Tuesday, November 18, 2014

Graduation Day Hafiz

0

       Kesian Hafiz...Ada dua tiga event besar tentang Hafiz yang aku tak sempat nak masukkan dalam blog. Padahal bukannya busy sangat pun. Dah la duduk kat rumah ja sebab patah accident. Nak update blog pun malas. Hmmm...
     Nie, nak update pasal Hafiz dah graduate dari pra-sekolah dia. Bagus sungguh la cikgu sekolah sekarang nie. Even budak-budak pun depa nie raikan macam event orang besar. Kalau zaman aku dulu-dulu, memang takkan jumpa benda-benda macam nie. Kecuali sekolah yang kaya-kaya kot.
     Anyway, graduation day Hafiz nie berlaku dalam bulan November tahun 2014. Dalam blog nie kita boleh setting tarikh untuk posting so, tarikh post blog kiranya sama la dengan tarikh event. Tapi sebenarnya, aku update pasal graduation day nie pada 27 Februari 2015. Sian Hafiz.....Entah apa la yang abah sibuk pun tatau. Huhuhuhu...

     Bila lama tak update blog, tetiba tak boleh plak nak post entry. Entah apa la isunya tapi sehari semalam gak la dok figure out sebab apa. So pagi niee, dah dapat nak post entry pasal Hafiz nie. Terima la gambar-gambar graduation day Hafiz yang hanya diambil menggunakan camera telefon sahaja. Tahniah Hafiz....Abah dan mama saying kat Hafiz.

Suasana sewaktu persediaan para graduan.


 
Hehehehe...Tajul Hafiz
 
Sengih jerk dia
 
Hafiz nie kalau senyum, sampai gusi pun nampak


 Tak tahulah apasal Hafiz kena pakai baju hitam

 
Heheheheh....Kecik jerk

 
Scroll disampaikan oleh Dato S. Sothinathan





 
Happy jerk Hafiz bila dah grad. Boleh masuk darjah satu dah lepas nie.

 
Mama pun dating bagi support. Thanx mama

Wednesday, November 12, 2014

Selesai satu bab

0

   

     Alhamdulillah.....dah graduate dah pun. Rupa-rupanya orang yang bakal graduate dipanggil GRADUAND. Baru minggu lepas aku tahu. Mujur jugak aku pi majlis konvokesyen UPM yang ke-38. Belajar jugak benda baru.

     Minggu lepas ada majlis konvokesyen yang ke-38 di UPM dan aku adalah salah seorang graduan yang dijadualkan untuk ke pentas pada sessi ke-8 iaitu sessi yang terakhir sekali. Majlis berlangsung pada hari Selasa petang. Mujur jugak petang, kalau pagi boleh jadi kelam kabut rasanya. Anak-anak tak dapat ikut serta sebab tak ada penjaga waktu wife aku masuk ke dalam dewan. Wife aku adalah teman setia aku yang sentiasa memberikan sokongan tanpa syarat dan dia sudi untuk ambil cuti untuk menemani aku ke majlis tersebut. Terima kasih.....terima kasih bebanyak. Seronoknya dapat kongsi kegembiraan dengan orang yang sangat rapat dengan kita.

     Tak banyaklah gambar yang diambil. Sekadar kenang-kenangan sahaja. Dah la pakai coat, kemudian jubah pulak lagi. Ditambah dengan terik matahari tengahari. Memang sesungguhnya itu semua adalah resipi yang lengkap untuk spa yang efisien.

 Sebahagian dari rakan-rakan seperjuangan.

Shot nie memang aku suka. Sebab aku yang snap sendiri. Hehehehe

Happy faces

Partner in crime. Bagus mamat nie brilliant but simple.

Yang selebihnya gambar kami berdua la. Hehehehe..

Orang yang banyak bagi support

Banyak bagi dorongan

Yang banyak bagi bunga (kan dah dapat bunya sejambak) 

Posing jer la macam mana gaya pun

Terpaksa duduk sebab jubah berat. Sakit bahu 

Sakit-sakit pun, lambung jugak mortar board tuh. Hehehehe

Dapat la jugak gambar bersama-sama satu family. Kegembiraan dikongsi bersama-sama. Anak-anak yang memberikan kekuatan pada aku untuk terus maju. Moga jadi inspirasi dimasa hadapan nanti.

This is it. This is my wife, my ecstasy, my aspirin, my paracetamol, the strength and weakness of my success, the soul to my colorful life. Without you, this joy will just be an empty celebration. Thank you my dear for your unconditional support and love. 



   

Monday, November 3, 2014

Rasa dah sihat sikit

0

     Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Sedar tak sedar dah masuk bulan November 2014. Dah 2 tahun rupanya aku kat Proton. Hmm...tak sangka lama jugak jodoh aku dengan Proton. Mungkin disebabkan sambung belajar kot, sebab tuh tak terpikir nak bertukar tempat kerja.

    Apa-apa hal pun, Alhamdulillah kerana kesihatan semakin bertambah baik. Sekarang nie dah mampu nak dukung Dhiya. Walaupun kena berhati-hati tapi itu lebih baik daripada sebelum nie. Kesian kat Dhiya sebab abah tak boleh nak dukung.

    Sekarang pun dah mula pegang-pegang camera semula. Semenjak patah tangan nie, rasa macam dok membayangkan beberapa shot yang yang rasanya boleh buat bila dah sihat nanti. Terasa lama pulak tak amik gambar anak-anak yang sedang membesar. Gambar-gambar nie semua akan jadi rekod yang menghburkan suatu hari nanti. Kita tak sedar tapi sebenarnya anak-anak membesar dengan cepat. Kalau boleh, nak rakamkan semua moment agar tak terlepas peristiwa manis dan pahit.

     Dhiya pun dan besar. banyak mulut dah sekarang

Abang-abang pun semua sayangkan Dhiya

 Pandai dah nak berebut handphone dengan orang besar

Hafiz kalau daah tidur memang tak boleh kata apa laa..

 Minum slurpy

 Tak bagi nanti Dhiya marah

Husaini la yang paling banyak pow slurpy kat abah. Dah beli tuh, takkan la nak beli satu ja kan...terpaksa laa beli 4 atau 5 sekali beli.

Ramai-ramai tangkap gambar. Hazwan kot yang snap nie.

     Lama dah tak bawak bebudak nie berjalan. Abah nak bawak kereta pun susah sebab patah tangan. Alhamdulillah, bila tangan dah baik nie dapat la melayan anak-anak sekali ngan maknya sekali. Bawak makan kat Nasik Arab tapi wife yang belanja makan. Hehehehe....

Sedap Hafiz dapat minum teh arab yang sejuk 

 Puas hati Hadi dapat makan nasik arab

Mama suka makan kambing bakar.

Wife dan anak sulung

Hazwan dok layan Dhiya. Kecik mulut tuh

Husaini  pun ada gak. Hensem dah dia

Dah banyak cakap tapi pelat ja lagi

 Dhiya pun dah pandai nak makan sorang-sorang. Tanak orang suapkan

     Syukurlah, kadang-kadang moment yang simple macam nie pun boleh buat budak-budak jadi happy. Betapa tulus dan murninya hati kanak-kanak. Bila anak-anak masih kecil, kita memang keletihan sebab semuanya bergantung pada kita yang jadi ibubapa nie. Tapi bila anak dah besar pun, ibubapa pun tak senang mana pun. Solat dia, pelajaran dia, tingkah laku dia, kawan-kawan dia, adab-sopan dia dan 1001 macam benda lagi yang perlu ibubapa amik tahu. Tapi inilah amanah.....amanah yang datang dalam bentuk kasih-sayang....

     Berkatilah....

Tuesday, September 30, 2014

Kereta Baru Proton

0
     Hari Khamis minggu lepas, Proton dah launched model kereta terbaru yang diberi nama Iriz. Sebuah kereta segmen B yang asal nama projeknya adalah P230. Kemudian dikalangan pihak pengurusan, ianya dikenali sebagai GSC (Global Small Car). Kemudian dipenghujung-penghujung projek tersebut, namanya ditukar menjadi PCC (Proton Compact Car).

    Itu kerja pihak pengurusan. Tak layak pulak rasanya nak bercakap bagi pihak pengurusan. Tapi, InsyaAllah aku boleh berkongsi pengalaman bila bercakap bahagian engineering.

     Seperkara yang pasti bila bercakap tentang kejuruteraan automotif nie, orang banyak nampak kat enjin kereta. Ini memang lazim lebih-lebih lagi kat Malaysia. Jadinya, aku sering tak dapat nak jawab bila ada soalan-soalan berkenaan dengan enjin kereta Proton. Sebabnya, bidang aku adalah Trim and Body. Aku rasa, mungkin lepas nie aku kena belajar pasal enjin secara lebih mendalam kot. Bagus untuk diri sendiri dan Proton untuk kegunaan masa-masa hadapan nanti.

     Boleh dikatakan aku heavily involved dalam projek Iriz nie. Kebetulan pulak inilah kerja pertama aku berurusan dengan barangan besi setelah sekian lama mengadap plastik. Orang tengok aku ada pengalaman dalam kerja aku jadinya diorang expect aku boleh deliver. Masalahnya, pengalaman dalam plastik tak sama dengan kerja dengan besi. Maka, aku terpaksa bekerja 2 kali ganda untuk catch up ilmu baru dan deliver dengan sempurna.

     Alhamdulillah, aku menghargai peluang yang datang ini. Letih tetapi memberikan pengalaman yang bernilai sekali. Seronok bila kita dapat tengok hasil kerja kita kat jalanraya. Ini bukanlah kali yang pertama aku buat kereta tapi ada rasa kelainan sikit model Proton yang terbaru nie. Ada tag usaha tak kenal jemu kat kereta tuh. Dan yang paling uniknya adalah, aku MC panjang apabila kerja aku dengan Iriz tuh hampir selesai. Macam dirancang-rancang pulak. Hmmmm...

     InsyaAllah, ada niat nak pakai Iriz nie. Sebabnya, tak ramai orang boleh pakai kereta yang dia buat sendiri. Hehehehe....

Credit Photo to Paultan.org

Credit Photo to Paultan.org

Credit Photo to Paultan.org

Credit Photo to Paultan.org
 

Thursday, September 18, 2014

Dah tak dapat nak dielakkan

2
     Dah sebulan dah sejak dari accident arituh. Badan makin ringan. Hari-hari dapat complete 4,000 steps kat trek jogging depan rumah. Bernafas pun rasa lega. Pelan-pelan dah boleh buat kerja-kerja kat rumah. Alhamdulillah...

     Bila bengkak pun dah surut, doktor jumpa masalah baru plak. Rupa-rupanya, tulang selangka yang patah tuh, tajam sangat. Kebetulan pulak tuan punya tulang tuh kurus, memang duduk betul-betul bawah kulit ja. Doktor risau, kalau rubbing dengan tali beg atau terhantuk sekali lagi...takut terkoyak kulit. Tulang boleh terjojol plak keluar.

Ini la gaya tulang yang tajam tuh. Dah macam tongkol kayu plak.

     So, doktor kata memang abnormal la keadaan nie. Bunyinya macam kena operate jugak laa...Takdak la discuss lama sangat pun. Tetiba doktor bagi satu date untuk operation. Subhanallah, takutnya aku nak serah diri nie. Akhirnya aku setuju jugak walaupun takut nak operate.

Wife aku la yang dok rajin temankan aku ke hulu ke hilir dok jumpa doktor. 
Terima kasih sangat-sangat.

Kesian kat Dhiya la abah takleh nak dukung. Bila masa la pandai makan aiskrim nie.

Dulu kecik jerk

Nie gambar on the way to operation theater. Ker dah abis operate nie?
Memang aku nie penakut sungguh la bab-bab operation nie

Nie Dr Wan Hazmy yang specialist dalam operation nie. 
Nie gambar sehari selepas operation waktu nak bukak dressing.

Suspen ja waktu nak tengok bekas belahan kat bahu tuh. Tapi sempat selfie kejap.

Aduss....Panjang jugak rupanya...heheheh

     Dr Wan cakap, bagus la buat operation sebab dalam tuh ada 2 lagi serpihan tulang yang terapung dalam bahu aku. 2 tulang tuh la yang terpusing dan membonjol tajam ke atas seperti dalam gambar yang mula-mula. Kiranya sekarang, tulang yang dah bercantum sebulan dulu dah dipecahkan semula oleh doktor untuk bagi laluan kepada plate besi. So, recovery process is now back to square again. Tapi Alhamdulillah, sakit kali ini tidaklah sesakit waktu mula-mula dulu. Hopefully dapat recover cepat. Kesian tengok wife aku yang terpaksa pikul semua tanggungjawab umah. InsyaAllah sihat lepas nie.

Dapatlah lima paku atas bahu. Naik pangkat tuh.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...