Monday, September 3, 2012

Seperti Malaysia

0
     Minggu lepas baru la kami sekeluarga dapat bersiar-siar diwaktu petang. Selama hampir dua bulan kami kat sini, petang-petang pun cuma bersiar-siar disekitar kawasan kejiranan ataupun di tempat-tempat yang ada air-cond sahaja.
   
     Cuaca 2 bulan yang lalu sangat panas untuk sebarang aktiviti luar bersama keluarga. Bangun subuh pukul 4 pagi pun berpeluh-peluh macam panas tengahari sahaja rasanya. Aku kesiankan anak-anak yang nampak kemerah-merahan kulitnya kerana panas. Pada masa yang sama, aku jugak kesian kerana aktiviti luar anak-anak aku sangat terhad. Alhamdulillah, anak-anak aku seolah-olah paham tentang semua kekangan tuh.

     Seminggu, dua nie...ada ribut besar melanda Shanghai. Angin kuat yang berpusat di tengah laut dan jaraknya hampir 200km dari tempat kami telah serba-sedikit membawa hujan yang memberikan kehidupan pada bumi Jinhua. Cuaca mulai mencapai tahap selesa. Bangun pagi kali ini, terasa benar nak cari selimut kerana sejuk. Petang-petang pun, kami dah boleh bersiar-siar di kawasan taman berdekatan dengan rumah. Seolah-olah cuaca kali ini sama seperti yang pernah kami alami di Malaysia 2 bulan yang lalu.

     Sebenarnya, ada taman awam yang cantik, pelbagai dan luas yang berdekatan dengan rumah kami. Kali ini, aku berhasil membawa keluarga aku bersiar-siar kat sana setelah lama niat aku tertangguh. Alhamdulillah, anak-anak suka kerana dapat naik bot dan berlari-lari sepuas-hati. Wife aku pun nampaknya happy bila melihat kehidupan hijau yang damai setelah lama menatap hutan-batu setiap hari. Kerana terlalu lama menatap hutan-batu, kami jadi lupa akan kedamaian melihat hijau bumi sehinggalah minggu sudah.

     Anak-anak juga berazamm untuk datang lagi dimasa hadapan.

Kelakar tengok Husaini baru nak "start engine".

Puteri Hang Li Po versi Melayu. Heheheh..

Hadi dah besar dah.

Susah nak kepong nie.

Buat mulut muncung.

Gaya ala-ala penguin. Menunjukkan tahap kelajuan pergerakkan Husaini.

Shot dari wife aku.

Hehehehe..

Nanti kami datang lagi...!!!

     Ribut yang melanda nie, memberikan impak yang besar jugak kat kawasan berdekatan dengan pusat pusaran angin tuh. Di Shanghai, Metro Line (LRT bawah tanah) terpaksa ditutup dan pejabat-pejabat juga diarah tutup oleh kerajaan China kerana ribut yang sangat kuat. Perintah darurat dikeluarkan untuk tempoh satu hari.

     Kat Beijing pulak, sampai berpuluh orang mati disebabkan ribut yang sama. Ribut yang membawa hujan yang luar biasa telah meragut nyawa 67 orang rakyat tempatan. Tak silap aku, aku ada terbaca yang seorang pelancong juga termasuk dalam senarai 67 orang yang mati tuh.

     Orang-orang tempatan di Jinhua cakap, perkara nie normal. Bila nak berubah musim, akan ada ribut yang datang kerana pergolakkan antara sejuk dan panas. Sebelum musim sejuk bermula nanti nie, akan ada beberapa siri ribut lagi yang akan melanda China.

     Hmmm...malam tadi pun ada ribut kuat sampai tak boleh nak bukak pintu sebab angin tolak. Pengalaman...pengalaman...

No Response to "Seperti Malaysia"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...