Monday, September 10, 2012

Perintah yang menjadi fitnah

2
     Seorang penduduk Malaysia yang bercita-cita mahu menegakkan dan menyebarkan Islam mahukan yang terbaik untuk diri dan keluarganya sendiri. Daripada isu makanan halal jaminan JAKIM hinggalah sebesar-besar mencari produk pinjaman perumahan yang halal bagi mengelakkan riba.

     Kalau kita meninjau-ninjau berkenaan pinjaman perumahan Islam di dalam kebanyakkan website rasmi jabatan-jabatan yang berlatar belakangkan Islam, kita akan menjumpai perbezaan antara pinjaman Islamik dan pinjaman konvesional. Mudah bagi kita untuk memahami penjelasan yang diberikan kerana kita sememangnya mencari jalan keluar daripada haram kepada halal. Daripada riba kepada pinjaman Islam.


Logo Perbankan Islam


     Secara mudahnya, apabila kita mahu membeli rumah secara ansuran...bank-bank yang menawarkan pinjaman Islamik ini akan membeli dahulu rumah tersebut. Kemudian, rumah tersebut akan dijualkan semula kepada kita lebih kurang 3 kali ganda dari harga asal. Kita diminta untuk membayarnya secara ansuran selama tempoh 30 atau 40 tahun. Dengan sekali akad, urusan jual beli pun berlaku antara pembeli (kita) dan penjual (bank)

     Secara teknikalnya, masalah riba dapat dielakkan kerana tidak berlaku pun pinjaman antara pembeli dan bank, sekaligus bertepatan dengan prinsip punjaman Islam yang mengharamkan riba. Namun apa yang kita mungkin boleh persoalkan ialah, didalam jual beli ini, banyak perkara tersembuyi yang tidak diterangkan oleh penjual (bank) terlebih dahulu. Memang perkara itu tercatat dalam helaian tebal "sale and purchase" agreement, tapi masanya terlalu singkat untuk kita menelaah dan memahami semuanya. Disini, berlaku jual beli yang tidak jujur.

Gambar hiasan : Bank menjual barangan yang tak lengkap.

     Dalam kes yang melibatkan rumah yang belum siap, bank sebenarnya menjual barangan yang belum sempurna pada harga yang sempurna. Jikalau projek perumahan terbengkalai, pihak bank beserta dengan peguam yang dilantik, akan meminta pembeli membayar ke semua harga rumah tersebut. Padahal, pihak bank lah sebenarnya yang patut dipersalahkan kerana menjual rumah yang tidak siap. Namun dalam hal ini, pembeli tidak ada pilihan melainkan bayar hutang ataupun menghadapi tindakan undang-undang yang boleh membawa kepada status muflis. Nyata sekali telah berlaku satu kezaliman disini.

     Kalau kita bawa perkara ini kepada peguam, tidak ada peguam yang mahu membantu melainkan kebanyakkan peguam akan memberikan kemenangan percuma kepada pihak bank. Hanya ada beberapa peguam sahaja yang sanggup melawan tuntutan bank-bank ini yang berselindung dengan nama pinjaman Islam.

     Islam itu sangat dibenci oleh golongan kafir tapi bila berbicara tentang pinjaman Islamik, ramai benar yang mahu menawarkan pinjaman Islamik kepada pengguna termasuklah orang kafir sendiri. Cuba lihat ayat tersebut, "Hong Leong Islamic Bank Berhad"....tidakkah kita nampak akan kejanggalannya...? Hong Leong Islamic...?? Pun begitu, mereka tidak segan silu menawarkan pinjaman Islamik kepada penduduk Malaysia. Aneh bukan..??

     Mentaati perintah Allah itu adalah suruhan yang perlu ditaati oleh semua manusia. Bukan sahaja kepada umat Islam tapi kepada seluruh manusia. Tinggal lagi manusia yang bertaqwa akan mentaati dan yang tidak bertaqwa, akan mengkufuri. Asalnya perintah itu syumul tapi disebabkan percaturan manusia yang mencipta "pintu belakang" kepada riba, akhirnya perintah itu menjadi fitnah. Umat yang sepatutnya terbela, kini menjadi semakin tertindas. Akhirnya, orang lari dari agama Islam ini.

     Semoga kita mengambil pelajaran dari apa yang berlaku. Berlaku jujur dan ikhlaslah dalam usaha kita mengamalkan perintah agama. Jangan kita berselindung atas nama demi keuntungan dunia yang sangat sedikit.

     Begitulah jua harapan aku kepada hukum hudud nanti. Semoga kita ikhlas dan jujur kerana Allah Ta'ala ketika memperincikan dan menguatkuasakan undang-undang hudud nanti. Semoga pisang tidak berbuah dua kali. Semoga perlaksaan itu menjadikan Islam lebih dihormati dari dibenci.

2 Response to Perintah yang menjadi fitnah

May 22, 2013 at 10:33 PM

Salam
Saya mengkaji BBA yang ditawarkan bank islam tapi rumah terbengkalai. Memamng benar pandangan tuan bahawa bank menjual barang yang tidak sempurna pada hrga yg sempurna. Kepada mangsa-mangsa BBA (kena bayar tapi tak dapat rumah)sila anda baca agreement anda. Anda akan dapati bank tidak berhak membuat tuntutan terhadap anda.

May 23, 2013 at 10:47 PM

terima kasih Pak Long kerana sudi berkongsii pendapat. Tidak dinafikan, masih wujud manusia yang menjual agama demi kesenangan dunia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...