sesuatu perkara sedangkan kita tidak pernah pun memberikan peluang kepada perkara tersebut untuk berkuatkuasa walau sekalipun? Lalu, bagaimana kita boleh mengatakan yang ianya tidak sesuai diamalkan? Amat malang lagi jikalau penentangan ini hadir dari kalangan orang Islam sendiri.

     Kita mengharapkan agar budaya hedonisme yang semakin banyak dalam negara kita dapat dikurangkan. Bukannya salah untuk berhibur asalkan ada batasannya, namun salah laku selalu hadir seiring dengan hiburan menyebabkan hiburan menjadi sesuatu yang negatif terutamanya di Malaysia. Belum pun sempat kita melupakan 2011 pergi, Mentor musim baru telah pun diwar-warkan dalam tv. Padahal, program sebegini tak lain hanyalah program yang syok sendiri sahaja. Pemenangnya merasakan bahawa mereka telah berjaya, walhal mereka sebenarnya jauh dari kejayaan yang hakiki.

     Kita sepatutnya memberikan sokongan kepada program-program yang melahirkan ikon Islam remaja seperti program Imam Muda. Program sebegini sebenarnya melahirkan ikon-ikon yang menyumbang kepada masyarakat. Sebagai masyarakat, kita boleh menimba ilmu daripada peserta dan pemenang program sebegini. Apakah ilmu akhirat yang kita akan dapat dari program akademi fantasia berbanding program Imam Muda? Sungguh jauh perbezaannya.

    Mungkin kita perlu lebihkan tumpuan pada pembinaan kumpulan nasyid pula tahun ini. Ini sebagai satu program sokongan untuk radio IKIM yang kekurangan sumber lagu-lagu nasyid yang bermutu untuk diputarkan. Setidak-tidaknya, ada jugak siaran radio yang menjalankan tanggungjawab untuk mendidik masyarakat melalui medium elektronik.

     Sistem kehidupan kita sebenarnya banyak meminjam sistem kehidupan dari barat. Secara tidak sedar, kita juga memisahkan agama dari kehidupan. Kita perlukan anjakan dari pemikiran yang mundur ini. Kita perlukan cendiakawan yang dapat menghubungkan kembali cabang-cabang ilmu ini dengan agama Islam. Kita di Malaysia mempunyai sumber dan kepakaran. Mungkin kita mampu mencipta syllabus kita sendiri di masa hadapan. Pada waktu itu, segala yang menjadi teka-teki dalam ilmu sains mungkin akan terjawab dengan mudahnya. Insya Allah.


     Itulah kot harapan aku. Aku ingin memperolehi PhD suatu hari nanti, tapi aku kurang selesa dengan panggilan Philosophy Doctor. Ini kerana kalau kita selidiki maksud Philosophy itu sendiri, sebenarnya kecintaan pada ilmu tapi tak berkaitan langsung dengan agama Islam. Makanya, ilmu itu terpisah secara maknawi dan memang itulah yang berlaku. Kita harus ada modul yang berlainan, yang dapat membezakan Islam dan bukan Islam. Complicated nya aku....

Tuesday, January 10, 2012

Riang-ria

0

     Ohh…riangnya rasa hati ini. Lama sungguh tak rasa perasaan macam nie. Kali terakhir perasaan nie hadir ialah pada awal tahun 2002. Dah sepuluh tahun dah, sampai dah tak ingat macam mana rasanya.

     Alhamdulillah, exam dah habis. Semalam last paper menandakan bermulanya cuti semester selama sebulan. Ini bermakna, aku hanya ada sebulan sahaja untuk re-boot balik hard disk aku sebelum semester depan bermula. InsyaAllah, akan cuba re-boot dengan efficient sekali.

     Banyak sungguh benda yang berlaku dalam minggu pertama tahun baru nie. Semuanya bagaikan datang serentak sampaikan rasa tercungap-cungap jugak nak selesaikan semuanya. Aku ada 4 subjek yang perlu aku ulangkaji dan 4 peperiksaan yang berturut-turut. Dalam pada masa yang sama, aku perlu menguruskan hal persekolahan Hadi dan tadika Hazwan. Dalam dok kalut dengan benda2 tuh semua, Hafiz pulak dok sakit2 perut. Nasib baik jugak aku dah prepare amik cuti seminggu untuk study + menyelesaikan hal anak2 aku nie. Kalau tidak, boleh tahan jugak kalutnya. Dan yang paling utama sekali, mujur ada wife aku yang tolong support aku walau dalam apa keadaan sekali pun. Dialah punca kekuatan aku sebenarnya. Dialah superwoman.

Husaini time sihat.

Tiba-tiba ja demam. Kesian dia..

     Alhamdulillah, dah nak masuk seminggu dah sejak sekolah bermula. Walaupun kami masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan situasi baru nie, rasa-rasanya dah banyak dah yang improve. Semoga lepas nie, kami lebih steady lagi dalam bab menguruskan persekolahan anak2.

     Aku tak sempat pun nak amik gambar Hadi waktu 1st day persekolahan. Aku tak teringat langsung pasal camera sebab dah lewat nak hantar Hadi. Terasa macam rugi plak tak dapat nak rakamkan hari pertama Hadi ke sekolah. Nantilah, bila2 ada kelapangan, aku cuba tangkap gambar Hadi kat sekolah. Itupun dengan kebenaran guru.

     Secara tak langsung…aku, Hadi dan Hazwan adalah merupakan pelajar. Sepanjang waktu aku menjadi pelajar, aku rasa cukup termotivasi apabila membaca hadis-hadis tentang kelebihan orang2 yang menuntut ilmu. Begitu banyak pahala yang Allah SWT berikan kepada mereka yang menuntut ilmu hinggakan orang yang duduk dalam majlis ilmu sahaja bagaikan berada dalam taman-taman syurga. Seronok betul mendengarnya. Moga kami beroleh ilmu yang bermanfaat dan iman yang benar agar dengan ilmu itu kami lebih mengenali-Mu. InsyaAllah.

     Itulah al-kisahnya. Cuti sebulan nie, boleh la active blogging dan tangkap gambar sikit. Melepaskan kemaruk di dada..heheheh…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...