Saturday, February 1, 2014

Perjuangan kecil manusia biasa

0
     Bila dah selesai pengajian master nie, rasa macam dah kembali ke comfort zone pulak. Sebelum nie, sangat berhasrat untuk terus bergerak ke hadapan sama ada mencari pekerjaan baru, sambung PhD ataupun nak sertai badan-badan NGO yang menyumbang kepada masyarakat. Tapi sekarang nie rasa malas pulak. Mungkin sebab perancangan belum teliti lagi kot menyebabkan hilang halatuju jangka pendek, resulting to lack of motivation and so on.

 Student yang pertama submit report project. Bersemangatnya aku.


     Alasan.....alasan. Lepas nie kena mula buat sesuatu. Kena ada perancangan dulu, tak boleh lama sangat dalam mood rileks nie takut nanti terus tak jadi ja.

     Dalam 2 minggu sudah, banyak sekali majlis sambutan Maulidur Rasul dijalankan di mana-mana sahaja dalam Malaysia. Melihat kepada jumlah kehadiran dalam majlis-majlis ceramah, memang ini satu trend yang menarik. Orang Malaysia memang dahagakan ilmu dan mencari-cari peluang untuk buat kebaikan di mana sahaja. Sykurlah.

Imam Muda Fakhrul sekali lagi menjadi penceramah jemputan kat Masjid Bandar Springhill

 Generasi masa hadapan.

Aku doakan semoga Imam Muda Fakhrul nie terus maju dalam dunia dakwah.

Menjadi imam untuk solat Isya'. Memang merdu bacaan ayat-ayat Al-Quran dari imam ini.

     Menjiwai perjuangan kekasih kita Nabi Muhammad SAW dan mengenali ketabahan hati baginda dalam perjuangan memanglah sesuatu yang sangat mengagumkan. Pada kebanyakkan orang di zaman sekarang, lingkungan umur 40-an adalah masa-masa puncak dalam kehidupan masing-masing. Itulah waktunya karier naik di tempat yang tinggi, kewangan sangat stabil, badan masih sihat dan pelbagai lagi kemuncak yang lain. Tapi bagi nabi junjungan kita, umur 40-an baginda adalah saat kehidupan duniawinya berada dibawah sekali. Dihina, disepak, ditendang, dibaling batu, diletakkan usus unta ketika sujud, dipulaukan, diancam dan macam-macam lagi. Sedih apabila mengenangkan bahawa manusia pada umur yang sebegitu sepatutnya telah mendapat penghormatan dari masyarakat. Sesungguhnya manusia mulia yang pernah hidup di dunia itu dahulu adalah sebaik-baik manusia dalam perjuangan. Tak pernah putus asa dan terus-terusan membenarkan janji-janji Allah.

     Sudah menjadi lumrah bahawa manusia ini kekadang berada diatas dan kekadang dibawah. Sungguh cantik tamsilan dari Ustaz Zul Ramli apabila mengungkapkan ujian-ujian yang dihadapi manusia ini. Umpamanya kita ini sehalai kain kotor yang rasa sangat hina apabila dicampakkan bersama kain kotor yang lain. Kemudian, kain kotor itu diuji lagi apabila dipusing-pusingkan dalam washing machine, lemas bersama sabun dan air. Kejap tenggelam kejap timbul bagaikan tak nampak jalan keluar untuk terus hidup bagi kain kotor tersebut. Kemudian dikeringkan dan dipusingkan lagi sehinggalah 2 atau 3 kali. Tapi apabila proses basuhan itu selesai, keluarlah kain yang cantik. Yang cemerlang warnanya,, wangi baunya dan dilipat dengan sempurna. Begitulah manusia bila Allah bagi sedikit kesusahan untuk membersihkan diri manusia tersebut agar menjadi bersih dan mulia. Supaya kita ditempatkan ditempat yang baik dikemudian hari.

     Mengenangkan waktu-waktu menghadapi tekanan ketika menyiapkan master bebaru nie, baru sedar bahawa diri ini meletakkan dunia dalam hati dan memegang agama dalam genggaman. Apabila ada apa2 perkara terjadi kepada dunia, maka agama yang didalam genggaman tadi akan aku lepaskan. Sungguh mudah melengah-lengahkan waktu sembahyang dengan alasan menyiapkan report writing yang tinggal sedikit lagi. Kekadang lewat tidur sampaikan terlajak subuh. Padahal tak selayaknya muslim yang berumur 34 tahun boleh meninggalkan waktu sembahyang yang penting. Subhanallah....malu nak mengaku tapi itulah hakikatnya.

     Satu perkara yang aku betul-betul belajar dari pengalaman ini adalah, kalau nak sambung buat PhD selepas nie...kena buat full time. Cukuplah pekerjaan dunia ini berlaku dalam waktu kerja antara 8pagi hingga 6petang. Tak perlulah disambung pula pada malamnya hinggakan mengganggu waktu untuk perkara-perkara lain. Kalau masih ada Nabi pada hari ini, apakah nasihat baginda?  

No Response to "Perjuangan kecil manusia biasa"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...